BAB
5
Selesai
menikmati hidangan tengahari Aril mendapatkan mamanya.
“mama, Aril gerak dulu lah eh. Ingat
nak bawa Q tengok wayang ni..”
“ha.. ye lah. Jaga Q baik-baik nak.
Jangan buat benda yang bukan-bukan tau. Q ni anak orang, bukan anak kucing yang
boleh Aril buat sesuka hati..” pesan Puan Rohaya panjang lebar. Q hanya
membalas dengan senyuman. Didalam hatinya dia amat berasa kagum dengan wanita
itu. Walaupun kehidupan mereka mewah tetapi mereka tidak pernah membezakan
darjat dan juga keturunan. Puan Rohaya juga seorang ibu yang penyayang. Tidak
pernah dia lupa untuk mendidik anak-anaknya mengikut landasan yang betul.
“mama.. Aril tahulah. Aril akan jaga
Q macamana Aril jaga nyawa Aril ma. Mama jangan risau eh..”
“hati-hati tau. Q jaga diri baik-baik
ye nak. Nanti ada masa jemput datang ke rumah ye, makan kat rumah auntie. Nanti auntie masak sedap-sedap.” Pelawa Puan Rohaya seraya memeluk lalu
mencium pipi Quraisyah. Q terkaku. Tiba-tiba ingatannya melayang sebentar
mengingati ibunya dikampung. Rindunya aku kat ibu, bisik hatinya.
“terima kasih auntie. InsyaAllah nanti kalau Q ada masa lapang Q datang lawat auntie. Auntie pun jaga diri baik-baik tau. Jangan kerja
sampai lewat malam. Kesihatan pun kena jaga juga.” Pesan Quraisyah ramah. Puan
Rohaya hanya membalas dengan senyuman. Tinggi sungguh budi pekertinya. Mesti
keluarganya didik dia dengan sebaik mungkin, desis hati Puan Rohaya.
Q
dan Aril berjalan beriringan menuju ke kereta.
“kita nak ke mana ni Aril?”
pertanyaan Q membuatkan Aril tersentak. Jauh benar mengelamunnya.
“ha? Oh.. Aril nak bawa Q pergi
tengok wayang. Q nak tengok cerita melayu ke cerita orang putih?” tanya Aril
pula.
“tak kisahlah. Q ikut Aril je.
Lagipun Aril yang bawa kereta, yang penting Aril suka, Q pun suka.” Luahnya merendah
diri.
“eh jangan lah cakap macam tu. Okey
kalau Q tak nak kita tengok wayang, kita pergi pantai nak tak? Sambil-sambil tu
kita bolehlah kenal dengan lebih rapat lagi.”
Cadang Aril pula.
Lebih
rapat? Q seakan mengulangi ayat itu kembali didalam hati. Apa niat dia sebenar?
Bukan ke aku dah kata yang aku dah pun ada bf kat Cambridge tak akan itu pun
tak faham lagi?
“mana-mana lah janji happy..” balas Q ceria.
Desiran
pantai membuatkan Q semakin tenang. Entah mengapa saat itu hatinya begitu
senang bila berada disisi Aril. Tetapi terkadang dia juga tidak arif tentang
perangai Aril yang terlalu sukar untuk diramal. Seperti ada musim,
kadang-kadang begini dan kadang-kadang begitu. Ah.. lantaklah..
“Aril, boleh Q tanya sesuatu?” Q
memulakan bicaranya.
“Tanya apa? Kalau nak tanya pasal
gf, honestly Aril memang tak ada gf.
Ye lah siapa lah yang nak kat Aril ni kan?” jawabnya jujur.
“oit, bukan itu lah soalannya.
Kenapa Aril nak kerja kat McD tu? Bukan ke mama Aril ada restoran sendiri?”
“oh, pasal itu lah ye. Sebenarnya
Aril lebih suka berdikari. Lagipun tak syok lah kerja dengan mama, tak ada
cabaran. Lagipun kan Q, Aril kerja sementara aje, kan Aril tengah tunggu
panggilan dari Syarikat lain. Saja je nak cari pengalaman.” Terangnya lagi.
Lain benar cara pemikiran lelaki ini.. bisik hati Q.
“oh macam itu, ye lah Q pelik lah
jugak, anak orang kaya macam Aril ni buat apalah nak susahkan diri kerja dengan
orang. Lagipun mama dan papa Aril bukannya orang susah pun..”
“Cik Quraisyah binti Kamaruzzaman,
tidak semestinya orang kaya kena tumpu pada bisnes sendiri. Lagipun keluarga
Aril pun bukannya kaya mana pun. Setakat ada 2 buah restoran, sebuah mini
market dan sebuah kedai kereta terpakai tu bagi Aril tak lah kaya mana. Kalau
kaya dah lama mama dan papa Aril tu jadi Dato’ ataupun Tan sri. Bagi Aril
biarlah kami besederhana, itu lebih memadai.”
“ye lah bukan apa, Q cuma pelik pula
tengok family Aril. lebih-lebih lagi Aril lah”
Terhambur
ketawa Aril. Rasa lawak pula bila Q berkata begitu tentangnya. Mungkin Q belum
mengenali dia dan keluarganya sepenuhnya.
“kenapa ketawa? Kelakar kea pa yang
Q cakap?”
“bukannya kelakar, tapi pelik lah
Aril. Q ingat semua orang kaya, jahat ke macam yang Q fikirkan? Q keluarga kami
bukan berasal dari orang yang senang. Dulu papa Aril Cuma kerani aje kat
sekolah dan mama Aril pulak cuma berniaga kecil-kecilan di pasar pagi. Tapi
usaha mama dan papa tidak pernah berhenti sampailah mereka sudah ketahap yang
macam ni.”
