Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 18 June 2013

JADI CETI@ISTERI? [7]

                                                                         BAB 7
Hidangan istimewa telah Puan Amirah siapkan. Untuk menyediakan hidangan tidak menjadi halangan buat Puan Amirah kerana dia mewarisi kepakaran ibunya memasak, kalau tidak masakan dia ada empayar katering nya sendiri?
            “Amboi, cantiknya malam ini?” tegur Puan Amirah melihat Amy Syuhada kelihatan manis berbaju kebaya bewarna ungu.
            “Mana ada..ibu ini.. Biasa sahaja”
            “Biasa ke? Ini luar biasa tau. Anak ibu ini nampak cantik sangat. Ada satu soalan ibu nak tanya, Amy betul-betul yakin dengan apa yang Amy buat ini?”
            “Maksud ibu?”
            “Maksud ibu, adakah ini di antara rancangan Amy untuk mengelak dari Fahmi?”  
            “Errr..tidak adalah ibu ini. Kami dah lama kenal Cuma, mungkin Amy tidak tahu yang dia ada hati dekat Amy”
            “Kalau macam itu baguslah. Jangan sampai buat yang bukan-bukan tau. Ibu tak nak Amy buat semua itu sebab papa paksa Amy kahwin dengan Fahmi”
            “Takdelah ibu. Tak akanlah Amy nak buat benda-benda mengarut macam itu? Minta simpanglah ibu. Apa pun, Amy harap sangat-sangat ibu dapat terima Huzairi sebagai menantu dalam rumah ini nanti eh ibu?”
Pintanya lagi. Bukan sedikit-sedikit yang dipinta, tetapi keikhlasan hati kedua orang tuanya untuk menerima Huzairi sebagai menantu, dan ianya juga melibatkan masa depan Amy. Bahagia Amy, maka bahagialah dia sebagai ibu. Kalau boleh biarlah ianya menjadi petanda baik buatnya sekeluarga. Apa yang dia risaukan sekarang ini adalah tentang suaminya Encik Abdul Manan. Makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini, hinggakan Amy bawa balik Huzairi ke rumah pun dia dok cerita dekat si Fahmi itu. Takde kena-mengena langsung.

Berdebar-debar hati Amy bila terdengar suara orang memberi salam, rasa macam nak pergi jumpa doktor gigi pula.
            “Assalammualaikum..”
            “Waalaikumsalam” jawab Puan Amirah dan Amy Syuhada serentak.
            “Ha..itu dah sampai Amy, pergilah jenguk. Tak apa ini semua biar ibu yang siapkan. Tengok papa sekali dah turun ke belum?” ujar Puan Amirah pada Amy. Janganlah tiba-tiba suaminya itu buat perangai pula.
            “Yelah ibu. Amy pergi jenguk dulu eh..” pamitnya.
Bila mata dia terpandangkan Huzairi yang berpakaian agak santai juga, berseluar slack dna berbaju t’shirt polo bewarna biru, hatinya tercuit sedikit. Boleh tahan kacak mamat ini bila pakai baju macam ini. hidung boleh tahan mancung, bibir merah memang sahlah tidak merokok, potongan rambut ala-ala pacak, bila senyum lesung pipit sebelah kanan, aduh..hensem betul.. harap-harap ibu pun berkenan.
            “Makcik oi, dah puas ke belek saya?” soal Huzairi.
Alamak, kantoi lah pulak. Kalau diikutkan hati memang tak puas nak belek..
            “Err..belum lagi..eh..salah-salah. Jemputlah masuk, buat apa tercegat kat situ lagi?” soal Amy. Nampak sangat perlakuannya seakan sumbang itu.
            “Saya pun dah penat makcik oi berdiri kat sini lama sangat. Tunggu awak jemput saya masuk dalam..” ujar Huzairi pula.
            “Oh ye ke? Maaflah. Tak sengaja lah saya nak tilik awak”
            “Tilik saya? Kenapa ada yang tidak kena ke?” soal Huzairi cemas.
            “Ada..” jawab Amy ringkas.
            “Apa yang tidak kenanya pula?”
            “Siang hari saya tengok awak ini tidaklah hensem sangat kot. Tapi malam ini boleh pulak mulut saya ini jahat nak puji awak hensem. Tapi itu mulut saya yang cakap tau, hati saya tak cakap apa-apa”
            “Aik? Macammana itu? Tak fahamlah saya”
            “Baguslah tak faham. Tak payah nak faham sangat. Buat bodoh aje” ujar Amy. Entah kenapa dia seperti serba-serbi tidak kena. Itu salah, ini salah..
            “Jemputlah duduk. Saya panggil ibu dengan papa saya kejap” pelawa Amy. Hati berdebar-debar tidak hilang, macam malam ini pulak dia nak menikah.
            “Ibu cepatlah, Huzairi dah sampai ini” pnggil Amy pada ibunya.
            “Papa mana?” soal Puan Amirah.
            “Papa dekat bilik kot? Solat agaknya. Papa itu macam tak suka aje kan? Takpelah yang penting ibu restu Amy dengan Huzairi eh?”
            “Apa pun yang Amy buat, ibu tetap restu sayang”
Puan Amirah melangkah laju menuju ke ruang tamu. Jangan dibiar tetamu menunggu, tak elok. Usai sahaja Puan Amirah tiba di ruang tamu, kelibat Encik Abdul Manan pula timbul. Sudah selesai solat lah itu..
            “Assalammualaikum pakcik, makcik” ujar Huzairi memberi salam.
