Natrah masih lagi memerhatikan Zaliff yang sedang
khusyuk mentelaah buku yang baru di belinya, The motivated mind karya J.M.Gracia.
“Hmmm..abang.”
Zaliff masih tekun menumpukan perhatiannya.
“Ada
apa?” soal Zaliff tidak menoleh.
“Kenapa
Datuk Amri pindahkan As ke cawangan lain?” soalan Natrah benar-benar buat Zaliff
terkejut beruk.
“Betul
ke? Abang tak tahu pun berita ini?”
“Macam
manalah abang cakap abang tak tahu, bukan ke abang satu pejabat dengan As?”
“Sayang,
awak ini tanya abang macam lah semua benda abang tahu. Lagi pun sejak
kebelakangan ini kan abang asyik outstation
je. No wonderlah Datuk selalu suruh
abang cover kerja As, mungkin inilah
sebab dia.” tebak Zaliff. Padahal dia langsung tidak tahu menahu.
“Mungkin
agaknya.” Natrah juga memungkinkan.
“Lupa
abang nak beritahu, esok mungkin abang tak balik tau. Abang nak ke Johor Bahru
ada urusan kerja. Kalau cepat siap, abang balik awal.”
“Baju-baju
abang dah kemas?”
“Dah,
sikit aje abang bawa. Bukan pergi lama pun.”
Tiba-tiba Zaliff bergegas menuju ke bilik air. Dari
luar kedengaran Zaliff memuntahkan segala isi perutnya.
“Abang?
Abang okey tak?”
Zaliff melangkah keluar.
“Abang
kenapa ini?” soal Natrah lagi.
“Entahlah,
dua tiga hari ini perut abang rasa tak sedap. Asyik muntah-muntah aje.”
“Abang
demam ke?” soal Natrah.
“Tak
demam pun, Cuma perut abang ini rasa tak selesa. Dah macam orang mengandung
pulak.” Ujar Zaliff. Serta-merta fikirannya melayang mengingati Mya. Iya,
mungkin ini lah penyebab utamanya.
Alahan untuk dirinya.
“Tak
akanlah abang mengandung pula? Mengarut ajelah abang ini.”
“Tak
adalah. Abang bergurau aje. Janganlah percaya.” Natrah ketawa, sedangkan
Zaliff? Menangis dalam hati.
Sudahlah Mya tidak berterus-terang dengannya tentang
penukaran dia ke cawangan lain, makin bertambah marahnya. Kenapa susah sangat
Mya hendak bercerita dengannya, sedangkan dia suami Mya yang sah. Mya patut
meminta pendapatnya terlebih dahulu.
“Nat
tidurlah dulu. Abang nak keluar sekejap pergi klinik ke farmasi nak beli ubat.
Tak tahanlah abang asyik muntah aje. Macam mana abang nak pergi outstation esok?”
“Haah,
yelah abang. Hati-hati tau. Maaflah, Nat tak dapat nak teman abang, anak-anak
dah tidur.”
“Tak
apa lah sayang. Kalau ada apa-apa terus telefon abang tau.”
“In
shaa Allah. Abang pun kalau tak boleh memandu, abang jangan paksa tau.”
“Abang
sakit sikit ajelah sayang..” Zaliff senyum.
Hampir setengah jam Zaliff berteleku di birai katil.
Tersentuh juga hatinya tatkala mendengar suara gemersik Mya memanjatkan doa
kepada yang maha pencipta.
‘Ya Allah, Ya Tuhanku, hanya kepadaMu aku bermohon.
Lindungilah diriku, bayiku dan suamiku dari bala bencana Ya Allah. Ya Allah, kau
ampunkanlah segala dosa-dosa kami Ya Allah dan kau berikanlah kami kebahagiaan
di dunia dan akhirat. Ya Allah, Ya Tuhanku hanya kepadaMu aku meminta,
berikanlah kesihatan yang sempurna buat kakak angkatku Natrah, sesungguhnya Kak
Nat tidak seharusnya di uji sebegini Ya Allah. Ya Rahman, jika benar setiap
langkah aku ini di landasan yang betul, kau rahmati dan berkatilah hidupku Ya
Allah. Kau sinarilah hidupku dengan hidayahMu ya Allah. Hanya kepadaMu aku
berserah. Amin ya Rabbal Alamin.’
Mya berdiri tegak. Sejadah dan telekung di letakkan
di tempat penyidai. Sebaik sahaja dia menoleh,
“Ya
Allah, Astaghfirullah halazim.” Mya terjerit.
“…Apa
awak buat dekat sini?” sambung Mya.
“Maaflah
aku buat kau terkejut.”
“Dah
lama awak sampai?”
“Tidaklah
lama mana pun. kenapa kau tak beritahu aku yang kau kena pindah ke cawangan
lain?”
‘Datang sini semata-mata nak tanya pasal pindah?
