Sudah dua tiga kali Natrah cuba menghubungi suaminya
itu, tetapi talian telefon kerap di matikan. Ke mana sahajalah si suami itu
pergi, dah tak ingat nak pulang ke rumah agaknya. Akhirnya Natrah hanya
meninggalkan pesanan ringkas sahaja.
Abang,
Nat call abg byk kali tp x jawab. Nat nk ingatkan abg, jgn lupa belikan susu
Najihah. Dah merengek ini, susu kehabisan.
Moga-moga Zaliff nampak mesej yang di hantar. Sejak
kebelakangan ini Zaliff kerap balik lewat. Kali ini entah siapa pula lah yang
menjadi mangsa kasanova suaminya itu. Jodoh pilihan keluarga, Natrah terima
dengan redha. Awalannya rumahtangga dia dan Zaliff bahagia. Tapi sejak Zaliff
berhenti kerja, dan mula kerja di tempat baru segalanya berubah. Perubahan
lebih nampak bila dia dan Zaliff kehilangan anaknya yang kedua.
Sebaik sahaja Zaliff membaca pesanan ringkas dari
Natrah, hatinya menyinga tiba-tiba. Entah kenapa dia jadi begitu dia pun tak
tahu. Meluap-luap jadinya.. sejak kebelakangan ini hati dia jadi membara bila
Natrah sering menimbulkan kemarahannya.
“Abang,
tadi Nat telefon abang banyak kali kenapa abang tak jawab?” soal Natrah sebaik
sahaja kelibat suaminya itu di lihat memasuki pintu rumah.
“Abang
kan kerja. Abang sibuklah. Takde masa nak jawab telefon Nat. Tak akanlah Nat
tak boleh pergi sendiri beli susu Jihah? Semua nak harap abang ke? Nat yang tak
kerja, duduk rumah dua puluh empat jam Cuma uruskan anak-anak aje pun. Abang
tau yang keluar pergi cari duit nak bagi Nat dengan anak-anak makan.” Bebelnya
pada Natrah.
“Abang,
kalau Nat ada duit dekat tangan Nat tak minta abang pergi beli susu Jihah lah
abang. Abang dah lupa ya, bulan ini abang langsung tak beri Nat duit belanja.”
Natrah cuba menerangkan kedudukan sebenar pada Zaliff.
“Tak
akanlah Nat langsung takde duit?”
“Takde
abang. Duit Nat semua dah habis buat beli lauk. Kenapa sejak dua menjak ini Nat
tengok abang banyak berubah. abang dah tak macam dulu”
“Apa
maksud Nat?”
“Abang,
Nat tak minta lebih, dari abang. Tapi kalau benar cerita orang-orang yang kata
abang ini ada perempuan lain, Nat rasa ada baiknya abang berterus terang dengan
Nat. Abang tolonglah jangan buat Nat macam tunggul kayu dekat rumah ini. Kalau
abang jujur dengan Nat, Nat tak marah abang. Yang penting abang jujur”
“Siapa
cakap dengan Nat abang ada perempuan lain ini? Ini mesti Mya yang cakap kan?”
“Abang
jangan nak tuduh As sembarangan abang. As tak tahu apa-apa pun dalam hal ini.
Abang ingat Nat buta ke abang? Nat nampak abang bawa perempuan itu hari itu,
Nat memang sengaja ikut abang sampai ke Bandar hari itu. Abang cakap dengan Nat
abang kerja lebih masa hari ahad, tapi abang pergi joli katak dengan perempuan
itu kan? Abang ingat Nat tak kenal siapa perempuan itu?”
“Ha,
baguslah. Sekarang ini Nat dah pandai jadi spy
abang kan? Siapa yang ajar Nat jadi macam ini? Ini mesti Mya yang ajar kan?
Bagus sangatlah itu kan..” tidak habis-habis Mya yang dipersalahkan.
“Abang,
boleh tak kalau abang jangan kaitkan hal kita dengan As. As langsung tidak ada
kena mengena dengan rumah tangga kita. Nat tahu, dia banyak berahsia dari Nat
pasal abang. Nat tak pernah desak dia bercerita dengan Nat pasal abang. Nat
tahu semua cerita pasal abang sebab Nat nampak dengan mata kepala Nat sendiri
abang. Abang masih nak berdalih dengan Nat lagi?”