            “Waalaikumsalam..” jawab kedua-duanya serentak.
Tidak kekok untuk Huzairi menyesuaikan dirinya pada suasana. Apa pun jika ianya memang direstui tidak menjadi masalah baginya. Yang penting hati kenalah ikhlas, betul tak?
            “Dah lama kenal Amy?” soal Encik Abdul Manan, terus kepada soalan utama. Ini kira sesi temuduga telah pun bermula.
            “Nak kata lama tak lah juga pakcik. Hampir-hampir setahun jugalah”
Nasib baik Amy sudah merangkakan jawapan buatnya petang tadi. Dah macam soalan peperiksaan pulak rasanya. Nasib baik soalan ini yang ditanya, macam tahu-tahu ajekan?
            “Kenal dekat mana?” soal papa Amy tidak puas hati.
            “Waktu Amy hantar kek dekat pejabat” Ha.. soalan ini tidak termasuk dalam soalan jangkaan. Ingatkan  soalan kenal dekat mana itu tak penting bagi papa Amy.
            “Kamu kerja apa?” hamboi, siap-siap tanya kerja apa ini. takut-takut tak mampu bagi Amy makan ke?
            “Kerja biasa aje pakcik, dekat syarikat kurier”
            “Oh kerja makan gajilah ini..” Ujar Encik Manan seakan menyindir.
            “Lebih kurang macam itu lah pakcik”
            “Kamu yakin kamu boleh bagi anak pakcik makan?” soal papa Amy tidak berputus asa.
            “Abang ini, soalan apa yang abang tanya dekat budak itu?” marah Puan Amirah. Naik segan pula dia bila soalan Encik Manan boleh dianggap seperti kebudak-budakkan dan keterlaluan.
            “Emmm..takpe makcik. InsyaAllah saya boleh jawab soalan pakcik itu. Rezeki di bumi Allah ini pakcik luas-seluasnya. Katalah jikalau saya tidak mampu bagi Amy makan sebab saya kerja dengan gaji yang tidak berapa sen sangat itu, InsyaAllah saya akan cuba cari kerja part time untuk tambah pendapatan saya. Bila saya bersetuju untuk memikul tanggungjawab sebagai suami, itu bermakna bukan  sahaja dari segi fizikal tetapi mental juga. InsyaAllah pakcik saya akan cuba terdaya saya”
Encik Manan membisu seribu bahasa. Terlalu sukar untuk dia percaya bila teman lelaki anaknya itu terlalu bersungguh-sungguh berjanji.
            “Eh, Huzairi jemputlah makan. Nanti sejuk pula lauk pauk itu” pelawa Puan Amirah. Kalau boleh dia juga tidak mahu Huzairi di asak dengan pelbagai soalan-soalan yang tidak munasabah baginya. Apa yang dia tahu, Huzairi seorang yang bersederhana. Memang dia bukan dari keluarga yang senang, tetapi bukan itu yang dicari, sebaliknya budi pekerti, akhlak serta agama lelaki itu yang di pilih. Supaya mudah untuk memimpin Amy Syuhada jalan ke syurga kelak.
            “Kalau macam itu, agak-agak kamu bila kamu boleh datang ke sini dengan keluarga kamu?” soal papa Amy lagi. Seperti tidak sabar pula gamaknya.
            “InsyaAllah pakcik, makcik kalau tiada halangan hujung bulan ini, sebab saya perlu selesaikan beberapa perkara. Kalau boleh tak nak tergesa-gesa, nanti orang cakap apa pula. Lagipun Amy ada cakap dia nak majlis berlangsung selepas hari raya” ujarnya perlahan. Entah bila masa lah agaknya Amy itu berkata demikian? Siap cakap lepas raya bagai. Ha..ha..ha.. buat lawak betul lah.
            “Kenapa lepas raya pula Amy?” soal papanya lagi.
            “Ha? Oh itu belum tetap lagi papa. Nanti Amy bincang lagi dengan Zairi” bergetar suaranya menjawab soalan papa nya sendiri.
            “Kalau awak nak cepat, saya takde halangan. Saya dah berbincang dengan umi, umi tak kisah. Umi kata lagi cepat lagi bagus”
            “Betul ke macam itu Zairi? Senang hati makcik dengar. Apa-apa pun kita tunggu keluarga Zairi datang hujung bulan ini eh?”
            “InsyaAllah makcik”
Rasa macam nak terbahak melihatkan lakonan mantap Amy dan Huzairi. Apa boleh buat kedua-duanya terdesak sakan. Hendak atau tidak kenalah teruskan rancangan tersebut. Nanti bermasalah pula kalau tidak serius. Biarlah rahsia itu hanya dia dan Huzairi sahaja yang tahu. Janganlah ianya bocor sebelum sampai masanya.
            “Kalau macam itu pakcik, makcik saya nak  minta izin pakcik dengan makcik untuk bawa Amy Syuhada jumpa umi saya hujung minggu ini. itupun kalau pakcik dengan makcik tidak keberatan” Huzairi meminta kebenaran. Encik Manan memandang wajah Puan Amirah meminta pengertian.
