Zaliff memandu kereta Mya menuju ke Klinik yang
berdekatan. Takut pula kalau-kalau Mya tidak sedarkan diri terus, haru hidupnya
nanti. Apa pula yang harus dia jawab pada Datuk Amri, papa angkat Mya. Lagi lah
haru di buatnya kalau Datuk Amri dapat tahu bahawasanya Mya adalah isterinya.
Klinik Bakti
“Doktor
tolong tengokkan i..i..is..isteri saya boleh?” susah pulak lidahnya nak
menyebut isteri. Apa tidaknya, tidak pernah sekelumit pun dia menganggap Mya
itu isterinya.
“Encik
tahu kenapa tiba-tiba isteri Encik pengsan?”
“Tak
tahu pula, cuma dia ada beritahu saya yang dia mengandung. Belum habis story dah pengsan. Tak akanlah happy sangat sampai pengsan doktor?”
pandai pula dia loyar buruk kan? Sahaja aje kan nak buat orang marah si Zaliff
ini? Doktor Aziz ketawa mendengarnya. Selama dia menjadi Doktor, belum pernah
pula dia menghadapi kes pesakit pengsan di sebabkan terlalu gembira, kalau
sedih itu adalah.
“Begini…
Encik..?”
“Nama
saya Zaliff.” Zaliff memperkenalkan dirinya.
“Oh,
Encik Zaliff, dari pemeriksaan saya, isteri Encik ini demam. Mungkin salah satu
sebab dia pengsan adalah kerana dia terlalu letih, sebab saya tengok muka dia
pucat sangat. Dia ada alahan ke?”
“Maksud
Doktor alahan yang macam mana?”
“Morning sickness contohnya.”
“Oh
itu saya tidak pasti pula Doktor. Sebab kebelakangan ini tak adalah pulak saya
nampak dia muntah-muntah ke, mengidam nak makan daging rusa tanduk emas ke apa
ke. Saya tengok kalau makan, main lantak aje kot..”
Doktor Aziz ketawa.
“Oh
ye ke? Baguslah kalau macam itu. Cuma saya nak ingatkan kepentingan susu untuk
ibu mengandung. Pastikan isteri Encik minum susu ya.”
“Baiklah
Doktor. Terima kasih.”
“Sama-sama.”
Setelah bayaran kos rawatan di buat, Zaliff memandu
terus pulang ke rumah. Kasihan pula melihatkan Mya keletihan.
Mya di baringkan di atas katil dengan cermat oleh
Zaliff. Boleh tahan berat juga badan isterinya itu. Naik semput Zaliff
mencempung. Turun naik nafasnya. Hendak di tinggalkan Mya sendirian, terasa
zalim pula, tetapi alasan apa pula yang perlu dia beri pada Natrah?
“Assalammualaikum
Nat.”
“Waalaikumsalam,
abang dekat mana?” soal Natrah.
“Ini
sayang, abang nak beritahu Nat abang kena pergi outstation. In shaa Allah, esok atau lusa abang balik. Urgent sangat ini sayang. Datuk Amri
minta abang pergi, gantikan Mya.”
“Kenapa
dengan As, abang?”
“Entahlah,
katanya tak sihat. Itu yang Datuk minta abang pergi sana dengan segera. Tak
sempat abang nak balik jumpa sayang, nasib baik ada spare baju dalam but kereta.”
“Oh
ye ke? Outstation ke mana abang?”
“Pahang
sayang. Cepat urusan selesai, esok pagi abang sampai.”
“Tak
apalah abang. Jangan gesa-gesa sangat. Abang hati-hati tau.”
“In
shaa Allah sayang. Nanti abang telefon lagi, abang tengah memandu ini.”
“Iya
lah abang. Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam
sayang.”
Rasa bersalah pula dek kerana terpaksa berbohong
begitu. Tetapi dia tidak punya pilihan lain. Memanglah Datuk minta dia outstation tetapi hanya ke Kajang,
bukannya Pahang. Nak hidup punya pasal, terpaksalah berbohong. Nasib baik balik
dari Kajang, baru lah keretanya buat hal, kalau sebelum dia pergi ke Kajang?
Mahunya dia pula yang pengsan waktu ini.
