Zaliff masih lagi merenung fail-fail yang bersusun
di atas meja. Tidak tahu mana satu yang perlu dia mulakan dahulu. Sejak
seminggu Mya bertukar ke Penang, kebanyakan kerja-kerja Mya di ambil alih
olehnya. Kusut kepalanya, banyak juga masalah yang menghampirinya sejak
kebelakangan ini. Interkom di sisi berbunyi, Zaliff berdecit seolah-olah bunyi
tersebut menganggunya.
“Yes, Zaliff speaking.”
“Abang,
sibuk ke?”
“Nak
apa lagi?” soal Zaliff tegang. Sejak sebulan yang lalu, Fazzy tidak
menganggunya, tetapi hari ini tiba-tiba Fazzy menguhubunginya semula. Untuk
apa?
“Abang,
Fazzy nak bincang sesuatu dengan abang boleh?” Abang free tak?”
“Bincang
apa lagi? aku sibuklah!”
“Fazzy
datang bilik abang sekarang eh?”
Zaliff diam.
Tuk..tuk..tuk..
“Masuk.”
Fazzy memandang tepat wajah Zaliff. Bengis.
“Duduklah.”
Pelawa Zaliff.
“Terima
kasih.”
“Nak
bincang apa?” Zaliff terus kepada tajuk utama.
“Abang,
emm..macam mana dengan majlis kita? Mak dengan ayah Fazzy asyik tanya aje ini.”
terjegil mata Zaliff. Setelah apa yang berlaku, Fazzy masih berani menyebut
tentang majlis perkahwinannya.
“Majlis
apa yang kau maksudkan? Antara kau dengan aku dah lama berakhir tau. Majlis apa
lagi yang kau harapkan?”
“Tapi
abang dah janji dengan Fazzy nak…”
“Nak
apa? Kau lupa atau nak aku ingatkan kau
sesuatu? Dengan siapa kau kena tangkap khalwat dan sekarang dengan siapa pula
kau nak kahwin eh? kau ingat setelah apa yang berlaku ini aku tetap nak
teruskan? Sorrylah. Kau memang tak
akan pernah berubah, sebab itulah bekas suami kau ceraikan kau. Tak salahlah,
sebab kau ini bukan setakat playgirl
malah lebih dari itu. Tidak cukup dengan seorang lelaki, kau tukar pasangan kau
macam tukar baju. Kau ingat kau itu cantik sangat? Tolonglah jangan ganggu aku
lagi. Aku dengan kau dah lama berakhir.” Putus Zaliff.
“Tapi
abang dengan Fazzy dah…”
“Dah
apa? Terlanjur? Ya! Memang, tapi kau kena ingat, bukan dengan aku seorang
sahaja kau terlanjur, malah ramai lagi. kau pergilah cari Raffi itu, elok-elok
dia nak bertanggungjawab, kenapa kau tak nak?”
“Tapi
Fazzy nak abang.”
“Cukuplah
Fazzy. Aku perlu jaga banyak hati. Natrah lebih penting dalam hidup aku.
Tolonglah jangan sesekali kau sebut tentang hubungan kita lagi.”
“Abang…”
“Kau
boleh keluar sekarang!”
Fazilah tidak menunggu lama. Panas punggungnya
apabila di herdik begitu.
‘Tak apa Zaliff, ada lori ada bas, ada hari aku
balas.’ Rengus Fazzy geram. Muncung bibirnya, keruh wajahnya, menahan marah dan
malu.
Tit..tit..tit.. interkom menjerit lagi.
“Yes Anna?”
“Encik
Zaliff, Cik Sara minta Encik ke biliknya sekarang. Bawa sekali fail Bakti
Holdings.” Pesan Anna.
“Baiklah,
sekejap lagi saya datang.”
“Terima
kasih Encik Zaliff.”
“Sama-sama.”
Fail biru, Bakti Holdings di capai. Laju langkahnya
menuju ke bilik Sara. Pintu bilik di ketuk.
“Masuk.”
Zaliff melangkah masuk setelah pintu di kuak.
“Duduklah
Zaliff.”