            “Makcik tidak kisah. Makcik izinkan, Cuma makcik minta sangat-sangat dekat Zairi tolong jaga anak makcik. Dia ini lah satu-satunya anak makcik”
            “InsyaAllah makcik, pakcik. Amanah yang pakcik dan makcik beri pada saya, saya akan jaga dengan seeloknya”
Sesi temuduga pada malam itu berakhir dengan jayanya. Huzairi nampak tenang, tidak gugup langsung. Mungkin salah satu sebabnya, dia sendiri sudah menjangka apa yang bakal disoal oleh papa Amy. Yang keduanya pula Ibu Amy yang banyak menyelamatkan keadaan, kalau tidak haru juga di buatnya. Kemudian itu pula, Huzairi dapat layan tune papa Amy. Tidak susah baginya untuk menjinakkan bapa gajah itu, nampak aje besar dan garang tapi hatinya lembut, mudah tersentuh. Kalau boleh biarlah apa yang dirancang ini menjadi suatu hari nanti. Walaupun keadaan Amy berkahwin dengan Huzairi atas dasar untuk menyelamatkan diri di antara satu sama lain. Apa yang penting biarlah segalanya berjalan dengan baik.
Tak susah nak tundukkan ayah Amy itu, kena pandai ambil hati dialah. Tak susah, bodek sana, bodek sini, belok sana, belok sini…settle kot… ceh..berlagak siotttt……


JADI CETI@ISTERI? [6]

                                                                      BAB 6
Kali ini sengaja dia membuat temujanji untuk berjumpa Zairi. Kalau boleh dia mahu mengelak dari makan malam bersama keluarga Fahmi. Lantaklah kalau papanya hendak marah pun. Dia sudah cukup bersedia, tiba-tiba dia sendiri menggigil bila papanya call.
            “Amy dekat mana sekarang?” soal papanya keras. Sudahlah tidak beri salam, terus di terjah dengan soalan-soalan yang menyakitkan hatinya.
            “Papa, Amy jumpa customer ini. Maaflah tak dapat nak join papa dengan ibu malam ini. Betul-betul urgent. Sorry eh pa..” jawabnya lembut. Belum sempat Encik Abdul Manan membalas, Amy terlebih dahulu mematikan talian.
            “Kenapa?” Soal Zairi.
            “Papa saya..” jawabnya lemah.
            “Papa awak masih paksa awak kahwin dengan lelaki itu?” soal Zairi, Amy hanya mengaggukkan kepalanya tanda betul.
            “Awak tidak cuba merayu ke kat papa awak?” Kali ini Amy kelihatan senyum hambar.
            “Jangan kata merayu, malah melutut pun pernah. Tapi di buat tak reti aje. Yelah, kalau boleh dia memang nak saya kahwin dengan Fahmi. Ayah Fahmi kawan baik dia, banyak harta pulak itu. Makan tujuh keturunan pun tak habis.” Ujar Amy. Ya! Tiba-tiba hatinya jadi panas buat seketika.
            “Ibu awak? Setuju?”
            “Tak. Ibu berpihak pada saya, tapi papa tetap dengan keputusan dia. sampai Ibu pun tak boleh nak masuk campur”
            “Jadinya masalah awak memang tidak ada jalan penyelesaiannya?”
            “Ada…tapi mustahil kot?”
            “Maksud awak?”
            “Macam yang saya cakap hari itu, kalau saya ada calon lain mungkin saya kahwinlah kot untuk lepaskan diri dari papa saya”
            “Macam itu aje?” Amy mengangguk. Baginya siapa pun bakal suaminya dia sudah tidak peduli lagi, dia pasti akan terima tetapi orang itu bukanlah Fahmi. Hatinya sudah tawar dengan lelaki itu. Dia lebih rela tidak berkahwin dari bertemu Fahmi setiap hari.
            “Awak nak tolong saya tak?” soal Amy lagi. Kali ini dia terpaksa tebalkan muka. Kalau boleh biarlah Huzairi sanggup terimanya.
            “Baiklah, saya tolong awak” jawab Huzairi perlahan. Sebenarnya dia sendiri masih tidak yakin dengan apa yang di lakukannya, tetapi demi Amy Syuhada apa pun dia sanggup. Walaupun cinta buat Amy langsung tidak pernah wujud, tetapi cukuplah hanya sekadar dia dapat membantu apa yang termampu.
            “Betul ini? awak sanggup tolong saya?”
            “Iya, saya akan tolong awak dan awak kena tepati janji awak pada saya masa mula-mula hari itu. Lepas semua hutang ayah saya langsai, saya akan lepaskan awak” Ujar Huzairi, masih tidak berfikir panjang.
            “Alhamdulillah, tapi awak kena sedia terima family saya, jumpa keluarga saya eh?” Huzairi terkejut. Biar betul makcik ini…
            “Hah? Bila?”
            “Malam besok boleh?”
            “Ish.. tak nak lah saya. Seganlah makcik oi”
            “Ala..bolehlah. Kali ini saya nak pula tengok papa saya makan hati pulak”
            “Tak baik awak buat dia macam itu tau”
            “Oh kalau saya semuanya tidak baik, semuanya tidak betul. Tapi kalau apa yang papa saya buat dekat saya itu semua betullah?”
            “Saya taklah cakap macam itu. Ishh..makcik ini cepat sangat sentap”
            “Mestilah, awak sukalah tengok orang pijak-pijak maruah saya?” soalnya pada Zairi.
            “Tidak, bukan macam itu maksud saya. Kalau bab maruah ini lagilah buat saya selalu berhati-hati tau”
            “So..besok malam jadilah eh..”
            “Saya tak janji tapi saya kena tanya umi saya dulu”
            “Okeylah. Kalau agak-agak okey, awak beritahu saya awal-awal tau”
            “InsyaAllah..”

Rasa gementar pula bila Amy membuat keputusan untuk memberitahu pada papa dan ibunya. Kenapalah susah sangat nak cakap agaknya kan? Dia masih lagi berteka-teki. Kesempatan yang ada sewaktu menikmati sarapan pagi, untung nasib dapatlah kiranya dia berterus-terang.
