Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 26 June 2012

Takdir buat Q (bab 7)


BAB 7
Sambil menikmati sate ayam dan daging, Aril juga turut menikmati rojak buah dan mee goreng mamak yang paling sedap dan menjadi kegemarannya.    
            “ Aril, kenapa oder banyak sangat makanan? Nanti tak habislah.” Marah Q.
            “Ala.. Q jangan risau, mesti habis punya. Q tak tahu ke Aril ni kuat makan tau, tapi Q tak kisahkan share pinggan dengan Aril. ye lah takut tak biasa pula.” Luah Aril.
            “Ar..il, janganlah cakap macam tu, Q tak kisah lah. Sedap rojak buah ni. Pandai Aril pilih gerai ek.. biasa eh datang sini?”
            “biasa jugak lah. Dah nama Shahril, semua tempat yang best kat sini Aril tahu tau. Cakap aje kat mana, Aril boleh bawak.”
            “ye lah, Q tahulah Aril anak jati sini. Habis kalau kat negeri johor pun sanggup pergi?”
            “sanggup sayang, demi Q abang sanggup renang lautan api..”
            “cit, podah.. mulalah tu ulat bulu dah naik tengkuk!” getus Q marah. Tangkas tangannya menepuk perlahan lengan Aril.
            “eh? sapa yang jadi ulat bulu ni?” Aril menyoal dengan keningnya sengaja diangkat-angkat.
Mengenali Quraisyah sesuatu yang amat menyenangkan hati. Q seorang gadis yang periang. Gadis yang tidak pernah kenal erti putus asa. Sikapnya yang terbuka membuatkan Aril begitu senang bersamanya.
            “kenapa Aril pandang Q macam itu?” soal Q pelik. Pelik dengan tindakan Aril sedari tadi yang asyik memerhatikan tingkah lakunya. Q jadi tidak senang diperlakukan sebegitu.
            “mana ada Aril tengok Q. ala.. kalau tengok pun tak luak lah. Tengok je, bukan boleh pegang pun..” seloroh Aril.
            “mulalah tu nak mengusik Q. kalau macam tu, lepas ini malaslah nak teman Aril makan lagi. Nanti Aril buat macam tu lagi kat Q. pandang-pandang orang macam nak makan.”
            “ish, Q ni. Aril gurau ajelah. Kalau Q tak nak keluar dengan Aril lagi, sunyilah hidup Aril.”
            “kenapa pula sunyi? Apalah sangat yang ada pada Q ni? Biasa-biasa sahaja. Nak kata orang senang tak pula.” Jawab Q merendah diri.
            “Q, Aril suka berkawan dengan Q bukan sebab Q orang senang atau susah, yang penting Q sudi berkawan dengan Aril. Q tak kisah dengan Aril, pandai buat Aril ketawa. Aril happy sangat tau.”
            “pandailah nak ambil hati Q kan? Sudahlah, siapalah yang sudi kawan dengan Q ni? Bf Q pun dah tinggalkan Q, dan…” pantas tangannya menekup mulut yang lancer berbicara, seperti membuka rahsia yang tersimpan kemas didalam lipatan hati miliknya.
            “apa? Tinggalkan Q? kenapa? Q ada buat salah kat dia ke? Atau ada orang mengadu dengan dia pasal Aril dengan Q? Q jangan risau okey, nanti Aril boleh terangkan pada dia.” Luah Aril dalam nada kesal.
          “cop..cop.. cakap tak berhenti, macam machine gun. Benda ini semua tiada kena mengena dengan Aril okey..”
            “habis itu? Pasal apa? Boleh Aril tahu?”
            “nantilah, ada masa Q cerita. Buat masa ini kita jangan cerita pasal dia okey?”
          “okey-okey, maaf eh kalau Aril dah buat hati Q sedih. Aril taka da niat nak buat macam tu. Maafkan Aril eh..”
            “Aril jangan cakap macam tu, benda ini semua tak ada kena mengena dengan Aril lah. Dah sekarang kita cakap benda lain okey.”
            “okey-okey ni Aril nak tanya, Q ada berapa adik beradik?”
            “oh, Q anak sulung. Adik beradik 5 orang. 4 perempuan dan seorang lelaki. Adik Q yang kedua perempuan, umur dia 17 tahun. Kiranya tahun ini ambil spm lah. Adik yang ketiga lelaki, 15 tahun. Adik yang keempat darjah 6 dan yang kelima tu pula baru darjah 4. Ha.. ada apa-apa lagi nak tanya?”
            “ibu dan abah Q pula?”
            “maksud Aril ibu dan abah Q ada berapa orang ke apa? Buat sementara ini ibu dan abah Q ada seorang je lah. Tapi besok-besok kalau Q dah kahwin jadilah dua kot” terangnya ketawa.
            “Q ni, Aril bukan tanya ada berapa orang. Aril nak tanya ibu dan abah kerja apa? Main-mainkan Aril pula.”
            “oh..kerja apa. Abah peneroka, dulu masa abah sihat abah kerja part time jadi security waktu malam. Tapi sejak sakit semput abah menjadi-jadi, ibu suruh abah berhenti kerja. Ibu pula cuma ambil upah buat kuih untuk jualan. Q pula nak kena survive lah kat sini. Ye lah, tak akanlah Q nak harap ibu dan abah, sedangkan diorang punya perbelanjaan pun tak mencukupi. Q tak nak susahkan diorang. Lain-lain takde yang menarik kot? “
            “Aril kagum dengan Q. Q tabah dan tidak pernah merungut. Alangkah beruntungnya lelaki yang dapat jadikan Q isteri.”
            “apalah Aril ni, mana Aril tahu Q tidak pernah merungut? Tak ada nya lah. Kadang-kadang merungut juga, sebab penat. Ialah siang belajar, malam pula buat part time, tapi sebab tak mahu nak susahkan ibu dan abah Q redha. Tak apa lah susah-susah dahulu, senang-senang kemudian kan?”
            “betul tu. Aril bangga dapat kawan macam Q. kalau Aril diberi peluang, Aril tak akan sesekali sia-siakan peluang yang diberi. Aril tak akan sia-siakan gadis yang bernama Quraisyah..”
            “aik? Lain benar bunyinya..” Quraisyah ketawa. Aril juga turut ketawa. Pandai Quraisyah menyembunyikan keresahan hatinya bila sahaja Aril sering mengaitkan dirinya didalam perbualan. Baginya terlalu awal untuk dia jadikan Aril sebagai pengganti Ar. Baginya kegagalan cintanya adalah suatu perkara yang paling buruk buatnya. Untuk apa lagi dia mengenang sesuatu yang telah menjadi sejarah dalam hidupnya. Untuk apa lagi dia terus menanti pada insan yang tidak sudi. Biarlah Ar bahagia.. bisik hatinya.

