Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 26 November 2013

DIALOG CINTA KITA - BAB 11


BAB 11

Usai segala urusan di konsulat Malaysia, Mya dan Zaliff bergerak pulang ke Malaysia. Pak Hamid hanya menghantar mereka sehingga ke sempadan Malaysia-Thailand iaitu Bukit Kayu Hitam di mana kenderaan mereka di parkir.
            “Dokumen-dokumen dan surat-surat itu semua bagi aku.” Ujar Zaliff sebaik sahaja Pak Hamid menurunkan mereka di Bukit Kayu Hitam.
            “Apa hal pulak?” soal Mya tidak puas hati.
            “Sebab aku tak percayakan kau.” Telus betul jawapan Zaliff.
            “Habis itu kau ingat aku percayakan kau?” Mya juga tidak mahu mengalah.
            “Hello Puan Asmyaliana Ariffin, tolong beri kerjasama boleh tak? Semua dokumen tolong beri pada aku. Besok aku nak daftarkan urusan nikah ini dekat Majlis Agama Islam, kalau tidak kau nak bayar ke denda itu? Tolonglah, perangai itu biar semenggah sikit.” Sekali lagi Mya di templak. Seolah-olah Zaliff menganggap Mya bukanlah seorang yang bijak.
            “Aku boleh uruskanlah.”
            “Ha, bagus sangatlah kan. lepas itu nanti bila kau dah terserempak dengan kenalan papa angkat kau itu, kau pandai-pandailah jawab dengan dia. Aku tak nak masuk campur.” Sengaja pula Zaliff menyebut tentang papa Sara. Cakap-cakap Zaliff ada betulnya kerana papa punya kenalan ada di mana-mana sahaja. Silap langkah, dirinya pula yang masuk jerat. Sampul surat bersaiz A4 di serahkan kepada Zaliff. Hendak atau tidak dia terpaksa mengiyakan cakap-cakap Zaliff.
            “Pastikan salinan bagi pada aku besok okey, dekat pejabat.”
            “Aku tahulah. Kau tak payah nak ingatkan aku sangat.”
            “Belagak!” ujar Mya sinis.
Geram pula melihatkan sikap belagak Zaliff itu. Betul-betul menjengkelkan hatinya. Serasa nak muntah pun ada.
Mya memboloskan dirinya ke dalam vios putih miliknya. Lagi lama dia menatap muka Zaliff lagi bengkak hatinya.
            “Hati-hati bawa kereta itu. Kalau ada apa-apa hal, kau tahu kan mana nak cari aku dekat mana?” soal Zaliff pula. Prihatin juga mamat begkak ini kan?
            “Tak payah nak prihatin sangatlah. Bukannya aku tak tahu kau punya baik itu ada makna.” Sempat lagi dia melayan tekak dengan Zaliff. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya.
            “Kau ini memang jenis yang tidak tahu nak bersyukur kan? lantak kaulah nak jadi apa pun.” Zaliff dah malas mahu melayan kerenah Mya. Telefon bimbitnya yang berdering segera di jawab.
            “Ayang dekat mana?”
            “Ayang dekat Johor Bahru. Sara hantar ayang pergi seminar, seminggu. Bosanlah abang. Abang datanglah sini. Abang ambil cuti eh?” Fazzy merengek. Meluat telinga mendengarnya.
            “Yang, abang baru balik seminar dekat Kedah ini, ayang pula pergi JB. Pukul berapa gerak ini? Kalau sempat abang singgah eh petang ini sebelum ayang gerak.”
            “Yelah. Tapi kan seronok kalau abang dapat ikut. Cik Sara itu kan macam dah rancang aje nak pisahkan kita abang.”
            “Cik Sara itu memang macam itu. Tak boleh tengok orang senang sikit. Ini semua memang kerja dialah, nak pisahkan kita.”
‘Korang, jangan sampai aku guna kuasa veto aku. Nanti aku suruh Sara pecat kau orang berdua, baru padan muka.’ Sengaja pula dia berkata perlahan dengan tujuan Zaliff mendengar butir bicaranya.