            “Ibu, papa..malam ini Amy nak bawa kawan makan malam. Amy nak kenalkan dekat papa dengan ibu, boleh tak?”
            “Kawan yang mana satu?” soal Puan Amirah tidak sabar.
            “Lelaki ke perempuan?” celah Encik Abdul Manan. Hampir sahaja tersedak mendengarkan soalan dari papanya.
            “Err..lelaki papa, ibu”
Renungan dari papanya membuatkan Amy Syuhada seperti hendak terus pergi meninggalkan semuanya. Adakah papanya sudah bertekad tidak mahu menerima calon yang dibawanya?
            “Amy dah jumpa family  dia? siapa nama dia?” soal ibunya lagi.
            “Nama dia Huzairi. Em..ibu kenal tak dengan Puan Latifah, regular customer Amy itu, yang ada syarikat kurier itu, Huzairi kerja dengan Kak Tipah ibu. Dia orang Kuala Kangsar, Perak” Amy mula bercerita. Rasa-rasanya panas juga punggung papanya mendengarkan cerita Amy yang bersungguh-sungguh itu.
            “Habis itu kamu dah buat keputusan?” soal papa nya lagi.
            “Maksud papa, keputusan apa?” Amy tiada pilihan. Pengertian juga yang diperlukan. Apa maksud papa nya tentang keputusan?
            “Maksud papa, kamu dah berbincang ke tarikh yang sesuai untuk kamu dan dia langsungkan majlis perkahwinan? Papa tak mahu tunggu lama-lama, papa juga tak halang kamu kahwin dengan dia walaupun papa tahu dia tak mampu beri kesenangan macamana Fahmi mampu beri kamu itu semua. Tapi papa tak nak nanti di katakan tidak berlaku adil dengan anak sendiri” lega rasanya bila Encik Abdul Manan berkata begitu. Walaupun Amy tahu papa nya itu sebenarnya tidak suka bila dia sendiri membuat pilihan tentang jodohnya. Tetapi perjanjian tetap perjanjian.
            “InsyaAllah papa, nanti Amy bincang dengan Huzairi. Lagipun Amy belum jumpa umi dia lagi. Papa dengan ibu jangan risau eh”
            “Malam ini nak masak menu apa?” soal Puan Amirah tidak sabar-sabar.
            “Ibu ini, jangan masak yang berat-berat sangat. Zairi makan apa sahaja, lagipun dia orang kampung ibu..”
Seakan sinis bila Amy menekankan perkataan orang kampung. Ya! Memang Zairi orang kampung, kenapa? Orang kampung tak layak kahwin dengan orang bandar ke?
...Awk, ibu n papa ok. Mlm ni jd eh?...  pesanan ringkas di hantar pada Huzairi. Walaupun dia masih tidak lagi mendapat kata putus dari Huzairi tentang umi nya.
...Makcik ini, awlnye bt kputusn? X sbr nk kwen ke?...
...Hello, sy cuma ckp ttg mlm ini ok. Apa kena-mengena x sbr nk kwin plk?...
...Yelah, sy blum call umi lg... 
...Nanti2 awk call lah. Yg pnting papa dgn ibu dh ok...
...Klu umi x stuju?...
Amy Syuhada terdiam sejenak. Betul juga kata Huzairi, bagi dirinya dia tidak punya masalah tetapi uminya? Keluarga Huzairi?
...Npknya x kwen lh sy dgn awk. Sy kahwin dgn Fahmi...  ujarnya sedikit hampa. Sedih betullah..
...Anggaplah itu jodoh awak kan makcik?...
...Lebih kurglah... 
Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. Walaupun cara Amy berkahwin agak menyedihkan tetapi Amy terpaksa berbuat keputusan begitu. Biarlah Allah swt tentukan jika benar jodohnya dan Huzairi ada.

Tidak pernah Amy menyangka bahawa Fahmi akan menghubunginya petang itu. Entah apa yang dia inginkan, Amy Syuhada tidak tahu. Tidak akanlah papa nya sudah memberitahu tentang niatnya untuk membawa Huzairi makan malam di rumah? Cepat betul berita itu tersebar??
            “Amy sihat?” Tanya Fahmi tatkala talian dijawab.
            “Alhamdulillah sihat, ada apa call?” terburu-buru Amy bertanya Fahmi kenapa tiba-tiba lelaki itu menghubunginya.
            “Kenapa? Fahmi tak boleh ke nak telefon Amy?” soal Fahmi. Naik meluat pula Amy dengar.
            “Bukan tak boleh, Amy tengah baking cake ini. Banyak tempahan Amy nak siapkan” ujar Amy beralasan.
            “Cakap sekejap pun tak akan tak boleh kot? Sombongnya sekarang ini?”
            “Mana ada sombong, Cuma nak kejar masa..nak balik awal”
            “Yelah, malam ini bakal suami nak datangkan?”
Amy terkedu bila Fahmi membicarakan hal tersebut.
            “Mana ada, siapa yang buat cerita ini?” Amy cuba memancing.
            “Siapa lagi, bakal bapa mertua saya lah..”
Hendak termuntah bila mendengarkan Fahmi menyebut bapa mertua. Jangan mimpilah ujar Amy dalam hati. Apa tidaknya, tak akanlah Amy mahu menyerah kalah dengan mudah pula? Dia lebih sanggup berkahwin dengan Huzairi dari berkahwin dengan Fahmi.
