Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 2 December 2013

DIALOG CINTA KITA - BAB 19

BAB 19

Mya menyandarkan badannya di kepala katil. Tatkala Zaliff menyebut perihal baby barulah dia sedar akan kewujudan satu nyawa di dalam rahimnya. Hampir sahaja dia terlupa mengenai perkara tersebut.
            “Kenapa pula awak nak sibuk-sibuk pasal  baby  ini?” Mya berkeras lagi.
            “Kenapa pula kau tanya aku soalan yang macam itu? Dalam perut kau itu benih aku.”
            “Cukuplah Zaliff, tolonglah jangan seksa saya lagi. saya dah letih sangat-sangat. Saya dah penat.”
            “Dah lah. Jangan asyik nak layan sangat perasaan kau itu. Makan bubur ini.” orang tengah sentap, dia lagi nak paksa-paksa orang makan bubur ini. memanglah makin sentap.
Mya membatu. Sudu yang masih menanti mulut di buka, masih kekal begitu. Tidak berganjak.
            “Cepatlah makan. Nanti sejuk bubur ini dah tak sedap tau.” Melayan kerenah Mya, mencabar kesabaran Zaliff.
            “Mya makanlah cepat. Nanti baik-baik aku layan kau dengan elok, jadi tak elok pulak nanti.” Mya masih begitu.
‘Kenapalah Allah bagi saya seorang isteri kepala batu erk? Nak ikut cakap dia jer erk?’ bebel Zaliff.
            “Asmyaliana Ariffin, tolonglah jangan macam budak-budak. Makanlah cepat, lepas itu nanti aku mandikan kau eh?” tiada perasaan betul mamat ini, langsung tidak menarik minat Mya hendak mengisi perut yang berkeroncong ini. tetapi bab nak mandikan ini, ada rasa takut sikit. Biar betul mamat ini.
            “Saya boleh mandi sendirilah.” Mya bertegas. Ragu-ragu juga dengan keikhlasan Zaliff.
            “Cepatlah nganga mulut itu.” Paksa Zaliff. Bubur yang masih di dalam sudu, Zaliff tiup untuk di sejukkan.
Akhirnya Mya akur untuk menerima arahan Zaliff. Mulut di nganga, bubur nasi yang di tanak Zaliff di telan akhirnya. Sedap juga Zaliff masak. Siap-siap ada lada putih, daun sup dengan ayam bagai. Pandai juga dia selongkar peti sejuk cari bahan-bahan ini.
            “Sedap tak aku masak?” soal Zaliff. Macam tahu-tahu aje apa yang ada di fikiran Mya.
            “Boleh tahanlah. Mungkin sebab saya dah lapar sangat kot, itu yang saya telan aje bila awak suap.” Memang tak pandai ambil hati betullah Mya ini. Muka Zaliff sedikit berubah.
          “Aku tahu, kau sebenarnya malu nak puji masakan aku kan? Dah habiskan bubur ini, nanti boleh makan ubat.” Niat hati Mya nak bahankan Zaliff, balik-balik Mya yang terkena. Hampeh.
Semangkuk bubur yang disuap Zaliff habis licin Mya kerjakan. Mula-mula tak mahu, bila dah sedap masuk tekak habis pula di kerjakannya.
            “Bubur ada lagi tak?”
            “Kenapa?”
            “Tanya aje.”
            “Ada lagi dalam periuk itu. Kalau lapar lagi, aku pergi tambah.”
            “Tak lah, sahaja tanya awak. Awak kan belum makan, nanti awak lapar pulak.”
            “Pasal aku tak payah fikirlah. Aku boleh makan mi segera.”
            “Janganlah amalkan sangat makan mi segera itu, nanti awak sakit perut.”
            “Tak apalah, aku dah biasa.”
Zaliff menghulurkan empat jenis ubat ke tangan Mya. Terkulat-kulat Mya memandang ubat-ubat yang telah di letakkan ke telapak tangannya.
            “Buat apa tenung? Makanlah.”
            “Banyak sangatlah ubat ini.” rengek Mya.
            “Banyak apa nya pulak? Empat jenis aje kan? Makan cepat, nanti ubat itu masuk angin pula.” Sebiji sebiji Mya telan tablet tersebut. Berkerut-kerut muka Mya menahan pahit. Sudah namanya ubat memanglah pahit. Ubat untuk budak-budak sahaja yang manis-manis belaka dan pelbagai perisa.
            “Makan ubat pun macam budak-budak. Apalah..” bebel Zaliff. Baki air masak yang meleleh di bibir Mya di kesat menggunakan telapak tangannya.
Betul punya gila lah dia ini, suka-suka dia aje nak buat apa.
            “Dah jom!” Mya pelik mendengar ajakan Zaliff.
            “Pergi mana?” Mya menyoal Zaliff kembali.
            “Mandilah. Tadi kau kata tak selesa. Kalau tak selesa kenalah mandi. Aku tolong kau.” Hulurkan tangan ringankan beban itu memanglah sifat yang terpuji tapi patut ke Mya terima?
