BAB 24
BUTTERWORTH, PULAU PINANG
Tiga jam lebih, Zaliff memandu untuk sampai ke
Penang. Seawal jam tujuh pagi Zaliff memandu menuju ke Butterworth melalui
lebuhraya utara – selatan. Zaliff berhenti rehat di hentian Ipoh, Perak dan
kembali meneruskan perjalanan hingga ke Penang. Berbekalkan GPS yang di berikan
Sara, tidak sukar untuk Zaliff mencari kediaman Mya.
“Assalammualaikum.”
Sunyi.
“Assalammualaikum.”
Masih lagi sunyi sepi.
Di tingkat atas Mya masih leka menggantung
pakaiannya ke dalam almari.
“Assalammualaikum.”
‘Ada orang beri salam. Siapa yang datang? Siapa yang
tahu aku duduk sini ini?’ Mya tertanya sendiri.
“Assalammualaikum..”
buat kali keempat Zaliff memberi salam.
“Waalaikumsalam.
Siapa itu?” soal Mya.
“Aku,
Zaliff.”
‘Hah? Mamat ini buat apa pula datang sini?’ Mya
tidak puas hati. Teringat pesan Datuk Amri, kalau ada orang datang rumah jangan
suka-suka buka pintu. Macam mana ini? soal Mya sendiri. Bila mula berfikir,
macam-macamlah idea mengarut yang keluar.
‘Ha, telefon!’ telefon bimbit di capai, nombor milik
Zaliff di dail.
“Hei
Mya, yang kau pergi telefon aku buat apa? Aku dah terpacak dekat luar ini oi.
Dah naik kematu kaki aku ini.” bebel Zaliff sebaik sahaja skrin telefon di
pandang dan nama Mya pula yang terpampang. Mya ketawa.
‘Siapa tak sayang nyawa oi!’ ujarnya.
Pintu di kuak, Mya tersenyum. Dah macam kerang
busuk.
“Senyum,
senyum. Dah bajet ayu lah muka itu.”
“Senyum
itu kan sedekah. Kalau saya senyum dekat awak, itu maknanya saya bersedekah
dekat awak. Terpulang pada awak sama ada nak terima atau pun tidak.”
‘Potong stim betul!’ getus Mya marah.
“Oh
sedekah, terima kasihlah ye Puan Asmyaliana. Kau tengah buat apa tadi? Sampai
aku nak kena panggil kau banyak kali, baru kau nak buka pintu?”
“Tengah
kemas baju dekat atas. Ada apa awak datang sini?”
“Datuk
Amri yang hantar aku ke sini. Ada temujanji dengan Bakti Holdings, gantikan
Sara, sebab Sara ada seminar dekat JB.”
“Oh,
Datuk ada pesan apa-apa tak?”
“Takde
lah pulak. Kenapa?” Mya tersengih.
“Tak
ada apa-apa. Sahaja aje tanya.”
“Ada
bilik kosong tak untuk aku?” soal Zaliff.
“Dalam
rumah ini ada tiga bilik kosong. Satu dekat tingkat bawah ini, tapi saya dah
jadikan stor, yang dua lagi bilik dekat tingkat atas. Jom lah, saya tunjuk
awak.” Pelawa Mya. Zaliff hanya menurut.
Pintu bilik yang kosong di kuak.
“Kosong
aje bilik ini?” soal Zaliff.
“Memanglah
kosong, sebab tiada orang. Saya seorang sahaja yang duduk rumah ini. Tempohari
Sara ada juga tanya saya sama ada nak letak katil ke tidak dalam bilik ini,
bila saya fikir-fikir tak ada orang, saya cakaplah tak perlu. Tapi, tak sangka
lah pulak ada tetamu nak datang.”
“Kau
itu memang macam itu, tak pernah nak fikir segala kemungkinan kan? Asyik fikir
diri sendiri sahaja.” Bebel Zaliff. Membuku hati Mya mendengarkannya.
“Awak
kalau bercakap tak pernah nak pandang kiri kanan kan? tak pernah nak fikir
perasaan orang lain kan? Main sedap mulut aje awak bercakap.”
“Salah
ke apa yang aku cakap? Tak salah kan? Dah lah, aku tidur dekat bilik kau aje
malam ini.” putus Zaliff. Mya tercengang.
“Mana
boleh awak tidur bilik saya, nanti saya nak tidur dekat mana pulak?”
