Assalammualaikum wbkt
Rasanya macam dah lama x update batu 'blog' saya yang cute miut ini. Dah naik bersawang di buatnya. Apa2 pun pertama sekali syukur ke hadrat illahi (Alhamdulillah) kerana masih memberi kesempatan kepada saya untuk terus bernafas di muka bumi ini. Dan dengan kesempatan yang diberikan jugalah, saya masih gigih untuk terus berada di dalam duni penulisan ini. Segala kenangan pahit dan manis semenjak saya menceburi bidang penulisan ini saya sematkan di dalam kotak kenangan hidup saya. Kata orang kalau tak ada yang pahit, belum tentu kita kan rasa manisnya. Untuk Takdir Buat Q, Alhamdulillah, akhirnya usaha saya berhasil. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan buat Team Karyaseni dan Penulisan2u terutamanya Dato' Muzri yang sudi menerbitkan karya yang tidak seberapa ini.
Segala kritikan yang saya terima, saya anggap ianya sebagai asam garam di dalam bidang ini. Walaupun begitu, saya tetap ingin berterima kasih kepada mereka yang memberi kritikan, walaupun kadang kala kritikan itu lebih kepada kutukan, saya anggap ianya sebagai kritikan yang membina untuk saya terus melangkah di dalam bidang ini. Tidak semua perkara, pabila kita mulai kita akan terus berjaya. Untuk sampai ke tahap ini pun saya rasa, sangat2 susah hinggakan kadangkala saya 'give up' juga. Tetapi, seperti mereka2 juga, di sebalik kejayaan kita mestilah ada insan yang sentiasa di sisi, betul tak? Apa pun untuk Team Karyaseni dan Penulisan2u, terima kasih juga kerana sudi memberikan kesempatan untuk saya menemui pembaca2 kesayangan saya. Untuk Kak Epi, Kak Salmah Hanim, Farah, Adila, Nadirah, Encik Azam dan mereka2 yang lain, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Untuk geng2 novelis juga ucapan terima kasih kerana mereka2 sudi berkongsi idea, nasihat dan kadang2 teguran untuk kami sama2 berjaya.
Teruja! itulah yang saya rasakan setiap kali saya menatap nama saya dan karya saya yang sudah pun di alih ke dalam versi cetak. Hik..hik..hik.. (perasan pulak)
Setiap kali duduk di barisan ini, bermacam2 perasaan yang ada. Iyelah, kalau dulu masa zaman saya sekolah, saya menulis cuma menggunakan buku latihan sahaja. Tak terfikir hingga ke tahap begini, tapi..semuanya kan rahsia Allah swt. Kisah kehidupan kita ini sudah tertulis di loh mahfuz. Dengan siapa jodoh kita, panjang mana umur kita, siapa ibu dan ayah kita dan macam-macam lagi. Kalau dulu, ada juga kawan2 yang gelakkan saya sebab kata saya suka berangan. Iyelah, setiap kali saya mencoret kisah cerita di dalam buku latihan itu, ada sahaja kritikan tapi yang paling best, kawan2 saya tetap sokong saya. Ada itu, pinjam sampai tak pulang2 hingga sekarang. Tapi korang memang best!!!!! RIndu korang!!!!
Adalah juga beberapa orang bekas tenaga pengajar saya (cikgu) pm inbox saya, ucap tahniah. Mereka kata tak sangka saya mampu hingga ke tahap ini. Dulu masa sekolah saya ini nakal, tapi saya tetap berusaha dan akhirnya saya dapat apa yang saya impikan.
Tak kurang juga ada di antara sahabat2 yang kata, saya ini nak kejar glamour. Ada juga yang kata saya nak kaya cepat. Ada pula cakap macam itu. Siapalah saya untuk kejar semua itu, dan saya bukan macam itu. Turut serta juga, ada di antara mereka yang katakan saya TAMAK. Tapi saya telan cakap2 diorang seperti saya kunyah chewing gum. Tak jadi kudis lah untuk saya. hehehe...
Okey, saya tak nak cakap banyak lagi, kita layan sedikit gambar kenangan sewaktu saya hadir ke pwtc, untuk sesi bertemu penulis di Pesta Buku 1 Malaysia. Apa pun, korang semua memang awesome!!!!!! Sayang korang!!!!!
Puan Model aka Eppy Safri ini macam biasalah dia. Dia akan jadi orang pertama yang bergambar dengan penulis.
Ha..Yang duduk itu, penulis Hannah Izzati (Babak terakhir). Dua orang yang happening dekat belakang itu ialah orang kuat Karyaseni, Farah dan Puan Salmah Hanim.
Gelagat kami......
Diantara pembaca yang sempat saya snap pic. Terima kasih Kak Iman, Kak Wan dan Kak Nieta.... love u all...
1.00 am - Saya bertolak dari Kulai Johor. Saya tinggalkan dua putera kesayangan yang sedang tidur. hanya sebuah kucupan untuk mereka. Maafkan mama sebab tak dapat nak bawa abang dan adik turut serta kerana mama pergi untuk bekerja. (Inilah yang di katakan pengorbanan) Sepanjang perjalanan encik suami saya kata, kesiannya dekat anak-anak.... Tapi kami tetap teruskan perjalanan.
2.30 am - Saya terima sms dari kakak saya, katanya anak saya yang kecil tersedar dari tidur. Menangis bersungguh-sungguh mencari saya dan Encik suami. antara dialog dia dan ibu saya..
Irfan : Nenek, mama mana? (mencebik)
Ayah mana ? (menangis)
Ibu saya : Mama dengan ayah kerja sayang..
(Irfan menangis tersedu2)
Irfan : Adik nak ayah.....(menangis sambil mukanya di tekup bantal)
Ibu saya : Adik nak susu? Nenek buatkan...
Irfan : (geleng) tak nak...nak ayah..nak mama...
Waktu itu saya baru sampai di pagoh. Rasa macam nak patah balik semula.
4.15 am - Saya dan suami selamat sampai di RNR Seremban. Terus mandi dan bersiap2.
6.15 am - Saya dah parking di lot parking pwtc aras 1. Bayangkan masih tiada orang. Saya bersarapan di Riverside cafe... dan menunggu hingga jam 10.00 am.
12.00 pm - semuanya selesai, dan saya bersiap untuk pulang. Sempat juga saya dan suami berjumpa dengan adik ipar saya yang bertugas di Kem Pengkalan Tentera Udara Di raja Malaysia, Sungai Besi. sempat juga kami pekena Sup Janda baik. heheheh...
2.30 pm - Saya bertolak balik. Encik suami kelihatan mengantuk dan saya mengambil alih pemanduan dari sg Besi hingga ke Ayer Keroh (restoran jejantas).
8.30 pm - Selamat sampai rumah. Anak saya yang sulung tanya....
Izzuddin : Mama, tadi waktu abang nak pergi tiusyen, abang lalu depan tempat kerja mama, tapi kereta mama takde pun? (saya senyum)
Saya : Mama kerja, tapi bukan kerja dekat sini. Mama kerja dekat KL sayang..
Izzuddin : KL? Mama pergi tak ajak abang pun?
Saya : Abang kan ada tiusyen. Abang kara abang tak nak ponteng kelas kan? (dia angguk)
Izzuddin : Tapi, kenapa mama pergi KL sekejap aje?
Saya terus diam, dan tunjukkan buku upin ipin yang saya belikan. buku matematik. Dia suka sangat mata pelajaran matematik....
Jam 1.00 am baru saya dapat lelapkan mata....... Segala kenangan untuk 12/12/13 saya simpan ke dalam kotak kenangan........ <3...


No comments:
Post a Comment