            “Oh yeke? Kecoh betullah papa saya itu kan? Okeylah, saya nak siapkan kek ini. Assalammualaikum..” tutur Amy seraya memberi salam.
            “Waalaikumsalam, jagan nakal-nakal tau!” pesan Fahmi. Amy rasa macam nak gelak berguling-guling bila Fahmi berpesan sebegitu padanya. Macam pesan dekat anak kecil pula, jangan nakal-nakal.

Friday, 14 June 2013

JADI CETI@ISTERI? [5]

                                                                        BAB 5
Kenapalah aku asyik ingat makcik itu sahaja? Dia ini nak kata ceti tak jugak. Dia kerja apa sebenarnya, aku pun tak tahu. Yang aku tahu dia buat kek jer. Tapi dia nak tolong…dalam pada dia nak tolong aku, aku pun kena tolong dia, macamana ini?
Huzairi masih memikir lagi. Tawaran yang Amy berikan benar-benar menarik tetapi tawaran yang kedua itu macamana? Usia muda lagi dah nak jadi suami orang. Biar betul ini…. Mata duitan ke aku kalau terima tawaran dia? Tapi soal kahwin bukan benda yang boleh di buat main-main.
Huzairi meraup wajahnya. Sudah jam 2 pagi tetapi, matanya masih lagi tidak mengantuk. Aku tengah susah dan dia pun sama. Susah sama susah. Aku tolong dia dan dia tolong aku. Adil ke begitu? Berdosa tak ek? Persoalan itu timbul lagi. Perlu ke aku cerita dekat umi? Ah..sudah kalau umi bising macamana? Akhirnya mata Huzairi terlelap juga apabila memikirkan masalah yang tidak berkesudahan.
Dirumah, Amy masih lagi memandang mi goreng yang terhidang di atas meja. Malas betul rasanya dia nak ke kedai hari ini, tetapi memandangkan pagi ini dia ada kelas, dia terpaksa akur.
            “Kenapa di tenung mi goreng itu? Tak selera nak makan?” soal Puan Amirah.
            “Macam rasa kenyanglah ibu..”
            “Kenyang? Boleh pakai rasa-rasa eh? Kenyang makan apa? Sejak akhir-akhir ini ibu tengok Amy asyik termenung aje. Janganlah fikir sangat hal itu” Bebel ibunya lagi.
            “Macamana tak selalu fikir ibu, kalau di hitung, tinggal lagi beberapa bulan aje lagi. Amy tak nak lah ibu. Ibu ada tak calon-calon untuk kenalkan dekat Amy?” Bila terdesak, apa pun sanggup di lakukannya.
            “Aje mengarutlah anak ibu ini. Manalah ibu ada calon, yang ada itu pun semuanya suami orang nak oi..”
            “Habis ibu, ibu sukalah kalau Amy kena kahwin dengan Fahmi?” persoalan perkahwinannya masih menjerut dirinya.
            “Bukan macam itu, takde sebab kenapa ibu suka Amy kahwin dengan Fahmi. Ibu tahu, kalau Amy kahwin dengan Fahmi ibaratnya hidup anak ibu ini berakhir macam itu sahaja”
            “Ibu..siapa boleh tolong Amy ini?” rengek Amy pada ibunya.
            “Sabar eh…ibu cuba cari jalan untuk pujuk papa” Amy bungkam, kenapalah saat-saat macam ini dirinya di datangi masalah yang sangat menyakitkan. Bukannya membahagiakan tetapi menyiksakan. Amy bingkas bangun, laju sahaja kakinya melangkah. Entah ke mana yang ingin di tuju.. Apa pun biarlah hatinya tenang dahulu.
            “Amy..” panggil Puan Amirah.
            “Ada apa ibu?” Amy menoleh, langkahnya terhenti.
            “Besok jangan ke mana-mana tau, Fahmi dan keluarga dia nak datang makan malam di sini. Papa pesan suruh sampaikan pada Amy”
Kali ini bukan sahaja mahu mengeluh, tapi mahu menjerit pula. Sudahlah masalah yang satu itu tidak selesai lagi, kini di tambah pula dengan masalah yang baru.
            “Ibu, besok Amy ada kelaslah”
            “Kelas Amy pukul berapa?” Amy terus buka galaxy note nya untuk menyemak jadual.
            “Pagi dari pukul 10 pagi sampai 12 tengahari. Kemudian sambung balik pukul 2 petang sampai pukul 6 petang, lepas itu Amy balik semula kedai untuk siapkan tempahan cup cake. Ibu cakap kat papa, Amy minta maaf eh sebab tak dapat nak join” helahnya pula. Padahal kelasnya hanya sebelah pagi sahaja, pada sebelah petang dia memang sangat-sangat free.
            “Kalau macam itu, nanti ibu cakap dekat papa”
            “Thanks ibu” ucapnya. Dikucup lembut tangan ibunya.
            “Hati-hati memandu. Kalau ada apa-apa terus call ibu” pesannya pada puteri tunggalnya. Terasa lemah jiwanya melihatkan puteri kesayangannya itu menjadi mangsa papanya sendiri. Disebabkan mahu menjaga hubungan baik diantara dua buah keluarga yang telah lama terjalin, Amy pula di paksa berkahwin  dengan Fahmi. Jikalau alasan suaminya itu adalah untuk melihat Amy senang, suaminya silap percaturan. Bukannya selama ini Amy itu hidup merempat apatah lagi menumpang, malah Amy juga berjaya didalam bidang yang diminati. Amy juga sudah punya empayar perniagaan sendiri.