Mengarut betullah mamat bengkak ini. Kak Nat ini pun satu, kenapalah dia pergi
cerita dekat mamat ini?’ bebel Mya dalam hati.
“Hello,
Asmyaliana Ariffin, aku tengah bercakap dengan kau ini. sempat lagi kau
berangan eh?” bebel Zaliff. Ibu jari dan jari hantunya di ketik beberapa kali
di hadapan muka Mya.
“Eh,
saya dengarlah apa awak cakap. Mana ada saya berangan. Bukan saya tak nak
beritahu awak, tapi memang tak sempat. Dua tiga hari ini kan awak selalu kerja
luar, jadi mana ada masa nak beritahu.”
“Habis
itu, Kak Natrah kau itu sempat pulak kau beritahu. Sempat pula kau curi-curi
masa pergi jumpa dia?”
“Kak
Nat itu lain. Eee..sibuk betul lah dia ini.”
“Kau
sepatutnya beritahu aku, bukannya aku tahu dari mulut orang lain. Kenapalah kau
ini susah sangat nak buat benda yang tidak membuatkan aku marah erk?”
“Kan
saya dah cakap, saya terlupa dan tidak berkesempatan jumpa awak. Kenapalah awak
ini kan, selalu nak cari salah saya, selalu nak marah-marah saya. Besar sangat
ke salah saya pada awak sampaikan, perut awak itu tak selesa kalau satu hari
awak tak herdik saya, tengking saya, marah saya?” kesian Mya.
“Kalau
tak nak kena marah, jangan buat aku marah. Boleh?”
Mya diam, langsung tidak berkutik. Melayan kemarahan
Zaliff, menjadikan Mya seperti orang bodoh pula.
Mya melangkah keluar dari kamar tidurnya.
“Awak
datang sini Kak Nat tahu ke tidak?”
“Gila
ke apa nak beritahu Natrah aku ke sini? apa ke hal nya aku datang rumah kau
malam-malam? Nak suruh aku jawab apa pula dengan Natrah?”
“Habis
itu macam mana awak boleh terlepas keluar pula?”
“Aku
keluar pergi klinik, then aku singgah sini.”
“Awak
tak sihat ke? Saya tengok muka awak pun nampak pucat.”
“Sikit
aje. Aku muntah-muntah dua tiga hari ini. Aku punya soalan kau tak jawab lagi.”
“Iya,
memang saya yang minta pada Sara supaya minta dekat papa, hantar saya ke cawangan
syarikat di Penang. Saya dah jangka apa yang akan berlaku, dan jangkaan saya
tak silap. Dari awal lagi saya dah cakap pada Sara.”
“Maknanya
Sara tahu pasal….” Mya angguk.
“Jadinya
selama ini Sara tahu cerita aku….” Zaliff tidak menghabiskan ayatnya.
“Iya,
Sara tahu segala-galanya. Sara tahu yang Encik Zaliff bin Mohamad adalah suami
saya, Sara juga tahu, Asmyaliana binti Ariffin adalah isteri kedua Encik
Zaliff. Sara juga tahu, Asmyaliana sedang mengandungkan anak Encik Zaliff,
dan…. Sara juga lah di antara insan yang menolong saya untuk mengaturkan majlis
pernikahan kita di Song Khla. Semuanya Sara tahu, dan dari awal lagi saya dah
libatkan Sara. Tidak ada satu cerita pun yang saya sembunyikan pada Sara,
termasuk awak raped saya pada malam itu. Puas hati Encik Zaliff?”
Zaliff terdiam. Sudah tidak tahu apa lagi ayat yang
sepatutnya keluar dari mulutnya. Malunya tidak terkata. Maknanya selama ini,
pandangan sinis Sara kepadanya, yang tidak mampu dia tafsirkan akhirnya dia
ketemu dengan jawapannya. Ya Allah… ujar Zaliff dalam hati.
“Kau
sengaja nak malukan aku ke?”
“Sepatutnya
saya yang malu, bukan awak. Kenapa eh, awak ini ego sangat?”
“Aku
tak izinkan kau pergi ke Penang. Itu keputusan aku!”
“Awak
pernah fikir ke tidak apa yang awak cakapkan? Encik Zaliff, saya ini
mengandung. Makin hari perut saya makin membesar, memboyot, kalau awak tak
kesian pada saya, tidak mengapa sebab saya tahu awak memang suka dengar orang
lain hina saya, maki saya. Tapi tolonglah, anak dalam kandungan ini tidak
berdosa. Bagilah dia peluang hidup macam kanak-kanak lain.”
“Tapi
kenapa sampai ke Penang?”
“Awak,
lagi enam bulan adik saya balik dari India. Awak nak Arman sakit jantung bila
nampak keadaan saya macam ini? awak sanggup mengaku dekat semua orang yang anak
dalam perut saya ini anak awak? Benih awak? Macam itu?”
“Bukan
itu maksud aku.”
“Habis
itu? Look Zaliff, sama ada awak
izinkan atau tidak, saya tetap akan pindah ke sana.”
