Dua hari Mya mengambil cuti sakit. Dua hari itu juga
lah dia berkurung di dalam bilik. Terasa dirinya kotor saat ini. terasa dirinya
jijik pabila dia melihat di cermin. Siapa lagi yang inginkan dirinya setelah
tahu dirinya telah di noda sebelum sampai waktunya dia bergelar isteri.
Sudah hampir 4 kali telefon bimbitnya berbunyi.
Langsung tidak di jawab. Di lihat ke arah skrin telefon, Sara…nama itu meniti
di bibirnya. Di dail semula nombor Sara.
“Hello..”
ujarnya lemah.
“Beb,
kau dekat mana? Dah dua hari kau tak datang. Kau sakit ke?”
“Sorry beb, aku tak sihat. Aku mc.”
“What? kenapa kau tak cakap dengan aku
beb? Kau ini selalu macam itu. Kalau sakit tak pandai nak beritahu orang!”
bebel Sara.
“Aku
tak laratlah beb”
“Kau
dah pergi klinik belum?”
“Dah
aku dah pergi..”
“Okeylah
kalau macam itu. Nanti habis kerja aku datang rumah kau..”
“Beb,
belikan aku apa-apa makanan eh? Aku tak larat nak masak”
“Okey
beb..” talian di matikan. Sayu hatinya tiba-tiba. Hendak di beritahu atau tidak
pada Sara dia sendiri tak tahu. Sara, kau aje yang boleh tolong aku….rintihnya
sendiri. Laporan kesihatan dirinya di perhati. Hanya itu sahaja yang dapat
membantu dirinya saat ini. Tiba-tiba….cctv..ya..sebelum dia terlupa papa Sara
membelikan dia rumah ini lengkap dengan cctv. Hampir dia terlupa.. beg
laptopnya dicapai, wayar sambungan usb di sambung kepada hub perakam cctv. Ikon
kamera di klik…loading…..
Tarikh pada malam kejadian di klik dua kali.
Akhirnya…kamera cctv dapat merakam kelibat Zaliff memanjat pagar rumahnya. Kini
dia mampu untuk tersenyum. Senyum yang penuh dengan dendam.
Keesokannya, Mya kembali ke pejabat seperti biasa.
Walaupun sakit, dia terpaksa harunginya jua. Life must go on!. Itu lah yang selalu dia ingatkan. Untuk apa lagi
dia bersedih? Tiba masa untuk dia redha akan segala-gala yang menimpa dirinya.
“Hai
beb, morning..” ucap Mya pada
Qaisara.
“Hai
beb, pagi. Kau dah sihat ke?” giliran Qaisara pula menyoal dirinya.
“Bolehlah.
Alhamdulillah. Sakit itu kan penghapus dosa. Mungkin Allah swt nak cuci
dosa-dosa aku yang lalu agaknya. Siapa tahu kan? Oh, ya awal kau sampai hari
ini?”
“Ha,
itu soalan cepu emas itu. Aku? Datang awal? Sebab papa yang suruh. Papa kata..
Sara pagi ini masuk awal ke pejabat, gantikan Mya takut dia still on Mc” ujar Sara. Sengaja dia
meniru gaya papanya bercakap.
“Oh,
no wonderlah masuk awal. Kalau tidak
pukul 8 pagi ini belum tentu nampak muka Nur Aliya Qaisara dalam pejabat ini
kan?”
“Amboi,
pantang ada peluang kan? Asyik nak jadikan aku ini bahan aje..”
“Sekali-sekala
apalah salahnya. So, anything untuk
aku?”
“Maksud
kau?”
“Iyalah
dua hari aku mc dah tentu-tentulah
kerja-kerja aku kau yang cover betul
tak?”
“Sikitlah.
Yang lagi sikit itu Zaliff tolong coverkan”
“Ha?
Adoiii, kenapa mamat itu pulak yang tolong buat?”
“Papa
yang suruh. Manalah aku tahu”
“Ini
yang aku bosan ini. Tak suka betul kalau mamat itu yang buat kerja aku, sebabnya
nanti dia buat yang bukan-bukan. Cukuplah sekali aku dah terkena”
“Ala,
rilekslah.”
“Yelah
itu..”
“Beb,
kenapa aku tengok pipi kau itu macam lebam?”
“Aku
jatuh dekat rumah. Ala..sikit aje..”
“Itulah
modal kau. Asyik jatuh memanjangkan?”
