Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 20 November 2013

DIALOG CINTA KITA -BAB 2

BAB 2


Leka Mya menyiapkan tugasannya sebelum pulang, masalah Kak Natrah di tolak tepi untuk sementara waktu. Serabut dibuatnya.
Tuk..tuk..tuk…
 Qaisara datang mengetuk pintu.
            “Masuk..”
            “Beb, sibuk ke?”
            “Ada apa ini? janganlah kacau aku, aku nak siapkan laporan ini. Nanti papa  kejar aku minta laporan ini..”
            “Ala, nanti aku cakaplah dengan papa jangan kejar kau. Beb, petang nanti ikut aku jom?’
            “Pergi mana lagi Sara? Aku penat lah..”
            “Ala jomlah beb. Jusco ada Jcard day. Aku nak beli cadar baru lah..”
            “Malaslah beb. Aku nak kemas rumah lah. Rumah aku itu dah macam tongkang pecah kau tahu tak.”
            “Alah duduk bujang. Bukannya kau itu dah berlaki pun..”
            “Tengoklah dulu. Aku nak rehatlah..”
            “Kau ini kenapa? Selalu kau tak macam ini. Kalau aku ajak, laju aje kau. Ada yang tak kena ini kan..” sengaja Qaisara menebak. Selalunya sahabatnya itu takdelah menolak sungguh-sungguh, tapi kali ini langsung tak nak ikut. Qaisara masih lagi tidak  berpuas hati, langkah di hayun. Berdiri betul di sebelah Mya.
            “Beb, jomlah..” Mya terkejut. Hampir sahaja pen di tangan terlepas.
            “Kau ini kenapa?” mula lah dia nak naik angin. Belum habis fikir lagi masalah dengan Zaliff, kini Sara pula datang buat masalah. Siapa tak naik angin ye tak? Tiba-tiba kena sergah macam itu. Tahulah anak boss, tapi janganlah suka-suka dia aje nak buat orang macam itu. Nasib baiklah kau ini kawan aku Sara, kalau tidak dah lama aku tuam muka kau yang cantik ini ha…
            “Beb, kenapa dengan pipi kau ini?” Soal Sara. ha..kan dah kantoi..ini yang aku malas sebenarnya nak pandang muka kau. Laju aje dia nak cari idea untuk menipu.
          “Aku jatuh tadi dekat tandas. Ala..sikit ajelah. Itu yang aku malas nak ikut kau. Kau pergilah ajak bf kau itu..”
            “Ala, malas lah aku ajak Shafiq. Macam-macam alasan dia bagi. Nak pergi mesyuarat lah, ada temujanji makan malam lah. Bosan aku dengan dia”
            “Lain kali lah kita pergi eh? Muka aku tengah macam ini aku seganlah.”
            “Kalau macam itu kita pergi klinik ajelah. Lebam sekali pipi kau ini..macam mana kau boleh jatuh dekat tandas itu? Setahu aku makcik Eton itu kalau cuci tandas, dia mop mesti sampai kering. Nak kata floor licin tak jugak aku tengok”
            “Ala, aku pun tak tahu macam mana aku boleh jatuh. Cuma yang aku ingat, kaki aku terlanggar baldi yang makcik itu buat isi air dekat tepi toilet itu. Itu yang aku tergelincir dan jatuh macam nangka busuk. Pipi aku ini ciumlah sink batu yang dekat tepi itu. Itu yang lebam”
            “Cerita kau ini macam tak masuk akal. Tapi takpe, aku akan siasat hal ini. sebab kau ini bukan boleh percaya sangat. Entah-entah mak Bedah mana yang lempang kau ini, kau cakap kau jatuh. Beb, kau ada skandal dengan suami orang ke? Baik kau cakap dengan aku..”
            “Ish..choiiii, mulut kau ini kan memang tiada insuran kan? aku? Nak ada skandal dengan suami orang? Mintak simpanglah beb.. lebih baik aku pilih duda dari aku pilih suami orang yang  akan bagi aku masalah satu hari nanti”
