Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 26 June 2012

Takdir buat Q (bab 7)


BAB 7
Sambil menikmati sate ayam dan daging, Aril juga turut menikmati rojak buah dan mee goreng mamak yang paling sedap dan menjadi kegemarannya.    
            “ Aril, kenapa oder banyak sangat makanan? Nanti tak habislah.” Marah Q.
            “Ala.. Q jangan risau, mesti habis punya. Q tak tahu ke Aril ni kuat makan tau, tapi Q tak kisahkan share pinggan dengan Aril. ye lah takut tak biasa pula.” Luah Aril.
            “Ar..il, janganlah cakap macam tu, Q tak kisah lah. Sedap rojak buah ni. Pandai Aril pilih gerai ek.. biasa eh datang sini?”
            “biasa jugak lah. Dah nama Shahril, semua tempat yang best kat sini Aril tahu tau. Cakap aje kat mana, Aril boleh bawak.”
            “ye lah, Q tahulah Aril anak jati sini. Habis kalau kat negeri johor pun sanggup pergi?”
            “sanggup sayang, demi Q abang sanggup renang lautan api..”
            “cit, podah.. mulalah tu ulat bulu dah naik tengkuk!” getus Q marah. Tangkas tangannya menepuk perlahan lengan Aril.
            “eh? sapa yang jadi ulat bulu ni?” Aril menyoal dengan keningnya sengaja diangkat-angkat.
Mengenali Quraisyah sesuatu yang amat menyenangkan hati. Q seorang gadis yang periang. Gadis yang tidak pernah kenal erti putus asa. Sikapnya yang terbuka membuatkan Aril begitu senang bersamanya.
            “kenapa Aril pandang Q macam itu?” soal Q pelik. Pelik dengan tindakan Aril sedari tadi yang asyik memerhatikan tingkah lakunya. Q jadi tidak senang diperlakukan sebegitu.
            “mana ada Aril tengok Q. ala.. kalau tengok pun tak luak lah. Tengok je, bukan boleh pegang pun..” seloroh Aril.
            “mulalah tu nak mengusik Q. kalau macam tu, lepas ini malaslah nak teman Aril makan lagi. Nanti Aril buat macam tu lagi kat Q. pandang-pandang orang macam nak makan.”
            “ish, Q ni. Aril gurau ajelah. Kalau Q tak nak keluar dengan Aril lagi, sunyilah hidup Aril.”
            “kenapa pula sunyi? Apalah sangat yang ada pada Q ni? Biasa-biasa sahaja. Nak kata orang senang tak pula.” Jawab Q merendah diri.
            “Q, Aril suka berkawan dengan Q bukan sebab Q orang senang atau susah, yang penting Q sudi berkawan dengan Aril. Q tak kisah dengan Aril, pandai buat Aril ketawa. Aril happy sangat tau.”
            “pandailah nak ambil hati Q kan? Sudahlah, siapalah yang sudi kawan dengan Q ni? Bf Q pun dah tinggalkan Q, dan…” pantas tangannya menekup mulut yang lancer berbicara, seperti membuka rahsia yang tersimpan kemas didalam lipatan hati miliknya.
            “apa? Tinggalkan Q? kenapa? Q ada buat salah kat dia ke? Atau ada orang mengadu dengan dia pasal Aril dengan Q? Q jangan risau okey, nanti Aril boleh terangkan pada dia.” Luah Aril dalam nada kesal.
          “cop..cop.. cakap tak berhenti, macam machine gun. Benda ini semua tiada kena mengena dengan Aril okey..”
            “habis itu? Pasal apa? Boleh Aril tahu?”
            “nantilah, ada masa Q cerita. Buat masa ini kita jangan cerita pasal dia okey?”
          “okey-okey, maaf eh kalau Aril dah buat hati Q sedih. Aril taka da niat nak buat macam tu. Maafkan Aril eh..”
            “Aril jangan cakap macam tu, benda ini semua tak ada kena mengena dengan Aril lah. Dah sekarang kita cakap benda lain okey.”
            “okey-okey ni Aril nak tanya, Q ada berapa adik beradik?”
            “oh, Q anak sulung. Adik beradik 5 orang. 4 perempuan dan seorang lelaki. Adik Q yang kedua perempuan, umur dia 17 tahun. Kiranya tahun ini ambil spm lah. Adik yang ketiga lelaki, 15 tahun. Adik yang keempat darjah 6 dan yang kelima tu pula baru darjah 4. Ha.. ada apa-apa lagi nak tanya?”
            “ibu dan abah Q pula?”
            “maksud Aril ibu dan abah Q ada berapa orang ke apa? Buat sementara ini ibu dan abah Q ada seorang je lah. Tapi besok-besok kalau Q dah kahwin jadilah dua kot” terangnya ketawa.
            “Q ni, Aril bukan tanya ada berapa orang. Aril nak tanya ibu dan abah kerja apa? Main-mainkan Aril pula.”
            “oh..kerja apa. Abah peneroka, dulu masa abah sihat abah kerja part time jadi security waktu malam. Tapi sejak sakit semput abah menjadi-jadi, ibu suruh abah berhenti kerja. Ibu pula cuma ambil upah buat kuih untuk jualan. Q pula nak kena survive lah kat sini. Ye lah, tak akanlah Q nak harap ibu dan abah, sedangkan diorang punya perbelanjaan pun tak mencukupi. Q tak nak susahkan diorang. Lain-lain takde yang menarik kot? “
            “Aril kagum dengan Q. Q tabah dan tidak pernah merungut. Alangkah beruntungnya lelaki yang dapat jadikan Q isteri.”
            “apalah Aril ni, mana Aril tahu Q tidak pernah merungut? Tak ada nya lah. Kadang-kadang merungut juga, sebab penat. Ialah siang belajar, malam pula buat part time, tapi sebab tak mahu nak susahkan ibu dan abah Q redha. Tak apa lah susah-susah dahulu, senang-senang kemudian kan?”
            “betul tu. Aril bangga dapat kawan macam Q. kalau Aril diberi peluang, Aril tak akan sesekali sia-siakan peluang yang diberi. Aril tak akan sia-siakan gadis yang bernama Quraisyah..”
