BAB 7
Hidangan istimewa telah Puan Amirah siapkan. Untuk
menyediakan hidangan tidak menjadi halangan buat Puan Amirah kerana dia
mewarisi kepakaran ibunya memasak, kalau tidak masakan dia ada empayar katering
nya sendiri?
“Amboi,
cantiknya malam ini?” tegur Puan Amirah melihat Amy Syuhada kelihatan manis
berbaju kebaya bewarna ungu.
“Mana
ada..ibu ini.. Biasa sahaja”
“Biasa
ke? Ini luar biasa tau. Anak ibu ini nampak cantik sangat. Ada satu soalan ibu
nak tanya, Amy betul-betul yakin dengan apa yang Amy buat ini?”
“Maksud
ibu?”
“Maksud
ibu, adakah ini di antara rancangan Amy untuk mengelak dari Fahmi?”
“Errr..tidak
adalah ibu ini. Kami dah lama kenal Cuma, mungkin Amy tidak tahu yang dia ada
hati dekat Amy”
“Kalau
macam itu baguslah. Jangan sampai buat yang bukan-bukan tau. Ibu tak nak Amy
buat semua itu sebab papa paksa Amy kahwin dengan Fahmi”
“Takdelah
ibu. Tak akanlah Amy nak buat benda-benda mengarut macam itu? Minta simpanglah
ibu. Apa pun, Amy harap sangat-sangat ibu dapat terima Huzairi sebagai menantu
dalam rumah ini nanti eh ibu?”
Pintanya lagi. Bukan sedikit-sedikit yang dipinta,
tetapi keikhlasan hati kedua orang tuanya untuk menerima Huzairi sebagai
menantu, dan ianya juga melibatkan masa depan Amy. Bahagia Amy, maka bahagialah
dia sebagai ibu. Kalau boleh biarlah ianya menjadi petanda baik buatnya
sekeluarga. Apa yang dia risaukan sekarang ini adalah tentang suaminya Encik
Abdul Manan. Makin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini, hinggakan Amy bawa balik
Huzairi ke rumah pun dia dok cerita dekat si Fahmi itu. Takde kena-mengena
langsung.
Berdebar-debar hati Amy bila terdengar suara orang
memberi salam, rasa macam nak pergi jumpa doktor gigi pula.
“Assalammualaikum..”
“Waalaikumsalam”
jawab Puan Amirah dan Amy Syuhada serentak.
“Ha..itu
dah sampai Amy, pergilah jenguk. Tak apa ini semua biar ibu yang siapkan. Tengok
papa sekali dah turun ke belum?” ujar Puan Amirah pada Amy. Janganlah tiba-tiba
suaminya itu buat perangai pula.
“Yelah
ibu. Amy pergi jenguk dulu eh..” pamitnya.
Bila mata dia terpandangkan Huzairi yang berpakaian
agak santai juga, berseluar slack dna berbaju t’shirt polo bewarna biru,
hatinya tercuit sedikit. Boleh tahan kacak mamat ini bila pakai baju macam ini.
hidung boleh tahan mancung, bibir merah memang sahlah tidak merokok, potongan
rambut ala-ala pacak, bila senyum lesung pipit sebelah kanan, aduh..hensem
betul.. harap-harap ibu pun berkenan.
“Makcik
oi, dah puas ke belek saya?” soal Huzairi.
Alamak, kantoi lah pulak. Kalau diikutkan hati
memang tak puas nak belek..
“Err..belum
lagi..eh..salah-salah. Jemputlah masuk, buat apa tercegat kat situ lagi?” soal
Amy. Nampak sangat perlakuannya seakan sumbang itu.
“Saya
pun dah penat makcik oi berdiri kat sini lama sangat. Tunggu awak jemput saya
masuk dalam..” ujar Huzairi pula.
“Oh
ye ke? Maaflah. Tak sengaja lah saya nak tilik awak”
“Tilik
saya? Kenapa ada yang tidak kena ke?” soal Huzairi cemas.
“Ada..”
jawab Amy ringkas.
“Apa
yang tidak kenanya pula?”
