BAB 5
Kenapalah aku asyik ingat makcik itu sahaja? Dia ini
nak kata ceti tak jugak. Dia kerja apa sebenarnya, aku pun tak tahu. Yang aku
tahu dia buat kek jer. Tapi dia nak tolong…dalam pada dia nak tolong aku, aku
pun kena tolong dia, macamana ini?
Huzairi masih memikir lagi. Tawaran yang Amy berikan
benar-benar menarik tetapi tawaran yang kedua itu macamana? Usia muda lagi dah
nak jadi suami orang. Biar betul ini…. Mata duitan ke aku kalau terima tawaran
dia? Tapi soal kahwin bukan benda yang boleh di buat main-main.
Huzairi meraup wajahnya. Sudah jam 2 pagi tetapi,
matanya masih lagi tidak mengantuk. Aku tengah susah dan dia pun sama. Susah
sama susah. Aku tolong dia dan dia tolong aku. Adil ke begitu? Berdosa tak ek?
Persoalan itu timbul lagi. Perlu ke aku cerita dekat umi? Ah..sudah kalau umi
bising macamana? Akhirnya mata Huzairi terlelap juga apabila memikirkan masalah
yang tidak berkesudahan.
Dirumah, Amy masih lagi memandang mi goreng yang
terhidang di atas meja. Malas betul rasanya dia nak ke kedai hari ini, tetapi
memandangkan pagi ini dia ada kelas, dia terpaksa akur.
“Kenapa
di tenung mi goreng itu? Tak selera nak makan?” soal Puan Amirah.
“Macam
rasa kenyanglah ibu..”
“Kenyang?
Boleh pakai rasa-rasa eh? Kenyang makan apa? Sejak akhir-akhir ini ibu tengok
Amy asyik termenung aje. Janganlah fikir sangat hal itu” Bebel ibunya lagi.
“Macamana
tak selalu fikir ibu, kalau di hitung, tinggal lagi beberapa bulan aje lagi.
Amy tak nak lah ibu. Ibu ada tak calon-calon untuk kenalkan dekat Amy?” Bila
terdesak, apa pun sanggup di lakukannya.
“Aje
mengarutlah anak ibu ini. Manalah ibu ada calon, yang ada itu pun semuanya
suami orang nak oi..”
“Habis
ibu, ibu sukalah kalau Amy kena kahwin dengan Fahmi?” persoalan perkahwinannya
masih menjerut dirinya.
“Bukan
macam itu, takde sebab kenapa ibu suka Amy kahwin dengan Fahmi. Ibu tahu, kalau
Amy kahwin dengan Fahmi ibaratnya hidup anak ibu ini berakhir macam itu sahaja”
“Ibu..siapa
boleh tolong Amy ini?” rengek Amy pada ibunya.
“Sabar
eh…ibu cuba cari jalan untuk pujuk papa” Amy bungkam, kenapalah saat-saat macam
ini dirinya di datangi masalah yang sangat menyakitkan. Bukannya membahagiakan
tetapi menyiksakan. Amy bingkas bangun, laju sahaja kakinya melangkah. Entah ke
mana yang ingin di tuju.. Apa pun biarlah hatinya tenang dahulu.
“Amy..”
panggil Puan Amirah.
“Ada
apa ibu?” Amy menoleh, langkahnya terhenti.
“Besok
jangan ke mana-mana tau, Fahmi dan keluarga dia nak datang makan malam di sini.
Papa pesan suruh sampaikan pada Amy”
Kali ini bukan sahaja mahu mengeluh, tapi mahu
menjerit pula. Sudahlah masalah yang satu itu tidak selesai lagi, kini di
tambah pula dengan masalah yang baru.
“Ibu,
besok Amy ada kelaslah”
“Kelas
Amy pukul berapa?” Amy terus buka galaxy note nya untuk menyemak jadual.