            “aik? Lain benar bunyinya..” Quraisyah ketawa. Aril juga turut ketawa. Pandai Quraisyah menyembunyikan keresahan hatinya bila sahaja Aril sering mengaitkan dirinya didalam perbualan. Baginya terlalu awal untuk dia jadikan Aril sebagai pengganti Ar. Baginya kegagalan cintanya adalah suatu perkara yang paling buruk buatnya. Untuk apa lagi dia mengenang sesuatu yang telah menjadi sejarah dalam hidupnya. Untuk apa lagi dia terus menanti pada insan yang tidak sudi. Biarlah Ar bahagia.. bisik hatinya.

Takdir buat Q (bab 6)


BAB 6
Lamunannya terhenti tatkala terdengarkan bunyi pintu biliknya dibuka.
            “oi makcik! Termenung sahaja kerjanya. Sudah-sudah lah tu tengok e-mail. Dah memang Ar tak ingat dekat kau lagi, buat apa nak tunggu-tunggu dia? Ada depan mata tak nak terima, yang tak ada di tunggu-tunggu. Pelik aku.” Tegur Ila yang baru sahaj pulang dari berjumpa kekasihnya Malik.
            “kau kalau cakap, ikut sedap mulut aje. Suka hati aku lah nak tunggu ke tak nak. Yang kau kepoh apa hal? Balik-balik berjalan ni, dah solat maghrib belum?” tanya Quraisyah menukar topik perbualan.
            “dah tadi, aku solat kat surau masa nak balik rumah tadi. Q, macam mana dengan dating tadi? Seronok tak?”            
            “haah, buat-buat tanya pulak eh, kau bagi no phone aku kat dia siapa suruh? Itu lah pandai sangat nak kenen-kenenkan orang kan?” getus Quraisyah marah bila teringat akan perbuatan sahabatnya itu.
            “eh! okey lah tu, lagipun Aril baik tau. Untung dapat kawan dengan Aril. hensem lagi..”
            “malas aku nak layan kau. Dah lah pergi mandi sana. Dah macam terbau kambing kat sini.”
            “ada-ada je lah, lepas mandi aku nak keluar pergi makan dengan Malik.” Jawab Ila bersahaja lalu dia terus melangkah masuk ke bilik air.
            “amboi, baru balik tadi dah nak keluar lagi? Tak penat ke ha?”
            “tak penat pun. Kau nak ikut aku tak?”
            “malas lah aku. Besok pagi aku ada kelas tau. Nanti bangun lewat, sampai kelas lewat. Aku ni pelajar contoh tau. Tak pernah lewat pergi kelas.”
            “ceh, masuk bakul angkat sendiri.”
Keadaan sepi kembali. Ila dah lama keluar pergi makan, tinggallah Q keseorang didalam bilik. Q mengelamun. Jauh benar lamunannya, teringatkan Ar, teringatkan ibu dan abah dikampung, teringatkan segalanya. Apa pun yang terjadi kehidupan harus diteruskan walau tanpa Ar disisi. Telefon bimbitnya berbunyi menandakan isyarat sms masuk. Siapalah pulak yang sms aku malam-malam macam ni.. getus hatinya.
            *hai syg, tgh bt pe tu ? * -aril-
            *awk ni knp? Nk b’syg-syg lak. Tk bt pe pun. Tgh on9* -q-
            *ye ke? Tk kuar ke? Dh mkn?* -aril-
            *tk la, pnt. Lgpun ada biskut. Mkn biskut je.* -q-
            *ckup ke bskut? Nti sakit ssh tau. Mknlah. Jp g sy dtg amik awk.* -aril-
            *tk pyh lah aril. sy mls nk kuar.* -q-
            *sy otw ni. Awk siap tau. Jp g sy smpi.* -aril-
            “ha? Sampai?” Q terjerit spontan. Dia sendiri tertanya-tanya betul kea pa yang Aril sampaikan melalui sms tadi.
            “kau kenapa Q? nak main jerit-jerit pula. Kalau ye pun angau janganlah nak jerit-jerit.” getus Ila marah. Terkejut barangkali.
            “eh? cepat nya makan? Dah balik dah?” tanya Q lagi. Seingatnya tadi Ila keluar makan dengan Malik.
            “kejap aje lah. Bukan pi jauh mana pun. Dekat-dekat sini aje. Lagipun aku dah cakap lepas makan balik, aku penatlah. Dah satu hari berjalan, lagipun besok ada kelas.” Terang Ila panjang lebar.
            “oh ye ke? Ingatkan balik lewat lagi malam ni.” Seloroh Q.
            “yang kau terjerit-jerit kenapa?” tanya Ila pelik dengan sikap kawannya sejak kebelakangan ini.
            “tak, aku tak faham betulah dengan perangai Aril ini. Banyak sangat kejutan yang dia nak bagi kat aku. Lepas itu kalau cakap itu, itu lah. Tak boleh nak cross betul. Tengok ni tadi, dia sms aku. Aku layan baik lah, lepas tu tanya aku tak makan ke? Aku cakaplah malas, alih-alih dia kata dia dah on the way nak ambil aku ajak keluar makan. Aduh, malas betul lah.”marah Q.
            “itulah aku cakap, kau tak percaya. Dia sukakan kau lah Q. Kalau aku jadi kau, aku layan aje lah. Buat apa nak pening-pening kepala. Lagipun kau lupakan lah Ar tu.”
            “kau ni tak habis-habis suruh aku lupakan Ar. Ila kau kena ingat tau, Ar tu cinta pertama aku tau. Lagipun biarlah waktu dan keadaan yang tentukan. Buat masa ini aku malas nak fikir perkara yang menyemakkan lagi kepala aku.”
            “suka hati kau lah Q. Dah lah pergilah siap. Sekejap lagi Aril sampai nanti.” Arah Ila pula.
            “tapi aku malaslah nak keluar Ila. Kau cakap aku tidur eh?”
