Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 18 July 2016

DUKUN CINTA - BAB 2




TELINGA aku dapat menangkap bunyi derapan kaki dari arah belakang. Jantung yang tiba-tiba sahaja laju mengepam darah membuat aku longlai untuk meneruskan langkah. Aku sendiri tak tahu kenapa. Tapi, apa yang aku pasti dia ada di belakangku.
            “Awak!” Sapa dia. Malu-malu pula aku menoleh. Melihatkan dia tersenyum serta-merta hatiku jadi cair, secair ais tatkala disimbahi air panas.
            “Lajunya jalan. Dari tadi saya panggil, awak tak dengar ke?” Soalnya. Aku tersenyum. Alolololo... sweetnya. Mulalah, otak menerawang ke lain. Rosak.
            “Ermmm, saya tak dengar. Sorry.” Aku cuma mampu minta maaf. Hai... ini terasa macam.... biarlah lambat sampai ke pondok menunggu bas, jadi bolehlah aku berjalan beriringan dengan dia. Auuuwwww......
            “Awak!!..” suara kami serentak. Pantas aku menunduk dan dia membuang pandang ke arah lain.
            “Awaklah cakap dulu.” Ujar dia.
            “Awaklah cakap dulu..” aku senyum. Dia geleng.
            “Tak apa, awak cakap dulu apa yang awak nak cakap. Lady first.” Tambahnya.
            “Errrmmmm... ada apa awak panggil saya?” Mulalah aku menggedik. Pintal-pintal hujung tudunglah, tersenyum-senyum sipulah. Nampak sangat kegedikkan aku terserlah.
            “Saya nak jalan dengan awaklah.” Jawab dia. Aduuhhhh... bergegar jantung. Macam nak gugur.
            “Ada pulak. Ermmm, awak nak cakap apa tadi dengan saya?” Aku pandang wajah dia sekilas.
            “Abah awak ada cakap apa-apa pada awak?” Tanyanya. Serta-merta aku teringat hal semalam. Kena soal siasat dengan abah dah macam duduk di dalam kandang pesalah. Gila!
            “Kak Ngah ada apa-apa ke dengan anak Pak Zuki itu?” Soal abah mula bicara. Reaksi aku sedikit tersentak. Yelah, tengah syok aku menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh Puan Norchek, tiba-tiba abah datang menyergah dengan soalan yang entah apa-apa entah. Aku pandang muka abah sekilas, dan kemudian kembali memandang buku latihan yang sedia terbuka.
            “Abah tanya ini, Kak Ngah ada apa-apa ke dengan anak lelaki Pak Zuki?” Sekali lagi abah menyoal. Aku tak tahu nak jawab apa.
            “Maksud abah?”
            “Yelah, sampai dia datang sini cakap dengan abah dia nak berkawan dengan Kak Ngah. Itu, nasib baik dia yang datang, kalau mak abah dia yang datang, memang abah terus kahwinkan Kak Ngah dengan dia. Lagi senang!” Ujar abah serius. Aku hilang kata-kata. Muda lagi wei, tak akan dah nak kahwin. Belum puas enjoy.
            “Abah ini, cuba jangan mengarut. Kak Ngah sekolah lagi lah abah, tak akan dah nak kena kahwin pulak?” Aku cebik bibir. Sengaja aku tundukkan kepala memandang buku. Terasa janggal pula nak tengok muka abah bila abah sendiri dah tahu rahsia aku. Mesti abah fikir yang aku ini sibuk menggatal di sekolah. Abah hantar aku ke sekolah untuk belajar bukan pergi menggatal.
            “Kalau abah cakap, Kak Ngah kata abah mengarut. Habis itu, abah hantar Kak Ngah pergi sekolah untuk belajar, tapi Kak Ngah bercinta, itu tak dinamakan mengarut ke Kak Ngah?” Suara abah kedengaran mendatar. Alamak, terasa bersalah pulak. Kalaulah abah tahu yang sebenarnya bukan aku ini hadap untuk bercinta, tapi bila dah dapat surat cinta itu ada lah juga feeling orang bercinta. Gataiiiii...