Q
hanya menjadi pendengar setia, dalam hatinya yang dalam dia cukup kagum dengan
usaha yang ada pada keluarga Aril, kagum bila mendengarkan pengakuan jujur Aril
tentang keluarganya. Sebab itulah Aril lebih senang merendah diri. Beruntung
dia mengenali Aril sebagai seorang sahabat. Apa pun anggapannya terhadap Aril tidak
lebih dari seorang kawan.
Usai
menunaikan solat maghrib, Q terus membuka laptop.
Hatinya terpanggil untuk melihat e-mailnya
yang sudah berhari-hari tidak diusik. Manalah tahu kalau-kalau Ar membalas e-mailnya tempohari. Di tenung skrin laptop miliknya, kosong sepertimana
kosongnya hati Q. Kenapa Ar masih membisu? Apa yang telah terjadi Ar? desis
hati Q..
Teringat
kembali sewaktu dia sedang menduduki peperiksaan percubaan spm. Waktu itu meja
dia dan Ar hanya dipisahkan oleh beberapa buah meja rakannya. Dia dapat melihat
Ar dan Ar dapat melihatnya dengan jelas. Pagi itu, dek kerana dia terlewat
bangun, Q hampir sahaja terlewat ke sekolah. Sarapan yang telah disediakan
ibunya tidak sempat untuk dimakan apatah lagi jamah. Sewaktu menjawab kertas
teknologi kejuruteraan, tiba-tiba dia diserang gastrik. Q mudah diserang
gastrik sekiranya dia tidak mengambil sebarang makanan pada waktu pagi,
ditambah pula tekanan buatnya sewaktu mengambil peperiksaan. Q menangis
sendirian menahan kesakitan yang teramat sangat. Dia harus menghabiskan
peperiksaan tersebut tetapi perutnya sakit seperti mencucuk-cucuk. Ya Allah!
Kuatkanlah semangatku..
Ar
memandang Q dari jauh. Dia tertanya-tanya mengapa Q menangis. Apa yang terjadi?
Q sakit ke? Bisik hatinya.. dia bertindak nekad memanggil Cikgu Salmah untuk
menenangkan Q. Ar mengangkat tangannya seperti ingin mendapatkan bantuan.
“ye Hadzhar? Kamu ada masalah?”
tanya Cikgu Salmah.
“Cikgu, boleh saya minta tolong?”
tanya Ar lagi.
“tolong apa? Kamu ada masalah ke?
Dari tadi saya lihat kamu gelisah sangat.”
“Cikgu, cikgu tolong Quraisyah tu,
kenapa saya tengok dia menangis? Macam dia sakit aje?” tunjuk Ar kearah Q.
“oh, okey saya lihat dia sebentar.”
Cikgu
Salmah menapak beberapa langkah menuju kea rah Q.
“Quraisyah, kamu ada masalah ke?
Kenapa kamu menangis?” tanya Cikgu Salmah.
“Cikgu, saya sakit perut sangat.
Rasa macam nak muntah pun ada. Kepala saya pening. Tapi saya perlu habiskan
semua soalan ini.” Luah Quraisyah.
“kamu sakit ni, saya bawa kamu ke
bilik rehat okey?”
“tapi saya tak habis jawab lagi
cikgu. Nanti kalau saya dah tidak tahan sangat saya panggil cikgu.”
“kalau macam itu, kamu alas perut
kamu ye. Saya tahu kamu mesti kena gastrik kan? Sekejap saya ke kantin belikan
air susu suam untuk kamu. Sebentar ye..”
Dengan
pantas Cikgu Salmah melangkah ke kantin. Nasib baik kantin berdekatan dengan
kelasnya, kalau tidak semahunya Quraisyah pengsan. 5 minit kemudian Cikgu
Salmah kembali membawa sebungkus air susu suam buat Quraisyah.
Terasa
lega tekaknya apabila susu suam masuk ke perutnya. Walaupun rasa seperti ingin
muntah tetapi Quraisyah masih memaksa dirinya untuk menghabiskan air susu
tersebut. Saat-saat cemas Quraisyah sudah berakhir. Lega rasanya bila dia dapat
menghabiskan kesemua soalan peperiksaan.
“itulah Q, kan Ar dah cakap, Q
kenalah sarapan pagi-pagi. Q kana da gastrik. Degillah Q ni. Cakap Ar langsung
Q tak nak dengar..” marah Ar pada Q.
“bukan Q tak nak sarapan pagi tadi,
tapi Q lambat bangun hari ini. Sebab itulah tak sempat nak sarapan pagi hari
ini. Ar ni janganlah marah Q” rajuk Quraisyah.
“bukan Ar nak marah Q sayang, tapi
Ar risaukan kesihatan Q. Nasib baik tak ada apa-apa tau, kalau tak kan dah
susah, kantoi subjek TK. Nak macam tu ke?” tanya Ar lagi.
“tak nak lah sampai macam tu. Ar ni
macam ibu Q lah. Nak membebel aje, boleh tak jangan jadi macam ibu Q 3.0?”
“eh, kita marahkan dia sebab kita
sayangkan dia, nanti kalau tak peduli baru tahu..”
“ye lah, Q salah. Maaf eh? em.. thank’s tau sebab jadi hero Q tadi”
“eh! bukan ke Ar memang hero di hati
Q?” tanya sambil ketawanya terhambur.
“ye lah tu..”
No comments:
Post a Comment