            “Eh..eh..takpelah, saya boleh buat sendiri. Tak apa, tak apa. Saya sanggup tak mandi daripada awak yang mandikan saya.” Mya sekali lagi mengelak.
            “Kenapa? Kau malu? Tak payahlah nak malu-malu bagai. Aku ini kan suami kau. Kenapa mesti kau nak rasa malu pula? Okey, macam inilah cuba kau berdiri tegak. Kalau kau mampu berdiri dan berjalan dengan elok, aku tak perlu jadi bibik kau lagi.” usul Zaliff.
Mya gagahkan jua untuk berdiri. Tidak mahu dirinya di perlekehkan Zaliff. Perlahan-lahan Mya mengatur langkah sambil memegang kepalanya yang masih terasa bengal. Buat kali keduanya Mya hampir sahaja jatuh terduduk ke lantai.
            “Itulah, jadi manusia itu jangan sombong sangat. Orang nak tolong tapi jual mahal pulak. Dah, meh sini aku bawa kau pergi bilik air.”
Mya di papah untuk melangkah ke tandas. Saat genting macam ini pun dia masih lagi mahu melayan malu dia itu.
            “Dah lah, tak payahlah nak malu-malu sangat. Kau pakai kain ini, baju itu buka.” Arah Zaliff. Kain batik yang selalu di pakai untuk mandi, di hulur Zaliff.
            “Awak janganlah tengok!.”
            “Eh, dia ini. cepatlah.” Zaliff menoleh menghadap pintu, membelakangkan Mya.
            “Dah ke belum?” soal Zaliff.
            “Belumlah. Sabarlah..”
            “Kau ini lambat sangatlah. Terhegeh-hegeh.” Bebel Zaliff.
‘Dia ini kan nak tolong orang, tapi dalam masa yang sama merungut-rungut pula. Benci betul.’ Bebel Mya nada perlahan.
            “Cakap apa itu? Cuba kurangkan bercakap. Cepatlah sikit.”
            “Dah siap!”
Zaliff menoleh semula ke arah Mya. Mya kembali duduk di atas mangkuk tandas yang telah ditutup menggunakan penutupnya.
            “Mandi air panas eh?” Mya angguk.
Pancuran air panas di hala ke arah Mya. Menggigil Mya, apabila kulitnya terkena semburan air dari pancuran.
            “Ini kan air panas, kenapa menggigil?”
            “Saya rasa sejuk sangat.”
            “Kau demam ini.” ujar Zaliff. Cecair sabun di sapu rata keseluruh tubuh Mya. Hanya dua sebab yang memungkinkan Mya menggigil. Salah satunya kemungkinan besar Mya malu, sebab Zaliff yang mandikannya. Yang kedua mungkin betullah Mya demam, sebab itu dia menggigil tak ingat.
            “Awak, saya tak tahan ini. sejuk sangat. Rasa macam nak pengsan pun ada.” Bergetar suara Mya.
            “Okey-okey lap badan kau pakai tuala.” Mya masih lagi akur menerima arahan Zaliff.
            “Baju saya….” Belum habis cakap dah kena potong.
            “Aku ambilkan. Baju apa kau nak? Tshirt dengan track ajelah eh?” Mya angguk.
            “Tapi….”
            “Tapi apa lagi?”
            “Saya punya ba….”
            “Aku tahulah. Tapi nak ambil dekat mana?”
            “Laci, tapi saya….”
            “Tak payah nak tapi-tapi lah. Tapi apa? Tapi sayang eh lagu Saleem iklim tu? Setakat yang dalam-dalam itu, apalah sangat kalau aku tengok. Bukannya luak pun.” selamba sahaja Zaliff mengusik Mya. Masuk ini dah banyak kali muka Mya blushing. Malu beb. Zaliff itu cuma suami dalam kertas aje. Tapi hari ini dia boleh pulak nak buat semua termasuk mandikan Mya. Aduh…memang malu tahap kronik beb.
Zaliff menghulurkan pakaian yang telah di ambil dari dalam almari Mya.
            “Awak janganlah duduk sini. Saya nak pakai baju, tak akanlah awak nak tengok juga?” soal Mya. Kalau kudratnya kuat, sudah lama dia menolak Zaliff keluar sekuat-kuat hatinya.
            “Ya Allah, apa sahajalah kau ini.” Zaliff keluar.

Hendak mengukir senyuman pun Mya terasa amat sukar sekali, apatah lagi ketawa. Tidak tahu bagaimana hendak di tafsir perasaanya. Tatkala teringatkan ada nyawa di dalam rahimya, Mya jadi gementar. Takut jika satu hari nanti masyarakat sekeliling tahu kedudukan yang sebenar. Adakah dia akan menanggung malu seumur hidupnya? Tidak mungkin sama sekali dia akan mengorbankan satu nyawa yang sedang membesar di dalam rahimnya. Berdosa besar hukumnya.

No comments:

Post a Comment