BAB
6
Lamunannya
terhenti tatkala terdengarkan bunyi pintu biliknya dibuka.
“oi makcik! Termenung sahaja
kerjanya. Sudah-sudah lah tu tengok e-mail.
Dah memang Ar tak ingat dekat kau lagi, buat apa nak tunggu-tunggu dia? Ada
depan mata tak nak terima, yang tak ada di tunggu-tunggu. Pelik aku.” Tegur Ila
yang baru sahaj pulang dari berjumpa kekasihnya Malik.
“kau kalau cakap, ikut sedap mulut
aje. Suka hati aku lah nak tunggu ke tak nak. Yang kau kepoh apa hal?
Balik-balik berjalan ni, dah solat maghrib belum?” tanya Quraisyah menukar
topik perbualan.
“dah tadi, aku solat kat surau masa
nak balik rumah tadi. Q, macam mana dengan dating
tadi? Seronok tak?”
“haah, buat-buat tanya pulak eh, kau
bagi no phone aku kat dia siapa
suruh? Itu lah pandai sangat nak kenen-kenenkan orang kan?” getus Quraisyah
marah bila teringat akan perbuatan sahabatnya itu.
“eh! okey lah tu, lagipun Aril baik
tau. Untung dapat kawan dengan Aril. hensem lagi..”
“malas aku nak layan kau. Dah lah
pergi mandi sana. Dah macam terbau kambing kat sini.”
“ada-ada je lah, lepas mandi aku nak
keluar pergi makan dengan Malik.” Jawab Ila bersahaja lalu dia terus melangkah
masuk ke bilik air.
“amboi, baru balik tadi dah nak
keluar lagi? Tak penat ke ha?”
“tak penat pun. Kau nak ikut aku
tak?”
“malas lah aku. Besok pagi aku ada
kelas tau. Nanti bangun lewat, sampai kelas lewat. Aku ni pelajar contoh tau.
Tak pernah lewat pergi kelas.”
“ceh, masuk bakul angkat sendiri.”
Keadaan
sepi kembali. Ila dah lama keluar pergi makan, tinggallah Q keseorang didalam
bilik. Q mengelamun. Jauh benar lamunannya, teringatkan Ar, teringatkan ibu dan
abah dikampung, teringatkan segalanya. Apa pun yang terjadi kehidupan harus
diteruskan walau tanpa Ar disisi. Telefon bimbitnya berbunyi menandakan isyarat
sms masuk. Siapalah pulak yang sms aku malam-malam macam ni.. getus hatinya.
*hai syg, tgh bt pe tu ? *
-aril-
*awk ni knp? Nk b’syg-syg lak. Tk bt
pe pun. Tgh on9* -q-
*ye ke? Tk kuar ke? Dh mkn?* -aril-
*tk la, pnt. Lgpun ada biskut. Mkn
biskut je.* -q-
*ckup ke bskut? Nti sakit ssh tau.
Mknlah. Jp g sy dtg amik awk.* -aril-
*tk pyh lah aril. sy mls nk kuar.*
-q-
*sy otw ni. Awk siap tau. Jp g sy
smpi.* -aril-
“ha? Sampai?” Q terjerit spontan.
Dia sendiri tertanya-tanya betul kea pa yang Aril sampaikan melalui sms tadi.
“kau kenapa Q? nak main jerit-jerit
pula. Kalau ye pun angau janganlah nak jerit-jerit.” getus Ila marah. Terkejut
barangkali.
“eh? cepat nya makan? Dah balik
dah?” tanya Q lagi. Seingatnya tadi Ila keluar makan dengan Malik.
“kejap aje lah. Bukan pi jauh mana
pun. Dekat-dekat sini aje. Lagipun aku dah cakap lepas makan balik, aku
penatlah. Dah satu hari berjalan, lagipun besok ada kelas.” Terang Ila panjang
lebar.
“oh ye ke? Ingatkan balik lewat lagi
malam ni.” Seloroh Q.
“yang kau terjerit-jerit kenapa?”
tanya Ila pelik dengan sikap kawannya sejak kebelakangan ini.
“tak, aku tak faham betulah dengan
perangai Aril ini. Banyak sangat kejutan yang dia nak bagi kat aku. Lepas itu
kalau cakap itu, itu lah. Tak boleh nak cross
betul. Tengok ni tadi, dia sms aku. Aku layan baik lah, lepas tu tanya aku tak
makan ke? Aku cakaplah malas, alih-alih dia kata dia dah on the way nak ambil aku ajak keluar makan. Aduh, malas betul lah.”marah
Q.
“itulah aku cakap, kau tak percaya.
Dia sukakan kau lah Q. Kalau aku jadi kau, aku layan aje lah. Buat apa nak
pening-pening kepala. Lagipun kau lupakan lah Ar tu.”
“kau ni tak habis-habis suruh aku
lupakan Ar. Ila kau kena ingat tau, Ar tu cinta pertama aku tau. Lagipun
biarlah waktu dan keadaan yang tentukan. Buat masa ini aku malas nak fikir
perkara yang menyemakkan lagi kepala aku.”
“suka hati kau lah Q. Dah lah
pergilah siap. Sekejap lagi Aril sampai nanti.” Arah Ila pula.
“tapi aku malaslah nak keluar Ila.
Kau cakap aku tidur eh?”
“amboi, sedapnya suruh aku berbohong
pula. Cakaplah sendiri, malas aku nak layan. Nanti dia ingat aku pula yang
bersubahat dengan kau. Sudahlah aku nak tidur ni. Have fun with your dinner my friend.”
Q
mencebik. Fikirnya sahabatnya itu akan membantunya, tetapi Ila langsung tidak
mahu mencampuri urusan sahabatnya itu, baginya biarlah Q fikirkan sejenak
mengenai Aril. lelaki itu benar-benar menyukainya. Aduh, nak pergi ke tak ni?
Malas sebenarnya nak keluar, tapi nanti Aril terasa hati pula.. getus Q
sendirian.
Q
termenung. Apa salahnya kau berikan dia peluang Q. Mudah-mudahan Allah berikan
kau jalan untuk buat yang terbaik dalam hidup. Lagipun tak baik tau hampakan
orang. Seakan berbisik suara itu ditelinganya. Q tersentak apabila isyarat sms
masuk ke telefon bimbitnya.
*q aril dah smpi* -aril-
“ha?”
5
minit Q keluar dengan hanya memakai t-shirt nike lengan panjang bewarna pink,
tudung pink berbunga dari rona warna yang sama dan seluar track bewarna hitam.
“sorrylah
Aril, lambat siap. Tadi layan Ila, sampai tak sedar.” Q memohon maaf.
“tak apalah, Q suruh tunggu 10 tahun
lagi pun Aril sanggup” guraunya pula.
“mengada-ngadalah tu. Ni nak pergi
makan kat mana?” tanya Q mengubah topik.
“adalah, Aril nak bawa Q pergi
tempat yang special sangat. Ikut
je..”
“Aril ni jangan jauh-jauh tau. Q
takutlah, lagipun tadi Ila pesan kalau balik lambat dia tak nak buka pintu.”
Terang Q dengan ugutan sahabatnya tadi.
“apalah Q ni, tak akanlah Aril nak
apa-apakan Q pula. Aril sayangkan Q ikhlas dari hati Aril tau, cuma Q aje yang
tak layan Aril” Aril cuba menenangkan Q.
Q
terdiam. Amboi, lebih nampak mamat ni. Main sayang-sayang pula. Dia ni memang
tak pandai nak putus asa lah. Penyudahnya aku yang terperangkap.
No comments:
Post a Comment