“Itu
aje alasan yang aku ada”
“Macam-macamlah
kau ini”
Sambil berlalu Mya mengukir senyuman. Dua hari tidak
menjengah ke bilik pejabatnya terasa rindu pula. Telefon meja di sisi di capai.
“Ana,
tolong panggilkan Encik Zaliff masuk ke bilik saya sekarang?”
“Baik
Cik Mya”
Tidak menunggu lama, Zaliff terus melangkah masuk ke
dalam bilik Mya.
“Ada
apa kau nak jumpa aku?” soal Zaliff. Langsung tidak punya bahasa, tidak punya
perasaan. Hatinya langsung tidak terkesan dengan apa yang telah dia lakukan.
“Saja,
aku nak jumpa kau. Kenapa tak boleh?” kali ini entah permainan apa pula yang
cuba Mya ingin pertontonkan.
“Kenapa?
Kau rindukan aku ke? Rindu nak bersama aku?” Hati Mya bagaikan di carik dengan belati
tajam. Sungguh biadap. Berani Zaliff berkata sedemikian rupa kepadanya. Hendak
sahaja dia menghentak kepala Zaliff dengan kayu pemukul baseball tetapi dia masih lagi memilih untuk terus bertahan.
“Dalam
sampul surat ini ada dua barang. Satu barang adalah laporan kesihatan aku dan
yang kedua adalah cd rakaman pencerobohan rumah aku. Kau tengok dan kau analisis
dulu okey? Lepas itu baru kau buat keputusan sama ada kau nak kritik atau kau
nak aku jadi juri?”
“Kau
nak ugut aku?” soal Zaliff. Mukanya memerah.
“Aku
tak ugut kau, tapi aku cuma nak ingatkan kau. Kalau aku buat laporan polis, kau
agak-agak kau boleh hidup aman macam orang lain tak? Kau dapat tak kahwin
dengan Fazzy?”
“Kurang
ajar!” tengking Zaliff. Nasib baiklah bilik pejabat mereka di bina menggunakan material kalis bunyi jadi orang di luar
tak akan dengar suara mereka. tetapi kalau di lihat melalui cermin lutsinar dah
macam wayang tanpa suara pula. Mulut bergerak-gerak, tetapi tidak tahu butir
bicara apa yang di bualkan.
“Jeritlah
lagi kuat-kuat. Kau ingat aku takut? Aku tak akan sesekali takut dengan kau
Zaliff. Kau cukup-cukup buat aku menderita dan sekarang aku juga akan pastikan
kau tidak boleh berdiri menggunakan kaki kau sendiri. Itu janji aku!” kalau
Zaliff boleh bersumpah, dia juga mampu berbuat demikian.
“Kau
cakap dengan aku kau nak apa sekarang?” soal Zaliff.
“Simple question dan pastinya simple answer aku bagi dekat kau. Aku
nak kau kahwin dengan aku, sekiranya dalam masa tiga bulan aku tidak
mengandung, kau boleh ceraikan aku. Tetapi jika aku mengandung, aku nak kau
ceraikan aku sebaik sahaja aku selamat melahirkan. Dan sekiranya sewaktu aku
melahirkan, ada sesuatu berlaku pada aku misalnya aku mati, aku nak kau
bertanggungjawab untuk jaga dan besarkan anak aku. Itu sahaja permintaan aku,
jika kau tidak boleh berbuat demikian, pastikan anak aku mendapat kasih sayang
secukupnya dari keluarga angkat dia. Oh ya, dalam masa yang sama aku tak nak
kau kahwin dengan Fazzy sehingga semuanya selesai” bunyi macam kedengaran
zalim. Tetapi Mya perlu lindungi dirinya juga.
‘Maafkan As kak Nat. As terpaksa berbuat demikian,
jika tidak diri As juga mendapat aib.’ Zaliff ketawa terbahak-bahak. Entah apa
yang membuatkan dia berasa amat kelakar, Mya pun tidak tahu.
“Hei
perempuan, siapa kau nak tentukan hidup aku? Peduli apa aku dengan
syarat-syarat bodoh kau itu.”
“I’ts okey, it’s sound stupid right? but…
lokap sedang tunggu kau. Think it first
Zaliff. And this is copy for you. Aku
masih banyak lagi salinan yang aku ada. Now,
kau boleh keluar!” inilah yang dikatakan, tangan yang menghayun buaian mampu
menggoncang dunia. Mya tidak mahu Zaliff berlama-lama di dalam bilik
pejabatnya. Muak dia melihatkan wajah lelaki itu.