            “amboi, sedapnya suruh aku berbohong pula. Cakaplah sendiri, malas aku nak layan. Nanti dia ingat aku pula yang bersubahat dengan kau. Sudahlah aku nak tidur ni. Have fun with your dinner my friend.”
Q mencebik. Fikirnya sahabatnya itu akan membantunya, tetapi Ila langsung tidak mahu mencampuri urusan sahabatnya itu, baginya biarlah Q fikirkan sejenak mengenai Aril. lelaki itu benar-benar menyukainya. Aduh, nak pergi ke tak ni? Malas sebenarnya nak keluar, tapi nanti Aril terasa hati pula.. getus Q sendirian.
Q termenung. Apa salahnya kau berikan dia peluang Q. Mudah-mudahan Allah berikan kau jalan untuk buat yang terbaik dalam hidup. Lagipun tak baik tau hampakan orang. Seakan berbisik suara itu ditelinganya. Q tersentak apabila isyarat sms masuk ke telefon bimbitnya.
            *q aril dah smpi* -aril-
            “ha?”
5 minit Q keluar dengan hanya memakai t-shirt nike lengan panjang bewarna pink, tudung pink berbunga dari rona warna yang sama dan seluar track bewarna hitam.
            “sorrylah Aril, lambat siap. Tadi layan Ila, sampai tak sedar.” Q memohon maaf.
            “tak apalah, Q suruh tunggu 10 tahun lagi pun Aril sanggup” guraunya pula.
            “mengada-ngadalah tu. Ni nak pergi makan kat mana?” tanya Q mengubah topik.
            “adalah, Aril nak bawa Q pergi tempat yang special sangat. Ikut je..”
            “Aril ni jangan jauh-jauh tau. Q takutlah, lagipun tadi Ila pesan kalau balik lambat dia tak nak buka pintu.” Terang Q dengan ugutan sahabatnya tadi.    
            “apalah Q ni, tak akanlah Aril nak apa-apakan Q pula. Aril sayangkan Q ikhlas dari hati Aril tau, cuma Q aje yang tak layan Aril” Aril cuba menenangkan Q.
Q terdiam. Amboi, lebih nampak mamat ni. Main sayang-sayang pula. Dia ni memang tak pandai nak putus asa lah. Penyudahnya aku yang terperangkap.

Takdir buat Q (bab 5)


BAB 5
Selesai menikmati hidangan tengahari Aril mendapatkan mamanya.
            “mama, Aril gerak dulu lah eh. Ingat nak bawa Q tengok wayang ni..”
            “ha.. ye lah. Jaga Q baik-baik nak. Jangan buat benda yang bukan-bukan tau. Q ni anak orang, bukan anak kucing yang boleh Aril buat sesuka hati..” pesan Puan Rohaya panjang lebar. Q hanya membalas dengan senyuman. Didalam hatinya dia amat berasa kagum dengan wanita itu. Walaupun kehidupan mereka mewah tetapi mereka tidak pernah membezakan darjat dan juga keturunan. Puan Rohaya juga seorang ibu yang penyayang. Tidak pernah dia lupa untuk mendidik anak-anaknya mengikut landasan yang betul.
            “mama.. Aril tahulah. Aril akan jaga Q macamana Aril jaga nyawa Aril ma. Mama jangan risau eh..”
            “hati-hati tau. Q jaga diri baik-baik ye nak. Nanti ada masa jemput datang ke rumah ye, makan kat rumah auntie. Nanti auntie masak sedap-sedap.” Pelawa Puan Rohaya seraya memeluk lalu mencium pipi Quraisyah. Q terkaku. Tiba-tiba ingatannya melayang sebentar mengingati ibunya dikampung. Rindunya aku kat ibu, bisik hatinya.
            “terima kasih auntie. InsyaAllah nanti kalau Q ada masa lapang Q datang lawat auntie. Auntie  pun jaga diri baik-baik tau. Jangan kerja sampai lewat malam. Kesihatan pun kena jaga juga.” Pesan Quraisyah ramah. Puan Rohaya hanya membalas dengan senyuman. Tinggi sungguh budi pekertinya. Mesti keluarganya didik dia dengan sebaik mungkin, desis hati Puan Rohaya.
Q dan Aril berjalan beriringan menuju ke kereta.
            “kita nak ke mana ni Aril?” pertanyaan Q membuatkan Aril tersentak. Jauh benar mengelamunnya.
            “ha? Oh.. Aril nak bawa Q pergi tengok wayang. Q nak tengok cerita melayu ke cerita orang putih?” tanya Aril pula.
            “tak kisahlah. Q ikut Aril je. Lagipun Aril yang bawa kereta, yang penting Aril suka, Q pun suka.” Luahnya merendah diri.
            “eh jangan lah cakap macam tu. Okey kalau Q tak nak kita tengok wayang, kita pergi pantai nak tak? Sambil-sambil tu kita bolehlah kenal dengan lebih rapat lagi.”  Cadang Aril pula.
Lebih rapat? Q seakan mengulangi ayat itu kembali didalam hati. Apa niat dia sebenar? Bukan ke aku dah kata yang aku dah pun ada bf kat Cambridge tak akan itu pun tak faham lagi?
            “mana-mana lah janji happy..” balas Q ceria.
Desiran pantai membuatkan Q semakin tenang. Entah mengapa saat itu hatinya begitu senang bila berada disisi Aril. Tetapi terkadang dia juga tidak arif tentang perangai Aril yang terlalu sukar untuk diramal. Seperti ada musim, kadang-kadang begini dan kadang-kadang begitu. Ah.. lantaklah..
            “Aril, boleh Q tanya sesuatu?” Q memulakan bicaranya.
            “Tanya apa? Kalau nak tanya pasal gf, honestly Aril memang tak ada gf. Ye lah siapa lah yang nak kat Aril ni kan?” jawabnya jujur.
            “oit, bukan itu lah soalannya. Kenapa Aril nak kerja kat McD tu? Bukan ke mama Aril ada restoran sendiri?”
            “oh, pasal itu lah ye. Sebenarnya Aril lebih suka berdikari. Lagipun tak syok lah kerja dengan mama, tak ada cabaran. Lagipun kan Q, Aril kerja sementara aje, kan Aril tengah tunggu panggilan dari Syarikat lain. Saja je nak cari pengalaman.” Terangnya lagi. Lain benar cara pemikiran lelaki ini.. bisik hati Q.
