Bab 4
Tepat jam 3 petang, Amy berjaya menyudahkan
tugasnya. Apabila teringatkan hari Sabtu, moodnya
tiba-tiba berubah. Bukan kerana apa, bosan memikirkan msalahnya yang tidak
sudah. Tidak habis-habis persoalan papanya minta dia berkahwin dengan Fahmi.
Kalau besok aku ikut ibu pergi uruskan catering dia
seronok juga erkk… tak ada lah dengar papa membebel pasal kahwin. Telefon
bimbitnya berbunyi. Sms lah pulak…
....Kak
Amy, Nora dah settle semua cup cake. Owner pun dah datang ambil tadi. Payment made by cheque okey....
Untuk membalas semula sms memang sukar, maklum
sajalah tengah memandu. Amy terus call
Nora.
“Nora,
akak dah baca sms itu. thank you eh..
akak tak balik kedai dah. Jumpa isnin okey..”
“Okey
kak, hati-hati memandu”
“awak
pun sama”
Senang hatinya bila punya seorang pekerja seperti
Nora. Tidak terlalu memilih kerja dan sedia buat apa sahaja mengikut arahan.
Mungkin ini disebabkan minat mereka pada perkara yang sama. Dunianya dan dunia
Nora adalah dunia yang sama…dunia kek… Cuma beza antara dia dan Nora hanya
satu, Nora sudah berkeluarga tapi dia? masih sendiri….argghhh..tidak adilnya….
Dalam pada kepalanya mecari destinasi untuk di tuju,
telefon bimbitnya berbunyi lagi. apa lagilah si Nora ini nak? Getus hatinya.
“Ye,
Nora ada apa lagi?”
“Hai
makcik, kenal saya lagi tak?” soal si pemanggil.
“Pakcik?”
spontan nama itu yang disebut.
“Kenal
pun..sihat tak? Makcik dekat mana?”
“Mana
awak dapat nombor telefon saya?” lain yang disoal, lain yang dijawab.
“Kalau
ye pun makcik, jawablah dulu soalan saya. Nanti baru saya jawab soalan makcik
pulak eh..”
“Soalan
pakcik apa tadi? Lupa lah..”
“Saya
tanya, makcik sihat tak? Makcik dekat mana ini?”
“Oh,
saya sihat. On the way nak ke Lot10.
Kenapa?”
“Takde apa-apa. Sahaja aje tanya.
Kalau saya nak jumpa makcik boleh?”
“Ada apa nak jumpa saya?”
“Nak jumpa pun kena ada hal jugak
ke? Kalau takde hal tak boleh jumpa eh?”
“Tak adalah, bukan macam
itu…emmm..awak kena kejar dengan ah long lagi ke?”
“Ke situ pulak makcik ini melalut.
Takde apa-apa, saje aje nak jumpa makcik. Saya tunggu makcik dekat Lot10
eh…saya tunggu dekat pintu utama”
Selepas memakirkan kereta di lot parkir luar, Amy
melangkah masuk menuju ke pintu utama. Kelihatan Huzairi sudah berada disudut
tepi pintu. Tersenyum simpul muka mamat itu. boleh buat hati cair ini…..
“Dah lama ke sampai?” Amy pulak
yang tegur Huzairi dulu.
“Tak lah, baru juga. Dalam 10
minit, sesak tak jalan?”
“Tak lah, biasa aje. Lagipun hari
ini hari Sabtu, ramai yang tak kerja, ada pun yang kerja setengah hari dah
balik kul 1 tadi kan”
“Makcik dah makan?”
“belum..”
“Jom makan? Saya belanja”
Amy masih memikir-mikir untuk menolak pelawaan
Huzairi, tetapi melihatkan Huzairi bersungguh-sungguh rasa tidak enak menjengah
hatinya.
“Jomlah…nak fikir apanya lagi?”
“Saya dah kenyanglah”
“Makcik ini macam tak sudi aje?”
“Apa kata awak belanja saya makan cocoa smoothie with oreo? Dekat chatime.
Dah lama saya tidak makan aiskrim itu”
“Makcik suka makan aiskrim ke?”
“Kadang-kadanglah, tak boleh makan
selalu nanti gemuk”
“Lah gitu pulak”
PHOTO PLUS
“Makcik memang suka lepak kat sini
ke?”