Amy memandu tenang. Hari ini jadualnya terlalu padat. Kadangkala hendak makan pun tidak sempat. Harapannya cuma satu sahaja, mudah-mudahan besok dia terlepas dari segala masalah yang datang. Bukanlah dia tidak suka keluarga Fahmi bertandang, tetapi belum apa-apa lagi papanya seperti mahu mimpi ngeri buat Amy betul-betul terjadi. Kenapa sampai macam itu sekali?
Huzairi mengeluh. Sudah berkali-kali dia cuba menghubungi Amy tetapi gadis itu tidak menjawab panggilannya. Merajukkah dia? kenapalah gadis itu sanggup berbuat keputusan demikian rupa? Dan paling memeranjatkan gadis itu sanggup berkahwin dengannya, yang tidak punya apa-apa. Rumah sudahlah menyewa, kereta pula syarikat yang punya, harta? Langsung takde, tak kecewakah dia jika dapat suami yang serba-serbi tak ada? Terdesak sangat kah dia? hatinya sedikit tertanya-tanya.
‘Amy Syuhada’ sedap nama itu. Berkali-kali di ulang nama itu. Hinggakan empunya nama tersedak.
            “Uhuk..uhuk..” dua kali dia terbatuk-batuk. Siapa pula lah yang dok sebut nama aku ini? tanya Amy sendiri. Pantas tangannya meraba handbag disebelah kerusi penumpang. Sudah berkali-kali Puan Amirah mengingatkan, jangan suka-suka meletakkan beg tangan disitu, bimbang akan dirompak oleh perompak yang berani memecahkan cermin kereta walaupun sedang memandu.
            ‘Siapa pula yang telefon ini?’ desis hatinya.
            ‘Zairi? Dia nak apa agaknya erk?’ soalnya sendiri. Dihubungi lelaki itu semula.. lama juga dia menanti di talian.
            “Assalammualaikum” talian bersambut.
          “Waalaikumsalam. Maaflah Zairi, tadi awak telefon saya ke? Saya tidak perasan lagipun tengah memandu ini” tuturnya.
            “Oh maaflah kalau saya menganggu. Makcik sibuk tak lepas ini?” Sudah biasa di panggil makcik oleh Zairi membuatkan dia tidak kisah.
            “Tak lah sibuk mana pun. dalam perjalanan ke tempat kerja. Kenapa?”
            “Eh? lewatnya makcik masuk kerja?” soalnya. Apa pulak lah kerja si gadis ini hinggakan dia boleh masuk lewat, hari itu buat kek, lepas itu mengajar pula. Cikgu ke dia?
            “Oh..tadi saya ada hal dekat rumah, awak ada benda penting ke nak cakap? Saya tengah memandu ini. Nanti telefon semula boleh tak?”
            “Baiklah kalau macam itu. Nanti saya telefon semula”
            “Okey..bye..” Talian di matikan.

JADI CETI@ISTERI? [4]

                                                                         Bab 4
Tepat jam 3 petang, Amy berjaya menyudahkan tugasnya. Apabila teringatkan hari Sabtu, moodnya tiba-tiba berubah. Bukan kerana apa, bosan memikirkan msalahnya yang tidak sudah. Tidak habis-habis persoalan papanya minta dia berkahwin dengan Fahmi.
Kalau besok aku ikut ibu pergi uruskan catering dia seronok juga erkk… tak ada lah dengar papa membebel pasal kahwin. Telefon bimbitnya berbunyi. Sms lah pulak…
....Kak Amy, Nora dah settle semua cup cake. Owner pun dah datang ambil tadi. Payment made by cheque okey....
Untuk membalas semula sms memang sukar, maklum sajalah tengah memandu. Amy terus call Nora.
            “Nora, akak dah baca sms itu. thank you eh.. akak tak balik kedai dah. Jumpa isnin okey..”
            “Okey kak, hati-hati memandu”
            “awak pun sama”
Senang hatinya bila punya seorang pekerja seperti Nora. Tidak terlalu memilih kerja dan sedia buat apa sahaja mengikut arahan. Mungkin ini disebabkan minat mereka pada perkara yang sama. Dunianya dan dunia Nora adalah dunia yang sama…dunia kek… Cuma beza antara dia dan Nora hanya satu, Nora sudah berkeluarga tapi dia? masih sendiri….argghhh..tidak adilnya….
Dalam pada kepalanya mecari destinasi untuk di tuju, telefon bimbitnya berbunyi lagi. apa lagilah si Nora ini nak? Getus hatinya.
            “Ye, Nora ada apa lagi?”
            “Hai makcik, kenal saya lagi tak?” soal si pemanggil.
            “Pakcik?” spontan nama itu yang disebut.
            “Kenal pun..sihat tak? Makcik dekat mana?”
            “Mana awak dapat nombor telefon saya?” lain yang disoal, lain yang dijawab.
            “Kalau ye pun makcik, jawablah dulu soalan saya. Nanti baru saya jawab soalan makcik pulak eh..”
            “Soalan pakcik apa tadi? Lupa lah..”
            “Saya tanya, makcik sihat tak? Makcik dekat mana ini?”
            “Oh, saya sihat. On the way nak ke Lot10. Kenapa?”
“Takde apa-apa. Sahaja aje tanya. Kalau saya nak jumpa makcik boleh?”
“Ada apa nak jumpa saya?”
“Nak jumpa pun kena ada hal jugak ke? Kalau takde hal tak boleh jumpa eh?”
“Tak adalah, bukan macam itu…emmm..awak kena kejar dengan ah long lagi ke?”