            “oh macam itu, ye lah Q pelik lah jugak, anak orang kaya macam Aril ni buat apalah nak susahkan diri kerja dengan orang. Lagipun mama dan papa Aril bukannya orang susah pun..”
            “Cik Quraisyah binti Kamaruzzaman, tidak semestinya orang kaya kena tumpu pada bisnes sendiri. Lagipun keluarga Aril pun bukannya kaya mana pun. Setakat ada 2 buah restoran, sebuah mini market dan sebuah kedai kereta terpakai tu bagi Aril tak lah kaya mana. Kalau kaya dah lama mama dan papa Aril tu jadi Dato’ ataupun Tan sri. Bagi Aril biarlah kami besederhana, itu lebih memadai.”
            “ye lah bukan apa, Q cuma pelik pula tengok  family Aril. lebih-lebih lagi Aril lah”
Terhambur ketawa Aril. Rasa lawak pula bila Q berkata begitu tentangnya. Mungkin Q belum mengenali dia dan keluarganya sepenuhnya.
            “kenapa ketawa? Kelakar kea pa yang Q cakap?”
            “bukannya kelakar, tapi pelik lah Aril. Q ingat semua orang kaya, jahat ke macam yang Q fikirkan? Q keluarga kami bukan berasal dari orang yang senang. Dulu papa Aril Cuma kerani aje kat sekolah dan mama Aril pulak cuma berniaga kecil-kecilan di pasar pagi. Tapi usaha mama dan papa tidak pernah berhenti sampailah mereka sudah ketahap yang macam ni.”
Q hanya menjadi pendengar setia, dalam hatinya yang dalam dia cukup kagum dengan usaha yang ada pada keluarga Aril, kagum bila mendengarkan pengakuan jujur Aril tentang keluarganya. Sebab itulah Aril lebih senang merendah diri. Beruntung dia mengenali Aril sebagai seorang sahabat. Apa pun anggapannya terhadap Aril tidak lebih dari seorang kawan.
Usai menunaikan solat maghrib, Q terus membuka laptop. Hatinya terpanggil untuk melihat e-mailnya yang sudah berhari-hari tidak diusik. Manalah tahu kalau-kalau Ar membalas e-mailnya tempohari. Di tenung skrin laptop miliknya, kosong sepertimana kosongnya hati Q. Kenapa Ar masih membisu? Apa yang telah terjadi Ar? desis hati Q..
Teringat kembali sewaktu dia sedang menduduki peperiksaan percubaan spm. Waktu itu meja dia dan Ar hanya dipisahkan oleh beberapa buah meja rakannya. Dia dapat melihat Ar dan Ar dapat melihatnya dengan jelas. Pagi itu, dek kerana dia terlewat bangun, Q hampir sahaja terlewat ke sekolah. Sarapan yang telah disediakan ibunya tidak sempat untuk dimakan apatah lagi jamah. Sewaktu menjawab kertas teknologi kejuruteraan, tiba-tiba dia diserang gastrik. Q mudah diserang gastrik sekiranya dia tidak mengambil sebarang makanan pada waktu pagi, ditambah pula tekanan buatnya sewaktu mengambil peperiksaan. Q menangis sendirian menahan kesakitan yang teramat sangat. Dia harus menghabiskan peperiksaan tersebut tetapi perutnya sakit seperti mencucuk-cucuk. Ya Allah! Kuatkanlah semangatku..
Ar memandang Q dari jauh. Dia tertanya-tanya mengapa Q menangis. Apa yang terjadi? Q sakit ke? Bisik hatinya.. dia bertindak nekad memanggil Cikgu Salmah untuk menenangkan Q. Ar mengangkat tangannya seperti ingin mendapatkan bantuan.
            “ye Hadzhar? Kamu ada masalah?” tanya Cikgu Salmah.
            “Cikgu, boleh saya minta tolong?” tanya Ar lagi.
            “tolong apa? Kamu ada masalah ke? Dari tadi saya lihat kamu gelisah sangat.”
            “Cikgu, cikgu tolong Quraisyah tu, kenapa saya tengok dia menangis? Macam dia sakit aje?” tunjuk Ar kearah Q.
            “oh, okey saya lihat dia sebentar.”
Cikgu Salmah menapak beberapa langkah menuju kea rah Q.
            “Quraisyah, kamu ada masalah ke? Kenapa kamu menangis?” tanya Cikgu Salmah.
            “Cikgu, saya sakit perut sangat. Rasa macam nak muntah pun ada. Kepala saya pening. Tapi saya perlu habiskan semua soalan ini.” Luah Quraisyah.
            “kamu sakit ni, saya bawa kamu ke bilik rehat okey?”
            “tapi saya tak habis jawab lagi cikgu. Nanti kalau saya dah tidak tahan sangat saya panggil cikgu.”
            “kalau macam itu, kamu alas perut kamu ye. Saya tahu kamu mesti kena gastrik kan? Sekejap saya ke kantin belikan air susu suam untuk kamu. Sebentar ye..”
Dengan pantas Cikgu Salmah melangkah ke kantin. Nasib baik kantin berdekatan dengan kelasnya, kalau tidak semahunya Quraisyah pengsan. 5 minit kemudian Cikgu Salmah kembali membawa sebungkus air susu suam buat Quraisyah.
Terasa lega tekaknya apabila susu suam masuk ke perutnya. Walaupun rasa seperti ingin muntah tetapi Quraisyah masih memaksa dirinya untuk menghabiskan air susu tersebut. Saat-saat cemas Quraisyah sudah berakhir. Lega rasanya bila dia dapat menghabiskan kesemua soalan peperiksaan.
            “itulah Q, kan Ar dah cakap, Q kenalah sarapan pagi-pagi. Q kana da gastrik. Degillah Q ni. Cakap Ar langsung Q tak nak dengar..” marah Ar pada Q.