“Terima
kasih Cik Sara.”
“Mana
fail yang saya minta itu?” soal Sara.
Zaliff menghulurkan fail biru ke tangan Sara.
“Kontrak
dah siap?”
“Dah
Cik Sara.”
“Appointment yang saya minta awak aturkan
itu macam mana?”
“Oh,
Encik Badrul kata Datuk Bakti minta kita datang Penang minggu depan. Cik Sara
macam mana?”
“Minggu
depan eh? sekejap saya tengok schedule saya.”
Sara menilik-nilik planner yang
berada di sisi.
“Next week saya ada seminar dengan papa
dekat Johor. Agak-agak Datuk Bakti boleh tunda tak?”
“Itu
saya tak berani nak cakap Cik Sara. Kena tanya dulu, tapi Cik Sara pun kenalkan
Datuk Bakti itu macam mana?”
“Iya
tak iya juga eh. Kalau macam itu, awak ajelah yang gantikan saya ke Penang.
Jadual awak kosong tak?”
“Nak
kena tengok dulu Cik Sara.” Sara senyum.
Interkom di sisi di tekan.
“Anna,
tolong saya tengok jadual Encik Zaliff untuk minggu depan boleh?”
“Sekejap
eh Cik Sara saya cek kan.” ujar Anna.
“Cik
Sara, Encik Zaliff ada dua temujanji minggu depan.”
“Okey,
kalau macam itu awak tolong saya batalkan semua appointment Encik Zaliff ye. Saya nak Encik Zaliff ke Penang
gantikan saya untuk berjumpa dengan Datuk Bakti. Tolong minta bahagian akaun
sediakan payment voucher untuk Encik
Zaliff sekali.”
“Baiklah
Cik Sara.” Gagang di letak.
“So, Zaliff saya dah cancel all appointment awak minggu depan, jadi saya nak awak
gantikan saya ke Penang boleh?”
“Boleh
Cik Sara, cuma kalau boleh saya nak book
hotel
yang ada corporate rate boleh tak Cik
Sara”
“Kenapa
pula awak nak duduk hotel?” soalan perangkap itu sebenarnya.
“Habis
itu saya nak duduk mana pula Cik Sara?”
Qaisara tersenyum nakal.
“Awak
tak nak tengok isteri awak ke Zaliff?”
Tersedak Zaliff apabila Sara menyebut perihal
isteri. Hampir terlupa dia mengenai Mya yang sudah di tukarkan ke Penang.
“Errr..er
Cik Sara,”
“Kenapa
awak nak malu Zaliff? Saya tahu saya tidak sepatutnya mencampuri urusan
rumahtangga awak, tapi Mya itu kawan saya. Apa pun saya sanggup lakukan untuk
lihat Mya bahagia. Cukup-cukuplah awak seksa dia Zaliff. Berikanlah dia
sekelumit bahagia. Tak banyak, sikit pun jadilah.” Zaliff bungkam mendengar
hujahan Sara.
“Terima
kasih sebab Cik Sara ingatkan saya.”
Sara menarik laci di sisinya. Sebuah tablet sebesar
tujuh inci di hulurkan kepada Zaliff.
“Dalam
tab ini ada alamat rumah Mya. GPS itu pun saya dah set kan jalan untuk ke rumah
Mya, awak pergilah lawat dia. Seminggu awak dekat sana, tolonglah jangan buat
dia sedih. Itu sahaja permintaan saya.”
Zaliff angguk tanda faham.
“Cik
Sara, Mya tahu ke saya hendak ke sana?” Sara geleng.
“Saya
tak beritahu dia. kalau boleh biarlah dia tidak tahu. Awak pun janganlah cakap
dengan dia yang saya hantar awak ke sana, maut saya nanti dia tak tegur saya
sampai bila-bila. Katakan Datuk Amri arahkan awak ke sana.”
“Baik
lah Cik Sara. Terima kasih.”
“Sama-sama
Zaliff. Tolong jaga Mya elok-elok.”
“In
shaa Allah Cik Sara.”
No comments:
Post a Comment