            “Iya, Kak Ngah tahu Kak Ngah salah. Tapi abah pun kenalah dengar penjelasan Kak Ngah. Kak Ngah dengan Nan itu pun bukannya bercinta, kami berkawan aje lah abah. Lagipun bukan Kak Ngah yang terhegeh-hegeh nak dekat dia, tapi dia yang sibuk hantar surat dekat Kak Ngah lah abah. Kak Ngah sedar, Kak Ngah tak cantik. Muka Kak Ngah pun serupa macam warga Zimbabwe, dah lah kulit gelap, kusam.” Aku merendah diri. Dan aku tahu, itulah hakikatnya.
            “Mulalah, dia nak berdrama pulak dekat sini. Tak ada kena-mengenalah Kak Ngah kulit gelap dan kusam dengan persoalan Kak Ngah menggatal di sekolah. Hah, dah macam iklan Fair & Lovely pulak nak kulit kusam bagai.” Abah dah mula membebel. Sebenarnya, aku nak tergelak bila abah kaitkan ayat aku yang berbunyi kulit gelap dan kusam dengan barangan penjagaan kulit muka Fair & Lovely. Tetapi, disebabkan misai abah yang melentik,dipadankan dengan wajah abah yang agak bengis, membuatkan aku serta-merta melupakan hasrat untuk tergelak.
            “Okey abah, straight to the point. Apa sebenarnya yang abah nak sampaikan pada Kak Ngah? Cuba abah cerita perlahan-lahan, supaya Kak Ngah faham.” Aku mohon pencerahan. Rasa tak syok pula bila abah pun macam main tarik tali dengan aku.
            “Abah tak halang dengan siapa pun Kak Ngah nak berkawan, tetapi.....” ada tapi itu.
            “Tapi apa abah?” Cepat-cepat aku soal.
            “Syarat abah senang sahaja. Pandai jaga diri, pandai jaga maruah diri, maruah keluarga dan yang paling penting tolong habiskan belajar dulu. Hidup dizaman millenium ini, tak kira anak perempuan ataupun lelaki, kenalah berjaya di dalam pelajaran. Abah tak nak anak abah dikatakan anak-anak yang mundur disebabkan anak abah gagal di dalam pelajaran.” Tegas abah. Aku cuma menganggukkan kepala. Apa yang abah cakap itu memang betul. Tak ada salahnya.
            “Maksud abah, abah tak halang Kak Ngah berkawan dengan Nan? Macam itu?” Aku minta kepastian. Dalam hati bersorak keriangan.
Abah geleng kepala tanda dia menyuarakan yang dia sendiri tidak menghalang aku berkawan dengan sesiapa sahaja.
            “Dan itu bukan tiket untuk Kak Ngah buat sesuka hati okey? Abah beri keizinan itu tidak bermakna Kak Ngah boleh buat apa sahaja termasuk keluar rumah sesuka hati tanpa izin abah, bergayut ditalian berjam-jam ataupun berborak dengan anak Pakcik Marzuki sesuka hati sehingga menimbulkan syak wasangka atau pandangan buruk dari orang lain.” Terang abah panjang lebar.
            “Okey, Kak Ngah faham.” Aku berikan abah jawapan yang paling ringkas. Sebenarnya aku lebih dari faham. Abah buat macam itu bukan abah nak kongkong aku, abah Cuma mahu aku berhati-hati dan jangan sampai ada yang menconteng arang di muka.
Aku tersentak pabila ada tangan yang menepuk kuat bahu kanan aku.
            “Hah?” Aku toleh. Melihat wajah Nan yang menyegih di sisi, serta-merta wajahku bertukar warna.
            “Berangan?” Soal Nan. Aku diam.
            “Ingat apa?” Tambahnya lagi. Aku geleng pula.
            “Habis itu senyum seorang-seorang.” Nan perli aku.
            “Tak ada apa-apa. Lambat pula bas datang hari ini kan?” Aku cuba ubah tajuk perbualan kami. Sebenarnya aku malu sebab kantoi berangan. Ahakssss...
            “Rosak kut?” Nan hanya tebak. Aku cebik bibir.
            “Eh, ceritalah. Awak berangan apa tadi?” Nan senggol lengan aku. Aku pandang muka dia sekilas kemudian aku geleng. Tak akan aku nak cakap yang aku sedang berangankan dia? Malu lah wei....
            “Tak ada apa-apa lah. Apa kepoh sangat ini, nak tahu apa yang orang fikirkan?” Aku senyum dan kemudian aku jeling wajah Nan sekilas.
            “Saya tahu!” Tiba-tiba Nan sedikit terjerit.
            “Tahu apa?” Cepat-cepat aku soal.
            “Awak berangankan saya kan?”