“Depends la. Kalau bosan tahap gaban, takde kawan nak chit chat, mesti saya datang sini tengok
kamera”
“Tak sangka kan? Makcik ini nampak
aje kecil molek, rendang tapi minat makcik pada kamera memang hebat. Kalau saya
memang tak mampu nak beli kamera mahal-mahal macam ini. Dapat telefon bimbit
yang ada kamera ini pun dah kira bersyukur sangat-sangat”
“Bidang
fotografi ini hanya hobi semata-mata. Tapi ada orang boleh buat duit dengan
fotografi. Kena rajin belajarlah. Kalau saya hanya suka-suka, tapi sejak saya
buka Bakery ini takde masa nak pergi snap
pic”
“Untung makcik kan? Dapat keluarga
yang senang”
“Sama aje… Senang tapi kurang dari
segi yang lain. Macam awak susah dari segi kewangan, tapi awak mewah dengan
kasih sayang”
“Mana
makcik tahu saya mewah dengan kasih sayang?”
“Tengok
muka dah tahu”
Pantas Huzairi menepuk tangan perlahan..
“Terror lah makcik, boleh telek muka
orang. Kalau makcik boleh telek muka saya maknanya makcik boleh telek nasib
saya” ujarnya spontan.
“Hishh..awak
ini mengarutlah. Syirik itu semua” marah Amy.
“eh..sorry…sorry.. saya bergurau aje..” Amy
diam.
“Ah
long itu takde cari awak lagi ke?” sebenarnya dari tadi mulutnya itu ingin
bertanyakan hal yang satu itu, Cuma masih tidak berkesempatan.
“Saya
dah bayar duit bunga, jadinya seminggu ini dia tak akan kacau saya lah. Tunggu
minggu depan mesti dia datang cari saya lagi”
“Duit
awak habis buat bayar ah long saja?” soalan Amy hanya dijawab dengan anggukan
kepala.
“Dah
tak jumpa cara macamana lagi saya nak bayar. Nak buat pinjaman bank, saya baru
aje kerja. Mana ada bank berani nak bagi pinjam”
Kasihan pula melihatkan lelaki yang sedang berdiri
disebelahnya itu.
“Oh
ya makcik, thanks eh sebab sudi
keluar dengan saya. Lagi satu saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat
awak sebab selamatkan saya hari itu”
“Berapa
kali lah awak nak say thank you dekat
saya? Cakap sekali cukuplah…emmm saya ada hal nak offer awak, itu pun kalau awak nak lah”
Entah kenapa kepala otaknya ligat pula memikirkan
masalah yang satu. Jika ianya adalah jalan yang Allah swt ingin tunjukkan apa
salahnya dia cuba, betul tak?
“Makcik
nak offer apa? Kerja ke?”
“Hah?
Oh ya..kalau saya bagi awak pinjam sepuluh ribu untuk bayar duit ah long itu
awak nak ke?”
Terbeliak mata dia bila dengar Amy Syuhada cakap nak
bagi pinjam duit.
“Sepuluh
ribu? Awak biar betul.. Jangan bergurau dengan saya. Bab duit ini tidak boleh
buat main dan saya rasa awak tak patut percayakan saya” hilang panggilan
makcik…otomatik pulak itu.
“Saya
tidak bergurau! Kenapa tak percaya ke apa yang makcik cakap?”
Huzairi ketawa. Macamana pulak lah Amy ini boleh
bahasakan dirinya makcik.
“Awak
ini buat lawaklah”
“Saya
tidak melawak, saya serius tapi ada syarat”
“La…syarat
pulak? Makcik ini main-mainlah. Nak bagi saya pinjam duit tapi siap bersyarat bagai..”
“Yelah,
ini aje yang saya rasa tindakan yang paling awesome
kot?”
“awesome lah sangat kan? Apa dia?” tak
sabarlah pulak.
“Awak
kena kahwin dengan saya” spontan Amy bercakap. Sebenarnya dia juga malu, tapi
apakan daya dia terpaksa berbuat demikian daripada dia menyerah bulat-bulat
pada Fahmi.
“Biar
betul makcik ini!!?” separuh terjerit Huzairi dibuatnya. Sudahlah diberi pinjam
wang yang banyak, kemudian dapat offer
kahwin pulak itu. kalau diikutkan nafsu syaitan memang cepat aje setuju. Nasib
baiklah iman masih kuat lagi…
“Betul,
saya tidak main-main. Awak ada masalah dan saya pun punya masalah. Hanya inilah
yang saya fikir terbaik kot?”
“Oh,
jadinya awak jadikan saya kambing hitam awak macam itu?” Rasa nak marah pun ada
bila Amy kata dia juga ada masalah dan dia terpaksa guna cara yang macam ini.
Tidak pernah di buat orang bila perempuan ajak lelaki berkahwin, lagi lah
dengan cara yang macam ini, pakai syarat segala.
