Pintu bilik pejabat Mya diketuk perlahan oleh Zaliff.
Tuk..tuk..tuk..tuk..
“Masuk.”
Mya masih lagi tekun membelek fail.
“Tadi
aku pergi makan dengan customer, ini
aku ada tapau rojak petis. Makanlah.” Ujar Zaliff. Bungkusan polistren di
letakkan di hadapan Mya.
“Mana
awak tahu saya nak makan rojak?”
“Aku
dengar semalam kau cakap dengan Sara. Kebetulan tadi aku pergi makan dekat
Sungai Penchala, ternampak pula gerai makcik itu jual rojak petis, so aku tapaulah untuk kau.”
“Oh
ye ke? Terima kasih eh. Berapa ringgit ini? saya bayar balik duit awak.”
“Nak
bayar bagai, buat apa? Tanggungjawab aku ini. dah, aku keluar dulu.” Mya
tersenyum sendiri. Kelakar pula bila dia dengar Zaliff bercakap mengenai
tanggungjawab. Teringat akan perihal semalam.
“Sara,
aku teringin nak makan rojak petislah. Tapi, asal aku balik petang, gerai dekat
depan itu dah tutup lah. Cepat betul pakcik itu tutup kedai.”
“Kau
ini Mya, ada-ada ajelah. Mengidam ke apa? Siap-siap teringin pula itu kau
menyebut.”
“Ish
kau ini dah kenapa pula nak cakap aku mengidam? Ala, aku sahaja ajelah. Lagi
pun dah lama aku tak makan rojak.”
“Oh,
ingat kau mengandung ke apa.” Terkejut Mya, bila Sara sebut perkataan
mengandung.
“Tak
adalah.”
“Nantilah,
kalau Shafiq ada nak ke sini, aku kirim dekat dia eh.”
“Okey,
thanks Sara.”
“Most welcome dear.”
Tuk..tuk..tuk.. Sekali lagi pintu biliknya di ketuk.
“Masuk.”
“Beb!”
sergah Sara. Berterbangan lamunan Mya.
“Kau
ini kalau tidak buat aku terkejut tak sah kan?”
“Ala
aku kan suka bergurau. Itu pun nak marah.”
“Bukan
marah. Geram aje. Kalau aku ini ada sakit jantung, dah lama aku gol!!!”
“Ish
kau ini, janganlah over sangat.
Okey,okey aku minta maaf. Aik? Awal lagi dah tapau?” Sara merenung tepat ke
arah bekas makanan polistren yang berada di sisi Mya.
“Rojak
petis lah beb.”
“Aik?
Dapat mana?”
“Skandal
belikan.” Selamba Mya menjawab.
“Sejak
bila pula ini ada skandal?”
“Sejak
dua menjak lah.”
“Wah,
hebat erk sekarang?”
“Dah,
tak payah nak fikir yang bukan-bukan sangat. Ini ada apa hal datang sini?”
“Nak
ajak lunch tengahari.”
“Tak
boleh ke guna interkom aje?”
“Ala,
nak tengok muka kau pun tak boleh ke?”
“Boleh…
Oh ya, Arman kirim salam. Semalam dia ada call
aku.”
“Oh
ye? Bila dia balik?”
“Lagi
enam bulan dia balik.”
“Tak
sabarnya aku nak jumpa adik aku yang seorang itu.” Luah Sara. Mya tersenyum
Cuma.
“Beb,
kalau Arman balik, aku tak nak jumpa dia.”
“Why?”
“Beb,
I’m pregnant.”
“What? No wonderlah nak makan
bagai-bagai. Congratulations beb.”
“Please Sara. Why are you wish me congratulations?”
“Beb,
this is a good news right? Zaliff
tahu?” Mya angguk.
“So, what’s the problem?”
“Are you crazy Sara? Why are you asking me what’s the problem?”
“What?”
“Tak
akanlah kau nak Arman sakit jantung bila dia balik tengok aku ini dah
memboyot?”
“Oh
Mya, maaf sangat-sangat. Aku terlupa
pasal Arman.”
“Please Sara, can you set up my transfer to Penang as soon as possibble?”
“Oh
ya, aku tak teringat langsung pasal hal itu. Nanti aku cakap dengan papa.”
“But please, jangan cakap dengan papa apa
yang jadi Sara.”
“Iya
lah sayang. Bukan ke aku dah janji dengan kau hari itu? Aku akan usahakan
secepat yang mungkin okey?”
“Thanks Sara.” Sara cuma tersenyum dan
mengangguk.
No comments:
Post a Comment