Mya tidak menunggu lama untuk dia menghubungi Zaliff
setelah berita tentang perkahwinannya dengan Fazzy sampai ke telinganya.
“Kau
nak apa?” soal Zaliff setelah talian di sambungkan.
“Amboi,
salam takde apa pun takde terus terjah dengan soalan maut.
Tentu-tentulah kau dah tahu apa sebab aku telefon kau kan?”
“Nak
jadi penyibuklah itu”
“Iya,
memang aku penyibuk, tapi aku tidak zalim” tegas Mya.
“Apa
maksud kau? Kalau setakat kau telefon aku nak bagi ceramah agama dekat aku,
baik kau lupakan sahaja niat kau. Aku tak sudi nak dengar”
“Hah!
Baguslah itu. Bagus sangatlah perangai macam itu. Aku memang tak sangkalah, kau
ini manusia yang paling zalim yang pernah aku jumpa.”
“Siapa
kau nak cakap aku macam itu?!” Tengking Zaliff. Serta-merta darahnya naik.
Mukanya terasa hangat.
“Ya!
Aku bukan sesiapa dengan kau. Saudara bukan, adik-beradik pun bukan, tapi
sebagai saudara seagama aku rasa aku perlu ingatkan kau. Kalau diri kau itu tak
mampu untuk berlaku adil, lebih baik kau lupakan niat kau”
“Siapa
kau nak halang aku?”
“Jangan
berlagak sangat Zaliff. Dunia ini pinjaman dari Allah, dan aku rasa kau perlu
bersedia dari sekarang. Bila-bila masa Allah itu akan balas balik segala
perbuatan kau. Hidup ini bukan untuk menongkat langit!”
“Aku
tak perlukan kau untuk nasihatkan aku”
“Ya,
aku tahu kau tak perlukan aku. Tapi anak-anak dan isteri kau perlukan kau. Kau
tidak nampak ke itu semua? Apa lebihnya perempuan itu jika nak dibandingkan
dengan Kak Nat? Aku tak sangka pula, Zaliff yang aku kenal ini buta mata dan
hatinya”
“Mulut
kau itu jaga sikit. Aku rasa kau ini memang betul-betul menyibuk dan
menyusahkan hidup aku anak beranak. Lebih baik kau blah dari hidup kami”
“Aku
tak akan pernah tinggalkan Kak Nat, walau nyawa aku jadi taruhan. Kau ingat
Zaliff, jika apa-apa berlaku pada Kak Nat aku tak akan berdiam diri”
“Kau,
kalau cakap memang pandaikan? Tapi…..” tut..tut..tut..tuut…. Mya mematikan
talian telefonnya. Tersirap darah Zaliff pabila Mya meletakkan talian
sementelah dia masih lagi bercakap.
‘Kau memang tak akan lama. Aku akan pastikan hidup
kau akan menderita. Itu sumpah aku!’ jerit Zaliff bersungguh-sungguh.
Berdentum bunyi pintu di hempas. Marah benar
nampaknya Zaliff. Kunci kereta yang di gantung di tepi pintu di capai. Ikut
rasa binasa, ikut hati mati, ikut nafsu jadi hantulah gamaknya.
Zaliff membelokkan keretanya ke arah taman perumahan
TTDI. Entah apa yang di cari..entah apa yang diingini…
Rumah teres bernombor 17 di perhatikan. Setelah
kereta di parkir, Zaliff segera memanjat pagar rumah yang telah menjadi perhatiannya
sejak tadi..
Berdentum bunyi pintu grill di tendang dari arah
luar. Mya terkejut dari lenanya. Siapa pula yang buat onar malam-malam buta
ini?
Panggg!!!! Sekali lagi pintu grill rumahnya di
tendang. Hendak di buka pintu itu, takut pula pencuri yang datang, atau….?..
ishhh..selisih..mana ada hantu tendang pintu rumah orang.. bisiknya sendiri.
Kali ini pintunya pula di ketuk..
Tukk..tukkk..tukk…
“Siapa?”
soal Asmya. Tudung ekspress di sarung.
