
Mya melangkah keluar dari Klinik
Kesihatan. Hampir terlupa akan temujanjinya dengan Doktor pada hari ini.
“Alhamdulillah
Puan Mya, kandungan puan sihat. Vitamin yang saya bekalkan itu Puan makan tak?
Ada lagi?” soal Doktor Jamiah, berdasarkan pada tag namanya.
“Alhamdulillah
Doktor, vitamin dah nak habislah doktor.”
“Baiklah,
kalau macam itu Puan Mya ambil ubat dekat kaunter luar eh?”
“Terima
kasih doktor.”
“Sama-sama
Puan Mya. Ingat apa yang saya pesan, banyakkan makanan yang di perkaya dengan
zat besi supaya hb puan pekat. Kalau tidak, puan kenalah check in hospital buat semalam dua.” Sempat lagi doktor Jamiah
bergurau.
“Doktor
ini ada-ada ajelah. Jangan cakap macam itu, kalau boleh saya nak masuk hospital
waktu saya deliver aje doktor.”
“In
shaa Allah, mudah-mudahan.”
‘So, Asmyaliana memandangkan hari ini kau dah keluar awal, apa kata
kau balik awal? Nanti kau boleh tidur awal, melepak dekat rumah.’ Mya berkata
seorang. Mudah betul kalau nak kenal Asmyaliana, sebab minah ini suka cakap
seorang-seorang.
‘Cop,cop kalau balik rumah mamat
bengkak itu pula yang menyibuk. Bosannya..’ mengeluhlah pulak.
‘Alah, bukan aku kacau dia pun.’
Akhirnya Mya membuat keputusan untuk pulang ke rumah, terasa letih bebenar
badannya.
Sebaik sahaja sampai di rumah, vios
putih miliknya masih di parkir elok di dalam garaj, ini bermakna Zaliff tidak
ke mana-mana.
“Assalammualaikum..”
Mya memberi salam.
“Waalaikumsalam.”
Zaliff menjawab. Mya mengukir senyuman.
“Awal
kau balik?” soal Zaliff.
“Tadi
saya ada check up dekat klinik
kesihatan, lepas itu saya terus balik. Kenapa tanya?”
“Kau
tak cakap pun dekat aku yang kau ada check
up hari ini?”
“Maaflah,
saya pun hampir terlupa. Sampai pejabat Syikin yang remind saya.”
“Kau
dah makan?” baiknya tanya. Anak siapa lah ini kan? siap-siap nak tanya dah
makan ke belum.
“Belum
lagi. keluar klinik terusa balik. Awak lapar eh? sat lagi saya masak okey?” ha..ini gara-gara Syikin lah ini. cakap sat..sat..dengan Mya Mya ikut cakap sat.
“Eh
tak payahlah nak susah-susah masak. Aku dah masak tadi, tinggal makan aje.”
Teruja Mya mendengarnya, apatah lagi untuk menikmati hidangan dari hasil
kreativiti Zaliff. Bukan senang nak dapat tau.
“La
ye ke? Alhamdulillah, kebetulan saya memang tengah lapar sangat ini. pagi tadi
sampai terlupa nak minum susu gara-gara bergaduh dengan awak pasal hal kereta.”
“Eh,
excuse me. Jangan nak salahkan aku
pula eh. kau itu yang malas sangat nak naik atas ambil kunci.” Zaliff tidak
mahu mengalah.
“Tolak
ansurlah sikit. Awak sendiri tahu keadaan saya yang macam ini. kalau apa-apa
jadi, awak nak tanggung ke?” Zaliff mati kata-kata.
“Sudahlah,
pasal hal kereta pun nak gaduh. Jom makan, aku dah lapar ini.” Zaliff beredar
ke dapur. Mya hanya membontoti.
Pintu peti ais di kuak pula. Kali
ini air oren sudah siap di bancuh, di letakkan di atas meja makan.
“Rajinnya
awak, siap bancuh air oren lagi.” Zaliff tersenyum sinis.
Bagaikan lipas kudung Mya
menyediakan hidangan. Berselera betul Mya tatkala melihat udang yang sudah siap
di tumis. Aromanya sungguh memikat.
“Awak,
periuk nasi itu tolong angkat letak atas meja.” Pinta Mya.
“Periuk
nasi?” kata-kata Zaliff agak pelik pula.
“Iyalah,
periuk nasi.”
“Masalahnya
aku tak masak nasi lagi. Aku lupa.” Zaliff ketawa terbahak-bahak.
“Iya-iyalah
saya ini excited nak sangat rasa
masakan awak, awak lupa masak nasi pula. Hmmm..kena tunggu sampai nasi masak
lah jawabnya.” Mya mencebik. Terasa mahu pecah jantung dan paru-paru di
sebabkan menahan ketawa.
“Bawa
sini periuk nasi itu, biar aku masak nasi sekejap.”
“Eh,
tak payahlah. Biar saya yang buat. Lagipun tadi awak dah masak lauk kan? terima
kasihlah banyak-banyak sebab sudi masak dan pelawa saya makan.” Ayat sentap
pula yang keluar. Aduh…
“Kalau
macam itu, aku pergi cuci kereta kejaplah. Besok ada appointment dengan Datuk Bakti.” Zaliff berjalan ke luar.
Selesai mencuci beras, suis periuk
nasi di tekan. Mya melangkah ke ruang tamu sementara menunggu nasi masak,
tetapi akhirnya dia terlena.