            “bukan Q tak nak sarapan pagi tadi, tapi Q lambat bangun hari ini. Sebab itulah tak sempat nak sarapan pagi hari ini. Ar ni janganlah marah Q” rajuk Quraisyah.
            “bukan Ar nak marah Q sayang, tapi Ar risaukan kesihatan Q. Nasib baik tak ada apa-apa tau, kalau tak kan dah susah, kantoi subjek TK. Nak macam tu ke?” tanya Ar lagi.
            “tak nak lah sampai macam tu. Ar ni macam ibu Q lah. Nak membebel aje, boleh tak jangan jadi macam ibu Q 3.0?”
            “eh, kita marahkan dia sebab kita sayangkan dia, nanti kalau tak peduli baru tahu..”
            “ye lah, Q salah. Maaf eh? em.. thank’s tau sebab jadi hero Q tadi”
            “eh! bukan ke Ar memang hero di hati Q?” tanya sambil ketawanya terhambur.
            “ye lah tu..”

Saturday, 23 June 2012

Takdir untuk Q (bab 4)


BAB 4
10 minit perjalanan, mereka sampai disebuah Restoran eksklusif . Kelihatan ramai manusia yang berpusu-pusu makan di restoran tersebut.
            “wait..wait..Aril Q rasa macam mahal je kat sini. Kita cari tempat lain lah eh. yang cheaper sikit. Nanti tak cukup pulak duit Aril. Ha, Q takde duit extra tau.” Terangnya jujur. Aril hanya melemparkan senyuman.
            “Q janganlah risau, Aril yang belanja. Dah jom masuk! Kat sini seafood dia sedap tau. Q kena cuba tu..”
            “tapi…” belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, dengan pantas Aril menarik tangan Q melangkah menuju ke dalam restoran. Q terkejut dengan tindakan spontan Aril, dengan lembut dia menarik kembali tangannya yang berada didalam genggaman Aril. Aril malu, dia sendiri tidak menyangka tindakan spontannya.
            “err.. sorry Q, Aril tak sengaja” Aril memohon maaf. Sedang mereka meninjau-ninjau mencari tempat duduk sepasang mata sedang memerhatinya. Q tahu sepasang mata galak yang sedang memerhatikan mereka berdua sedang melangkah menuju kearah mereka. Mungkin untuk membantu mencari tempat kosong.
            “maaf.. Encik Aril cari tempat duduk ke?” tanya lelaki tersebut.
            “haah.. ramai pulak orang hari ini kan? Abang Kamal tolong Aril carikan tempat kosong untuk duduk boleh tak? Untuk we all berdua aje.” Arahnya selamba. Q pelik melihatkan tindakan sebegitu. Mengapa pula Aril suka-suka memberi arahan seolah-olah dia mengenali rapat lelaki itu.
            “Abang cuba cari untuk Encik Aril ya, ataupun Encik nak makan kat office je? Usul lelaki tersebut.
            “ada siapa kat office?”
            “tak silap saya, Puan masih ada lagi. Tapi pukul 2 petang nanti Puan nak ke Alor star pulak, tengok restoran yang kat sana pulak.”
            “boleh juga, abang Kamal tolong sediakan set b untuk saya then terus hantar ke pejabat.”
            “baik Encik Aril”
            “berapa kali saya cakap dengan abang, jangan ber’encik’ dengan saya. Panggil Aril je..”
            “tapi En… er Aril majikan saya..”
            “tak boleh fikir macam tu, saya pun manusia biasa jugak. Jangan lah formal sangat. Saya cuma anak kepada majikan abang, tapi saya bukan big boss tau. Okey lah abang, nanti hantar kat atas tau. Terima kasih..”
            “sama-sama” lelaki tersebut terus berlalu pergi selepas menerima arahan.
            “jom Q” ajak Shahril.
            “wait a minute! Q jadi confius  kejap ni. Kenapa pulak Aril suka-suka memberi arahan pada that guy tu?” marah Q dengan muka pelik.
            “nanti Q tahu lah. Dah jom ikut Aril.” Q menurut tanpa banyak bicara. Sedangkan hatinya masih lagi tertanya-tanya. Jantungnya seolah berdegup kencang, hatinya menjadi semakin tidak keruan. Kenapalah dia berada didalam keadaan yang begini. Ya Allah, tolonglah hamba-MU ini, desis hatinya.
Dihadapan pintu pejabat,
            “Masuklah Q” pelawa Shahril.
            “er.. thanks..” jawabnya lembut.
Kelihatan seorang wanita sedang leka melakukan tugasan di pejabat. Dia melemparkan senyuman sebaik sahaja terpandang wajah lelaki dan seorang gadis yang comel. Dia pasti anaknya itu mesti bawa teman istimewanya untuk diperkenalkan kepadanya, getus hati wanita itu.
            “hai mama, kenalkan ni kawan Aril, Quraisyah” Shahril memperkenalkan Q kepada ibunya. Quraisyah menghulurkan tangan untuk bersalaman. Ha? Ini ke mama Aril? cantiknya.. bicara Q dalam hati.
            “cantiknya teman Aril, seindah namanya. Pandai Aril pilih. Apa mimpi anak mama hari ini datang restoran? Selalu bila mama suruh tolong ada sahaja alasankan?” bicara Puan Rohaya kepada anak terunanya.
            “mama ni, kebetulan Aril nak bawa Q pergi tengok wayang, so we all belum lunch lagi. Aril bawa lah Q datang sini. Mama marah ke?”
            “takde maknanya lah mama nak marah my beloved son yang seorang ini. Kenapa berdiri je kat situ? Ajaklah Q tu duduk kat sofa sana tu? Dah order makan belum? Dah suruh Kamal prepared?” tanya Puan Rohaya lagi.
            “dah, Aril suruh abang Kamal buat set B, tapi kan ma kat bawah langsung tak ada ruang kosong. Tak tahu nak makan kat mana. Aril suruh abang Kamal hantar kat office mama je, if u don’t mind la kan..”
            “sure my dear, lagipun ini kan first time anak mama ni bawa special girlfriend jumpa mama.”