            “Okeylah yang, abang nak gerak dah ini. panas pula dekat sini. Berpeluh-peluh, dah nak terbakar ini sayang.” Ujar Zaliff. Sengaja dia memerli Mya. Telefon bimbitnya di masukkan kembali ke dalam poket seluar.
            “Lagi sekali kau tuduh-tuduh Sara yang bukan-bukan aku tidak akan teragak-agak untuk gunakan kuasa veto aku untuk pecat kau ataupun Fazzy. Kau kena ingat itu Zaliff, jangan cuba-cuba minta aku curah pasir ke dalam periuk kau orang sendiri!” marah Mya. Bara yang di pendam di hati akhirnya dapat juga dia lepaskan. Tercengang Zaliff mendengarnya. Belum pernah lagi dia melihat Mya menghamburkan kemarahan dengan begitu serius, apatah lagi hal ini berkaitan dengan sahabat baiknya.
Pintu kereta di hempas, enjin kereta di hidupkan. Mya terus memecut laju vios putih miliknya.
Berperang dengan Zaliff membuatkan hati Mya jadi nanar. Kenapalah dia terjebak dengan hidup Zaliff, dia sendiri tidak tahu. Hendak berpatah balik, semuanya sudah berlaku.
Cermin pandang belakang di kerling, Zaliff masih lagi memandu di belakang viosnya.
‘Menyibuk aje mamat bengkak ini. apa lagi agaknya yang dia nak’ getus Mya marah.
Semakin kuat di tekan pedal kereta, semakin laju juga Zaliff mengejarnya. Melalui lebuhraya utara-selatan memberikan pemanduan yang lancar buat Mya. Hampir tiga jam memandu tanpa henti, akhirnya dia membelok ke arah perhentian rehat dan rawat sebelah Ipoh, Perak. Matahari mencanak di kepala, matanya mulai kuyu. Untuk mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, Mya akur untuk mengisi perut yang lapar dan menunaikan tanggungjawabnya sebagai umat islam.
            “Awak ini dah tak ada kerja lain ke? Asyik ikut ke mana sahaja saya pergi? Nak balik itu, pergi ajelah balik. Tak payah nak menyibuk, nanti mati keras pula kekasih hati itu nak menunggu. Ye lah, kekasih hati itu kan nak pergi seminar.” Sengaja pula dia memerli. Meluat dia melihat vios hitam Zaliff di parkir elok sebelah kuda putih miliknya.
            “Tak ada maknanya lah aku nak ikut kau. Kau ingat RNR ini mak ayah kau yang punya ke? Sampai orang lain nak singgah pun tak boleh?” tersentak Mya apabila Zaliff dengan selamba menyebut perihal mak dan ayahnya. Tiba-tiba hatinya jadi perit. Segera Mya berlalu dari situ, tidak mahu lagi dia melayan Zaliff bercakap, lebih-lebih lagi mulut lelaki itu adakalanya cukup laser.
‘Aku salah cakap ke?’ soal Zaliff. Ada hati pula dia nak muhasabah diri kan? ingatkan manusia macam Zaliff ini tidak tahu hargai perasaan orang lain.
            “Mya!” panggil Zaliff. Dua tiga kali dia memekik, baru Mya menoleh. Dengan pantas Zaliff menunjuk ke arah beg coklat Mya yang tertinggal di atas bumbung kereta sewaktu dia menukar kasut kepada sandalnya, untuk memudahkan dia megambil wuduk nanti.
‘Baru nak sentap, beg ini buat hal pulak.’ Bebel Mya.
Zaliff tersenyum sinis, beg coklat yang berisi telekung ingin di capai, tapi…
            “Tak perlu nak tunjuk baik sangat, aku boleh ambil sendiri beg aku tu. Terima kasih sebab tolong ingatkan.” Sinis juga ayat yang keluar dari mulut Mya.
            “Amboi, sombong! Belagak! Menyesal pulak aku panggil dia ini. kalau aku tahu tadi, aku biar aje beg dia ini hilang.” Tak nak kalah. Nak merungut juga. Itulah Zaliff.


1 comment: