Sudah naik kebas kakinya mundar-mandir dari ruang
tamu ke dapur. Jiwanya jadi kacau. Panggilan yang di buat kepada Mya tadi
semakin menggusarkan hatinya.
“Assalammualaikum,
As”
“Waalaikumsalam.
Kak Nat, kenapa kak?” soal Mya. Ada getar pada suaranya. Seperti ada yang tidak
kena pula.
“As,
As nampak abang Zaliff tak? Tadi masa akak call
dia, dia kata dia dalam perjalanan balik, tapi dah pukul 9 malam tak
sampai-sampai. As kan sama-sama dengan dia pergi seminar itu kan?”
“Haah
kak. tapi As tak naik sama kereta dengan dia. As dengan Sara tadi. Akak dah
cuba telefon abang Zaliff?” tidak dapat di tahan lagi perasaannya. Nasib
baiklah perkara mengenai seminar yang di katakan itu hanya wujud untuk dia dan
Zaliff sahaja. Dan nasib baik jugalah Zaliff tidak mengesyaki apa-apa mengenai
Sara yang sudah arif tentang hal nya dan Mya.
“Dah
banyak kali akak telefon dia, tapi tak dapat langsung!”
“La
ye ke? Akak jangan cemas sangat okey, As tolong cari abang Zaliff.” Kini dia
menawarkan diri pula. Sudahlah dia dingin dengan Zaliff, kali ini dia cuba pula
hendak menjejaki lelaki itu. Hati kering betul minah ini. seingatnya tadi,
sewaktu keluar dari lebuhraya utara selatan, kereta Zaliff masih lagi
membuntuti vios putihnya tetapi selepas memasuki kawasan perumahan TTDI kereta
Zaliff sudah tidak kelihatan. Mungkin dia tahu kemana gajah hitam itu tuju.
Kawasan perumahan Segambut menjadi tempat pertama
yang di tujunya. Hatinya juga kuat mengatakan Zaliff kemungkinan berada di
situ. Telahan Mya tepat, kelihatan kereta milik Zaliff di parkir berhampiran
pagar rumah Fazzy. Melihatkan Zaliff dan Fazzy berbual mesra, makin bertambah
pula meluat Mya melihatnya.
‘Mengong punya laki, bini kau separuh gila tunggu
kau dekat rumah, kau boleh pula menyengkit dekat sini. tak guna punya jantan!
Cop..cop..aku pun bini dia juga. Tapi aku tak separuh gila tunggu dia, Cuma aku
yang menyaksikan drama sebabak dia ini, macam nak sakit jantung lepas itu mati
terus.’ Getus Mya marah.
Gerak geri Zaliff dan Fazzy di perhati. Amboi,
selesanya bertepuk tampar. Macam laki bini ye, Encik Zaliff. Bagusnya perangai.
Macam manalah aku ini boleh terjebak dengan hidup kau kan? aku rasa, walaupaun
aku baru selesai jadi isteri terpaksa kau, aku rasa aku dah nak surrender lah. Aku tak sanggup betul nak
bersubahat dengan kau. Tak apa Zaliff, kita tengok dulu permainan ini ye, ujar
Mya masih lagi di situ menjadi pemerhati.
Setelah gajah hitam milik Zaliff menghilang, barulah
Mya mulai bergerak meninggalkan kawasan perumahan Segambut. Pedal minyak di
tekan, tiba-tiba kelihatan sebuah kereta BMW berhenti di hadapan pagar rumah
Fazzy.
‘Aik? Kali ini mangsa yang nombor berapa pulak ini?’
soal Mya sendiri.
‘Lantak kau lah Fazzy nak jadi apa pun’ Mya memecut
laju kuda putihnya.
Terasa buang masa pula dia pergi menjejaki Zaliff.
Macam sudah tiada tempat lain dia nak pergi. Asyik Segambut aje. Kesian Kak
Natrah, asyik kena tipu dengan Zaliff. Zaliff ini macam langsung tiada
perasaan.
Jus oren yang di tuang ke dalam gelas di teguk
rakus. Pagi-pagi lagi Mya sudah berangin.
“Beb,
aku masuk lambat sikit eh, tayar bocor pulak. Nak tukar tayar spare dulu.”
“Yelah
beb. Cepat sikit tukar tayar itu. Aku ada cerita sensasi ini nak share dekat kau beb.”
“Cerita
apa beb?” soal Mya. Rasa menarik pula. Sara ini, pagi-pagi dah ajak buat gosip.
“Ala,
masuk pejabat dulu. Nanti baru aku cerita.”
“Yelah
yelah. Opss beb, Zaliff dah masuk pejabat?” soal Mya.
“Suami
kau itu? Belum lagi. Tadi Maria kata Zaliff ambil cuti setengah hari. Tapi aku
macam dapat teka kenapa dia half day.
Apa-apa hal pun kau masuk pejabat dulu. Nanti aku story.”
“Ha
yelah. Aku nak tukar tayar dulu. Nasib baiklah hari itu aku ikut cakap Shafiq
beli Jek Hydraulik, jadi tak payahlah aku nak putar skru itu.”
“Yelah
kan. syukur sangat-sangat.”