7 comments:

  1. Assalamualaikum. Saya datang ke sini sebab penulisan2u.. Saya ada baca karya ni dr sn. Bg saya, jln cerita okey. Dan mungkin endingnya nanti ada potensi untuk menjadi lebih menarik. Penggunaan Q tu mmmg unik. Akan terbit dalam bentuk novel tak? Sekurang2nya ada kelainan la dr novel yg asyik cerita tentang kahwin paksa.
    Dan setahu sy yg lemah ni waktu belajar BM dulu... Selepas pembuka kata ("), bukan sepatutnya huruf besar ke? Tapi apapun, tahniah. Hal teknikal ni penulis boleh join kursus2 penulisan utk menulis guna format yg betul. Apa salahnya kan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...Islah Khairina. terima kasih saya ucapkan kerana awak sudi meluangkan masa membaca karya saya. Alhamdulillah syukur saya pada Allah swt kerana memberi saya kesempatan untuk menulis. teguran dari awak amat-amat saya hargai.. terima kasih sangat2. InsyaAllah karya saya akan diterbitkan dalam bentuk novel. apa pun thank you so much dear.... doakan kejayaan saya eh.. hehehhehe....

      Delete
  2. slm..sy dah beli novel takdir buat Q, jln ceritanya terputus hampir 9 bab, bermula dr page 315-347 ..boleh paparkan bab tersebut[bab 71-bab79].. terkilan sbb buku diterbitkan dengan page yg hilang..TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. Salam Nana...
      Kalau ada masalah printing Nana boleh pulang balik novel itu ke Penulisan2u nanti pihak p2u akan gantikan dengan yang baru. InshaAllah Nana nanti saya akan update en3 untuk bab yang Nana lost itu. Terima kasih sebab beli novel TBQ. Tq for support me....

      Delete
    2. Hai.. Salam Nana...
      Kalau ada masalah printing Nana boleh pulang balik novel itu ke Penulisan2u nanti pihak p2u akan gantikan dengan yang baru. InshaAllah Nana nanti saya akan update en3 untuk bab yang Nana lost itu. Terima kasih sebab beli novel TBQ. Tq for support me....

      Delete
  3. TQ kak, seronok baca novel tu.. hampir sama dgn kisah hidup sy..

    ReplyDelete
  4. Oh ya ke Nana. Bila akak menulis, akak suka bercerita tentang apa yang kita alami. semoga ini semua menjadi pengajaran buat kita semua. terima kasih sekali lagi Nana sebab sudi beli karya akak. Akak masih baru di dalam dunia penulisan, masih banyak lagi yang perlu akak pelajari.

    ReplyDelete