            “mama ni mengarutlah. We are just friend but if my dream come’s true boleh jugak. Mesti mama suka kan kalau Q become your daughter in law?”
Serta merta merona merah muka Q. Berani sungguh Shahril berkata begitu dihadapan mamanya. Mereka dilihat seperti seorang kawan, manakala Q kelihatan canggung berkeadaan begitu. Hendak memulakan bicara tidak tahu pula apa yang perlu dibicarakan.
            “auntie tak makan sekali?” pelawa Q.
            “makanlah, tadi auntie dah makan. Aril cedukkan lauk untuk Q tu. Mama nak siapkan gaji pekerja, nanti karang tutup restoran mama sebab pekerja lari, mama terlupa nak bayar gaji.” Puan Rohaya ketawa.
            “mama ni ada-ada aje lah.”
           “Q jangan malu-malu, buat macam rumah sendiri. Kalau Aril ada buat yang tak elok kat Q beritahu auntie tau. Nanti auntie pulas telinga dia.” Sempat lagi Puan Rohaya mengenakan anak bujangnya.
           “apalah mama ni, bukan rumahlah ini kan restoran. Muda lagi dah jadi pelupa.” Aril mentertawakan mamanya.
            “haah ek, apalah mama ni.” Terus dia berlalu pergi menuju ke biliknya.
Q tersenyum malu. Dia rasa beruntung pula apabila dapat mengenali Aril dan juga mamanya. Cuma dia masih pelik kenapa Aril beria-ia kerja di Mc Donald sedangkan mamanya itu mempunyai 2 buah restoran yang amat popular dikalangan orang-orang Kedah. Apalagi yang dicari oleh seorang insan yang bernama Shahril ini? Getus hati Q.
Setelah hidangan makanan tengahari sampai, Aril menjemput Q merasai makanan yang terhidang.
            “Q rasalah, tengok sedap ke tidak?” pelawa Aril.
            “kita makan sama-samalah. Tak akanlah Q nak kena jadi juri pulak? Q tengok pun Q dah tahu lauk ni semua sedap.”
            “pandailah tu, nak ambil hati mak mentua eh?” gurau Aril spontan.
Q terkedu. Salah cakap ke aku? Gumam hatinya. Kenapa gurauan Aril berlainan sedikit kali ini? Ah! Lupakanlah. Mungkin Aril takde niat apa-apa pun. Sekadar bergurau, desis hatinya lagi.

Takdir untuk Q (bab 3)


BAB 3
Hari ini merupakan hari cuti untuk Q. Hari ini juga kelasnya dibatalkan atas alasan Prof Kamila ada urusan peribadi. Kelasnya akan ditunda pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
            “Apa aku nak buat ni? Bosanlah. Nak ajak Ila keluar, Ila takde pulak. Takkan lah sepanjang hari nak buat tahi mata je?” gumam Q sendiri.
Entah kenapa hari itu dia berasa bosan sangat dirumah. Hendak keluar dia sendiri tidak arif tentang selok-belok bandar Sintok tempat dia menimba ilmu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi minta dijawab. Dahinya berkerut, kerana dia sendiri tidak kenal pada si pemanggil. Tiada langsung senarai didalam buku telefon miliknya.
            “Assalammualaikum, nak cakap dengan siapa ni?” Tanya Q.
            “Waalaikumsalam. Em.. saya nak cakap dengan Quraisyah boleh?”
            “Sayalah Quraisyah. Awak ni siapa?” Tanya Q lagi.
            “Saya Aril lah. Q tak kenal saya?” jawab Aril spontan.
            “eh? Mana Aril dapat…….” Belum sempat dia menghabiskan soalannya dengan pantas Aril menjawab.
            “Aril dapat dari Ila. Maaflah sebab tak minta permission Q dulu. Sebenarnya Aril nak minta sendiri dengan Q, tapi segan pulak.” Terang Aril pula.
            “Apalah Aril ni, mintak je lah. Tak kan lah Q nak marah pulak. Kitakan kawan satu tempat kerja lagi..”
            “Ye lah Aril takut Q fikir yang bukan-bukan pulak. Sorry ye..”
            “lah, buat apa saya nak marah?”
            “Q takde kelas ke hari ni? Wah seronok lepak kat rumah kan? Dahlah takde kelas, petang offday pulak tu. Mesti release kan tension..”
           “Haah, last minute kelas dibatalkan. Memanglah seronok kat rumah rehat, tapi bosan jugak. Dah lah Ila takde. Macam bersembang dengan dinding pulak duk sorang-sorang dalam bilik ni.”
            “Tu lah, hari ni Aril pun off day, kalau Aril ajak Q keluar nak tak? Tengok wayang ke..”
            “Keluar? Macam seronok je bunyinya. Boleh jugak.”
            “Okey, Q siap-siap eh, dalam pukul sebelas pagi Aril datang ambil Q.”
            “Boleh jugak, tapi Aril tahu ke rumah Q area mana?”
            “Q sms kat Aril alamat rumah Q eh. Okey jumpa nanti. Bye..”
            “Okey..”
Lancar sahaja mulut Q bersetuju bila Shahril mengajaknya keluar bersama. Dia sendiri berasa senang bila berkawan dengan Shahril. Lelaki itu amat memahami, mudah memberikan senyuman dan terlalu sukar untuk melihatnya marah, lebih-lebih lagi didalam soal kerja dia tidak pernah langsung mengeluh.
Pagi itu Q hanya mengenakan kain skirt labuh bewarna coklat, baju blouse lengan panjang bewarna krim dan shawl  bunga-bunga. Satu kombinasi warna yang cukup menarik. Kali ini dia tidak menggunakan contact lense tetapi hanya memakai cermin mata yang baru dibelinya tempohari sewaktu dia mendapat gaji pertamanya.
Hampir 11.40 pagi barulah Shahril sampai dihadapan rumah sewanya. Terkedu dia melihat penampilan Q, sungguh mencuit hati lelakinya. Cantiknya dia Ya Allah, sempurna sungguh ciptaanMU..bisik hati Shahril.