“Buka
pintu ini!” tengking Zaliff.
‘Zaliff? Dia nak apa datang malam-malam ini?’ soal Mya
lagi.
“Buka
pintu ini Mya!!” di jerit sekali lagi.
“Kau
nak apa? Datang tak di jemput..alih-alih nak mengamuk pula” bebel Mya.
“Sebelum
aku mengamuk lagi teruk, lebih baik kau buka pintu ini. Atau kau nak aku bakar
rumah kau ini? biar kau mati rentung dalam itu?”
‘SubhanaAllah syaitan apalah yang dah rasuk Zaliff
ini?’ tanya Mya lagi. Selak pintu di tolak.
“Kau
nak apa datang rumah aku malam-malam ini Zaliff?” soal Asmya.
“Aku
nak buat perhitungan dengan kau!”
“Perhitungan
apa nya? Cukup-cukuplah kau dah sakitkan hati Kak Nat. kali ini hati siapa pula
yang kau nak sakitkan? Lupa kanlah niat kau kalau kau nak sakitkan hati aku.
Kau silap”
“Kau
jangan cabar aku. Sebelum aku bakar kau hidup-hidup lebih baik kau buka pintu grill
ini, atau kau lebih rela mati rentung?”
“Kau
bakarlah kalau kau berani?”
“Betul?”
“Ya,
aku cabar kau Zaliff!”
“Baiklah…”
“Kau
jangan ingat aku takut dengan ugutan kau. Kau nak aku telefon polis? Kau nak
hidup kau sepanjang hayat kau habiskan dalam lokap?”
“Kalau
kau berani kau buatlah. Bukan setakat Natrah aje aku bunuh, dengan anak-anak
dia sekali aku bunuh. Aku sanggup!”
Suara Mya mengendur “….Tolong Zaliff jangan libatkan
Natrah”
“Kalau
kau tak nak aku libatkan Natrah, kau buka pintu ini sekarang!”
“Kau
nak apa?”
“Buka
pintu ini atau aku bunuh Natrah!”
Mendengarkan nama Natrah yang bakal jadi korban, Mya
akur dengan permintaan Zaliff. Dia tidak mahu Natrah di apa-apakan. Dia tidak
mahu Najihah, Nasuha dan Naqiu pula yang menjadi korban. Cukuplah dulu dia
kehilangan Naqib.
“Takut
juga kau eh aku bunuh kakak kesayangan kau itu”
“Untuk
selamatkan Natrah dan anak-anak angkat aku, aku sanggup lakukan apa sahaja”
“Baguslah.
Termasuk jadi korban?”
“Apa
maksud kau?”
“Apa
maksud aku eh.. kau tanya apa maksud aku?...maksud aku…” Zaliff menghampiri
Asmya. Tudung yang di pakai Mya direntap kasar.
“Cantik
muka kau bila tidak bertudungkan? Rambut kau panjang…”
“Tolong
Zaliff jangan buat aku macam ini..”
“Buat
apa? Aku tak buat apa-apa pun dekat kau. Aku saja nak berbual dengan kau!”
“Bukan
ini cara untuk kau selesaikan masalah Zaliff”
“Siapa
kata aku nak selesaikan masalah?”
“Kau
tak boleh buat aku macam ini Zaliff!” tengking Mya.
Tindakan nekad Zaliff merentap tudungnya membuatkan Mya
jadi takut. Berombak dadanya menahan ketakutan. Kalaulah saat ini dia mampu
untuk melawan dia akan lakukan apa sahaja untuk
mempertahankan dirinya termasuklah membunuh. Tindakan Zaliff langsung
tidak di duga. Apa salah dia pada Zaliff? Dia Cuma ingin menasihati bukan
menimbulkan pergaduhan.
“Kau
milik aku malam ini..”
“Tolonglah
Zaliff, aku merayu pada kau, tolong lepaskan aku Zaliff”
“Dah
tiada gunanya itu semua..”
Rayuan Mya tidak di endahkan. Tanpa rela Mya di
noda. Tanpa rela Mya menjadi habuan kepada nafsu serakahnya….
No comments:
Post a Comment