Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 18 June 2013

JADI CETI@ISTERI? [6]

                                                                      BAB 6
Kali ini sengaja dia membuat temujanji untuk berjumpa Zairi. Kalau boleh dia mahu mengelak dari makan malam bersama keluarga Fahmi. Lantaklah kalau papanya hendak marah pun. Dia sudah cukup bersedia, tiba-tiba dia sendiri menggigil bila papanya call.
            “Amy dekat mana sekarang?” soal papanya keras. Sudahlah tidak beri salam, terus di terjah dengan soalan-soalan yang menyakitkan hatinya.
            “Papa, Amy jumpa customer ini. Maaflah tak dapat nak join papa dengan ibu malam ini. Betul-betul urgent. Sorry eh pa..” jawabnya lembut. Belum sempat Encik Abdul Manan membalas, Amy terlebih dahulu mematikan talian.
            “Kenapa?” Soal Zairi.
            “Papa saya..” jawabnya lemah.
            “Papa awak masih paksa awak kahwin dengan lelaki itu?” soal Zairi, Amy hanya mengaggukkan kepalanya tanda betul.
            “Awak tidak cuba merayu ke kat papa awak?” Kali ini Amy kelihatan senyum hambar.
            “Jangan kata merayu, malah melutut pun pernah. Tapi di buat tak reti aje. Yelah, kalau boleh dia memang nak saya kahwin dengan Fahmi. Ayah Fahmi kawan baik dia, banyak harta pulak itu. Makan tujuh keturunan pun tak habis.” Ujar Amy. Ya! Tiba-tiba hatinya jadi panas buat seketika.
            “Ibu awak? Setuju?”
            “Tak. Ibu berpihak pada saya, tapi papa tetap dengan keputusan dia. sampai Ibu pun tak boleh nak masuk campur”
            “Jadinya masalah awak memang tidak ada jalan penyelesaiannya?”
            “Ada…tapi mustahil kot?”
            “Maksud awak?”
            “Macam yang saya cakap hari itu, kalau saya ada calon lain mungkin saya kahwinlah kot untuk lepaskan diri dari papa saya”
            “Macam itu aje?” Amy mengangguk. Baginya siapa pun bakal suaminya dia sudah tidak peduli lagi, dia pasti akan terima tetapi orang itu bukanlah Fahmi. Hatinya sudah tawar dengan lelaki itu. Dia lebih rela tidak berkahwin dari bertemu Fahmi setiap hari.
            “Awak nak tolong saya tak?” soal Amy lagi. Kali ini dia terpaksa tebalkan muka. Kalau boleh biarlah Huzairi sanggup terimanya.
            “Baiklah, saya tolong awak” jawab Huzairi perlahan. Sebenarnya dia sendiri masih tidak yakin dengan apa yang di lakukannya, tetapi demi Amy Syuhada apa pun dia sanggup. Walaupun cinta buat Amy langsung tidak pernah wujud, tetapi cukuplah hanya sekadar dia dapat membantu apa yang termampu.
            “Betul ini? awak sanggup tolong saya?”
            “Iya, saya akan tolong awak dan awak kena tepati janji awak pada saya masa mula-mula hari itu. Lepas semua hutang ayah saya langsai, saya akan lepaskan awak” Ujar Huzairi, masih tidak berfikir panjang.
            “Alhamdulillah, tapi awak kena sedia terima family saya, jumpa keluarga saya eh?” Huzairi terkejut. Biar betul makcik ini…
            “Hah? Bila?”
            “Malam besok boleh?”
            “Ish.. tak nak lah saya. Seganlah makcik oi”
            “Ala..bolehlah. Kali ini saya nak pula tengok papa saya makan hati pulak”
            “Tak baik awak buat dia macam itu tau”
            “Oh kalau saya semuanya tidak baik, semuanya tidak betul. Tapi kalau apa yang papa saya buat dekat saya itu semua betullah?”
            “Saya taklah cakap macam itu. Ishh..makcik ini cepat sangat sentap”
            “Mestilah, awak sukalah tengok orang pijak-pijak maruah saya?” soalnya pada Zairi.
            “Tidak, bukan macam itu maksud saya. Kalau bab maruah ini lagilah buat saya selalu berhati-hati tau”
            “So..besok malam jadilah eh..”
            “Saya tak janji tapi saya kena tanya umi saya dulu”
            “Okeylah. Kalau agak-agak okey, awak beritahu saya awal-awal tau”
            “InsyaAllah..”

