Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, 23 November 2013

DIALOG CINTA KITA -BAB 5

BAB 5

Jam di pergelangan tangan menunjukkan ke pukul 5 petang. Hujan lebat yang turun membuatkan segala rancangannya tergendala. Telefon bimbitnya berdering, minta di jawab.
            “Hello beb kau dekat mana?”
            “Aku dekat pejabat lagi ini. Aku nak balik tapi hujan lebat gila beb. Kau kat mana?”
            “Aku ada dengan Fiq ini. Tengah makan. Beb datanglah sini”
            “Kat mana?”
            “Ampang point”
            “Alah malaslah. Aku nak baliklah nak tidur..”
            “Semedang tidur aje tau. Cubalah aktif sikit”
            “Takde masa lah. Lagi pun banyak projek tergendala dekat rumah itu. Nak siapkan jahit langsir”
            “Eee..macam makcik-makcik lah beb. Kan dah cakap hari itu tempah aje, buat apa nak susah-susah jahit”
            “Kemahiran ada, tapi kalau tidak di gunakan, tak membawa apa-apa maknalah beb. Pandai jahit, maka nya jahitlah sendiri. Buat apa nak hantar upah dekat orang?”
            “Yelah. Okeylah. Betul ini tak nak datang? Tak menyesal?”
            “Tak lah..”
            “Okeylah beb. Bye..”
            “Bye..” Mya tersenyum mengenangkan kekalutan sahabat baiknya itu. Macam-macam hal lah minah ini, bisik Mya.
Fail-fail yang bersepah di atas meja di kemas. Sama ada dia mahu atau tidak, dia kena redah juga hujan yang mencurah lebat di luar sana. Nasib baiklah dia ada spare payung dalam pejabat, jadi tak susahlah untuk dia berjalan ke tempat parkir kereta.
Pintu kaca utama di tolak, bunyi bingit hujan berserta guruh agak menakutkan juga. Itulah tadi, macam berani sangat…
            “Tolong hantar aku ke kereta aku? Aku tak ada payunglah” tiba-tiba sahaja, ada manusia yang bersuara. Tadi marah-marah, sekarang pandai pula nak minta tolong..ujar Mya dalam hati. Kalau ikut hati jahatnya, hendak sahaja dia tinggalkan mamat itu dekat situ. Lantak kaulah kalau kau basah..
Baru sahaja dia ingin mengangkat kakinya untuk melangkah setelah payung di buka, tiba-tiba Zaliff buat kejutan dengan berdiri di sebelahnya.
            “SubahanaAllah..” Mya terkejut.
            “Aku tahu kau tak nak tumpangkan payung untuk aku. Aku peduli apa, kau kena hantar aku ke kereta aku. Dah lah hujan lebat” bebel Zaliff.
Eeee..mamat ini, orang tak pelawa dia, dia buat muka tak tahu malu pula. Mya terus melangkah tanpa memperdulikan makhluk asing yang sedang beriringan dengannya.
            “Eh, kau ini kan cubalah jalan itu laju sikit. Jalan macam kura-kura lah” Ewah, dah lah tumpang payung orang lepas itu nak arah-arah orang pulak. Mya diam…
            “Wei, cubalah payung itu angkat tinggi sikit. Aku ini tinggi, dah jalan macam orang bongkok di sebabkan kau ini pendek sangat” wah, semakin menjadi-jadi dia mengkritik. Sebenarnya dia sengaja itu.. dia nak mention aku pendek. Mya tersenyum. Payung di tangan makin di rendahkan.     
            “Oi, sakitlah kepala aku!” marah Zaliff.
            “Kalau menumpang, buat cara menumpang” Mya menegur. Lebih kepada peringatan sebenarnya..
Setibanya di dua persimpangan sebaik sahaja melepasi pintu padar besar, Mya membelokkan langkahnya ke arah kanan.
            “Eh, kereta aku dekat sebelah kirilah!”
            “Aku peduli apa kereta kau sebelah kiri ke kanan. Suka hati akulah. Kau ingat kau itu YB ke aku nak hantar kau sampai kereta?” bebel Mya.        
            “Eh, biadap betul minah ini kan..”
            “Siapa biadap? Aku ke kau? Dah lah tumpang teduh dekat payung orang, lepas itu banyak bunyi pulak” penggera pintu kereta di tekan.
            “Nah, ambil payung ini. Jangan lupa pulang ya..Encik Zaliff” ujar Mya sebaik sahaja dia memboloskan diri ke dalam kereta. Zaliff jadi berang.
Padan muka kau, dari pagi tadi kau asyik provok aku kan. kau kutuk-kutuk aku kan. ambik kau!
            “Kurang ajar punya minah senget. Takpe, kau kenakan aku. Nanti aku kenakan kau balik ” ujar Zaliff. Merah muka dia.

Sebaik sahaja Zaliff memboloskan diri kedalam Toyota Vios nya, payung milik Mya di campak ke lantai kereta bahagian belakang. Marah dekat tuan punya payung, tapi payung yang kena tempiasnya. Kalaulah payung itu boleh bercakap, mungkin payung itu akan kata ‘Apalah manusia ini, bangang sangat. Dah lah guna aku, lepas itu suka-suka campak aku macam ini. Memang dasar manusia tak guna, tak reti nak bersyukur!’ Kalau lah itu yang payung katakan, rasanya Zaliff pengsan kot?

No comments:

Post a Comment