BAB 4
Mya termenung lagi. Sejak dua menjak ini dia rasa
tidak sedap hati. Orang tua-tua pernah pesan kalau hati berasa tidak enak, itu
kemungkinan ada perkara buruk yang akan berlaku. Jadi kenalah beristighfar dan
memohon pada Allah swt supaya kita di lindungi.
“Hurmmm…”
dia mengeluh lagi. entah apalah yang di keluhkan.
“Kau
ini kenapa beb? Apa masalah kau sebenarnya?” soal Sara pada Asmya.
“Entahlah,
dua tiga hari ini hati aku tak keruan lah. Macam ada sesuatu nak berlaku” di
suarakan isi hatinya pada Qaisara.
“Kau
ini banyak sangat berfikir yang bukan-bukan kot? Cubalah bawa-bawa mengucap.
Tak pun kau pergi ambil wuduk lepas itu kau solat. Minta petunjuk dari Dia.
Dialah sebaik-baik tempat untuk kau mengadu”
“Entahlah
Sara. Aku dah tak tahu macam mana aku nak buat. Oh ya, apa cerita semalam? Kata
pergi beli cadar baru? Dapat cari tak?”
“Of course lah dapat. Brand Akemi, ada less kau.. Aku ada belikan kau satu. Nanti balik, ambil dalam
kereta eh..”
“Ya
Allah beb, kau ini buat susah-susah aje. Lain kali belilah dua tiga untuk aku.
Ini beli satu aje..”
“Hamboi..thank you takde apa takde lagi mau
komplen ke?”
“Ala
gurau ajelah. Okeylah, aku nak balik bilik dulu. Sekejap lagi ada meeting dengan budak-budak stor. Nanti
lambat pulak masuk bilik mesyuarat”
“Oh..haah..hampir
terlupa aku, tadi papa ada pesan, meeting
teruskan aje sebab papa takde, ada hal dekat Johor”
“La..habis
itu minit mesyuarat? Siapa pula yang nak mulakan mesyuarat kalau papa takde?”
soal Mya. Nak suruh dia, manalah minah ini pandai cakap sangat pun kan. kalau
setakat menyanyi lagu negaraku itu bolehlah… ye tak?
“Ala,
pandai-pandai kau lah Mya. Yang penting meeting
jalan macam biasa. Lagi satu pasal mamat perasan bagus itu, apasal aku tengok
dia macam anti sangat dengan kau?”
“Mana
kau tahu dia anti dengan aku?”
“Dari
cara dia pandang kau, aku tahulah. Lagi-lagi bila papa suruh dia tanya kau
pasal customer baru dari Auckland
itu. Marah betul muka dia. dia memang tak boleh berbincang dengan kau ke?”
“Entahlah
Sara. Penatlah nak layan mamat perasan bagus itu”
“Janji
kerja kau siap sudahlah” ujar Sara. Bahu sahabatnya itu di tepuk perlahan. Mya
berjalan kembali menuju ke bilik pejabatnya. Bertembung dengan Zaliff memang
satu perkara yang seharusnya dia elakkan. Bukan apa, bila dia tenung muka Mya,
macam harimau nak terkam mangsanya. Cukuplah Mya kena sekali dengan dia
tempohari…
“Sales contract untuk pelanggan baru itu
dah siap ke belum?” soal Zaliff pada Mya. Mya menggelengkan kepalanya.
“Kenapa
belum siap lagi? Bila boss kasi kau sales
contract itu?”
“Hari
jumaat. Kenapa?”
“Dan
bila pula kau boleh settlekan ini
semua?”
“Maksud
awak itu apa?”
Mya..Mya..dia cuba nak psiko kaulah. Kau tak nampak lagi ke? Atau kau memang buta?
“Maksud
aku bila masanya kau boleh selesaikan benda ini semua? Boleh tak kau bagi aku
satu tarikh tepat supaya aku boleh prepare
laporan untuk aku bagi pada boss?”
“Tak
boleh nak janji sebab saya ada banyak lagi benda yang urgent”
“Itu
kau punya pasal. Apa yang aku tahu, sales
contract itu ada atas meja sebelum aku balik pukul lima petang nanti”
“Tak
janji!” jawab Mya. Nada marah. Kau ingat kau siapa, suka-suka nak paksa aku?
Hei, kau manager, aku pun managerlah. Tak payah nak belagak
sangat.
“Suka-suka
kau kan! aku tak peduli”
“Suka
hati akulah” Ha, kan mak Jemah dan guna ‘aku’.Mya angkat kaki dan jalan terus.
Malas nak layan mamat yang tak ada kesedaran sivik itu. Suka-suka nak paksa
orang. Suka-suka nak marah orang. Apa dia ingat dia itu besar sangat ke nak
marah-marah aku? Blah..la…
“Belagak
eh kau!” Zaliff masih lagi membuntuti Mya, di kejarnya Mya sehingga ke dalam
bilik pejabatnya.
“Awak
nak apa lagi ini? saya ada banyak kerja lah nak buat”
“Aku
nak sales contract itu”
“Pergilah
buat kerja lain dulu. Nanti dah siap saya bagilah pada awak”
“Sekarang!!”
tengking Zaliff. Memaksa betul. Mya agak terkejut sedikit. Tapi macam biasalah
dia buat muka tak bersalah. Telefon di sisi meja di capai.
“Maria,
semua department dah ada?”
“Dah
Cik Mya”
“Okey
saya datang sekarang” Fail di tepi meja di capai, beg laptopnya juga di sandang
di bahu.
“Wei,
kau nak ke mana itu?” soal Zaliff. Masih lagi tak puas hati.
“Maaf
saya ada mesyuarat. Eh…Encik Zaliff, awak dah lupa kita ada mesyuarat petang ini?”
“Huh!”
Zaliff mendengus geram. “Ini semua kau punya pasal!” tengkingnya lagi.
“Salah
sendiri, nak salahkan orang. Blah lah..” sambil berlalu, dia membebel. Melayan
kerenah Zaliff menjadikan Mya sama seperti orang gila. Entah apa yang tidak kena
dengan Zaliff. Tak cukup-cukup lagi ke dia bagi aku penampar percuma tempohari?
Masih tak puas hati lagi dengan aku? Dia ingat dia itu siapa? Menyesal pulak
ada jiran macam mamat ini….
Ya, dulu Zaliff dan Mya berjiran di kampung. Sejak
kedua orang tua Mya meninggal, Mya berhijrah ke bandar. Dan mereka bertemu
semula apabila Zaliff ingin berkahwin dengan Natrah, kakak angkatnya yang di
kenali sewaktu dia melanjutkan pelajaran.
No comments:
Post a Comment