Rasa gementar pula bila Amy membuat keputusan untuk memberitahu pada papa dan ibunya. Kenapalah susah sangat nak cakap agaknya kan? Dia masih lagi berteka-teki. Kesempatan yang ada sewaktu menikmati sarapan pagi, untung nasib dapatlah kiranya dia berterus-terang.
            “Ibu, papa..malam ini Amy nak bawa kawan makan malam. Amy nak kenalkan dekat papa dengan ibu, boleh tak?”
            “Kawan yang mana satu?” soal Puan Amirah tidak sabar.
            “Lelaki ke perempuan?” celah Encik Abdul Manan. Hampir sahaja tersedak mendengarkan soalan dari papanya.
            “Err..lelaki papa, ibu”
Renungan dari papanya membuatkan Amy Syuhada seperti hendak terus pergi meninggalkan semuanya. Adakah papanya sudah bertekad tidak mahu menerima calon yang dibawanya?
            “Amy dah jumpa family  dia? siapa nama dia?” soal ibunya lagi.
            “Nama dia Huzairi. Em..ibu kenal tak dengan Puan Latifah, regular customer Amy itu, yang ada syarikat kurier itu, Huzairi kerja dengan Kak Tipah ibu. Dia orang Kuala Kangsar, Perak” Amy mula bercerita. Rasa-rasanya panas juga punggung papanya mendengarkan cerita Amy yang bersungguh-sungguh itu.
            “Habis itu kamu dah buat keputusan?” soal papa nya lagi.
            “Maksud papa, keputusan apa?” Amy tiada pilihan. Pengertian juga yang diperlukan. Apa maksud papa nya tentang keputusan?
            “Maksud papa, kamu dah berbincang ke tarikh yang sesuai untuk kamu dan dia langsungkan majlis perkahwinan? Papa tak mahu tunggu lama-lama, papa juga tak halang kamu kahwin dengan dia walaupun papa tahu dia tak mampu beri kesenangan macamana Fahmi mampu beri kamu itu semua. Tapi papa tak nak nanti di katakan tidak berlaku adil dengan anak sendiri” lega rasanya bila Encik Abdul Manan berkata begitu. Walaupun Amy tahu papa nya itu sebenarnya tidak suka bila dia sendiri membuat pilihan tentang jodohnya. Tetapi perjanjian tetap perjanjian.
            “InsyaAllah papa, nanti Amy bincang dengan Huzairi. Lagipun Amy belum jumpa umi dia lagi. Papa dengan ibu jangan risau eh”
            “Malam ini nak masak menu apa?” soal Puan Amirah tidak sabar-sabar.
            “Ibu ini, jangan masak yang berat-berat sangat. Zairi makan apa sahaja, lagipun dia orang kampung ibu..”
Seakan sinis bila Amy menekankan perkataan orang kampung. Ya! Memang Zairi orang kampung, kenapa? Orang kampung tak layak kahwin dengan orang bandar ke?
...Awk, ibu n papa ok. Mlm ni jd eh?...  pesanan ringkas di hantar pada Huzairi. Walaupun dia masih tidak lagi mendapat kata putus dari Huzairi tentang umi nya.
...Makcik ini, awlnye bt kputusn? X sbr nk kwen ke?...
...Hello, sy cuma ckp ttg mlm ini ok. Apa kena-mengena x sbr nk kwin plk?...
...Yelah, sy blum call umi lg... 
...Nanti2 awk call lah. Yg pnting papa dgn ibu dh ok...
...Klu umi x stuju?...
Amy Syuhada terdiam sejenak. Betul juga kata Huzairi, bagi dirinya dia tidak punya masalah tetapi uminya? Keluarga Huzairi?
...Npknya x kwen lh sy dgn awk. Sy kahwin dgn Fahmi...  ujarnya sedikit hampa. Sedih betullah..
...Anggaplah itu jodoh awak kan makcik?...
...Lebih kurglah... 
Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. Walaupun cara Amy berkahwin agak menyedihkan tetapi Amy terpaksa berbuat keputusan begitu. Biarlah Allah swt tentukan jika benar jodohnya dan Huzairi ada.

Tidak pernah Amy menyangka bahawa Fahmi akan menghubunginya petang itu. Entah apa yang dia inginkan, Amy Syuhada tidak tahu. Tidak akanlah papa nya sudah memberitahu tentang niatnya untuk membawa Huzairi makan malam di rumah? Cepat betul berita itu tersebar??
            “Amy sihat?” Tanya Fahmi tatkala talian dijawab.
            “Alhamdulillah sihat, ada apa call?” terburu-buru Amy bertanya Fahmi kenapa tiba-tiba lelaki itu menghubunginya.
            “Kenapa? Fahmi tak boleh ke nak telefon Amy?” soal Fahmi. Naik meluat pula Amy dengar.
            “Bukan tak boleh, Amy tengah baking cake ini. Banyak tempahan Amy nak siapkan” ujar Amy beralasan.
            “Cakap sekejap pun tak akan tak boleh kot? Sombongnya sekarang ini?”
            “Mana ada sombong, Cuma nak kejar masa..nak balik awal”
            “Yelah, malam ini bakal suami nak datangkan?”
Amy terkedu bila Fahmi membicarakan hal tersebut.
            “Mana ada, siapa yang buat cerita ini?” Amy cuba memancing.
            “Siapa lagi, bakal bapa mertua saya lah..”
Hendak termuntah bila mendengarkan Fahmi menyebut bapa mertua. Jangan mimpilah ujar Amy dalam hati. Apa tidaknya, tak akanlah Amy mahu menyerah kalah dengan mudah pula? Dia lebih sanggup berkahwin dengan Huzairi dari berkahwin dengan Fahmi.
            “Oh yeke? Kecoh betullah papa saya itu kan? Okeylah, saya nak siapkan kek ini. Assalammualaikum..” tutur Amy seraya memberi salam.
            “Waalaikumsalam, jagan nakal-nakal tau!” pesan Fahmi. Amy rasa macam nak gelak berguling-guling bila Fahmi berpesan sebegitu padanya. Macam pesan dekat anak kecil pula, jangan nakal-nakal.

No comments:

Post a Comment