“Ke situ pulak makcik ini melalut. Takde apa-apa, saje aje nak jumpa makcik. Saya tunggu makcik dekat Lot10 eh…saya tunggu dekat pintu utama”
Selepas memakirkan kereta di lot parkir luar, Amy melangkah masuk menuju ke pintu utama. Kelihatan Huzairi sudah berada disudut tepi pintu. Tersenyum simpul muka mamat itu. boleh buat hati cair ini…..
“Dah lama ke sampai?” Amy pulak yang tegur Huzairi dulu.
“Tak lah, baru juga. Dalam 10 minit, sesak tak jalan?”
“Tak lah, biasa aje. Lagipun hari ini hari Sabtu, ramai yang tak kerja, ada pun yang kerja setengah hari dah balik kul 1 tadi kan”
“Makcik dah makan?”
“belum..”
“Jom makan? Saya belanja”
Amy masih memikir-mikir untuk menolak pelawaan Huzairi, tetapi melihatkan Huzairi bersungguh-sungguh rasa tidak enak menjengah hatinya.
“Jomlah…nak fikir apanya lagi?”
“Saya dah kenyanglah”
“Makcik ini macam tak sudi aje?”
“Apa kata awak belanja saya makan cocoa smoothie with oreo? Dekat chatime. Dah lama saya tidak makan aiskrim itu”
“Makcik suka makan aiskrim ke?”
“Kadang-kadanglah, tak boleh makan selalu nanti gemuk”
“Lah gitu pulak”

PHOTO PLUS
“Makcik memang suka lepak kat sini ke?”
Depends la. Kalau bosan tahap gaban, takde kawan nak chit chat, mesti saya datang sini tengok kamera”
“Tak sangka kan? Makcik ini nampak aje kecil molek, rendang tapi minat makcik pada kamera memang hebat. Kalau saya memang tak mampu nak beli kamera mahal-mahal macam ini. Dapat telefon bimbit yang ada kamera ini pun dah kira bersyukur sangat-sangat”
            “Bidang fotografi ini hanya hobi semata-mata. Tapi ada orang boleh buat duit dengan fotografi. Kena rajin belajarlah. Kalau saya hanya suka-suka, tapi sejak saya buka Bakery ini takde masa nak pergi snap pic
“Untung makcik kan? Dapat keluarga yang senang”
“Sama aje… Senang tapi kurang dari segi yang lain. Macam awak susah dari segi kewangan, tapi awak mewah dengan kasih sayang”
            “Mana makcik tahu saya mewah dengan kasih sayang?”
            “Tengok muka dah tahu”
Pantas Huzairi menepuk tangan perlahan..
            “Terror lah makcik, boleh telek muka orang. Kalau makcik boleh telek muka saya maknanya makcik boleh telek nasib saya” ujarnya spontan.
            “Hishh..awak ini mengarutlah. Syirik itu semua” marah Amy.
            “eh..sorry…sorry.. saya bergurau aje..” Amy diam.
            “Ah long itu takde cari awak lagi ke?” sebenarnya dari tadi mulutnya itu ingin bertanyakan hal yang satu itu, Cuma masih tidak berkesempatan.
            “Saya dah bayar duit bunga, jadinya seminggu ini dia tak akan kacau saya lah. Tunggu minggu depan mesti dia datang cari saya lagi”
            “Duit awak habis buat bayar ah long saja?” soalan Amy hanya dijawab dengan anggukan kepala.
            “Dah tak jumpa cara macamana lagi saya nak bayar. Nak buat pinjaman bank, saya baru aje kerja. Mana ada bank berani nak bagi pinjam”
Kasihan pula melihatkan lelaki yang sedang berdiri disebelahnya itu.
            “Oh ya makcik, thanks eh sebab sudi keluar dengan saya. Lagi satu saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat awak sebab selamatkan saya hari itu”
            “Berapa kali lah awak nak say thank you dekat saya? Cakap sekali cukuplah…emmm saya ada hal nak offer awak, itu pun kalau awak nak lah”
Entah kenapa kepala otaknya ligat pula memikirkan masalah yang satu. Jika ianya adalah jalan yang Allah swt ingin tunjukkan apa salahnya dia cuba, betul tak?
            “Makcik nak offer apa? Kerja ke?”
            “Hah? Oh ya..kalau saya bagi awak pinjam sepuluh ribu untuk bayar duit ah long itu awak nak ke?”
Terbeliak mata dia bila dengar Amy Syuhada cakap nak bagi pinjam duit.
            “Sepuluh ribu? Awak biar betul.. Jangan bergurau dengan saya. Bab duit ini tidak boleh buat main dan saya rasa awak tak patut percayakan saya” hilang panggilan makcik…otomatik pulak itu.
            “Saya tidak bergurau! Kenapa tak percaya ke apa yang makcik cakap?”
Huzairi ketawa. Macamana pulak lah Amy ini boleh bahasakan dirinya makcik.
            “Awak ini buat lawaklah”
            “Saya tidak melawak, saya serius tapi ada syarat”
            “La…syarat pulak? Makcik ini main-mainlah. Nak bagi saya pinjam duit tapi siap bersyarat bagai..”
            “Yelah, ini aje yang saya rasa tindakan yang paling awesome kot?”
            “awesome lah sangat kan? Apa dia?” tak sabarlah pulak.
            “Awak kena kahwin dengan saya” spontan Amy bercakap. Sebenarnya dia juga malu, tapi apakan daya dia terpaksa berbuat demikian daripada dia menyerah bulat-bulat pada Fahmi.