Sementara menantikan Mya sedar, Zaliff sempat
menanak bubur untuk Mya. Tidak tahu pula kenapa tiba-tiba dia jadi lembut hati,
untuk membantu Mya. Selalunya, hendak di pandang muka Mya pun tak lalu,
memanjang sebal rasa hatinya.
Terdengar bunyi barang jatuh dari dalam bilik Mya,
bergegas bagaikan lipas kudung Zaliff berlari mendapatkan Mya.
“Ya
Allah, Mya!” jeritnya.
Mya sudah terduduk di tepi katil. Habis berderai
lampu tidur di atas meja sisinya. Mya memicit-micit kepalanya.
“Kenapa
kau bangun kalau kau rasa diri kau itu belum kuat?” bebel Zaliff. Di papah Mya
bangun dan kembali ke katil. Mya akur.
“Saya
nak mandi. Badan saya rasa melekit, tak selesa dan bahang panas.” Ujarnya.
“Nak
mandi apanya, kalau kau nak bangun bawa badan kau pun kau tak kuat?” bebel
Zaliff.
“Tak
mengapalah, saya cuba perlahan-lahan. Awak tak payahlah risau. Kenapa awak tak
balik lagi?” soal Mya. Matanya di pejamkan untuk seketika, bagi meredakan rasa
pening di kepalanya.
“Nak
balik apa nya? Dengan keadaan kau yang macam ini, nanti karang tak pasal-pasal
aku masuk lokap bila kau dah tak bernyawa lagi.” amboi mulut mangkuk hayun ini,
memang tak ada tapis-tapis betul. At
least, kalau dah tak ada tapis kelapa, pakailah tapis kopi atau pun teh okeylah jugak. Ini sekali keluar, dengan
hampas-hampasnya.
“Tak
payahlah awak nak risau sangat pasal hal
saya. Selama ini pun saya hidup sendiri, seorang-seorang. Sakit pening saya
pun, saya sendiri yang tanggung. Tak
perlulah awak nak susahkan diri awak jaga saya. Lagipun Kak Nat lebih
memerlukan awak, dari saya.” Ujar Mya dengan matanya yang masih terpejam.
Berkerut dahi Zaliff mendengar luahan dari mulut Mya. Kesian pula dia pabila mendengarkan
luahan dari bibir Mya.
“Sudah-sudahlah
itu, jangan nak mengarut sangat. Merepek-repek dah aku dengar kau bercakap.
Memanglah Natrah perlukan aku, tetapi sebagai suami aku juga perlu adil dengan
kau. Sekurang-kurangnya kalau aku tak dapat nak jalankan kewajipan aku sebagai
suami, aku masih lagi ingat tanggungjawab aku.”
‘Kenapa perlu kau sebut tentang tanggungjawab dan
kewajipan? Kalau kau tahu, itu semua tanggunjawab kau, sepatutnya kau lindungi
aku, bukan sakiti aku. Aku benci kau Zaliff”. Bisik Mya.
“Dah
lah, awak balik lah. Jangan sibukkan hal saya. Pandai-pandailah saya jaga diri
saya. Bukannya saya ini masih kecil yang perlukan perhatian. Baliklah Zaliff.”
“Kau
ini kenapa? Seboleh-boleh nak aku balik. Dah tak payah nak banyak cerita
sangat. Kau duduk diam-diam, aku pergi ambilkan kau bubur nasi. Aku tahu kau
tentu lapar kan?”
“Tak
payah susah-susahlah.”
“Degil!”
marah Zaliff dan terus berlalu ke dapur.
Mya hanya membisu. Di saat hatinya meratap pilu,
Zaliff seolah-olah membuka sinar baru di dalam hidupnya. Sedangkan dia sendiri
tidak dapat melupakan apa yang telah Zaliff lakukan terhadapnya.
Zaliff kembali menatang dulang yang berisi semangkuk
bubur dan segelas air suam.
“Makanlah.
Aku suapkan eh?” pelawa Zaliff. Mya menggeleng.
“Janganlah
sombong sangat. Aku nak tolong kau ini.”
“Letak
ajelah bubur itu dekat situ. Nanti kalau saya nak makan, saya boleh suap
sendiri.”
“Cubalah
jangan jadi kepala batu sangat. Jangan
di layan keras hati itu. Kesian baby
dalam perut itu lapar. Lepas makan bubur ini, makan ubat pulak.” Arah Zaliff.
Mya mengerling sekilas.
No comments:
Post a Comment