BAB 25
BILLION SHOPPING CENTRE
Zaliff dan Mya beriringan masuk ke
dalam.
“Makan
dulu eh? Aku dah lapar sangat lah.” Cadang Zaliff.
“Tak
kisah. Mana-manalah.” Jawab Mya.
Sesudah menikmati masakan kampung,
Zaliff dan Mya meneruskan agenda utama mereka. Sedang mereka berjalan,
“Puan
Mya ka ?” panggil seseorang. Mya
menoleh.
“Eh,
Asyikin.”
“Puan
ini lekaih sangat jalan, cek macam tak yakin nak teguq Puan, takut salah orang.” Ujar
Asyikin lagi.
“Allah,
awak ini Syikin. Awak datang dengan siapa?”
“Ini
ha, cek mai dengan anak. Suami cek kerja na.”
“Ish
kamu ini, dekat pejabat bolehlah panggil Puan, dekat luar ini panggil Kak Mya
ajelah.”
“Dah
biasaq panggil lagu tu. Hat ini suami puan ka?”
Mya gigit bibir. Di pandang wajah Zaliff memohon penjelasan. Zaliff mengukir
senyuman buat kali pertamanya. Senyuman yang sangat ikhlas, yang dapat Mya
rasakan.
“Haah,
ini suami saya. Zaliff.”
“Oh,
baru sampai ka?” Zaliff angguk.
“Kalau
itu rupanya, saya minta diri dulu na.
Puan hati-hati jalan, satgi kaki
tersadung lagi, jatuh, susah.” Pesan Syikin.
“Terima
kasih Syikin.”
“Sama-sama
Puan. Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Syikin berlalu.
“Zaliff,
maaflah saya tak tahu nak jawab apa. Lagi pun dekat pejabat, semua orang tahu saya
dah berkahwin.”
“Takpa eh, nak buat lagu mana? Dah itu kenyataanya.” Zaliff pula menggunakan loghat
Penang. Mya senyum.
Zaliff menolak troli yang di ambil
oleh Mya di pintu masuk. Mya hanya membiarkan Zaliff berbuat begitu.
“Mana
list barang yang nak di beli itu?”
“Ada
dalam beg itu.” Beg tangan yang diletakkan didalam troli di capai Zaliff.
Sekeping kertas yang berlipat di buka Zaliff.
“Suka
sangat letak beg macam ini. kalau orang curi pun tak perasan. Barang sendiri
pun tak pandai nak jaga.” Bebel Zaliff. Beg tangan milik Mya di sangkut di
bahunya.
‘Aduh, apasal pulak mamat ini
angkut beg aku?’
“Dah
cepatlah cari barang apa yang nak di beli.” Tegur Zaliff. Terkejut Mya, suka
sangat termenung.
Berbelanja dengan Zaliff,
sangat-sangat merimaskan Mya. Itu tidak boleh, ini tidak boleh, itu tak kena,
ini tak kena. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata Zaliff. Teringat
adengan sos cili, Mya lebih menggemari sos cili kimball, tetapi Zaliff pula
lebih suka kan sos cili Life. Penyudahnya bergaduh pasal sos cili. Itu baru sos
cili, belum bab keropok ikan.
“Dik,
ini keropok ikan apa dik?” soal Mya pada pembantu jualan di bahagian timbang.
“Hat yang ini ikan parang kak, hat yang sebelah akak itu udang. Akak
nak yang mana?”
“Bagi
akak keropok ikan parang ini setengah kilo ya?”
“Boleh
kak.”
Mya memerhati pula barangan yang
lain.
“Kenapa
beli keropok itu?” soal Zaliff.
“La,
kenapa pula? Saya suka tau makan keropok itu. Keropok ikan parang ini kalau
makan cicah dengan sos cili, Ya Allah asyik sangat.”
“Asyik
lah sangatkan. Kau tahu tak aku tak boleh makan keropok-keropok macam ini.
gatal-gatal.”
“Awak
tak boleh makan, tak payahlah makan. Tak akanlah bila awak tak boleh makan saya
pun nak kena ikut awak tak boleh makan benda itu semua?” bebel Mya.
“Kau
kenalah hormat. Aku ini nak jadi apa kalau kau makan then aku tengok aje?’
“Ish
dia ini kan, kalau macam itu saya goreng keropok ini bila awak dah balik KL
lah. Macam itu pun nak kena bergaduh dulu ke?”
“Tak
boleh. Kau tak boleh makan keropok itu.”
“Sampai
macam itu sekali?”
“Iyalah.
Ingat apa? Ini arahan tau!”
“Eh
dia ini. saya peduli apa, saya tak nak nanti anak saya lahir, ayaq liuq dia dok meleleh sebab tak dapat makan keropok.”
“Alah,
alasan awak aje itu semua kan?”
“Alasan
tak alasan. Saya peduli apa.”
“Okey,
kalau macam itu keropok itu kau bayar sendiri. Aku tak nak bayar!”
“Siapa
suruh awak bayar? Tak ada kan. Saya ada duit lah Encik Zaliff. Jangan pandang
saya tak ada mata okey.”
Zaliff bungkam. Bengkak hati
gamaknya.
No comments:
Post a Comment