            What? Memang tidak lah kan....” Aku tahan gelak. Hakikatnya, memang iya pun.
            “Eleh, mengaku sahajalah. Awak berangankan saya kan?” Sengaja pula Nan ini menguji kesabaran aku. Ini yang datangnya macam nak marah ini.
            “Errmmm Nan, awak ada nampak Sally tak?” Aku tukar jawapan yang Nan cari kepada soalan. Pantas Nan geleng kepala.
            “Aku ada ini....” tiba-tiba suara Sally yang sampai di cuping telinga aku. Lantas, aku toleh. Sally yang sedang berdiri di belakang aku sedang memeluk tubuh dengan beberapa buah buku berada di dalam pelukan.
            “Bergurau sampai tak nampak aku yang berdiri di belakang ini kan?” Sally perli aku. Mahu atau tidak, hanya senyum sahaja yang dapat aku ukirkan.
            “Wei rilekslah. Tak akan nak sentap,” celah Nan.
            “Tak ada maknanya nak sentap-sentap.” Sally cemik muka. Aku hanya mampu untuk berdiam. Tahu sahajalah kalau dah si Sally itu bersuara, mahu hangit dibuatnya nanti.
            Sorrylah, aku ingat kau dah sampai pondok bas tadi. Aku jerit nama kau depan kelas kau, tapi diorang cakap kau dah keluar.” Aku cuba pujuk. Aku sedar sejak kebelakangan ini Sally lebih banyak sentap dari aku. Aku ingat lagisince yang aku cakap dengan dia muka aku ada iras-iras warga Zimbabwe, aku ingat dia yang dekat dengan aku, pujuk aku, sebaliknya aku pula yang nak kena pujuk dia. Tak ada rasa sensitif betul.
            “Aku pergi bilik guru tadi hantar buku. Alah, kau itu sejak dah ada boyfriend mana nak ingat aku. Balik pun terus menonong jalan...” ujar Sally. Makan dalam weiii...
            “Ish kau ini ada pula cakap macam itu. Aku cari kau tadi, sumpah!” Aku angkat tangan separas dada tapi, Sally cuma cemik muka. Sakitnya hati aku!!!! Aku jerit dalam hati.
            “Awak, jom lah. Bas dah sampai tu..” Nan muncung ke arah bas sekolah yang sedang menuju ke arah kami. Melihatkan ramai yang berebut-rebut untuk menaiki bas, hasrat aku ingin melangkah terbantut. Tak mengapalah jikalau aku terpaksa berdiri di dalam bas, yang penting aku tetap sampai ke rumah.
            “Awak jalanlah dulu. Saya dengan Sally kemudian. Lagipun ramai itu, takut bertolak-tolak nanti jatuh.” Aku tolak pelawaan Nan. Seganlah aku. Dia lainlah, lelaki. Boleh menyusup masuk ke dalam bas melalui pintu kecemasan di belakang. Aku? Tak akan nak kena panjat belakang pulak?
Nan pamer senyuman. Lantas, dia melangkah meninggalkan kami menuju ke arah pintu kecemasan bas. Sekejap sahaja aku lihat dia sudah duduk di dalam bas. Mudahnya jadi lelaki kan? Melihat hanya tinggal beberapa kerat sahaja lagi murid yang melangkah menaiki tangga bas, aku dan Sally turut melangkah memanjat tangga. Hanya beberapa orang sahaja yang berdiri dilaluan tengah bas, yang lain sudah selesa duduk di tempat mereka sendiri. Aku terdengar Nan jerit nama aku.
            “Eliyani!” Aku jenguk kepala. Tangannya melambai ke arah aku dan Sally. Aku nampak dia berdiri dan memanggil aku dan Sally untuk mengambil alih tempat duduk yang dia sendiri dapatkan sebentar tadi. Segan pulak aku. Tanpa berebut-rebut, aku dan Sally dapat duduk dengan selesa, manakala Nan duduk dibahagian belakang yang menempatkan sebahagian murid lelaki. Ah...sweetnya..... Aku senyum. Aku tahu Sally meluat melihat aku begitu. Apa kan daya, mungkin ini rezeki aku, dapat seorang lelaki yang sangat sweet. Tapi... betul juga cakap Sally, aku tak sesuai dengan Nan. Nan itu hensem, kacak dan bergaya. Aku ini apalah ada, muka kusam, gelap ada hati nak berjalan beriringan dengan Nan. Tak sedar diri betul!

