Zaliff menghenyak punggungnya di kerusi. Permintaan Mya
betul-betul keterlaluan baginya. Tetapi sekiranya dia enggan berbuat demikian,
selayaknya dia berkampung ke dalam lokap atau lebih menggerunkan lagi hukuman
sebatan yang bakal dia hadapi. Zaliff termenung lagi.
Panggilan telefon dari Fazzy menyentakkan
lamunannya. Telefon bimbit yang berdering di pandang kosong, sekosong hatinya
saat ini. Penat telefon menjerit, interkom di sisi meja pula berdering kuat.
“Ya?”
“Abang,
kenapa tak angkat ayang call?” soal
Fazzy. Merengek-rengek macam kanak-kanak ribena dah.
“Sorrylah, abang sibuk sangat ini. Ayang
nak apa?” kasar soalannya.
“Abang
ini kenapa? Macam nak tak nak aje jawab call
ayang?”
“Abang
sibuklah. Boss dah minta contract
baru untuk pelanggan baru itu. nanti-nanti kita sembanglah lagi boleh?”
“Abang
ini kan tak habis-habis sibuk kan? Bencilah!” gagang telefon di hempas kuat.
‘Aduh,
merajuklah pulak.’ Ujar Zaliff sambil tangan kirinya menepuk dahi.
Bingkas dia bangun dan keluar dari bilik pejabatnya
menuju ke meja Fazzy. Tujuannya untuk memujuklah, apa lagi.
“Ayang,
janganlah merajuk. Abang sibuk sangat-sangat. Bukannya abang lupa pada ayang
pun.” Ujarnya pada Fazzy yang sedang leka menaip sesuatu.
“Busylah sangatkan? Busy dengan bini abang itu. abang, kalau abang rasa abang tak boleh
nak tinggalkan dia, abang jangan mimpilah nak kahwin dengan Fazzy. Fazzy tak
sukalah dengar janji kosong abang itu.”
“Ayang,
kan kita dah bincang pasal hal ini. Kenapa ayang bagi abang pilihan pula?”
“Sebab
ayang tak nak hidup ayang di madukan. Ayang tahu peritnya hidup bermadu.
Semuanya nak kena kongsi. Semuanya nak kena bagi dua. Abang fikirlah baik-baik
okey?”
“Apa
ayang cakap ini? Kenapa mesti minta abang buat benda yang abang tak boleh nak
buat ini?”
“Sebab
ayang nak tengok sejauh mana abang sayangkan ayang.”
“Alasan
apa ini ayang?”
“Pleaselah abang, ayang dah penat nak
tunggu abang.” Fazzy masih tidak berganjak dengan keputusannya.
Qaisara masih menjadi pemerhati gelagat kedua-dua
pekerjanya yang melakukan aksi pujuk-memujuk di dalam pejabat. Sakit matanya
melihatkan Zaliff dan Fazzy. Lebih menyakitkan lagi apabila dia teringatkan
perbuatan Zaliff terhadap Mya.
“Awak
berdua ini tak ada kerja lain ke? Ini pejabat, bukan taman bunga tau. Sila buat
kerja masing-masing atau awak memang suka kalau kena buang kerja?” soal Sara
pada Fazzy dan Zaliff. Kelihatan muka Zaliff memerah di tegur begitu.
“Maaf
Cik Sara.” Ujar Zaliff berlalu pergi.
“Nanti
dulu Zaliff. Awak dan Fazzy masuk jumpa saya di bilik saya sekarang!” tegas
Sara. Kedua-duanya mengangguk.
Zaliff dan Fazzy masih lagi berdiri di hadapan meja
Sara. Sinis pandangan Zaliff pada Sara.
“Silakan
duduk. Maaf sebab panggil kamu berdua. Kebetulan dah nampak ini jadi saya nak
bercakap sedikit dengan kamu berdua.”
“Cik
Sara nak tanya apa?” soal Fazzy.
“Soalan
saya agak peribadi sedikit, tetapi ini melibatkan syarikat. Hendak atau tidak
saya kenalah tegur awak berdua. Saya tidak kisah apa pun hubungan awak berdua,
tetapi tolonglah, ini syarikat tempat bekerja bukan tempat untuk awak berdua
bercinta. Di luar waktu pejabat, di luar kawasan pejabat apa pun yang awak nak
buat, saya tak kisah dan saya tidak mahu ambil tahu. Tapi tolong, nak kerja
buat cara nak kerja.” Agak pedas juga ayat yang di sampaikan Sara. Fazzy dan
Zaliff saling berpandangan.
“Ada
orang complain ke?” soal Zaliff. Riak
wajahnya tegang.
“Ya,
banyak orang dah complain, dan saya
rasa saya tidak perlu lah nak cakap siapa sebab masing-masing ada mata, ada
mulut untuk bercakap kan. lagipun cara awak berdua terang-terangan, semua orang
boleh nampak dan awak seolah-olah suka pula berbuat begitu di khalayak ramai.
Orang tidak akan bercakap kalau mereka tidak nampak, betul tak? Jadi sebelum
saya buat keputusan dan ambil tindakan jadi tolonglah ubah sikap dan perangai
awak berdua. Walaupun saya tak nampak tapi Allah swt nampak apa yang awak
berdua buat. Saya tak nak nanti bila papa saya dapat tahu hal ini nanti awak
berdua kena buang kerja. Awak tahu kan papa saya macam mana?” Zaliff dan Fazzy
hanya menganggukkan kepalanya.
“Maaf
Cik Sara, saya janji saya tidak akan buat lagi hal macam ini.” ujar Fazzy pada
Sara.
“Baguslah.
Kalau tiada apa-apa lagi awak berdua boleh keluar.” Tegas Sara.
“Terima
kasih Cik Sara.” Hanya Fazzy sahaja yang bersuara. Zaliff hanya membatu. Kali
ini pada siapa lagi marahnya hendak di hamburkan?
‘Siapa pula yang pandai-pandai mengadu ini ha? Pelik
betul.’ Soal Zaliff sendiri. Entah kenapa matanya tertumpu ke arah bilik Asmya.
Tak akanlah Mya pula nak buat kerja bodoh ini? Tapi ada betulnya juga, sebab
Mya kan anak angkat papa Sara, mestilah dia di beri kelebihan. Tetapi atas
sebab apa pula dia nak buat macam itu? Pintu bilik Asmyaliana Ariffin di ketuk.
Tuk..Tuk..Tuk..
“Masuk.”
Ujar Mya dari dalam bilik.
“Kau
ke yang jadi manusia paling kepoh dalam pejabat ini?”
“Amboi,
datang-datang takde bagi salam
kemudian nak marah-marah. Kau kenapa? Dah buang tebiat?” api yang marak menjadi
semakin marak apabila disimbah dengan minyak.
“Aku
tanya kau, siapa yang mengadu hal aku dengan Fazzy pada Sara?”
“Mana
aku tahu. Kau ingat aku ini dah takde
kerja ke nak pergi cerita hal kau orang berdua? Bodoh!” bentak Mya.
“Mulut
kau itu jaga sikit. Kalau bukan kau siapa lagi? Sebab hanya kau dengan Sara aje
yang paling rapat dalam pejabat ini.”
“Ya,
memang aku paling rapat dengan Sara, tetapi itu tidak bermakna aku ini nak
kepoh hal kau. Ramai lagi yang nampak kau menggedik dengan Fazzy dekat kilang
ini. kau tanyalah budak-budak luar. Suka sangat main tuduh-tuduh. Tak sekolah
punya orang!” getus Mya marah.
“Tak
payah berdalih lagilah. Aku tahu hati busuk kau itu. Mulut longkang kau itu.”
“Hei
mangkuk hayun, kalau betul aku nak mengadu dengan Sara, bukan hal kau dengan
Fazzy, tapi hal kau dengan aku yang menjadi topik hangat kami. Lepas itu
senanglah Sara nak bawa polis datang sini tangkap kau.” Kemarahan di dada tidak
dapat di tahan lagi. segalanya di hamburkan, tidak semena-mena Zaliff
menuduhnya yang bukan-bukan. Tercengang muka Zaliff di buatnya.
“Layan
kau ini, buang masa aku lah!” herdiknya pula.
“Ingat
Zaliff, apa-apa berlaku kau jangan menyesal. Aku bagi kau tempoh sampai esok.
Jika tidak, lokap tempat kau.” Kali ini dia pula yang mengugut Zaliff. Jangan
ingat Asmyaliana ini penakut. Baru betul, buku bertemu ruas.



No comments:
Post a Comment