Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 26 November 2013

DIALOG CINTA KITA - BAB 12

BAB 12


Tepat jam 6 petang Mya sampai di kediamannya. Teringatkan Sara, pantas telefon bimbitnya di capai.
            “Beb,”
            “Beb, kau dekat mana? Dah sampai rumah ke?”
            “Baru sampai beb. Alhamdulillah, penat gila ini. Sara kau dekat mana?” soal Mya.
            “Aku dekat kedai makan dengan Syafiq ini. Baru nak pesan makanan. Kenapa?”
            “Aku lapar ini. Kau dekat area mana beb?”
            “Dekat-dekat TTDI juga. Kedai tom yam yang selalu kita lepak itu.”
            “Kalau macam itu kau tolong aku pesankan tom yam boleh? Kejap lagi aku sampai.”
            “Boleh sahaja beb. Air macam biasa eh?”
            “Kau kan tahu selera aku..” Mya ketawa.
Dek kerana kelaparan Mya gagahkan jua untuk keluar mengisi perut yang lapar. Nasib baiklah ada geng makan petang ini. Lagi pula tempat yang ingin dia tuju tidak berapa jauh dari rumahnya.
            “Sorry Sara, aku lambat. Mandi dulu, kasi badan ini segar sikit.” Ujar Mya memohon kemaafan. Memang menjadi kebiasaan untuk dia memohon maaf andai dia terlewat mahupun tersilap.
            “Ala, biasalah itu. Aku tahu kau penat beb. Aku dah siap orderkan untuk kau.” Ujar Sara. Shafiq masih lagi jadi pemerhati.
            “Hai Fiq, apa hal aku tengok kau macam takde mood aje?” soal Mya.
            “Macam manalah takde mood kalau tak kerana Audi kesayangan dia di cium orang.”
            “La ye ke? Bila kena?”
            “Pagi tadi.” Jawab Shafiq lemah.
            “Ingat girlfriend kena kebas orang, rupanya Audi kena cium.” Seloroh Mya. Shafiq hanya mencebik.
            “Tak payah nak sentap sangatlah, pandailah nanti budak-budak bengkel itu buat kasi cantik. Alahai, macam orang mati bini lah I tengok muka you ini.” bebel Sara.
            “Mahu nya tidak? Audi itu first love I tau.” Wah gitu. Memang teruk.
            “Eiii malas nak layan. Kalau dengan Audi you itu lah I bermadu, oh my.. tak sanggup. Entah-entah nanti kalau I sakit nak mati, belum tentu I dapat jadi tempat pertama dalam hati you kan?” terasa juga Sara bila Shafiq begitu.
            “You ini suka sangat salah anggap dengan i. Mya you tolong nasihatkan sikit kawan baik you ini. tak habis-habis dia nak cemburu dengan Audi I tu.”
            “Macam-macamlah you all ini, dah-dah, bagi I masa nak santap. I lapar gila ini.” ujar Mya. Sengaja dia mengubah tajuk perbualan.
            “Betul itu, makan lagi baik dari layan Shafiq yang separuh gila di sebabkan Audi dia kena cium orang.”
            “You, cuba jangan mulakan.” Rengek Shafiq. Sara dan Mya ketawa.


3 comments:

  1. Ngelat ko siti..Pendek sangat part ni. Next2..

    ReplyDelete
  2. Kasi suspen sikit lah.. Haha... Nanti saya update k. Panjang sikit. Jangan tak terbaca sudah ler...he.. Main ngelat2 sikit jerk..

    ReplyDelete
  3. Ngelat eh?? Hahahaha... Nti saya smbung yg panjang sikit eh?

    ReplyDelete