Friday 15 July 2016

DUKUN CINTA - BAB 1







BAB 1




Kalian tidak akan masuk syurga sampai kalian beriman, dan kalian tidak akan beriman sampai kalian saling mencintai. Tidak mahukah kalian, aku tunjukkan sesuatu yang jika kalian lakukan maka kalian akan saling mencintai: sebarkanlah salam diantara kalian. (HR Muslim)

Aku pernah ditanya tentang cinta. Waktu itu aku masih lagi kanak-kanak ceria, yang hingusnya meleleh di bibir dan dikesat menggunakan lengan baju sahaja. Menginjak dewasa, aku sekali lagi ditanya tentang cinta. Aku senyum. Pada aku waktu itu, cinta itu macam makan biskut. Sekejap dia ada, sekejap lagi hilang entah ke mana. Cinta monyet barangkalinya. Suatu hari, buat pertama kali dalam hidupku, aku terima sepucuk surat cinta. Waktu itu, aku melompat bagai nak gila. Teruja! Hahahaha..... Mula-mula terfikir nak sorok-sorok. Malulah, kalau ada yang tahu perihal aku terima surat cinta, tapi..... siapalah aku untuk zip mulut sendiri. Berita gembira, mestilah ingin dikongsi bersama. Orang pertama yang tahu, siapa lagi kalau bukan Sally. Wah! Nama sahaja macam orang putih, padahal dia sama seperti aku. Makan belacan berbakul-bakul.
            “Senyum sampai telinga. Ada berita gembira?” Sally tumpang tanya. Aku senyum angguk kepala. Dalam kepala ligat berfikir, macam mana nak mula cerita.
            “Oi, apa dia? Beritahulah!”
            “Kejaplah. Tengah fikir ini macam mana nak mulakan cerita.” Aku senyum. Mulalah, gedik bukan main.
            “Aku teka....” Sally seperti menahan. Macam tahu-tahu aje apa yang ada di kepala. Aku angkat kepala. Menunggu jawapan yang keluar dari bibir comel Sally.
            “Kau dapat surat cinta? Betul tak?” Tebak Sally. Walaupun tepat, reaksi yang aku beri tetap sama. Nak kelirukan dia.
            “Betul kan? Yani....?” Lengan aku jadi mangsa. Biasalah, kalau aku tak jawab soalannya. Puas lengan, hujung tudung aku ditariknya. Sudahnya, aku angguk mengiyakan. Cepat sahaja Sally menyoal aku kembali.
            “Daripada siapa?” Sally pamer wajah teruja.
            “Kau agak?” Aku peluk tubuh. Sengaja buat Sally tertanya-tanya. Hangat juga topik surat cinta petang itu.
            “Ala... malaslah aku nak agak-agak. Cakaplah cepat, siapa?” Sally muncung bibir.
            “Nan.” Sepotong nama yang terluah dari bibir. Melihat wajah Sally pelik, aku tahu dia masih samar-samar, atau lebih tepat lagi dia masih belum dapat menangkap, siapa Nan yang aku maksudkan. Kalau dia tahu, confirm menjerit minah ini nanti.
            “Nan mana? Roti nan? Pakcik Manan yang jadi jaga sekolah kita ini?” Mulalah. Sally merepek-repek.
            “Adnan. Budak kelas akaun.” Aku senyum. Bila malu, aku tunduk kepala. Dah tahu dah apa jadi lepas itu. Cepat-cepat aku tutup telinga.
            “Denan kacak lagi bergaya itu? Budak skema macho itu? Perggghhhhhh.... gila lah! Tak sangka aku wei, tak sangka.” Sally separuh menjerit. Dia tak percaya, apatah lagi aku. Siap tepuk pipi lagi wei... mimpi ke realiti.
            “Iyalah. Nan mana lagi...” Aku senyum kambing.
            “Beb, sumpah aku tak caya. Nan itu kan, walaupun skema tapi bab jodoh dia memilih beb. Bukan ke Nan itu syok kat Zuraini?” Sally ini memang tau. Mematahkan semangat aku yang tengah berbunga kembang ini.      
            “Memanglah dia syok dekat si Zuraini tu, tapi minah itu tak layan, siapa boleh tahan?” Aku ketawa. Mengalahkan langsuir ketawa tutup muka.
