BAB 26
Kedengaran sayup suara azan
bergema. Mya bingkas bangun. Tangan yang melingkari pinggangnya membuatkan dia
hampir sahaja tergolek jatuh.
“Astaghfirullahhalazim.
Apa ke halnya mamat bengkak ini menyibuk sebelah aku?” soal Mya sendiri.
‘Bukan ke malam tadi aku dah
bentangkan toto, dan dia pun lena tidur dekat bawah itu.’ Tangan Zaliff di alih
perlahan-lahan. Merungut-rungut Mya, marah. Usai menunaikan solat subuh Mya
mengatur langkah ke dapur. Melihatkan Zaliff yang masih lagi nyenyak tidur, Mya
berpatah semula ke katil. Bahu Zaliff di goncang perlahan.
“Awak,
awak bangunlah. Tak solat subuh ke?” soal Mya. Zaliff masih lagi begitu.
“Awak
bangunlah. Nanti habis waktu solat.” Zaliff sedikit bergerak.
“Encik
Zaliff bin Mohamad, sila bangun. Saya bukan jam loceng awak tau nak kejut awak
selalu.” Suara Mya sedikit meninggi. Liat sungguh Zaliff ini nak bangun solat.
“Apa
dia?” Zaliff terpisat-pisat.
“Eh
awak ini, punyalah susah nak bangun. Taubat nasuha lah kalau kejut awak nak
suruh solat subuh. Ini, yang tiba-tiba bertukar tempat ini kenapa? Bukan ke
malam tadi awak tidur bawah, kenapa naik atas katil ini?” Zaliff tersenyum
sinis.
“Aku
rasa sejuk sangat malam tadi, itu sebablah aku naik atas. Haba panas badan kau
itu buat aku tidur lena sangat. Selesa betul.” Zaliff mengusik.
“Awak
jangan lebih-lebih eh. awak itu tak habis-habis nak sakitkan hati saya. Jangan
sampai saya mengamuk ya!”
“Mengamuk
kau itu, bukannya aku takut pun. Dahlah, tolong ambilkan tuala, aku nak mandi.”
Arah Zaliff. Mya menjeling.
“Buat
kerja itu biarlah ikhlas.” Perli Zaliff lagi.
MEJA MAKAN
“Selamat
pagi. Kau masak apa?” soal Zaliff. Mya diam.
“Hello,
aku tanya ini, kau takde mulut ke nak jawab?”
“Tak
nampak ke apa yang ada atas meja itu?”
“Nampak.
Ada mi goreng aje. Telur rebus separuh masak takde ke?” aik? Demand nampak, nak telur separuh masak
bagai.
“Tak
adalah. Tak buat.”
“Tolong
buat boleh? Aku sarapan pagi telur rebus separuh masak dengan orange juice. Jadinya kau kenalah ingat
apa yang aku makan pagi-pagi boleh?”
“Buatlah
sendiri. Saya tak ada banyak masa lah. Saya nak masuk pejabat, nanti lewat.”
“Tak
baik tau layan suami macam ini. Sudahlah suami ini datang dari jauh, lepas itu
kau buat tak tahu aje. Asmyaliana Ariffin, nak check in dekat neraka ke?” suka sangat Zaliff ulang ayat-ayat
seperti itu. Nak takutkan orang. Mya bangun, kerusi di tolak perlahan.
Setelah menuang air panas ke dalam
mangkuk,
“Telur
nak berapa biji?” soal Mya.
“Dua
biji aje. Nanti kalau lebih biji, terlebih lah pula tenaganya.” Zaliff
mengusik. Mya di dapur mencebik. Menyampah.
Telur separuh masak di letakkan di
dalam piring kecil. Lada putih dan kicap juga turut di hidangkan. Bagaikan
lipas kudung Mya menyudahkan tugasannya.
“Saya
dah lambat ini, awak tolong alihkan kereta awak boleh?” pinta Mya pada Zaliff,
yang sedang mengacau telur separuh masaknya.
“Kau
ini kan, kacau betullah. Aku baru nak bersantap.” Bebel Zaliff.
“Tapi
kereta awak dah blocking kereta saya.
Cepatlah Zaliff, saya dah lewat ini.”
“Kau
bawa ajelah kereta aku. Malas betullah aku nak keluar alihkan kereta.”
“Ala,
saya malas nak punggah barang-barang saya. Banyaklah fail-fail saya dalam
kereta itu.”
“Aku
lagi malas nak keluar. Aku nak habiskan makan dulu, kalau kau nak kenalah
tunggu aku.”
‘Adui, masak kalau nak tunggu mamat
bengkak ini habis makan.’
“Kunci
mana?”
“Dekat
atas, dalam bilik.” Jawab Zaliff selamba.
“Tolonglah
ambil.” Pinta Mya.
