Awal pagi lagi, Mya di kejutkan dengan satu berita
gembira.
“Beb,
papa dah setuju nak transfer kau ke
Penang untuk sementara.”
“Really? Alhamdulillah. Bila beb? Kau
bagi alasan apa dekat papa?”
“Mula
bulan depanlah. Alang-alangkan? Lagi pun aku kena selesaikan tempat tinggal kau
dulu. Bila semuanya dah selesai, barulah kau boleh fly-fly to Penang.” Mya senyum penuh makna.
“Oh
ya, mula-mula itu papa pelik juga sebab papa takut kerja-kerja kau dekat sini
tiada siapa yang nak take over, tapi
aku yakinkan papa, aku kata Zaliff boleh ambil alih kerja kau. Lagi pun kau ke
sana untuk monitor perojek baru itu.
Setahun aje aku minta dekat papa.”
“Sara,
terima kasih sebab tolong aku yakinkan papa.”
“Sama-sama
beb. Janganlah sedih-sedih lagi. kau dah bincang dengan Zaliff pasal hal ini?”
“Kenapa
pula aku kena bincang dengan dia? dia tiada kena mengena dengan ini cerita.”
“Siapa
cakap dia tiada kena mengena dengan ini cerita? Dia suami kau!” sekali lagi
Sara mengingatkan Mya.
“It just only in a piece of paper. Not more
than that. Why should I ?”
“Mya
kau tak boleh cakap macam itu.”
“Habis,
kau nak aku cakap apa Sara?”
“Mya,
walau apa pun yang dia dah buat dekat kau, mengikut hukum syarak dia adalah
suami kau yang sah, so please discuss
with him first.”
Mya terdiam sejenak. Kata-kata Sara ada betulnya,
cuma dia tidak mahu mengakui hakikat itu. Apatah lagi Zaliff lah lelaki yang
telah menghancurkan masa depannya.
“Tengok
lah dulu. Aku fikirkan eh.”
“Macam
itu pulak?”
“Ala
Sara, kau ini macam mak neneklah. Tahu lah nanti aku selesaikan.”
Sara senyum. Faham benar dia dengan perangai Mya.
Tepat jam lima petang, Mya terus meninggalkan
pejabat. Dia sudah berjanji dengan anak-anak angkatnya untuk menemui mereka
hari ini.
TAMAN SRI HARTAMAS
“Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam,
umi!” jerit Nasuha.
“Hai
sayang. Sihat tak?” soal Mya. Rindu benar dia pada anak-anak itu.
“Suha
sihat. Rindu dekat umi. Dah lama umi tak datang.” Rengek Nasuha.
“Umi
pun rindu pada Suha, Jihah dan abang Qiu. Mama mana?”
“Mama
ada dekat dapur. Mama cakap umi nak datang. Abang Qiu dengan Jihah tolong mama
masak.”
“Kenapa
susah-susah ini? kan umi dah cakap dengan mama tak payah masak-masak kalau umi
datang.”
“Mama
kata, umi susah nak dapat datang ke sini, sebab itulah mama masak makanan
kegemaran umi.” Mya senyum. Itulah Kak Natrah yang dia kenal sejak lapan tahun
yang lalu.
“Assalammualaikum
semua.” Ucap Mya sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dapur.
“Waalaikumsalam.”
Jawab mereka serentak.
“Umi!!..”
jerit Naqiu dan Najihah serentak.
“Rajinnya
anak-anak umi ini tolong mama masak.”
“Yelah
itu rajin, bila akak cakap As nak datang, barulah masing-masing sibuk nak
tolong. Kalau tidak itu ha..memerap dalam bilik tak keluar-keluar.”
“Ye
ke macam itu sayang?” dilihat wajah mereka satu persatu. Ketiga-tiga mereka
ketawa.
“Kan
umi dah pesan, rajin-rajin tolong mama buat kerja rumah. Tak ingat ke apa umi
pesan?”
“Ingat..”
jawab ketiga-tiganya.
“Habis
itu, kenapa sayang tak buat? Tak sayang mama dengan umi ke?”
“Sayang..”
“Jadi?”
“Kami
minta maaf umi. Lain kali kami tak buat lagi.”
“Janji
dengan umi ya sayang?”
“In
shaa Allah umi..”
“Bagus
anak-anak umi ini.” puji Mya. Mya melangkah mendapatkan Natrah. Tangan wanita
itu di kucup lembut. Rasa bersalah datang menerpa.
“Akak
sihat?” di pandang wajah Kak Nat yang pucat.
“Macam
ini lah As. Tak ada apa yang berubah cuma, waktu untuk akak sudah terlalu
suntuk. Akak rasa, ianya semakin hampir As.”
“Akak,
janganlah cakap macam itu.”
“Itulah
hakikatnya As. Oh ya, malam ini As makan dekat sini eh? Akak rindu nak makan
sama-sama dengan As. Entah bila lagi akak akan dapat makan dengan As.” Wajah
Kak Nat sayu.
Mya terasa sangat-sangat berdosa saat ini. Ya Allah,
tunjukkanlah hambaMu ini jalan yang benar, jalan yang kau redhai.
Permudahkanlah segala urusanku ya Allah, ya Rahman, Ya Rahim. Bisik Mya dalam
hati.
“Akak
ini suka cakap yang bukan-bukan. Oh ya, abang Zaliff tak balik lagi ke?” soal
Mya. Sengaja dia bertanya perihal Zaliff, tidak mahu Kak Nat kerap bersedih.
“Entah,
tak sampai lagi agaknya. Sejak dia dah putus dengan Fazzy ini dia jarang balik
lewat, cuma dia kerap pergi outstation.
Dia memang selalu kerja luar ke As?” terjegil mata Mya pabila soalan itu di utarakan
oleh Kak Nat.