            “sorry lah Q, Aril lambat sampai. Salah masuk lorong tadi, tu yang sesat. Tadi macam expert sangat dengan jalan kat sini, tapi salah jugak.” Cerita Aril pada Q sambil ketawa. Q juga turut ketawa bila mendengarnya.
            “Takpelah, bukannya lambat mana pun. Eh.. Aril bawa kereta siapa ni? Selalukan Aril naik moto je.” Tanya Q bila terpandangkan kereta Proton Perdana hitam yang dipandu oleh Aril.
            “Oh.. ni kereta abang Aril. Dia pakai kereta Aril, katanya nak ke KL ada urusan. Tu yang tukar pakai kereta ni. Q ni, tak kan lah pulak Aril nak bawak Q keluar naik moto.”
            “Tu lah, Q pun tak terfikir pulak tadi. Kalau Aril datang naik motor kenalah Q tukar seluar pulak. Tak kan lah Q nak pakai skirt ni pulak naik motor” kata Q sambil ketawa.
            “Ha.. tahu pun, lagipun Aril tahu lah. Tak kan lah Aril nak bawak Q keluar naik motor pulak. Nanti Q tak selesa pulak.”
Q hanya tersenyum memandang Aril yang berwajah tenang. Hatinya cukup terusik bila terpandang lesung pipit milik lelaki itu. Lesung pipit itu jugalah yang ditunggu beberapa tahun ini. Entah mengapa fikirannya melayang mengingati Ar. Kenapalah tiba-tiba lelaki itu datang lagi dalam fikiranku..
            “Q, Q kenapa?” tanya Shahril. Sepi, tiada jawapan.
            “Q, Q dengar tak apa Aril cakap?” bisik Shahril ditelinga Q.
            “Ha?” Q terkejut.
            “Berangan eh? atau Q ingat seseorang..?” seloroh Shahril.
            “Tak adalah, teringat kat Ila. Tadi dia kata nak sms saya, tapi tunggu takde pulak.” Jawabnya bohong.
            “oh ye ke. Tak payahlah risau. Dia sihat. Ni Aril nak tanya, Q tak kisah ke keluar dengan Aril?”
            “Kenapa tanya Q soalan macam tu?” tanya Q pelik.
            “Ye lah, mana tahu tiba-tiba boyfriend Q marah pulak. Aril takut gak kalau-kalau ada orang nampak kita, lepas tu report kat bf Q”
            “ish, Aril ni, bf Q takde kat sini lah. Dia ada kat Cambridge, study kat sana. Mustahillah kalau dia boleh nampak.” Terang Q telus.
            “oh, jadinya memang dah ada bf lah ni. Alamak…” tiba-tiba hatinya resah mendengar pengakuan Q. Selama ini dia berharap semoga gadis itu tiada teman lelaki, tetapi tekaannya meleset sekali. Aku kena bersabar.. getus hatinya.
            “eh! kenapa Aril cakap macam tu? Apa yang alamaknya pulak? Ni Aril cakap Q, Aril tu, takde orang marah ke keluar dengan Q?  Nanti ada pulak yang cemburu. Habislah Q..”
            “Aril takde gf lah Q. Single and available”
            “Alah, bedek lah. Tak akanlah orang kacak macam Aril ni takde bunga yang suka. Main-mainlah, entah-entah melambak-lambak gf Aril kat luar sana kan?”
            “Ya Allah tak percaya Aril cakap. Kalau tak percaya pi tanya mama Aril.” Seloroh Shahril lagi.
            “kenapa pulak Q nak kena tanya mama Aril pulak? Mengarut aje Aril ni.”
            “ye lah.. Q tak percaya kat Aril, Aril suruhlah tanya mama Aril. Eh! dah lah nak gaduh pulak pasal ni. Sekarang ni kita nak pi mana ni?”
            “tadi kata lapar, nak makan tengahari. Jom lah, cari kedai makan.”
            “oh ye tak ye pulak. Aril ada satu tempat yang mesti Q suka nak makan nanti”

Takdir untuk Q (bab 2)


BAB 2
Berlalulah episod duka buat Q. Sesungguhnya dia mempunyai sekeping hati yang cekal. Disaat dirinya dilanda masalah, dia masih mampu untuk tersenyum riang. Dia masih mampu bergurau. Ya! Hidup mesti diteruskan. Sesungguhnya Allah swt itu masih ada rencana yang lain untuk hidupnya. Biarlah dia menangis, biarlah dia bersedih dimasa sekarang tetapi tidak dimasa akan datang.
Habis kelas, Q bergegas menuju ke tempat parking motor. Baru sahaja tadi dia menerima sms dari Ila mengatakan dia menunggu Q disana. Agenda utamanya ialah untuk mencari kerja sambilan buat menampung duit belanja hariannya. Dia tahu, dia harus belajar berdikari dan tidak terlalu mengharap bantuan dari keluarganya.
Hari pertama dia dan Suhaila bekerja di Restoran makanan segera Mc Donald. Lega rasanya bila dia hanya perlu isi boring dan keesokannya dia telah pun diminta untuk memulakan pekerjaanya. Rezeki di bumi Allah ini ada dimana-mana sahaja.. desis hatinya.
            “Okey Quraisyah dan Suhaila, firstly saya nak ucapkan selamat datang ke keluarga Mc Donald. Kita semua ni dah macam adik beradik. Segala masalah boleh kongsi bersama, saya sebagai pengurus cawangan restoran ini ingin menerangkan cara-cara kerja yang perlu awak lakukan setiap hari. Sebelum tu saya kenalkan awak dengan beberapa orang crew Mc Donald yang lain. Okey crew kitchen yang ini Shahril, yang sebelah sana tu Farid. Yang dok tunggu ayam goreng masak tu Fauzi.ada dua orang lagi yang off duty, so tak dapat nak introduce kat you all. Dekat bahagian kaunter kita ada Mona, Ima, Sally, Koji and last sekali Idah. Kadang-kadang kita ada rotate jugak lah untuk siapa-siapa yang akan jaga bahagan drive-thru. So you all pun nanti akan merasalah duduk kat kaunter drive-thru tu. Apa-apa pun selamat bekerja. Nanti Mona akan ajarkan cara-cara kerja kat sini. Jangan besok tak datang pulak tau..” Gurau Encik Hafiz.
