BAB
3
Hari
ini merupakan hari cuti untuk Q. Hari ini juga kelasnya dibatalkan atas alasan
Prof Kamila ada urusan peribadi. Kelasnya akan ditunda pada satu tarikh yang
akan diberitahu kelak.
“Apa aku nak buat ni? Bosanlah. Nak
ajak Ila keluar, Ila takde pulak. Takkan lah sepanjang hari nak buat tahi mata
je?” gumam Q sendiri.
Entah
kenapa hari itu dia berasa bosan sangat dirumah. Hendak keluar dia sendiri
tidak arif tentang selok-belok bandar Sintok tempat dia menimba ilmu. Tiba-tiba
telefon bimbitnya berbunyi minta dijawab. Dahinya berkerut, kerana dia sendiri
tidak kenal pada si pemanggil. Tiada langsung senarai didalam buku telefon
miliknya.
“Assalammualaikum, nak cakap dengan
siapa ni?” Tanya Q.
“Waalaikumsalam. Em.. saya nak cakap
dengan Quraisyah boleh?”
“Sayalah Quraisyah. Awak ni siapa?”
Tanya Q lagi.
“Saya Aril lah. Q tak kenal saya?”
jawab Aril spontan.
“eh? Mana Aril dapat…….” Belum
sempat dia menghabiskan soalannya dengan pantas Aril menjawab.
“Aril dapat dari Ila. Maaflah sebab
tak minta permission Q dulu.
Sebenarnya Aril nak minta sendiri dengan Q, tapi segan pulak.” Terang Aril
pula.
“Apalah Aril ni, mintak je lah. Tak
kan lah Q nak marah pulak. Kitakan kawan satu tempat kerja lagi..”
“Ye lah Aril takut Q fikir yang
bukan-bukan pulak. Sorry ye..”
“lah, buat apa saya nak marah?”
“Q takde kelas ke hari ni? Wah
seronok lepak kat rumah kan? Dahlah takde kelas, petang offday pulak tu. Mesti release
kan tension..”
“Haah, last minute kelas dibatalkan. Memanglah seronok kat rumah rehat,
tapi bosan jugak. Dah lah Ila takde. Macam bersembang dengan dinding pulak duk
sorang-sorang dalam bilik ni.”
“Tu lah, hari ni Aril pun off day, kalau Aril ajak Q keluar nak
tak? Tengok wayang ke..”
“Keluar? Macam seronok je bunyinya.
Boleh jugak.”
“Okey, Q siap-siap eh, dalam pukul
sebelas pagi Aril datang ambil Q.”
“Boleh jugak, tapi Aril tahu ke
rumah Q area mana?”
“Q sms kat Aril alamat rumah Q eh.
Okey jumpa nanti. Bye..”
“Okey..”
Lancar
sahaja mulut Q bersetuju bila Shahril mengajaknya keluar bersama. Dia sendiri
berasa senang bila berkawan dengan Shahril. Lelaki itu amat memahami, mudah
memberikan senyuman dan terlalu sukar untuk melihatnya marah, lebih-lebih lagi
didalam soal kerja dia tidak pernah langsung mengeluh.
Pagi
itu Q hanya mengenakan kain skirt labuh bewarna coklat, baju blouse lengan
panjang bewarna krim dan shawl
bunga-bunga. Satu kombinasi warna yang cukup menarik. Kali ini dia tidak
menggunakan contact lense tetapi
hanya memakai cermin mata yang baru dibelinya tempohari sewaktu dia mendapat
gaji pertamanya.
Hampir
11.40 pagi barulah Shahril sampai dihadapan rumah sewanya. Terkedu dia melihat
penampilan Q, sungguh mencuit hati lelakinya. Cantiknya dia Ya Allah, sempurna
sungguh ciptaanMU..bisik hati Shahril.