Zaliff bungkam. Dia sendiri tidak tahu apa lagi yang
harus dia buat. Jika silap langkahnya maka buruk padahnya. Diraup mukanya
beberapa kali. Segala apa yang ada di atas meja habis di sepahkan tanda dia memprotes.
Dia tidak sangka Mya berani sehingga begitu sekali. Akhirnya dia mengakui akan
kesilapannya, kerana terlalu mengikutkan nafsu semata-mata. Kalaulah dia
bertindak bijak, tentunya perkara itu tidak menjadi serumit ini.
Zaliff bingkas bangun dari kerusinya, laju sahaja
kakinya melangkah keluar dari bilik yang terasa bahangnya. Baru sahaja dia
ingin menuju ke meja Fazzy, kelihatan beberapa orang lelaki sedang berdiri di
hadapan meja wanita itu. Zaliff hanya memerhati.
“Awak
nak jumpa siapa?” soal Fazzy pada tiga orang lelaki.
“Saya
nak jumpa dengan Cik Asmyaliana. Ada temujanji dengan dia.” jawab salah seorang
daripada tiga lelaki tersebut.
“Boleh
saya tahu nama awak semua?”
“Boleh,
saya Rafi yang sebelah kanan saya Farid dan sebelah kiri saya Fariz. Nombor
telefon nak tak?” soal Rafi lagi. Tersipu malu Fazzy, pabila lelaki yang
bernama Rafi bergurau dengannya.
“Boleh
juga kalau nak bagi.”
“Single lagi ke?” soal Rafi. Fazzy hanya
mengangguk.
“Ini
nombor telefon saya, senang-senang calllah
kita boleh jumpa. Nanti saya belanja awak makan” ujar Rafi lagi.
“Boleh
juga. Nanti saya miss called awak
okey.”
“Okey.”
Fazzy mengukir senyuman menggoda. “ Awak jalan
terus, belok kiri. Kemudian awak pandang sebelah kanan dekat pintu itu ada
tulis operation manager Asmyaliana
Ariffin. Awak ketuk pintu dulu tau sebelum masuk”
“Terima
kasih awak. Jangan lupa call tau?” di
pesan sekali lagi sebagai tanda peringatan. Fazzy hanya mengukir senyuman.
Makin membara hati panas Zaliff melihatkan tindak
tanduk Fazzy. Kali ini silap apa lagi yang Allah swt nak tunjukkan padanya?
Kesilapan di dalam memilih pasangan ke apa ini? Zaliff mengeluh….
Waktu makan tengahari, Mya hanya duduk di dalam
biliknya sahaja. Mood nya hilang
entah ke mana. Sempat dia berpesan kepada Maria supaya membelikannya apa sahaja
makanan buatnya. Teringatkan Sara, cepat-cepat Mya menghubungi sahabatnya itu.
“Beb
dekat mana?”
“Dalam
bilik aku lah. Eh? Kau tak keluar makan ke?”
“Aku
minta tolong Maria tapaukan. Beb kau tak keluar makan ke?”
“Pukul
2 nanti ada meeting dengan client,
terus tak balik pejabat”
“Beb
masuk bilik aku kejap boleh? Ada benda aku nak kepoh dengan kau.”
“Apa
dia beb?”
“Adalah.
Cepat sikit tau.”
“Yelah.”
Tidak sampai seminit, Sara sudah terpacak depan
mejanya.
“Amboi,
kalau gosip cepat aje kau datang kan?”
“Hahaha..
kau macam tak kenal aku kan?”
“Cukup-cukup
kenal Nur Aliya Qaisara.” Mya menarik nafas perlahan.
“Sara,
ada benda yang perlu aku ceritakan pada kau tapi boleh tak kau tolong janji
pada aku supaya kau tak ceritakan hal ini pada sesiapa pun termasuk papa.”
Pinta Mya. Sara memandang pelik.
“Beb,
kau inikan buat aku cemas lah. Kenapa ini beb?”
“Janji
dulu dengan aku.”
“Iya,
aku janji dengan kau. Cepatlah cerita..”
“Aku
cerita dengan kau sebab aku percayakan kau. Jadi jangan sia-siakan kepercayaan
aku pada kau okey?”
“Beb,
berapa lama kita kenal? Kau cakap ini macam kau tak percayakan aku aje?”
“Sebab
ini soal hidup dan mati aku beb.”