“Bukan
macam itu, awak jangan salah faham. Okey macam ini, sebenarnya papa saya bagi
saya tempoh sampai hujung tahun ini, jika saya masih tidak berkahwin, papa nak
jodohkan saya dengan anak kawan dia. Masalahnya, saya tak nak sebab mamat itu
kaki perempuan. Jadi saya terpaksa buat cara yang macam ini, itupun kalau awak
sudi nak tolong saya” luah Amy.
Tiba-tiba sebak pula hati dia. Tapi kalau betul Huzairi
tidak mahu tolong, maknanya dia faham Allah swt tidak mengizinkan itu semua
berlaku.
“Senangnya
awak berfikir. Awak ingat kahwin itu mudah? Awak sedar ke tidak apa yang awak
cuba buat ini salah?” Mulalah tazkirah dia. Balik-balik kena bebel lagi. Dah
lah dekat rumah, papa tidak habis-habis bising, ini si Huzairi pulak buat
ceramah percuma.
“Kalau
pakcik tak nak tolong saya tak mengapa” tuturnya perlahan.
“Makcik,
awak sedih ke?” soalan apalah yang ditanya ini?
“Tidak
lah, buat apa nak sedih, dah orang tak nak tolong, tak akanlah kita nak paksa pulak kan?”
“seriously saya terkejut dan saya rasa
awak tak patut buat macam ini. Awak sedar tak, awak seolah-olah memperkecilkan
saya? Saya sedar, saya orang susah dan tak mampu, tetapi bila awak buat macam
ini seolah-olah awak menjatuhkan maruah saya sebagai seorang lelaki” tutur
Huzairi lebih berdiplomasi.
“Maafkan
saya kalau saya salah. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh terfikir nak buat
macam itu.”
Huzairi tersenyum, gelihatinya melihatkan wajah
kesal Amy. Kenapalah Amy sanggup lakukan itu semua. Adakah benar seperti yang
Amy katakan? Kenapalah papa Amy sanggup nak jodohkan Amy dengan lelaki yang
macam itu? Huzairi bermonolog lagi.
“Eh,
dah lewat ini pakcik. Saya minta diri dulu eh? Jaga diri baik-baik. Tentang
tawaran saya untuk beri awak pinjam duit itu masih saya buka. Tentang hal
kahwin itu pulak, awak lupakanlah eh..” Bicara Amy lembut. Huzairi tersenyum
lagi.
“Boleh
saya tanya awak satu soalan?” Amy mematikan langkah, dan berpaling.
“Apa
dia?”
“Kalau
saya setuju untuk berkahwin dengan awak, apa yang awak boleh janjikan untuk
saya?” soal Huzairi lagi.
“simple question, dari jumlah sepuluh
ribu ringgit yang awak pinjam itu, awak hanya perlu pulang pada saya lima ribu
sahaja, bayar secara ansuran pun takpe. Lepas hutang awak selesai, awak boleh
lepaskan saya, dan kita boleh jadi kawan macam sekarang ini” makk
aiihhh…senangnya cara minah ini berfikir? Memang betullah, masalah kewangan
bukan masalah utama bagi dia, tetapi masalah kahwin itu yang menjadi masalah
utama yang menjadikan dia tidak siuman langsung.
“Awak
yakin ke kita boleh jadi kawan selepas kita bercerai? Katalah…kan..setahu saya,
untuk jadi seorang kawan sebelum kita berkahwin memang mudah, tapi untuk jadi
kawan selepas kita bercerai itu yang payah. Jaranglah benda macam ini berlaku.
Itulah… makcik banyak sangat tengok samarinda. Itu yang suka-suka dia buat
keputusan, tak tahu nanti akhir-akhir diri sendiri yang sakit”
“Banyak
pula cakap hari ini kan? okeylah, kalau awak rasa nak pertimbangkan cadangan
saya, timbal balik okey. Mana tahu bila awak duduk seorang-seorang itu nanti
hati awak terbuka nak kahwin dengan saya..” Gurau Amy. Huzairi tersenyum lagi.
Mamat ini kalau senyum memang boleh buat orang cairlah tengok muka dia yang baby face itu.
“InsyaAllah,
apa pun terima kasih sebab makcik sudi nak bantu. Baiklah saya akan
pertimbangkan”
“Saya
balik dulu. Oh ya, awak balik naik apa?”
“Naik
keretalah makcik. Tapi kereta saya produa kelisa aje, itupun kereta syarikat.
Nak beli kereta sendiri memang tak termampu” jawabnya jujur.
“Ke
situ pula dia mengarut. Okeylah..bye..”
“Bye
makcik. Hati-hati tau. Kalau ada apa-apa terus aje call saya. Nombor telefon saya jangan lupa simpan dalam phonebook” pesan Huzairi lagi. Ada-ada
ajelah mamat tak cukup syarat ini.



No comments:
Post a Comment