“Pagi
dari pukul 10 pagi sampai 12 tengahari. Kemudian sambung balik pukul 2 petang
sampai pukul 6 petang, lepas itu Amy balik semula kedai untuk siapkan tempahan
cup cake. Ibu cakap kat papa, Amy minta maaf eh sebab tak dapat nak join” helahnya pula. Padahal kelasnya
hanya sebelah pagi sahaja, pada sebelah petang dia memang sangat-sangat free.
“Kalau
macam itu, nanti ibu cakap dekat papa”
“Thanks ibu” ucapnya. Dikucup lembut
tangan ibunya.
“Hati-hati
memandu. Kalau ada apa-apa terus call
ibu” pesannya pada puteri tunggalnya. Terasa lemah jiwanya melihatkan puteri
kesayangannya itu menjadi mangsa papanya sendiri. Disebabkan mahu menjaga
hubungan baik diantara dua buah keluarga yang telah lama terjalin, Amy pula di
paksa berkahwin dengan Fahmi. Jikalau
alasan suaminya itu adalah untuk melihat Amy senang, suaminya silap percaturan.
Bukannya selama ini Amy itu hidup merempat apatah lagi menumpang, malah Amy
juga berjaya didalam bidang yang diminati. Amy juga sudah punya empayar
perniagaan sendiri.
Amy memandu tenang. Hari ini jadualnya terlalu
padat. Kadangkala hendak makan pun tidak sempat. Harapannya cuma satu sahaja,
mudah-mudahan besok dia terlepas dari segala masalah yang datang. Bukanlah dia
tidak suka keluarga Fahmi bertandang, tetapi belum apa-apa lagi papanya seperti
mahu mimpi ngeri buat Amy betul-betul terjadi. Kenapa sampai macam itu sekali?
Huzairi mengeluh. Sudah berkali-kali dia cuba
menghubungi Amy tetapi gadis itu tidak menjawab panggilannya. Merajukkah dia?
kenapalah gadis itu sanggup berbuat keputusan demikian rupa? Dan paling
memeranjatkan gadis itu sanggup berkahwin dengannya, yang tidak punya apa-apa.
Rumah sudahlah menyewa, kereta pula syarikat yang punya, harta? Langsung takde,
tak kecewakah dia jika dapat suami yang serba-serbi tak ada? Terdesak sangat
kah dia? hatinya sedikit tertanya-tanya.
‘Amy Syuhada’ sedap nama itu. Berkali-kali di ulang
nama itu. Hinggakan empunya nama tersedak.
“Uhuk..uhuk..”
dua kali dia terbatuk-batuk. Siapa pula lah yang dok sebut nama aku ini? tanya
Amy sendiri. Pantas tangannya meraba handbag
disebelah kerusi penumpang. Sudah berkali-kali Puan Amirah mengingatkan, jangan
suka-suka meletakkan beg tangan disitu, bimbang akan dirompak oleh perompak
yang berani memecahkan cermin kereta walaupun sedang memandu.
‘Siapa
pula yang telefon ini?’ desis hatinya.
‘Zairi?
Dia nak apa agaknya erk?’ soalnya sendiri. Dihubungi lelaki itu semula.. lama
juga dia menanti di talian.
“Assalammualaikum”
talian bersambut.
“Waalaikumsalam.
Maaflah Zairi, tadi awak telefon saya ke? Saya tidak perasan lagipun tengah
memandu ini” tuturnya.
“Oh
maaflah kalau saya menganggu. Makcik sibuk tak lepas ini?” Sudah biasa di
panggil makcik oleh Zairi membuatkan dia tidak kisah.
“Tak
lah sibuk mana pun. dalam perjalanan ke tempat kerja. Kenapa?”
“Eh?
lewatnya makcik masuk kerja?” soalnya. Apa pulak lah kerja si gadis ini
hinggakan dia boleh masuk lewat, hari itu buat kek, lepas itu mengajar pula.
Cikgu ke dia?
“Oh..tadi
saya ada hal dekat rumah, awak ada benda penting ke nak cakap? Saya tengah
memandu ini. Nanti telefon semula boleh tak?”
“Baiklah
kalau macam itu. Nanti saya telefon semula”
“Okey..bye..”
Talian di matikan.



No comments:
Post a Comment