Mya menyerahkan sampul surat berwarna putih kepada
Qaisara.
“Apa
itu beb?”
“Bukalah.
Kau baca nanti kau akan faham.”
Setelah meneliti beberapa keping kertas yang
tertulis mengenai laporan kesihatan seseorang, hatinya agak tersentap,
terkejut. Bercampur baur perasaanya.
“Beb
apa ini? Ya Allah..” mengalir air matanya setelah leporan tersebut selesai di
baca. Sepasang mata milik Mya mulai berkaca.
“Beb
janganlah nangis beb, nanti aku ikut nangis.”
“Beb
sebab ini ke kau tak datang kerja beb?” soal Sara. Mya menganggukkan kepalanya.
“Beb
siapa yang buat beb? Siapa? Cakaplah siapa?” tidak dapat di tahan lagi sebab di
dada. Akhirnya Mya menangis jua.
“Beb,
aku dah tak suci lagi beb..” hanya itu sahaja yang terluah dari mulutnya.
“Mya
siapa yang buat Mya? Cakap dengan aku siapa yang buat!”
“Kau
tengoklah cd itu, nanti kau tahu siapa yang buat.” Ujar Mya tersedu-sedu.
Laptop milik Mya di capai, setelah memasukkan cd ke dalam deck. Ikon windows media player di klik. Sabar menanti dan
akhirnya..
“Zaliff?”
separuh menjerit Qaisara melihatkan video berdurasi 8 minit itu.
“Mya
kenapa dia buat macam itu dekat kau?”
“Dia
marah dekat aku. Kak Nat telefon aku cakap Zaliff nak kahwin dengan Fazzy, aku
marahlah dia. Aku cuma warning dia,
tapi aku tak sangka dia ceroboh masuk rumah aku. Aku benci dia Sara, aku
benci!”
“Mya,
kau kena buat report polis.”
“Jangan
Sara, jangan. Nanti aku malu, papa pun dapat malu juga. Tolonglah Sara,
jangan.”
“Tapi
Mya ini dah jadi kes jenayah. Dia dah ragut kehormatan kau.”
“Iya
aku tahu tapi aku tak nak. Tolonglah Sara.”
“Mya
kenapalah kau sanggup biarkan hati kau di sakiti? Kenapa kau nak biar dia
terlepas macam itu?” soal Sara. Mya diam membatu.
“Mya
dengar cakap aku eh? Kita buat laporan polis?”
“Tak
nak Sara. Aku tak nak. Tolonglah Sara.”
“Mya
kenapa kau jadi degil macam ini? Mya dengarlah cakap aku.”
“Sara
memang takdir aku begini Sara. Hati aku di sakiti, jiwa aku dah mati Sara. Aku
cuba nak buat semua orang bahagia, tapi kenapa aku derita Sara? Kenapa benci
sangat dia pada aku? Aku tak pernah sakitkan hati orang Sara. Aku tak pernah!.
Entahlah Sara, mungkin dia lebih suka kalau aku mati agaknya.”
“Mya
jangan cakap macam itu. Aku sentiasa ada dengan kau. Aku akan sentiasa tolong
kau. Kaulah sahabat aku, dan kau ajelah adik beradik yang aku ada Mya.”
“Terima
kasih Sara. Tapi Sara aku nak minta tolong dekat kau satu hal boleh?”
“Apa
dia Mya?”
Terasa berat pula dia hendak bercerita dengan Sara.
“Aku
dah cakap dekat Zaliff supaya dia bertanggungjawab dengan syarat, kalau dalam
masa tiga bulan aku tidak mengandung dia boleh ceraikan aku tetapi kalau aku
mengandung dia mesti ceraikan aku selepas aku selamat bersalin. Jadi Sara,
sekiranya Allah swt dah takdirkan yang aku akan mengandung, aku minta
sangat-sangat untuk tukar ke cawangan Pulau Pinang., sehingga aku selamat
bersalin. Nanti kalau papa tanya, kau tolonglah aku boleh?”
“Boleh
Mya, apa pun aku sanggup buat untuk kau. Kau jangan risau eh?”
“Terima
kasih Sara.” Ucapnya. Kali ini empangan air matanya pecah lagi.
“Mya
aku akan buat apa sahaja untuk tolong kau. Kau jangan risau eh?”
“Aku
sayangkan kau Sara.”
“Aku
pun sayangkan kau Mya.”
Dua sahabat berpelukan.
No comments:
Post a Comment