“Siang
hari saya tengok awak ini tidaklah hensem sangat kot. Tapi malam ini boleh
pulak mulut saya ini jahat nak puji awak hensem. Tapi itu mulut saya yang cakap
tau, hati saya tak cakap apa-apa”
“Aik?
Macammana itu? Tak fahamlah saya”
“Baguslah
tak faham. Tak payah nak faham sangat. Buat bodoh aje” ujar Amy. Entah kenapa
dia seperti serba-serbi tidak kena. Itu salah, ini salah..
“Jemputlah
duduk. Saya panggil ibu dengan papa saya kejap” pelawa Amy. Hati berdebar-debar
tidak hilang, macam malam ini pulak dia nak menikah.
“Ibu
cepatlah, Huzairi dah sampai ini” pnggil Amy pada ibunya.
“Papa
mana?” soal Puan Amirah.
“Papa
dekat bilik kot? Solat agaknya. Papa itu macam tak suka aje kan? Takpelah yang
penting ibu restu Amy dengan Huzairi eh?”
“Apa
pun yang Amy buat, ibu tetap restu sayang”
Puan Amirah melangkah laju menuju ke ruang tamu.
Jangan dibiar tetamu menunggu, tak elok. Usai sahaja Puan Amirah tiba di ruang
tamu, kelibat Encik Abdul Manan pula timbul. Sudah selesai solat lah itu..
“Assalammualaikum
pakcik, makcik” ujar Huzairi memberi salam.
“Waalaikumsalam..”
jawab kedua-duanya serentak.
Tidak kekok untuk Huzairi menyesuaikan dirinya pada
suasana. Apa pun jika ianya memang direstui tidak menjadi masalah baginya. Yang
penting hati kenalah ikhlas, betul tak?
“Dah
lama kenal Amy?” soal Encik Abdul Manan, terus kepada soalan utama. Ini kira
sesi temuduga telah pun bermula.
“Nak
kata lama tak lah juga pakcik. Hampir-hampir setahun jugalah”
Nasib baik Amy sudah merangkakan jawapan buatnya
petang tadi. Dah macam soalan peperiksaan pulak rasanya. Nasib baik soalan ini
yang ditanya, macam tahu-tahu ajekan?
“Kenal
dekat mana?” soal papa Amy tidak puas hati.
“Waktu
Amy hantar kek dekat pejabat” Ha.. soalan ini tidak termasuk dalam soalan
jangkaan. Ingatkan soalan kenal dekat
mana itu tak penting bagi papa Amy.
“Kamu
kerja apa?” hamboi, siap-siap tanya kerja apa ini. takut-takut tak mampu bagi
Amy makan ke?
“Kerja
biasa aje pakcik, dekat syarikat kurier”
“Oh
kerja makan gajilah ini..” Ujar Encik Manan seakan menyindir.
“Lebih
kurang macam itu lah pakcik”
“Kamu
yakin kamu boleh bagi anak pakcik makan?” soal papa Amy tidak berputus asa.
“Abang
ini, soalan apa yang abang tanya dekat budak itu?” marah Puan Amirah. Naik
segan pula dia bila soalan Encik Manan boleh dianggap seperti kebudak-budakkan
dan keterlaluan.
“Emmm..takpe
makcik. InsyaAllah saya boleh jawab soalan pakcik itu. Rezeki di bumi Allah ini
pakcik luas-seluasnya. Katalah jikalau saya tidak mampu bagi Amy makan sebab
saya kerja dengan gaji yang tidak berapa sen sangat itu, InsyaAllah saya akan
cuba cari kerja part time untuk
tambah pendapatan saya. Bila saya bersetuju untuk memikul tanggungjawab sebagai
suami, itu bermakna bukan sahaja dari
segi fizikal tetapi mental juga. InsyaAllah pakcik saya akan cuba terdaya saya”
Encik Manan membisu seribu bahasa. Terlalu sukar
untuk dia percaya bila teman lelaki anaknya itu terlalu bersungguh-sungguh
berjanji.