“Dah
lah Nat, abang penat ini tau. Abang balik kerja, patutnya Nat tanya abang dah
makan ke belum, ini tidak Nat membebel tak habis-habis. Sebab itulah abang fed up nak balik rumah.”
“Iyalah,
kalau balik rumah tengok Nat dengan anak-anak abang cakap fed up. Tapi kalau abang mengadap perempuan itu tak fed up pulak kan? kalau macam itu lebih baik abang
lepaskan Nat aje. Hati abang pun tak sakitkan? Lagi satu, buat apa Nat nak
sibuk-sibuk tanya abang dah makan ke belum? Dah sememangnya lah kan abang itu
dah makan dengan perempuan itu dekat luar. Abang, suka hati abang lah nak buat
apa lepas ini. Kalau apa-apa berlaku pada Nat dengan anak-anak, abang jangan
menyesal pulak ye lepas ini..”
“Nat
ugut abang ke?”
“Nat
tak ugut abang, Nat cuma ingatkan abang sahaja. Tak selamanya kita dekat atas
abang. Hidup kita ini ibarat putaran roda, kadang kita di atas dan kadang kita
di bawah. Bila kita di bawah waktu itu abang kenalah sedar, siapa diri abang
dan dari mana asal usul abang. Jangan jadi manusia yang lupa daratan abang..”
“Nat
kalau bercakap memang pandaikan?”
Natrah berlalu pergi meninggalkan Zaliff yang masih
lagi berdiri di ruang tamu. Sejak dia di sahkan doktor menghidap barah
paru-paru, Natrah lebih banyak memendam perasaannya. Apa yang terbuku di hati,
hanya dia simpan seorang diri. Apa salahnya pada Zaliff hinggakan suami nya itu
sanggup melakukan diri nya sebegitu. Ya! Dulu Natrah memang cantik. Tetapi
sejak dia berkahwin dengan Zaliff, penampilan diri agak kurang di utamakan.
Iyalah, mana dia nak uruskan anak-anak lagi, nak siapkan makan anak-anak dan
Zaliff lagi. tapi apa yang penting baginya Zaliff terima diri dia seadanya. Bila
dah ada empat orang cahaya mata, Zaliff betul-betul berubah. Masih segar di
ingatannya sewaktu mereka baru sahaja mendirikan rumahtangga..
“Maafkan
Nat kalau di mata abang Nat serba-serbi kekurangan. Nat memang macam ini. Nat
terima abang seadanya walaupun Nat tahu, kedua orang tua kita yang jodohkan
kita. Nat tidak membantah”
“Sayang,
abang pun macam itu juga. Abang ini rupa tak lah hensem, harta pun tak ada.
Yang abang ada Cuma kasih sayang untuk Nat dan anak-anak kita yang bakal lahir,
itu aje. Abang pun harap sangat Nat tak menyesal kahwin dengan abang..”
“Abang,
abang jangan cakap macam itu. Nat terima abang seikhlas hati Nat. Nat pun harap
abang macam itu jugak”
“Iya,
abang pun sama sayang..”
Waktu itu, dunia dia rasa sangat bahagia. Bergurau
senda, kemana sahaja Zaliff pergi tidak pernah sekali Zaliff meninggalkan dia
sendirian. Zaliff penyayang, Zaliff baik hati dan Zaliff bukanlah pemarah
orangnya. Dia sayangkan Zaliff, walau pada mulanya ikatan perkahwinan yang di
bina tanpa rasa cinta. Semakin hari, dia mengenali Zaliff hatinya tertaut.
Kekurangan yang ada pada Zaliff di isi dengan kelebihan yang dia ada. Di dalam
usia yang muda, dia bertindak nekad untuk berhenti kerja dan menguruskan
rumahtangga tanpa memikirkan akibatnya. Itu semua untuk Zaliff, untuk
keluarganya. Tapi sayang, dia sangkakan panas hingga ke petang, tetapi hujan di
tengahari…
No comments:
Post a Comment