            “Biar betul makcik ini!!?” separuh terjerit Huzairi dibuatnya. Sudahlah diberi pinjam wang yang banyak, kemudian dapat offer kahwin pulak itu. kalau diikutkan nafsu syaitan memang cepat aje setuju. Nasib baiklah iman masih kuat lagi…
            “Betul, saya tidak main-main. Awak ada masalah dan saya pun punya masalah. Hanya inilah yang saya fikir terbaik kot?”
            “Oh, jadinya awak jadikan saya kambing hitam awak macam itu?” Rasa nak marah pun ada bila Amy kata dia juga ada masalah dan dia terpaksa guna cara yang macam ini. Tidak pernah di buat orang bila perempuan ajak lelaki berkahwin, lagi lah dengan cara yang macam ini, pakai syarat segala.
            “Bukan macam itu, awak jangan salah faham. Okey macam ini, sebenarnya papa saya bagi saya tempoh sampai hujung tahun ini, jika saya masih tidak berkahwin, papa nak jodohkan saya dengan anak kawan dia. Masalahnya, saya tak nak sebab mamat itu kaki perempuan. Jadi saya terpaksa buat cara yang macam ini, itupun kalau awak sudi nak tolong saya” luah Amy.
Tiba-tiba sebak pula hati dia. Tapi kalau betul Huzairi tidak mahu tolong, maknanya dia faham Allah swt tidak mengizinkan itu semua berlaku.
            “Senangnya awak berfikir. Awak ingat kahwin itu mudah? Awak sedar ke tidak apa yang awak cuba buat ini salah?” Mulalah tazkirah dia. Balik-balik kena bebel lagi. Dah lah dekat rumah, papa tidak habis-habis bising, ini si Huzairi pulak buat ceramah percuma.
            “Kalau pakcik tak nak tolong saya tak mengapa” tuturnya perlahan.
            “Makcik, awak sedih ke?” soalan apalah yang ditanya ini?
            “Tidak lah, buat apa nak sedih, dah orang tak nak tolong, tak akanlah  kita nak paksa pulak kan?”
            “seriously saya terkejut dan saya rasa awak tak patut buat macam ini. Awak sedar tak, awak seolah-olah memperkecilkan saya? Saya sedar, saya orang susah dan tak mampu, tetapi bila awak buat macam ini seolah-olah awak menjatuhkan maruah saya sebagai seorang lelaki” tutur Huzairi lebih berdiplomasi.
            “Maafkan saya kalau saya salah. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh terfikir nak buat macam itu.”
Huzairi tersenyum, gelihatinya melihatkan wajah kesal Amy. Kenapalah Amy sanggup lakukan itu semua. Adakah benar seperti yang Amy katakan? Kenapalah papa Amy sanggup nak jodohkan Amy dengan lelaki yang macam itu? Huzairi bermonolog lagi.
            “Eh, dah lewat ini pakcik. Saya minta diri dulu eh? Jaga diri baik-baik. Tentang tawaran saya untuk beri awak pinjam duit itu masih saya buka. Tentang hal kahwin itu pulak, awak lupakanlah eh..” Bicara Amy lembut. Huzairi tersenyum lagi.
            “Boleh saya tanya awak satu soalan?” Amy mematikan langkah, dan berpaling.
            “Apa dia?”
            “Kalau saya setuju untuk berkahwin dengan awak, apa yang awak boleh janjikan untuk saya?” soal Huzairi lagi.
            “simple question, dari jumlah sepuluh ribu ringgit yang awak pinjam itu, awak hanya perlu pulang pada saya lima ribu sahaja, bayar secara ansuran pun takpe. Lepas hutang awak selesai, awak boleh lepaskan saya, dan kita boleh jadi kawan macam sekarang ini” makk aiihhh…senangnya cara minah ini berfikir? Memang betullah, masalah kewangan bukan masalah utama bagi dia, tetapi masalah kahwin itu yang menjadi masalah utama yang menjadikan dia tidak siuman langsung.
            “Awak yakin ke kita boleh jadi kawan selepas kita bercerai? Katalah…kan..setahu saya, untuk jadi seorang kawan sebelum kita berkahwin memang mudah, tapi untuk jadi kawan selepas kita bercerai itu yang payah. Jaranglah benda macam ini berlaku. Itulah… makcik banyak sangat tengok samarinda. Itu yang suka-suka dia buat keputusan, tak tahu nanti akhir-akhir diri sendiri yang sakit”
            “Banyak pula cakap hari ini kan? okeylah, kalau awak rasa nak pertimbangkan cadangan saya, timbal balik okey. Mana tahu bila awak duduk seorang-seorang itu nanti hati awak terbuka nak kahwin dengan saya..” Gurau Amy. Huzairi tersenyum lagi. Mamat ini kalau senyum memang boleh buat orang cairlah tengok muka dia yang baby face itu.
            “InsyaAllah, apa pun terima kasih sebab makcik sudi nak bantu. Baiklah saya akan pertimbangkan”
            “Saya balik dulu. Oh ya, awak balik naik apa?”
            “Naik keretalah makcik. Tapi kereta saya produa kelisa aje, itupun kereta syarikat. Nak beli kereta sendiri memang tak termampu” jawabnya jujur.
            “Ke situ pula dia mengarut. Okeylah..bye..”
            “Bye makcik. Hati-hati tau. Kalau ada apa-apa terus aje call saya. Nombor telefon saya jangan lupa simpan dalam phonebook” pesan Huzairi lagi. Ada-ada ajelah mamat tak cukup syarat ini.