“Okeylah,
aku nak tukar tayar ini. nanti sambuang lagi. bye..”
“Bye..”
Perbualan Mya dan Sara berhenti setakat itu sahaja.
Mya kembali semula ke kamar tidurnya. Baju kurung kain kapas berwarna kuning di
tukar kepada baju t shirt dan seluar track. Karang tak pasal-pasal baju kurung
jadi baju bengkel pula. Sudahlah ini kali pertama dia nak tukar tayar.
Terkial-kial Mya memusing skru. Dah lah ketat, sakit
tangannya memulas spanar tersebut. Ingatkan mudah, rupanya Ya Allah susah gila.
Ralit dia mencuba untuk membuka tayar yang bocor, Vios hitam pula datang
menjengah.
‘Apa hal pula mamat bengkak ini datang? Muka ketat
gila.’ Soal Mya sendiri.
“Ada
apa datang? Rumah aku tiada ruang untuk kau lah.” Sengaja dia menyindir Zaliff.
“Jangan
banyak bunyilah Asmyaliana. Buka pintu pagar ini cepat.”
“Eh,eh.
Dah lah datang rumah orang tak bagi salam, lepas itu nak paksa-paksa orang buka
pintu pulak.” Bebel Mya.
“Aku
kata buka itu buka ajelah. Tak payah nak bebel sangat.” Tengking Zaliff. Amboi
marah betul ini. Kecut juga perut Mya. Punat alat kawalan jauh pintu pagar di
tekan, Zaliff melangkah masuk.
“Kau
tak kerja ke?” soal Zaliff.
“Belum
lagi. Tayar ini bocor pula. Nak tukar tayar spare
dulu.”
“Dah
tukar ke belum?” soal Zaliff.
“Buta
ke apa? Tak nampak itu?” mata dah nampak, lagi nak bersoal jawab.
“Pandai
ke kau ini tukar tayar?”
‘tak pandai kenalah belajar. Dah memang aku ini
hidup seorang-seorang, kenalah belajar.’ Bisiknya dalam hati.
“Meh,
aku tolong kau!” Zaliff menawarkan diri untuk membantu pula. Butang baju
kemejanya di buka.
“Eh,
apasal pula nak kena buka baju ini?” soal Mya. Berubah merah wajahnya.
“Kau
tak payah nak pelik sangatlah. Kau ingat aku ini hadap sangat ke nak ‘usha’ kau
dekat luar ini?” baju kemeja bertukar tangan.
“Apehal
pula bagi aku baju ini?”
“Pergilah
sidai. Tak akan itu pun nak kena ajar? Kalau baju kemeja aku kotor, kau nak ke
tolong basuh? Logik sikitlah fikir itu.”
Pembuka skru tayar di capai. Pabila tenaga lelaki
yang melakukannya, memang sekejap sahajalah masa yang diambil.
“Terima
kasih ajelah sebab tolong tukarkan tayar ini. aku nak pergi kerja dah ini,
kau.?”
“Kunci
rumah ini mana?” soal Zaliff.
“Nak
buat apa?” Mya pelik. Di pandang Zaliff atas bawah.
“Aku
ambil half day leave. Aku nak lepak
sini dulu. Nanti kunci kau aku pulang petang nanti.”
“Amboi,
kau ingat rumah aku ini tempat lepak ke apa?”
“Tak
payah nak banyak cakap sangatlah. Mana kunci?”
“Ini
kunci pendua aku tau. Tolong jangan hilangkan dan tolong jangan buat macam-macam
eh dalam rumah aku.” Sempat lagi dia memberi amaran kepada Zaliff.
“Suka
hati aku lah nak buat apa. Ada makanan tak dekat dapur? Aku lapar ini.” soal
Zaliff.
“Nak
makan belilah sendiri, dekat dapur Cuma ada biskut kering aje. Oh ya, Encik
Zaliff tolong alihkan gajah hitam awak itu boleh? Kuda putih saya nak lalu
ini.”
“Tak
payah nak gedik sangatlah!”
Terkial-kial Mya ingin memasukkan semula tayar
keretanya yang bocor itu kedalam but keretanya.
“Biar
aje tayar itu dekat situ. Nanti aku pergi tukarkan tayar baru. Kau itu pun
bukannya tahu sangat pasal saiz tayar.” Sempat lagi dia mengutuk Mya.
“Mulut
kau kalau bercakap memang tak ada insuran kan?”
“Suka
hati aku lah. Mulut aku.”
Setelah vios hitamnya menggantikan vios putih Mya di
poch kereta , Zaliff melangkah masuk ke dalam rumah. Jus oren yang masih
berbaki di dalam gelas, di teguk rakus. Roti Delicia Butterscoch di ambil dua
keping. Suka-suka dia aje buat rumah orang macam rumah dia. Memang tak malu.
Bila perut dah kenyang hati pun senang, jiwa tenang perasaan melayang. Mata
yang terang, terus kelam pandangan..
Pepagi dah skodeng blog batu belog ni
ReplyDeletehihi..like2
gajah hitam vs kuda putih..
Ha....pagi2 dah skdeng eh???? Hihihi..
ReplyDelete