“sorry
lah Q, Aril lambat sampai. Salah masuk lorong tadi, tu yang sesat. Tadi macam expert sangat dengan jalan kat sini,
tapi salah jugak.” Cerita Aril pada Q sambil ketawa. Q juga turut ketawa bila
mendengarnya.
“Takpelah, bukannya lambat mana pun.
Eh.. Aril bawa kereta siapa ni? Selalukan Aril naik moto je.” Tanya Q bila
terpandangkan kereta Proton Perdana hitam yang dipandu oleh Aril.
“Oh.. ni kereta abang Aril. Dia
pakai kereta Aril, katanya nak ke KL ada urusan. Tu yang tukar pakai kereta ni.
Q ni, tak kan lah pulak Aril nak bawak Q keluar naik moto.”
“Tu lah, Q pun tak terfikir pulak
tadi. Kalau Aril datang naik motor kenalah Q tukar seluar pulak. Tak kan lah Q
nak pakai skirt ni pulak naik motor” kata Q sambil ketawa.
“Ha.. tahu pun, lagipun Aril tahu
lah. Tak kan lah Aril nak bawak Q keluar naik motor pulak. Nanti Q tak selesa
pulak.”
Q
hanya tersenyum memandang Aril yang berwajah tenang. Hatinya cukup terusik bila
terpandang lesung pipit milik lelaki itu. Lesung pipit itu jugalah yang
ditunggu beberapa tahun ini. Entah mengapa fikirannya melayang mengingati Ar.
Kenapalah tiba-tiba lelaki itu datang lagi dalam fikiranku..
“Q, Q kenapa?” tanya Shahril. Sepi,
tiada jawapan.
“Q, Q dengar tak apa Aril cakap?”
bisik Shahril ditelinga Q.
“Ha?” Q terkejut.
“Berangan eh? atau Q ingat
seseorang..?” seloroh Shahril.
“Tak adalah, teringat kat Ila. Tadi
dia kata nak sms saya, tapi tunggu takde pulak.” Jawabnya bohong.
“oh ye ke. Tak payahlah risau. Dia
sihat. Ni Aril nak tanya, Q tak kisah ke keluar dengan Aril?”
“Kenapa tanya Q soalan macam tu?”
tanya Q pelik.
“Ye lah, mana tahu tiba-tiba boyfriend Q marah pulak. Aril takut gak
kalau-kalau ada orang nampak kita, lepas tu report
kat bf Q”
“ish, Aril ni, bf Q takde kat sini
lah. Dia ada kat Cambridge, study kat
sana. Mustahillah kalau dia boleh nampak.” Terang Q telus.
“oh, jadinya memang dah ada bf lah
ni. Alamak…” tiba-tiba hatinya resah mendengar pengakuan Q. Selama ini dia
berharap semoga gadis itu tiada teman lelaki, tetapi tekaannya meleset sekali.
Aku kena bersabar.. getus hatinya.
“eh! kenapa Aril cakap macam tu? Apa
yang alamaknya pulak? Ni Aril cakap Q, Aril tu, takde orang marah ke keluar
dengan Q? Nanti ada pulak yang cemburu.
Habislah Q..”
“Aril takde gf lah Q. Single and available”
“Alah, bedek lah. Tak akanlah orang
kacak macam Aril ni takde bunga yang suka. Main-mainlah, entah-entah
melambak-lambak gf Aril kat luar sana kan?”
“Ya Allah tak percaya Aril cakap.
Kalau tak percaya pi tanya mama Aril.” Seloroh Shahril lagi.
“kenapa pulak Q nak kena tanya mama
Aril pulak? Mengarut aje Aril ni.”
“ye lah.. Q tak percaya kat Aril,
Aril suruhlah tanya mama Aril. Eh! dah lah nak gaduh pulak pasal ni. Sekarang
ni kita nak pi mana ni?”
“tadi kata lapar, nak makan tengahari.
Jom lah, cari kedai makan.”
“oh ye tak ye pulak. Aril ada satu
tempat yang mesti Q suka nak makan nanti”
No comments:
Post a Comment