“Kau
tidur ajelah dalam bilik aku. Apa masalahnya?”
“Tapi….”
“Tapi
apa lagi? Tapi sayang……” mengajuk lagu Saleem Iklim. Mya cemberut.
“Ala,
aku ini bukan orang lain pun, suami kau juga. Dah lah aku penat ini, lapar
pulak itu. Kau dah masak?” soal Zaliff. Mya mencebik
“Kenapa
tak masak lagi?”
“Hari
ini nak pergi belanja barang dapur. Dari hari saya datang hari itu, belum pergi
belanja barang dapur.”
“Oh
ye ke? Kalau macam itu pergilah siap cepat. Aku tunggu kau dekat bawah.” Mya
terus menghilang ke bilik.
‘Fuh, nasib baiklah seminggu. Kalaulah sebulan ke, dua
bulan ke, masak aku nak layan kerenah dia.’ bebel Mya sendiri.
Mya hanya mengenakan blouse fishtail yang bewarna
coklat oren, dan seluar slek hitam. Di usia kandungannya memasuki usia dua
bulan, Mya tidak lagi mengenakan jeans.
“Dah,
jom.” Ajak Mya.
“Supermarket yang berhampiran, dekat
mana?”
“Billion shopping centre dekat jalan
Telaga Air. Dekat aje dari sini, lebih kurang lima minit. Jalan Raja Uda ini,
awak jalan terus, simpang empat depan itu belok kanan.”
“Ok.
Dah listkan ke belum senarai barang
yang nak di beli?”
“Dah,
kenapa tanya?”
“Iyalah,
aku dekat sini cuma seminggu sahaja, nanti ada aje yang tak cukup. Jadinya aku
nak kau confrirmkan dengan betul.”
“In
shaa Allah, cukup.”
Telefon bimbit Zaliff berdering. Skrin telefon di
pandang.
“Shhh..Natrah
call aku.” Ujar Zaliff memberi
isyarat pada Mya. Mod pembesar suara di tekan.
“Assalammualaikum
Nat.”
“Waalaikumsalam,
abang. Abang dah sampai?”
“Alhamdulillah
Nat, abang dah sampai. Anak-anak okey sayang?”
“Anak-anak
okey abang, cuma Jihah ini aje yang tercari-cari abang sejak dari dia bangun
tidur tadi.”
“La
ye ke? Ini, mana Najihahnya?”
“Ada
itu, tengah makan. Abang nak cakap dengan dia?”
“Biar
dia makan dulu. Nanti petang sikit, abang telefon balik eh sayang.”
“Iya
lah abang. Oh ya abang, alang-alang abang dah dekat Penang itu, abang
jenguk-jenguklah As bang. Kesian dia seorang-seorang dekat sana.”
“Tengoklah
Nat, abang tak janji. Nanti apa-apa abang call
lagi. Nat itu jaga diri baik-baik. Hati-hati memandu, kalau hantar anak-anak ke
sekolah.” Pesan Zaliff.
“In
shaa Allah abang. Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam..”
Mya membisu.
“Kenapa
kau diam?” soal Zaliff.
“Hmmm?
Tak ada apa-apa, cuma sedih sikit.”
“Kau
sedih? Sedih kenapa?”
“Iyalah
sedih, sampai bila saya harus tipu Kak Nat. Orang yang paling Kak Nat percaya
adalah saya. Tetapi saya dah mengkhianati Kak Nat. kenapalah saya sanggup buat
macam itu kan? Kalau saya tahu, dari hari itu saya dah lari jauh, supaya awak
tak perlu kahwin dengan saya” keluh Mya.
“Kenapa
kau cakap macam itu? Ini semua kan takdir Allah swt. Allah jadikan aku sebagai
suami kau, bersebab. Cuma kita sendiri tak tahu apa sebabnya, apa rahsianya dan
apa tujuannya. Aku menyesal dengan apa yang telah aku lakukan pada kau dulu.
Aku janji aku akan bebaskan kau, sepertimana yang kau minta.” Mya angguk.
“Terima
kasih. Saya harap awak kotakan janji awak nanti.”
“Aku
tahu, kau tak payah nak ingatkan aku selalu.” Sinis teguran Zaliff. Mya hanya
mengerling sekilas.
‘Cakap salah, tak cakap pun salah. Tension!’ Mya membuang pandang ke luar
tingkap.
No comments:
Post a Comment