            “O, bila si Zuraini itu tak layan dia datang dekat kau lah ini. Kau pun satu, melayan. Dasar jantan pinggiran, buat perempuan macam pakaian. Yang kiri tak layan, dia beralih pada yang kanan. Yang kanan ditinggalkan, dia dok kejar yang depan. Huh!” Sally hambur marah. Aku diam. Tak ada modal nak lawan. Cakap-cakap Sally memang ada benarnya. Aku aje yang buta warna. Tak tahu warna apa yang ada depan mata. Hitam legam pun aku sebat, janji cinta yang diberinya.
            “Kau ini kan, suka buat hati aku goyah tau. Baru nak rasa nikmat cinta, kau dah susun strategi nk putuskan segalanya.” Aku bebel sengaja. Sally itu pun, bukannya boleh dipercaya.
            “Kau jangan cakap macam itu. Bila masa pulak aku ini nak putuskan semuanya, aku cuma nak ingatkan sahaja. Kau kena ingat, Nan itu buaya darat yang pandai pakai pakaian smart. Jangan sampai kau kecewa satu hari nanti.” Bebel Sally. Aku diam. Hati jahat ini terkadang tergelincir dari landasan. Lancar sahaja kepala membuat andaian jahat. Apalagi, kalau tidak kepala aku ini fikir yang Sally itu dengki dekat aku. Cemburu dengan aku. Iyalah, Nan suka pada aku, mustahillah perempuan lain tak cemburu.
            “Tak apalah Sally, kau janganlah risaukan aku. Aku tahu macam mana aku nak handle Nan itu. Kalau orang kata dia buaya, aku cubalah untuk jinakkan dia. Betul tak?” Aku senyum. Aku perasan bibir Sally mencebik.
            It’s up to you lah. Jangan esok, bila kau kecewa, kau cerita dekat aku yang kau kecewa. Aku dah nasihatkan, tapi kau tak nak dengar. Nan itu, boleh tahan. Mata keranjang. Aku tak rasa yang Nan itu boleh setia pada kau seorang,” sinis ayat Sally. Rasa berdengung telinga aku mendengarkannya.
            “Sally, tolonglah... Jangan cakap macam itu. Percayalah, Nan mampu untuk berubah. Aku yakin!” Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibir aku. Sekarang ini, aku masih berada di atas pagar. Sebahagiannya aku percaya cakap-cakap Sally dan sebahagiannya lagi aku tetap kata Nan itu baik. Ermmm, entahlah.

PULANG dari sekolah aku dikejutkan dengan satu berita. Ibu kata ada seorang budak lelaki datang rumah jumpa abah. Aku tergamam. Tak sangka, berani betul mamat ini jumpa abah aku. Dia buat abah aku macam abah dia. Satu geng ke? Aku termenung...
            “Eliyani, dengar ke tidak apa yang ibu cakap?” Soal ibu. Aku sedikit tersentak. Lantas, aku menganggukkan kepala.
            “Yani dengar....” lama aku berjeda.
            “Tapi siapa?” Soalku.
            “Adnan, anak pakcik Marzuki.” Ujar ibu pendek.
            “Nan?” Aku terkejut bila ibu sebut nama Adnan. Sungguh berani. Setahu aku, ramai yang takut melihat misai melentik milik abah, tapi Nan? Dia berjaya membuatkan abah langsung tak marah pada dia.
            “Dia nak apa ibu?” Beg galas yang masih berada di belakang badan, aku hempas ke lantai. Ini semua gara-gara Nan. Tak pasal-pasal beg sekolah jenama Outdoor yang aku beli dengan hasil duit jual kuih tolong ibu yang menjadi mangsa. Soalan aku hanya mampu ibu jawab dengan bahu yang hinggut.
            “Ibu tak tahu. Awak tanya abah awak,” ibu terus berlalu ke dapur. Aku? Garu kepala lah. Apa lagi.
Beg yang aku hempas ke lantai, aku ambil semula. Bergegas aku melangkah ke bilik, sambil-sambil mata aku mencari kelibat abah. Langsung tak nampak.
            “Ibu.... abah mana?” Aku jerit dari muka pintu bilik.
            “Abah keluar ke bandar, cari barang wiring.” Ibu jawab. Aku cuma mampu tarik nafas dan hembus nafas dengan perasaan sebal dalam dada.
            “Ibu... Yani pinjam telefon sekejap eh. Nak telefon Sally.” Sekali lagi aku jerit. Telefon rumahlah yang menjadi penghubung antara aku dengan Sally jika kami berada di rumah, walhal rumah kami hanya jarak sepuluh langkah.