“Ambil
lah sendiri. Malaslah aku nak turun naik tanggan.” Muka tak bersalah betul. Mya
mengeluh.
“Tak
apalah kalau macam itu. Saya pergi naik teksi aje. Kalau saya turun naik, turun
naik bahaya pula pada baby saya. Ini
kunci kereta saya, ini kunci rumah. Saya ada kunci pendua. Saya pergi dulu.
Assalammualaikum.” Kali ini Mya menggunakan ilmu psikologi pula. Niat Zaliff
dapat di patahkan.
“Sekejap!
Aku pergi ambil. Kau pergi naik teksi lagi lah bahaya, jangan nak macam –macam
pula.” Mya ketawa terbahak-bahak sebaik sahaja Zaligg mengatur langkah ke
tingkat atas.
‘Padan muka kau. Asyik aku aje nak
kena mengalah dengan kau. Apa kes?’
‘Baiklah Mya, mulai hari ini kau
kenalah menggunakan ilmu psikologi yang tinggi dan juga simpati yang menebal.
Barulah kena buku dengan ruas. Betul tak?”
Setelah mengalihkan beberapa
dokumen dan barang-barang dari dalam keretanya, Mya lincah meninggalkan
rumahnya. Takut terlewat. Walaupun dia berjawatan besar tetapi itu tidak beerti
dia boleh masuk lewat ke pejabat sesuka hati.
Hari kedua Zaliff berada di rumah
Mya, agak kekok dan janggal. Tetapi Zaliff berjaya mengatasi masalah kejutan
budaya yang dialaminya itu.
‘Pukul berapa erk minah ini balik
kerja? Aku tak ada appointment hari
ini, alamatnya mati kutulah aku duduk melepak dalam rumah ini.’ bebel Zaliff
sendirian.
“Mya
kau sibuk ke?” Mya dihubunginya.
“Sikitlah.
Kenapa?”
“Saja
tanya. Aku bosanlah duduk seorang-seorang dekat rumah. Nak keluar pergi
jalan-jalan aku tak tahu nak jalan mana.”
“GPS
kan ada.”
“Alah,
GPS itu pun bukan boleh percaya sangat. Guna pun sesat.”
“Merepeklah
awak ini. saya tengah sibuk ini sekejap lagi ada mesyuarat. Maaf eh?”
“Tak
mengapalah. Aku faham. okey, bye.”
“Bye,
Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam..”
Mati kutu di buatnya dek kerana
tidak tahu apa lagi yang patut dia buat. Peti ais di buka, terlihatkan udang
yang sudah siap di buang kulit, membuatkan Zaliff teruja untuk memasaknya.
‘Okey, kita ambil udang, lagi apa
erk?’ jari telunjuknya bermain-main di dahi.
‘Ha, sayur bayam masak tumis pun
sedap jugak ini. lagi nak tambah apa erk?’ Zaliff masih memikir.
‘Kalau campur ayam tak elok pula.
Sunnah Nabi, kalau makan makanan laut jangan di ambil bersama makanan darat.
Tidak elok untuk penghadaman.’Satu perkara yang perlu kita amalkan sebenarnya.
Mulalah itu, berangan sekejap. Ke
hulu ke hilir berjalan, dapur itu bukanlah besar mana pun, ada hati nak
berlagak macam masterchief.
‘Baiklah tuan-tuan dan puan-puan,
hari ini kita akan belajar resepi udang masak sambal tumis cili padi. Mula-mula
kita perlukan empat ulas bawang putih, sebiji bawang besar, lima belas biji
cili padi, sedikit halia. Bila kita dah siap buang kulit bawang-bawang ini,
kita kenalah tumbuk bagi lumat. Harus di ingat, petua orang-orang tua, kalau
tangan tak nak pijar di sebabkan cili padi itu, apa lagi sebelum mula
menumbuk niat dalam hati, kiranya
nawaitu kita kena tepat lah. Okey-okey, niat dalam hati saya nak pinjam tangan
orang yang lalu depan rumah saya, belakang rumah saya atau tepi rumah saya. In
shaa Allah, tangan kita tak pijar, tapi tangan orang yang kita niat itu akan
pijar. Entahlah Wallahhua’lam. Cubalah dulu.’ujar Zaliff berangan-angan.
‘Okey berbalik pada resepi udang
itu, selepas semuanya sudah pun lumat di tumbuk, tumiskan ke dalam kuali.
Pastikan minyak jangan terlalu banyak, dan jangan lupa masukkan sekali daun
limau purut.’ Bebel Zaliff. Mungkin dulu cita-citanya ingin bergelar tukang
masak profesional, at last jadi
tukang karut pula.
Membebel punya membebel, akhirnya
jadi juga dua resepi yang sangat ringkas tetapi nampak macam sedap.
‘Tak apalah, aku masih lagi rasa
kenyang. Tunggu minah itu balik, baru makan sama-sama.’ Ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment