Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 20 December 2013

DIALOG CINTA KITA - BAB 27




Mya melangkah keluar dari Klinik Kesihatan. Hampir terlupa akan temujanjinya dengan Doktor pada hari ini.
            “Alhamdulillah Puan Mya, kandungan puan sihat. Vitamin yang saya bekalkan itu Puan makan tak? Ada lagi?” soal Doktor Jamiah, berdasarkan pada tag namanya.
            “Alhamdulillah Doktor, vitamin dah nak habislah doktor.”
            “Baiklah, kalau macam itu Puan Mya ambil ubat dekat kaunter luar eh?”
            “Terima kasih doktor.”
            “Sama-sama Puan Mya. Ingat apa yang saya pesan, banyakkan makanan yang di perkaya dengan zat besi supaya hb puan pekat. Kalau tidak, puan kenalah check in hospital buat semalam dua.” Sempat lagi doktor Jamiah bergurau.
            “Doktor ini ada-ada ajelah. Jangan cakap macam itu, kalau boleh saya nak masuk hospital waktu saya deliver aje doktor.”
            “In shaa Allah, mudah-mudahan.”
So, Asmyaliana memandangkan hari ini kau dah keluar awal, apa kata kau balik awal? Nanti kau boleh tidur awal, melepak dekat rumah.’ Mya berkata seorang. Mudah betul kalau nak kenal Asmyaliana, sebab minah ini suka cakap seorang-seorang.
‘Cop,cop kalau balik rumah mamat bengkak itu pula yang menyibuk. Bosannya..’ mengeluhlah pulak.
‘Alah, bukan aku kacau dia pun.’ Akhirnya Mya membuat keputusan untuk pulang ke rumah, terasa letih bebenar badannya.
Sebaik sahaja sampai di rumah, vios putih miliknya masih di parkir elok di dalam garaj, ini bermakna Zaliff tidak ke mana-mana.
            “Assalammualaikum..” Mya memberi salam.
            “Waalaikumsalam.” Zaliff menjawab. Mya mengukir senyuman.
            “Awal kau balik?” soal Zaliff.
            “Tadi saya ada check up dekat klinik kesihatan, lepas itu saya terus balik. Kenapa tanya?”
            “Kau tak cakap pun dekat aku yang kau ada check up hari ini?”
            “Maaflah, saya pun hampir terlupa. Sampai pejabat Syikin yang remind saya.”
            “Kau dah makan?” baiknya tanya. Anak siapa lah ini kan? siap-siap nak tanya dah makan ke belum.
            “Belum lagi. keluar klinik terusa balik. Awak lapar eh? sat lagi saya masak okey?” ha..ini gara-gara Syikin lah ini. cakap sat..sat..dengan Mya Mya ikut cakap sat.
            “Eh tak payahlah nak susah-susah masak. Aku dah masak tadi, tinggal makan aje.” Teruja Mya mendengarnya, apatah lagi untuk menikmati hidangan dari hasil kreativiti Zaliff. Bukan senang nak dapat tau.
            “La ye ke? Alhamdulillah, kebetulan saya memang tengah lapar sangat ini. pagi tadi sampai terlupa nak minum susu gara-gara bergaduh dengan awak pasal hal kereta.”
            “Eh, excuse me. Jangan nak salahkan aku pula eh. kau itu yang malas sangat nak naik atas ambil kunci.” Zaliff tidak mahu mengalah.
            “Tolak ansurlah sikit. Awak sendiri tahu keadaan saya yang macam ini. kalau apa-apa jadi, awak nak tanggung ke?” Zaliff mati kata-kata.
            “Sudahlah, pasal hal kereta pun nak gaduh. Jom makan, aku dah lapar ini.” Zaliff beredar ke dapur. Mya hanya membontoti.
Pintu peti ais di kuak pula. Kali ini air oren sudah siap di bancuh, di letakkan di atas meja makan.
            “Rajinnya awak, siap bancuh air oren lagi.” Zaliff tersenyum sinis.
Bagaikan lipas kudung Mya menyediakan hidangan. Berselera betul Mya tatkala melihat udang yang sudah siap di tumis. Aromanya sungguh memikat.
            “Awak, periuk nasi itu tolong angkat letak atas meja.” Pinta Mya.
            “Periuk nasi?” kata-kata Zaliff agak pelik pula.
            “Iyalah, periuk nasi.”
            “Masalahnya aku tak masak nasi lagi. Aku lupa.” Zaliff ketawa terbahak-bahak.
            “Iya-iyalah saya ini excited nak sangat rasa masakan awak, awak lupa masak nasi pula. Hmmm..kena tunggu sampai nasi masak lah jawabnya.” Mya mencebik. Terasa mahu pecah jantung dan paru-paru di sebabkan menahan ketawa.
            “Bawa sini periuk nasi itu, biar aku masak nasi sekejap.”
            “Eh, tak payahlah. Biar saya yang buat. Lagipun tadi awak dah masak lauk kan? terima kasihlah banyak-banyak sebab sudi masak dan pelawa saya makan.” Ayat sentap pula yang keluar. Aduh…
            “Kalau macam itu, aku pergi cuci kereta kejaplah. Besok ada appointment dengan Datuk Bakti.” Zaliff berjalan ke luar.
Selesai mencuci beras, suis periuk nasi di tekan. Mya melangkah ke ruang tamu sementara menunggu nasi masak, tetapi akhirnya dia terlena.


2 comments:

  1. baik pulak si zaliff ni ye...
    tpi lupa msk nasik pulak...huhu..
    ok2, next please..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum cerita nie sampai sini aje ke? atau dah ada versi cetak?

    ReplyDelete