            “Jangan bergayut lama sangat. Nanti bil melambung!” pesan ibu. Aku senyum.
7..9..1..2..2..3..9.. Aku dail nombor telefon rumah Sally.
            “Assalammualaikum,” aku beri salam sebaik sahaja telingaku menangkap bunyi gagang diangkat.
            “Waalaikumsalam, nak cakap dengan siapa?” Soalan dari hujung talian.
            “Boleh cakap dengan Sally?” Soalku.
            “Sekejap.” Balasnya dan kemudian aku dengar bunyi buk, tanda gagang diletakkan di sebelah telefon.
            “Hello.” Suara Sally.
            “Hello wei, aku ada berita hot ini wei...” aku sedikit terjerit.
            “Hah? Apa dia?” Soal Sally tak sabar-sabar.
            “Beb, kau tahu tak Nan datang rumah aku beb. Jumpa abah aku...” aku sedikit terlompat-lompat. Masakan tidak, berita yang paling hangat yang pernah aku rasa dan mungkin tak akan ada siaran ulangannya lagi.
            “Kau biar betul beb.... tak akanlah Nan berani jumpa Pak Lias misai melentik itu. Ish..ish..ish...” ujar Sally. Aku dapat bayangkan yang dia tengah geleng kepala saat ini.
            “Kau tak percaya?” Tambahku.
            Definitely.” Jawab Sally.
            “Suka hati kau. Yang penting aku dah share dengan kau berita gembira. Selebihnya, up to you!” Sengaja aku tambah menyakitkan hati Sally. Dia pandang aku macam aku ini warga Zimbabwe pulak. Apa dia ingat, muka warga Zimbabwe ini tak layak nak dapat boyfriend ke? Piiirahhhhh......
            “Bukti?” Tiba-tiba pula mangkuk ini minta bukti. Aku pun apa lagi, jerit nama ibu lah.
            “Ibu....oooo...ibu....” Sekuat-kuat hati aku jerit, biar pecah gegendang telinga Sally.
            “Apa dia? Yang terjerit-jerit ini kenapa?” Ibu berdiri di sebelah aku. Terkejut!
            “Ibu, tadi anak Pakcik Marzuki tu datang rumah jumpa abah kan?” Soalku.
            “Iyalah. Kenapa? Nak kena cakap banyak kali dengan kamu ke? Kamu pekak? Tak dengar?” Sudahnya, aku yang kena pekak dengan ibu. Tak apa lah ibu, yang penting insan yang masih lagi menanti di hujung talian itu mendengar suara ibu sebagai bukti.
            “Ha..sekarang ini kau percaya tak? Atau kau masih lagi tak puas hati?” Aku senyum sambil dengan sengaja aku menjungkit-jungkitkan kening sendiri. Yelah, tak akan kening ibu aku pulak....
            “Aku memang tak boleh nak kata tak percaya sebab..... aku dengar suara ibu kau tadi tetapi....” Sally bertapi-tapi.
            “Tapi apa lagi? Nampak sangat kau tak puas hati kan? Cemburu lah tu...” Aku cebik bibir.
            “Aku cemburu? Silap orang lah makcik. Memang tak lah...” Kali ini aku dapat bayangkan muka Sally yang agak jengkel bila dengar aku cakap dia cemburu sebenarnya.
            So... terimalah kenyataan dengan reda,” kali ini aku sengaja mengusik. Biar hati dia tambah makin panas.
            “Jangan riak wei...” tiba-tiba pulak Sally sound aku macam itu.
            “Kalau iya pun agak-agaklah nak sound macam itu. Bila masa lah aku ini riak. Kau itu aje yang macam tak percayakan aku. Iyalah, aku taklah cantik macam kau. Muka aku inikan macam warga Zimbabwe, kau juga yang cakap. Okeylah beb, ibu aku panggil. Nanti kita sambung lagi,” aku buat keputusan untuk matikan talian. Terasa siutttt...
            “Kau jangan fikir yang bukan-bukan pulak. Aku tak ada niat nak kecilkan hati kau.” Sally berusaha untuk pujuk aku. Cepat-cepat aku geleng kepala walaupun aku sedar perbuatan aku tidak dapat dilihat oleh dia.
            “Okeylah. Jumpa esok dekat sekolah. Bye...” gagang aku lepaskan. Sesungguhnya sakit dihati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bengang betul.