“Eh,
Huzairi jemputlah makan. Nanti sejuk pula lauk pauk itu” pelawa Puan Amirah.
Kalau boleh dia juga tidak mahu Huzairi di asak dengan pelbagai soalan-soalan
yang tidak munasabah baginya. Apa yang dia tahu, Huzairi seorang yang
bersederhana. Memang dia bukan dari keluarga yang senang, tetapi bukan itu yang
dicari, sebaliknya budi pekerti, akhlak serta agama lelaki itu yang di pilih.
Supaya mudah untuk memimpin Amy Syuhada jalan ke syurga kelak.
“Kalau
macam itu, agak-agak kamu bila kamu boleh datang ke sini dengan keluarga kamu?”
soal papa Amy lagi. Seperti tidak sabar pula gamaknya.
“InsyaAllah
pakcik, makcik kalau tiada halangan hujung bulan ini, sebab saya perlu
selesaikan beberapa perkara. Kalau boleh tak nak tergesa-gesa, nanti orang
cakap apa pula. Lagipun Amy ada cakap dia nak majlis berlangsung selepas hari
raya” ujarnya perlahan. Entah bila masa lah agaknya Amy itu berkata demikian?
Siap cakap lepas raya bagai. Ha..ha..ha.. buat lawak betul lah.
“Kenapa
lepas raya pula Amy?” soal papanya lagi.
“Ha?
Oh itu belum tetap lagi papa. Nanti Amy bincang lagi dengan Zairi” bergetar
suaranya menjawab soalan papa nya sendiri.
“Kalau
awak nak cepat, saya takde halangan. Saya dah berbincang dengan umi, umi tak
kisah. Umi kata lagi cepat lagi bagus”
“Betul
ke macam itu Zairi? Senang hati makcik dengar. Apa-apa pun kita tunggu keluarga
Zairi datang hujung bulan ini eh?”
“InsyaAllah
makcik”
Rasa macam nak terbahak melihatkan lakonan mantap
Amy dan Huzairi. Apa boleh buat kedua-duanya terdesak sakan. Hendak atau tidak
kenalah teruskan rancangan tersebut. Nanti bermasalah pula kalau tidak serius.
Biarlah rahsia itu hanya dia dan Huzairi sahaja yang tahu. Janganlah ianya
bocor sebelum sampai masanya.
“Kalau
macam itu pakcik, makcik saya nak minta
izin pakcik dengan makcik untuk bawa Amy Syuhada jumpa umi saya hujung minggu
ini. itupun kalau pakcik dengan makcik tidak keberatan” Huzairi meminta
kebenaran. Encik Manan memandang wajah Puan Amirah meminta pengertian.
“Makcik
tidak kisah. Makcik izinkan, Cuma makcik minta sangat-sangat dekat Zairi tolong
jaga anak makcik. Dia ini lah satu-satunya anak makcik”
“InsyaAllah
makcik, pakcik. Amanah yang pakcik dan makcik beri pada saya, saya akan jaga
dengan seeloknya”
Sesi temuduga pada malam itu berakhir dengan
jayanya. Huzairi nampak tenang, tidak gugup langsung. Mungkin salah satu
sebabnya, dia sendiri sudah menjangka apa yang bakal disoal oleh papa Amy. Yang
keduanya pula Ibu Amy yang banyak menyelamatkan keadaan, kalau tidak haru juga
di buatnya. Kemudian itu pula, Huzairi dapat layan tune papa Amy. Tidak susah baginya untuk menjinakkan bapa gajah
itu, nampak aje besar dan garang tapi hatinya lembut, mudah tersentuh. Kalau
boleh biarlah apa yang dirancang ini menjadi suatu hari nanti. Walaupun keadaan
Amy berkahwin dengan Huzairi atas dasar untuk menyelamatkan diri di antara satu
sama lain. Apa yang penting biarlah segalanya berjalan dengan baik.
Tak susah nak tundukkan ayah Amy itu, kena pandai
ambil hati dialah. Tak susah, bodek sana, bodek sini, belok sana, belok sini…settle kot… ceh..berlagak siotttt……
No comments:
Post a Comment