‘Apa aku nak jawab ini?’
“Kenapa
Kak Nat tanya As?” apa punya soalan lah. Memanglah dia tanya kau, sebab kau kan
satu tempat kerja dengan suami dia.. sengal! Eh, cop. Suami dia suami aku juga.
“Ish,
As ini. Kan As satu tempat kerja dengan dia, memanglah akak tanya As. Akak nak
tanya siapa lagi?”
“Haah
erk? Itulah. Kadang-kadang As pun outstation
juga itu yang tak tahu perkembangan di dalam pejabat. Tapi, lately ini projek baru semakin banyak,
itu yang kami ini kena kerja luar selalu kak.”
“Oh
ye ke? Kalau begitu, tak apa lah kan. Asal kan abang Zaliff tak buat benda yang
bukan-bukan macam dulu itu udah ler.” Keluh Natrah.
Macam jatuh, kemudian kena hempap gerabak keretapi
pula Mya rasakan saat ini. Pedih satu hal, sakit dia macam rasa nak gali lubang
kemudian tanam kepala sendiri.
“Kak,
As nak beritahu akak ini. Bulan depan As
kena pindah ke Penang dah. Monitor
cawangan yang dekat sana itu.”
“Ha?
Makin jauhlah As dengan akak. Entah-entah akak mati nanti As tiada dekat
sebelah akak kan?”
“Akak
ini, apa cakap macam itu? As tak sukalah, akak merepek-repek ini.” Natrah
senyum.
“As,
mati itu pasti cuma kita tak tahu bila kita mati.”
“Itu
As tahu akak tapi kalau iya pun janganlah cakap macam itu. As janji akak, As
akan ada di sisi akak sampai bila-bila. As pergi setahun aje, akak jangan
tinggalkan As tau!”
Mengalir jua air mata Mya. Kesedihan yang beraja di
hati, beban yang serabut di benaknya.
“Kak,
maafkan As dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau As ada buat salah dengan
akak ke, As tipu akak ke. Halalkan makan minum As kak.” kali ini kemaafan pula
yang di pinta.
“As,
akak anggap As macam darah daging akak sendiri. Sakit As, sakitlah akak. As tak
ada salah dengan akak. Kalau ada pun dah lama akak maafkan As.”
“Terima
kasih kak.”
“Sama-sama
As. Dah makan, nanti sejuk pula lauk pauk ini.”
“Umi,
nak cuap.” Pinta Najihah. Anak kecil ini tidak mengerti apa-apa.
“Alololo,
kesiannya anak umi ini. umi dah lama tak suapkan Jihah makan eh? Meh sini duduk
dekat umi.”
Walaupun Naqiu, Nasuha dan Najihah bukan darah
dagingnya, tetapi kasih sayang yang Mya curahkan tidak pernah di beza-bezakan.
Apalah ada pada harta kekayaan jika hidup kita miskin dengan kasih dan sayang.
Usai menunaikan solat maghrib, Mya memanjatkan doa
ke hadrat Illahi, semoga Kak Nat di kurniakan kesihatan yang berpanjangan,
kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hanya Kak Nat lah, tempat dia bermanja selain
Sara.
“Naqiu,
Suha, Jihah umi nak balik ini. Nanti kalau ada masa umi datang lagi. kalau ada
apa-apa call umi tau sayang.”
“In
shaa Allah umi.”
“Kak,
As balik dulu. Akak jangan lupa makan ubat tau.” Natrah tersenyum mendengarkan
pesanan ringkas Mya buatnya.
Deruman enjin kereta, mengejutkan Mya yang masih
lagi berdiri di tepi pintu. Terlihatkan Zaliff keluar dari kereta, wajah Mya
berubah. Terasa panas pula. Mya melangkah menuju ke arah kereta yang di parkir.
Zaliff tidak berganjak walaupun dia tahu Mya mahu pulang.
“Encik
Zaliff tolong alihkan kereta boleh?” pinta Mya.
“Kenapa
tak jawab telefon?” soal Zaliff perlahan. Seakan berbisik pula.
“Phone dalam kereta.” Jawab Mya.
“Habis
itu, kau tak boleh nak beritahu ke mana kau pergi?”
“Lupa.”
Mudahnya jawapan Mya.
“Lupa?
Kau ingat aku ini tunggul nak tunggu kau dekat rumah?”
“Saya
tak suruh awak tunggu. Okeylah saya nak balik ini. cepat alihkan kereta awak
itu.” Cepat-cepat Mya ingin melangkah.
“Bak
sini kunci kau.”
“Nak
buat apa?”
“Malas
aku nak alihkan. Kau bawak ajelah kereta aku.” Ujar Zaliff. Amboi selambanya.
Macam lah Kak Nat itu tunggul tak syak apa-apa kan? dia ini kan kalau buat
sesuatu tak pernah nak fikir hal orang lain.
Kunci bertukar tangan.
“Jaga
elok-elok gajah hitam aku itu.” Pesan Zaliff. Mya senyum. Macam pernah dengar
aje ada orang sebut gajah hitam. Hahahaha.. Mya ketawa sendiri.
“Kak
Nat, Mya balik dulu. Jumpa lagi. sayang, umi balik tau. Ingat pesan umi.”
“Bye
umi..”
Mya melambaikan tangannya.
“Baik-baik
bawa kereta abang. Calar kereta abang, abang minta ganti rugi.” Zaliff sekadar
berbasa-basi. Nak tutup cerita konon-kononnya.
“Kalau
tak nak As calarkan, abang Zaliff alihlah kereta abang Zaliff ini.”
“Malaslah.
As bawa aje lah kereta abang itu. Bukannya kita tak jumpa pun kat pejabat.”
“Iya
lah..”
No comments:
Post a Comment