BAB
2
Berlalulah
episod duka buat Q. Sesungguhnya dia mempunyai sekeping hati yang cekal. Disaat
dirinya dilanda masalah, dia masih mampu untuk tersenyum riang. Dia masih mampu
bergurau. Ya! Hidup mesti diteruskan. Sesungguhnya Allah swt itu masih ada
rencana yang lain untuk hidupnya. Biarlah dia menangis, biarlah dia bersedih
dimasa sekarang tetapi tidak dimasa akan datang.
Habis
kelas, Q bergegas menuju ke tempat parking
motor. Baru sahaja tadi dia menerima sms dari Ila mengatakan dia menunggu Q
disana. Agenda utamanya ialah untuk mencari kerja sambilan buat menampung duit
belanja hariannya. Dia tahu, dia harus belajar berdikari dan tidak terlalu
mengharap bantuan dari keluarganya.
Hari
pertama dia dan Suhaila bekerja di Restoran makanan segera Mc Donald. Lega
rasanya bila dia hanya perlu isi boring dan keesokannya dia telah pun diminta
untuk memulakan pekerjaanya. Rezeki di bumi Allah ini ada dimana-mana sahaja..
desis hatinya.
“Okey Quraisyah dan Suhaila, firstly
saya nak ucapkan selamat datang ke keluarga Mc Donald. Kita semua ni dah macam
adik beradik. Segala masalah boleh kongsi bersama, saya sebagai pengurus
cawangan restoran ini ingin menerangkan cara-cara kerja yang perlu awak lakukan
setiap hari. Sebelum tu saya kenalkan awak dengan beberapa orang crew Mc Donald yang lain. Okey crew kitchen yang ini Shahril, yang
sebelah sana tu Farid. Yang dok tunggu ayam goreng masak tu Fauzi.ada dua orang
lagi yang off duty, so tak dapat nak introduce
kat you all. Dekat bahagian kaunter
kita ada Mona, Ima, Sally, Koji and last
sekali Idah. Kadang-kadang kita ada rotate
jugak lah untuk siapa-siapa yang akan jaga bahagan drive-thru. So you all pun nanti akan merasalah duduk kat kaunter drive-thru tu. Apa-apa pun selamat
bekerja. Nanti Mona akan ajarkan cara-cara kerja kat sini. Jangan besok tak
datang pulak tau..” Gurau Encik Hafiz.
Melayani
kesibukan bekerja membuatkan Q lupa tentang segala masalah yang dilaluinya
sepanjang dia berada di negeri utara ini. Jam 11 malam barulah mereka pulang ke
rumah sewa miliknya.
“fuh! Penat betul lah kan?” kata Ila
memulakan bicara.
“yelah, tengok diorang buat kerja
macam seronok je tapi bila dah join
kat situ,perghh….. penat gila. Tapi seronok jugak lah macam-macam ragam manusia
yang kita boleh tengok.” Luah Q gembira.
“haah lah, memang seronok sangat.
Eh! Kau perasan tak budak kitchen
yang nama dia Shahril tu, aku tengok dia asyik pandang kat kau semacam je..”
“ye ke? Entah lah aku tak perasan
pulak. Tapi boleh tahan hensem jugak budak tu”
“Mula lah tu gatal dia dah datang.
Tapi betullah kau cakap tu,dia memang hensem gila. Manalah tahu kan kau boleh
tersangkut kat di pulak, bolehlah kau lupakan si Ar tu..” seloroh Ila.
“Ish,kau ni janganlah cakap macam
tu, Ar tu cinta pertama aku tau. Apapun sekarang ni aku tak nak fikir sangat
pasal ni. Ar tetap dalam hati aku lah Ila.”
“Q yang sudah tu sudahlah. Jangan lah
dikenang lagi. Sampai bila kau nak pegang pada janji Ar? Sedangkan Ar? Q jangan
kau seksa lagi perasaan kau. Fikirlah Q..”
“Ila, kau boleh tak jangan semakkan
lagi kepala otak aku yang dah berserabut ni.?” Marah Q tiba-tiba.
“Sorry
Q, aku takde maksud nak buat kau serabut. Aku…..” belum sempat Ila
menghabiskan kata-katanya..
“Dah lah, aku nak mandi. Aku tak nak
dengar apa-apa lagi pasal Ar atau budak kitchen
tu faham!..” bentak Q. Marah betul Q bila Ila berkata sesuatu tentang Ar.
Berbuku
hati Q bila Ila masih mahu dia melupakan Ar. Bukan dia tidak pernah cuba, dah
berkali tapi bayangan Ar masih lagi menghantuinya, masih lagi hadir dalam mimpi
lenanya. Setiap kali terlintas difikiran tentang Ar, pasti tidur lenanya
ditemani wajah Ar. Arghh..kenapa ni Q….
3
bulan bekerja sambilan memberikan Q peluang mengenali dunia luar. Sedikit
ketenangan buatnya bila dia sendiri dapat melupakan Ar buat sementara waktu.
Hakikatnya hati Q masih meronta-ronta mencari jawapan dimana Ar. Sejak malam tu
Ila tidak pernah lagi bertanya tentang Ar, terkejut kot sebab kena jerkah
dengan Q.
“hai Q, macamana kerja kat sini?
Seronok tak?”Tanya Shahril budak kitchen.
“okeylah, biasalah saya kerja pun
untuk cari duit tambah. Ye lah budak study
macam saya ni kenalah pandai survive
untuk hidup.lebih-lebih lagi ibu dan abah saya bukannya orang senang.” Luah Q.
“oh yeke? Awak dah sem berapa? Lagi
berapa tahun habis?”
“saya dah masuk sem empat. Ada lagi
tiga tahun nak habis. Maklumlah habis diploma ni saya terus sambung buat
ijazah. Awak memang full time kat
sini ke?”
“saya? Saya kerja sementara je.
Tengah tunggu panggilan kerja. Dah banyak tempat interview tapi belum dapat panggilan lagi. So, dari saya duduk rumah takde buat apa-apa lebih baik saya kerja
buat tambah-tambah.”
“oh, sebelum ni awak belajar kat
mana?” Tanya Q ramah.
“Tempat yang awak belajar
sekaranglah. Saya ambil engineering
course jugak.”
“oh..samalah saya. Nanti adalah
rezeki awak tu..”
Shahril
tersenyum sendiri. Pertama kali dia terpandangkan wajah Q, hati Shahril
tertarik untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Sejak dari hari pertama
Q memulakan kerja, hati Shahril tidak keruan. Bayangan wajah Q sering menganggu
tidur malamnya. Ingin sahaja dia bertanya Q, adakah Q sudah berpunya tetapi
mulutnya terasa berat.
“Q orang mana?” Tanya Shahril.
“Kota tinggi, Johor. Shahril?”
“Panggil Aril je, tak pun Ar pun
boleh jugak. Kalau kat rumah mama panggil Ar je. Aril orang sinilah..”
Hati
Q tersentap bila terdengarkan sebutan nama Ar keluar dari mulut lelaki yang berdiri
dihadapannya. Sepantas kilat wajahnya berubah. Mengapa nama itu muncul
sedangkan aku masih cuba untuk melupakannya.
“Q kenapa? Aril ada salah cakap ke?”
“Ha? Tak lah. Tiba-tiba teringatkan
seseorang..” katanya seolah memikirkan sesuatu.
“Emm.. mesti boyfriend kan?” Shahril cuba menarik perhatian gadis itu. Mungkin
baginya dengan secara bergurau begitu, segala tanda tanya dibenaknya terjawab.
Q hanya tersenyum memandang Shahril, dan terus berlalu pergi begitu sahaja.
Apakah maksud senyuman yang diberikan? Adakah ia jawapan kepada persoalan
Shahril tadi? Shahril bermain dengan teka-teki. Kalau benar, hancurlah
harapannya.
Ah..
peduli apa! Sedangkan oang yang kahwin pun boleh bercerai-berai, inikan pulak
setakat girlfrieng and boyfriendkan? Rilexlah Shahril. Slow-slow, jangan gelabah sangat. Shahril tersenyum sendiri. Entah
kenapalah dengan lelaki ini, banyak lagi gadis lain diluar sana tetapi hatinya tetap mahukan Q. Apa
yang menarik hatinya untuk mengenali Q, dia sendiri tidak tahu. Aku mesti
dapatkannya, dia mesti jadi milikku.. gumam hati Shahril.
No comments:
Post a Comment