Tepat jam 6 petang Mya sampai di kediamannya.
Teringatkan Sara, pantas telefon bimbitnya di capai.
“Beb,”
“Beb,
kau dekat mana? Dah sampai rumah ke?”
“Baru
sampai beb. Alhamdulillah, penat gila ini. Sara kau dekat mana?” soal Mya.
“Aku
dekat kedai makan dengan Syafiq ini. Baru nak pesan makanan. Kenapa?”
“Aku
lapar ini. Kau dekat area mana beb?”
“Dekat-dekat
TTDI juga. Kedai tom yam yang selalu kita lepak itu.”
“Kalau
macam itu kau tolong aku pesankan tom yam boleh? Kejap lagi aku sampai.”
“Boleh
sahaja beb. Air macam biasa eh?”
“Kau
kan tahu selera aku..” Mya ketawa.
Dek kerana kelaparan Mya gagahkan jua untuk keluar
mengisi perut yang lapar. Nasib baiklah ada geng makan petang ini. Lagi pula
tempat yang ingin dia tuju tidak berapa jauh dari rumahnya.
“Sorry Sara, aku lambat. Mandi dulu, kasi
badan ini segar sikit.” Ujar Mya memohon kemaafan. Memang menjadi kebiasaan
untuk dia memohon maaf andai dia terlewat mahupun tersilap.
“Ala,
biasalah itu. Aku tahu kau penat beb. Aku dah siap orderkan untuk kau.” Ujar Sara. Shafiq masih lagi jadi pemerhati.
“Hai
Fiq, apa hal aku tengok kau macam takde mood
aje?” soal Mya.
“Macam
manalah takde mood kalau tak kerana
Audi kesayangan dia di cium orang.”
“La
ye ke? Bila kena?”
“Pagi
tadi.” Jawab Shafiq lemah.
“Ingat
girlfriend kena kebas orang, rupanya
Audi kena cium.” Seloroh Mya. Shafiq hanya mencebik.
“Tak
payah nak sentap sangatlah, pandailah nanti budak-budak bengkel itu buat kasi
cantik. Alahai, macam orang mati bini lah I tengok muka you ini.” bebel Sara.
“Mahu
nya tidak? Audi itu first love I
tau.” Wah gitu. Memang teruk.
“Eiii
malas nak layan. Kalau dengan Audi you itu lah I bermadu, oh my.. tak sanggup. Entah-entah nanti
kalau I sakit nak mati, belum tentu I dapat jadi tempat pertama dalam hati you
kan?” terasa juga Sara bila Shafiq begitu.
“You
ini suka sangat salah anggap dengan i. Mya you tolong nasihatkan sikit kawan
baik you ini. tak habis-habis dia nak cemburu dengan Audi I tu.”
“Macam-macamlah
you all ini, dah-dah, bagi I masa nak santap. I lapar gila ini.” ujar Mya.
Sengaja dia mengubah tajuk perbualan.
“Betul
itu, makan lagi baik dari layan Shafiq yang separuh gila di sebabkan Audi dia
kena cium orang.”
“You,
cuba jangan mulakan.” Rengek Shafiq. Sara dan Mya ketawa.
Ngelat ko siti..Pendek sangat part ni. Next2..
ReplyDeleteKasi suspen sikit lah.. Haha... Nanti saya update k. Panjang sikit. Jangan tak terbaca sudah ler...he.. Main ngelat2 sikit jerk..
ReplyDeleteNgelat eh?? Hahahaha... Nti saya smbung yg panjang sikit eh?
ReplyDelete