Melayani kesibukan bekerja membuatkan Q lupa tentang segala masalah yang dilaluinya sepanjang dia berada di negeri utara ini. Jam 11 malam barulah mereka pulang ke rumah sewa miliknya.
            “fuh! Penat betul lah kan?” kata Ila memulakan bicara.
            “yelah, tengok diorang buat kerja macam seronok je tapi bila dah join kat situ,perghh….. penat gila. Tapi seronok jugak lah macam-macam ragam manusia yang kita boleh tengok.” Luah Q gembira.
            “haah lah, memang seronok sangat. Eh! Kau perasan tak budak kitchen yang nama dia Shahril tu, aku tengok dia asyik pandang kat kau semacam je..”
            “ye ke? Entah lah aku tak perasan pulak. Tapi boleh tahan hensem jugak budak tu”
            “Mula lah tu gatal dia dah datang. Tapi betullah kau cakap tu,dia memang hensem gila. Manalah tahu kan kau boleh tersangkut kat di pulak, bolehlah kau lupakan si Ar tu..” seloroh Ila.
            “Ish,kau ni janganlah cakap macam tu, Ar tu cinta pertama aku tau. Apapun sekarang ni aku tak nak fikir sangat pasal ni. Ar tetap dalam hati aku lah Ila.”
            “Q yang sudah tu sudahlah. Jangan lah dikenang lagi. Sampai bila kau nak pegang pada janji Ar? Sedangkan Ar? Q jangan kau seksa lagi perasaan kau. Fikirlah Q..”
            “Ila, kau boleh tak jangan semakkan lagi kepala otak aku yang dah berserabut ni.?” Marah Q tiba-tiba.
            “Sorry Q, aku takde maksud nak buat kau serabut. Aku…..” belum sempat Ila menghabiskan kata-katanya..
           “Dah lah, aku nak mandi. Aku tak nak dengar apa-apa lagi pasal Ar atau budak kitchen tu faham!..” bentak Q. Marah betul Q bila Ila berkata sesuatu tentang Ar.
Berbuku hati Q bila Ila masih mahu dia melupakan Ar. Bukan dia tidak pernah cuba, dah berkali tapi bayangan Ar masih lagi menghantuinya, masih lagi hadir dalam mimpi lenanya. Setiap kali terlintas difikiran tentang Ar, pasti tidur lenanya ditemani wajah Ar. Arghh..kenapa ni Q….
3 bulan bekerja sambilan memberikan Q peluang mengenali dunia luar. Sedikit ketenangan buatnya bila dia sendiri dapat melupakan Ar buat sementara waktu. Hakikatnya hati Q masih meronta-ronta mencari jawapan dimana Ar. Sejak malam tu Ila tidak pernah lagi bertanya tentang Ar, terkejut kot sebab kena jerkah dengan Q.
            “hai Q, macamana kerja kat sini? Seronok tak?”Tanya Shahril budak kitchen.
            “okeylah, biasalah saya kerja pun untuk cari duit tambah. Ye lah budak study macam saya ni kenalah pandai survive untuk hidup.lebih-lebih lagi ibu dan abah saya bukannya orang senang.” Luah Q.
            “oh yeke? Awak dah sem berapa? Lagi berapa tahun habis?”
            “saya dah masuk sem empat. Ada lagi tiga tahun nak habis. Maklumlah habis diploma ni saya terus sambung buat ijazah. Awak memang full time kat sini ke?”
            “saya? Saya kerja sementara je. Tengah tunggu panggilan kerja. Dah banyak tempat interview tapi belum dapat panggilan lagi. So, dari saya duduk rumah takde buat apa-apa lebih baik saya kerja buat tambah-tambah.”
            “oh, sebelum ni awak belajar kat mana?” Tanya Q ramah.
            “Tempat yang awak belajar sekaranglah. Saya ambil engineering course jugak.”
            “oh..samalah saya. Nanti adalah rezeki awak tu..”
Shahril tersenyum sendiri. Pertama kali dia terpandangkan wajah Q, hati Shahril tertarik untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Sejak dari hari pertama Q memulakan kerja, hati Shahril tidak keruan. Bayangan wajah Q sering menganggu tidur malamnya. Ingin sahaja dia bertanya Q, adakah Q sudah berpunya tetapi mulutnya terasa berat.
            “Q orang mana?” Tanya Shahril.
            “Kota tinggi, Johor. Shahril?”
            “Panggil Aril je, tak pun Ar pun boleh jugak. Kalau kat rumah mama panggil Ar je. Aril orang sinilah..”
Hati Q tersentap bila terdengarkan sebutan nama Ar keluar dari mulut lelaki yang berdiri dihadapannya. Sepantas kilat wajahnya berubah. Mengapa nama itu muncul sedangkan aku masih cuba untuk melupakannya.
            “Q kenapa? Aril ada salah cakap ke?”
            “Ha? Tak lah. Tiba-tiba teringatkan seseorang..” katanya seolah memikirkan sesuatu.
            “Emm.. mesti boyfriend kan?” Shahril cuba menarik perhatian gadis itu. Mungkin baginya dengan secara bergurau begitu, segala tanda tanya dibenaknya terjawab. Q hanya tersenyum memandang Shahril, dan terus berlalu pergi begitu sahaja. Apakah maksud senyuman yang diberikan? Adakah ia jawapan kepada persoalan Shahril tadi? Shahril bermain dengan teka-teki. Kalau benar, hancurlah harapannya.
Ah.. peduli apa! Sedangkan oang yang kahwin pun boleh bercerai-berai, inikan pulak setakat girlfrieng and boyfriendkan? Rilexlah Shahril. Slow-slow, jangan gelabah sangat. Shahril tersenyum sendiri. Entah kenapalah dengan lelaki ini, banyak lagi gadis lain diluar sana tetapi hatinya tetap mahukan Q. Apa yang menarik hatinya untuk mengenali Q, dia sendiri tidak tahu. Aku mesti dapatkannya, dia mesti jadi milikku.. gumam hati Shahril.