“Nanti
siapa pula yang nak jaga kau dekat sana?”
“Selama
ini saya jaga diri saya sendiri. Saya cari duit saya sendiri. Bahagia hidup
saya tanpa gangguang dari sesiapa. Tetapi setelah awak ragut kehormatan saya,
hidup saya derita. Saya sengsara. Semua yang saya buat tidak kena. Saya malu
pada diri saya sendiri. Sudahlah saya ini perampas, apa lagi yang awak nak buat
untuk seksa saya Zaliff? Apa lagi?” Mya menangis tersedu-sedu.
“Mya
aku…”
“Cukuplah
Zaliff. Cukuplah. Saya dah tak sanggup nak hidup macam ini. Hidup saya ibarat
pelarian, ke hulu salah, ke hilir pun salah. Untuk tidak menyusahkan awak,
biarlah saya pergi ke Penang itu. Tolonglah Zaliff, saya merayu pada awak.
Tolonglah.” Mya menangis akhirnya. Sekian lama dia menahan air mata, akhirnya
tidak tertanggung lagi rasanya.
“Mya,
kau jangan macam ini Mya. Aku tahu aku…”
Mya melutut. Kaki kanan Zaliff di peluk erat.
“Tolonglah
awak, saya merayu sangat-sangat pada awak. Biarlah saya yang tentukan hidup
saya. Biarlah saya yang atur hala tuju langkah saya. Jangan seksa saya lagi.
saya tidak perlukan sesiapa dan saya tidak mahu sesiapa dalam hidup saya.
Kesilapan yang besar, yang telah saya lakukan sepanjang hidup saya adalah,
meminta awak kahwin dengan saya. Zaliff, yang saya ada cuma Sara dan Arman. Mereka
sudah cukup membahagiakan saya. Bagaimana saya redha dengan nasib saya, dengan
ketentuanNya, macam itu jugalah saya harapkan awak redha menerima apa sahaja
keputusan saya. Awak balik lah Zaliff. Awak baliklah, Kak Nat lebih memerlukan
awak. Kak Nat lebih utama Zaliff. Awak janganlah sakitkan hati dia lagi.
cukup-cukuplah awak seksa dia dulu, masa awak dengan Fazzy. Tolonglah dengar
cakap saya Zaliff.” Mya menangis lagi.
“Mya,
kau jangan macam ini. jangan buat aku rasa bersalah. Mya apa pun yang terjadi,
aku tetap akan jaga kau. Aku akan bertanggungjawab. Aku akan jaga kau sampai
kau bersalin. Kalau betul kau nak pindah ke Penang, aku izinkan. Aku akan ke
sana melawat kau. Aku akan jaga kau Mya.”
Mya bungkam. Macam-macam cara dia gunakan,
penyudahnya dia makan juga kata-kata Zaliff. Mya, Mya lembut sangat hati kau.
“Terima
kasih sebab izinkan saya pergi, cuma….”
“Cuma
apa?”
“Saya
rasa awak patut tahu sesuatu.”
“Apa
dia?”
“Kak
Nat sakit.”
“Sakit?
Sakit apa?”
“Kak
Nat menghidap penyakit kanser hati, tahap empat.”
“Apa
dia? mana kau tahu?”
“Semua
perihal Kak Nat saya tahu. Malah, Doktor yang merawat Kak Nat juga saya tahu.
Saya kenal. Doktor pernah sarankan Kak Nat jalani rawatan kimoterapi, tetapi
Kak Nat tak mahu. Jadi awak, saya nak awak tolonglah jaga Kak Nat. Tolonglah
pujuk Kak Nat.”
“Betul
ke apa yang kau cakap ini? kenapa dia tak nak terus-terang dengan aku?”
“Sebab
dia tak nak susahkan awak. Dia tak nak awak rasa terbeban.”
“SubhanaAllah.”
“Zaliff,
awak baliklah. Awak jagalah Kak Nat sementara dia masih ada. Doktor kata, Kak
Nat hanya tunggu masa, jadi awak
bahagiakanlah dia.”
“Kenapa
kau tak pernah nak beritahu aku?”
“Sebab
ini permintaan Kak Nat. sebab itulah Kak Nat terima bila awak cakap awak nak
kahwin dengan Fazzy.”
“Ya
Allah, kenapalah aku tak nampak itu semua? Kenapalah aku bodoh sangat?”
“Ini
bukanlah masa yang sesuai untuk awak menyesal Zaliff. Apa yang patut sekarang
ini, tiba masa untuk awak jaga Kak Nat. berikanlah Kak Nat kebahagiaan di
saat-saat akhir dia.”
“Aku
ini memang suami tak gunakan?”
Mya diam. Hakikatnya, itulah kenyataan. Nasi dah
jadi bubur. Apa yang perlu, selagi kita nampak jalan dan selagi kita punya
peluang, lakukanlah demi kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment