Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 23 November 2013

DIALOG CINTA KITA - BAB 6

BAB 6


Natrah bingung. Sudah dua kali dia muntah-muntah. Tak kena gaya di buatnya. Semalam Doktor Yazid sudah beberapa kali meminta dia ke hospital bagi menjalani rawatan yang sepatutnya dia jalani, tetapi Natrah degil. Dia lebih rela menyimpan penyakitnya, kerana dia tahu bahawa dia sudah di takdirkan untuk tidak hidup lama.
Sakit hatinya bertambah-tambah apabila dia melihat mms yang telah dikirimkan oleh seseorang. Dia sendiri tidak mengenali siapa, apa yang diterimanya ialah gambar Zaliff dan Fazzy. Terbakar hatinya. Kedengaran deruman enjin kereta Zaliff memasuki ruangan parkir. Cepat-cepat Natrah membersihkan wajahnya yang agak kelihatan lesu. Tidak mahu Zaliff perasan wajahnya yang semakin pucat.
            “Assalammualaikum..” Zaliff memberi salam.
            “Waalaikumsalam..” balas Natrah tidak semesra selalu.
            “Anak-anak mana?” soal Zaliff.
            “Semua dah tidur. Dah pukul berapa ini baru nak tanya anak? Lain lah kalau awal lagi, ini dah pukul sebelas malam. Tak tengok jam ke?” entah kenapa. Melihatkan wajah Zaliff membuatkan hatinya semakin terbakar.
            “Aik? Abang tanya, macam itu awak jawab? Awak ingat abang ini pergi berfoya-foya ke? Abang ini kerja tau, balik penat macam ini awak layan? Kalau macam itu lebih baik abang tak payah balik” terasa juga dia dengan jawapan Natrah.
            “Baguslah macam itu. Tak payah balik, lagi senang kot hati saya…” jawapan bersahaja Natrah membuatkan hati Zaliff semakin panas.
            “Awak jangan nak bagi darah abang naik. Sebelum abang naik hantu lebih baik awak diam”
            “Abang ingat, abang seorang aje boleh naik hantu? Saya tidak boleh? Cukuplah abang.. kalau setakat abang nak berpura-pura dengan saya, tak payah. Budak-budak bolehlah abang tipu, tapi kalau dengan saya abang silap orang”
            “Awak ini kenapa Natrah?”
            “Abang tanya saya kenapa? Perlu ke saya jawab soalan abang itu?”
            “Perlu atau tidak, itu tak penting. Yang penting, abang nak tahu kenapa awak suka cari pasal dengan abang?”
Telefon bimbit di tangannya di serahkan pada Zaliff.
            “Tengoklah gambar apa yang ada dalam itu..”
Wajah Zaliff memerah. Hatinya jadi panas. Dari mana pula Natrah dapat gambar-gambarnya bersama Fazzy?
            “Mana awak dapat gambar-gambar ini?”
            “Mana saya dapat gambar-gambar ini tidak penting. Yang penting sekarang ini, saya nak abang berterus-terang dengan saya sejauh mana hubungan abang dengan Fazzy?”
            “Awak nak suruh abang cakap apa? Awak sendiri dah ada jawapannya kan. buat apa lagi abang nak mengaku?”
            “Jadi betullah abang memang ada hubungan sulit dengan perempuan itu?”
            “Kalau ada kenapa?”
            “Jadi tak salahlah selama ini apa yang orang-orang cakap? Jadi tak silaplah mata Nat, waktu Nat ikut abang sampai ke rumah sewa Fazzy?” kali ini kenyataan Natrah amat mengejutkan Zaliff. Sehingga kerumah Nat mengekorinya. Zaliff meraup wajahnya berkali-kali.
            “Abang malas nak bertekak dengan awak. Kalau jiran-jiran dengar malu..”
            “Tahu pula abang malu, abang ikut Fazzy balik tak malu? Abang buat perkara terkutuk itu abang tak malu? Sedar lah diri sikit abang, Allah dah tunjuk dekat kita dulu, Allah ambil Naqib dari kita, tapi abang masih tak nampak kan?”
            “Cukup Nat. abang dah tak nak dengar apa-apa lagi. Abang penat..” tidak mahu dia berterusan bertekak dengan isterinya.
            “Kalau dari dulu abang jujur dengan Nat, takdelah Nat nak pergi spy abang. Takdelah Nat tertanya-tanya lagi atau Nat fikir yang bukan-bukan. Terima kasih sebab akhirnya abang terus terang juga dengan Nat” ujar Natrah sedikit kecewa. Apalah dayanya jika itu yang Zaliff inginkan? Natrah hanya mampu berserah.
            “Nat, abang dah buat keputusan nak kahwin dengan Fazzy” Ujar Zaliff lambat-lambat. Natrah agak terkejut, tetapi dia berjaya menyembunyikan perasaannya. Baginya tiada apa lagi yang peliknya jika Zaliff berkeinginan begitu. Dia harus redha. Apalah sangat kan lagi pun Nat tahu Zaliff menipu selama ini.
            “Kalau abang dah buat keputusan, Nat tak boleh nak kata apa-apa lagi. kalau betul abang nak kahwin dengan Fazzy, izinkan Nat pergi meminang dia. sebelum itu Nat nak tanya abang, Fazzy dah habis edah ke?”
            “Mana Nat tahu dia masih dalam edah?”
            “Siapa tak kenal Fazzy abang.. Maaf…kalau boleh abang selesaikan dulu dengan Fazzy supaya proses kahwin abang dengan Fazzy tiada masalah di kemudian hari nanti”
            “Itu nanti abang selesaikan sendiri dengan Fazzy, Nat tak perlu ikut campur. Itu urusan abang”
            “Baiklah abang, Nat faham. maafkan Nat, kalau ada apa-apa yang abang perlukan pertolongan Nat, abang beritahulah. In shaa Allah kalau Nat boleh tolong, Nat akan tolong abang” Hati yang menangis tiada siapa yang tahu. Dirinya hanya manusia biasa, saat dia bertarung nyawa melawan penyakitnya sendiri, suaminya pula bermain kayu tiga. Tidak cukupkah selama ini dia menghambakan diri pada Zaliff?
Langkah di atur menuju ke bilik anak-anaknya. Biarlah di pujuk hatinya supaya bersabar, biarlah dia tenang untuk seketika.
            “Sayang… ayah nak kahwin lagi. Dah takde siapa nak sayangkan mama lagi. tapi mama redha. Mama ada anak-anak mama. Anak-anak mamalah segala-galanya buat mama” rintihnya sendiri. Sungguh dia tidak mampu untuk berfikir lagi saat ini. Hatinya seakan di siat-siat. Jasadnya seakan terbang ke awangan. Untuk apa lagi dia di situ kalau semuanya sudah pasti begitu? oh Tuhan…..
Telefon bimbitnya di capai. Nombor telefon milik Mya di tekan…
            “As..” rintihnya memanggil nama Asmyaliana setelah talian bersambung.
            “Akak…Akak kenapa ini? cuba akak cakap dengan As akak…” Mya cuba menenangkan Natrah. Dia pasti ada sesuatu yang telah menganggu kakak angkatnya itu. Kenapa kakak angkatnya itu menangis? Kenapa?
            “As akak dah tak kuat lagi..As..”
            “Akak, cuba bawa bertenang. Akak kenapa sebenarnya? Cuba akak cerita dekat As perlahan-lahan” sekali lagi dia cuba untuk memujuk.
            “As, abang Zaliff dah buat keputusan As”
            “Keputusan apa kak? keputusan apa?” dua kali Mya menyoal..tak sabar pula dia ingin tahu.
            “Dia dah buat keputusan nak kahwin dengan perempuan itu As”
            “Perempuan mana pulak kak?”
            “Fazzy..”
            “Astaghfirullah halazim.. Abang Zaliff ini dah gila ke apa?”
            “Entahlah As, akak tak tahu. Apa akak nak buat As?”
            “Akak, akak bawa bertenang. Cuba akak tarik nafas. Sekarang ini As nak tanya akak, akak dah berterus-terang dengan abang Zaliff belum?”
            “Biarlah dia tak tahu As. Akak tak nak dia rasa terbeban pula nanti”
            “Tapi dia patut tahu akak. Kenapa dengan akak ini? Abang Zaliff dah buat akak macam sampah lagi akak nak bela abang Zaliff  itu? Akak….wake up..”
            “Mungkin inilah pengakhiran hidup akak As”
            “Akak, masih sempat untuk kita ubah kak. kenapa akak cepat sangat mengalah?” soal Mya tidak puas hati.
            “Sebab akak tahu masa, akak dah tak lama lagi dan akak perlu bersedia.”
            “Akak, tak baik akak cakap macam itu. Akak kena kuat hadapinya. Akak kena tabah. Ini dugaan Allah akak. Allah pilih akak sebab Allah tahu akak kuat untuk hadapi semua ini. itu tandanya Allah sayangkan akak”
            “Hakikatnya akak tak sekuat yang As sangkakan. Akaklah wanita yang paling lemah As”
            “Akak, apa pun yang berlaku, As ada dengan akak. As akan bantu akak, selagi As mampu akak. Itu janji As pada akak”
            “As, satu aje akak minta pada As, kalaulah satu hari  nanti di takdirkan akak pergi dulu, As janji dengan akak tolong jaga anak-anak akak eh As. Kalau ayah diorang nak buang diorang, As jagalah mereka. As didiklah mereka As”
            “In shaa Allah kak. As janji kak. As sayangkan akak. As tak nak akak tinggalkan As. Akak, akak kena kuat..”
            “Cukuplah kalau As berada di sebelah akak. Cukuplah kalau As sentiasa bela nasib anak-anak akak”


            “In shaa Allah akak, kalau As boleh tolong, As cuba tolong akak” kali ini Mya pula cuba meletak seribu kepercayaan buat Natrah. Kak Nat, As yakin kak Nat mampu. Akak bertahan ye…

No comments:

Post a Comment