            “Iyalah. Manalah tahu kan. kau kalau ada apa-apa cerita mana nak cerita dekat aku. Sampai la ni..aku tak tahu siapa boyfriend kau. Kau ini banyak rahsialah beb.”
            “Beb, tak akanlah hal-hal dalam kain aku, aku nak cerita dekat kau beb. Kau ini pun agak-agaklah.”
            “Kata bestfriend forever, tak akanlah semua benda kau nak simpan ye tak? Iyalah, kau kan ramai kawan baik, bukan aku seorang aje kawan kau kan?”
            “Kau ini Sara, suka cakap benda yang bukan-bukanlah. Kawan mana lagi yang aku ada kalau bukan kau Sara. Kaulah yang banyak tolong aku Sara. Aku ini dah lah takde siapa-siapa lagi. Walid dan umi aku dah lama meninggal. Yang aku ada cuma adik lelaki aku aje yang masih belajar dekat India. Sara, kau lah kawan yang banyak tolong aku dengan adik aku Sara. Lagi-lagi papa  yang sanggup biayai pengajian adik aku dekat India”
            “Beb, papa dengan mama  dah anggap kau dengan Arman ini macam anak dia sendiri tau. Apa yang aku dapat, itu jugak yang papa bagi dekat kau kan? kau janganlah nak cakap macam itu. Papa dengan mama sayangkan kau tau.”
            “Itulah, kadang-kadang aku malu dengan keluarga kau. Semua benda papa dengan mama kau support, sampai rumah itu pun papa kau yang belikan. Aku tak tahu lah macam mana nak balas budi baik kau sekeluarga Sara.”
            “Ini yang aku malas ini kalau bab-bab yang sentap-sentap. Sedih-sedih, dah jangan fikir yang bukan-bukan. Aku, papa dengan  mama sayangkan kau dengan Arman. Arman itu dah macam adik aku sendiri tau. Aku tak nak kau jauhkan diri kau dari aku dan keluarga. Apa sahaja masalah, aku nak cerita kau dengan aku..”
            “Yelah.. okeylah, aku nak siapkan laporan ini. nanti papa bisinglah. Kau ini janganlah kacau aku. Nanti apa pulak orang cakap kan, tahu lah kau itu anak boss tapi masa kerja kena lah kerja..”
            “Iyalah makcik. Ish, sakit telinga dengar kau ini asyik membebel aje..”
            “Ala, aku bebel kan untuk kebaikan. Esok-esok kalau aku takde mesti kau rindukan aku. Kau tengoklah nanti..”
            “Ada pula cakap macam itu. Kau jangan nak merngarut sangatlah Mya. Okeylah aku balik bilik dulu. Apa-apa hal interkom aku. Eh, lupa nak tanya macam mana dengan kakak angkat kau yang sakit itu? Dah buat rawatan yang aku cakap itu?”
            “Aku dah beritahu dia hari itu, tapi dia tak nak lah Sara. Degil betullah dia itu. Dia kata nanti membazir duit. Nanti kalau dia pergi buat rawatan itu, kesian anak-anak dia dekat rumah takde siapa nak jaga”
            “Kau nasihatkanlah dia. cakap kat dia kalau dia sayangkan anak-anak dia, dia kenalah buat rawatan itu. Dia nak ke anak-anak dia jadi anak yatim dalam usia yang masih muda dan tak tahu apa-apa. Memanglah kalau dah ini yang di katakan takdir, kita kenalah terima tapi sekurang-kurangnya kita kenalah berusaha betul tak?”
            “Itulah, nanti aku nasihatkan dia lagi. Aku pun kalau boleh, tak nak dia terus berkeadaan macam itu. Ini sekarang aku dengar suami dia pulak buat hal”
            “Iya ke? Buat hal macam mana?”
            “Apa lagi skandal baru lah..”
            “SubhanaAllah, eii..geramnya aku dengar. Mamat itu ada skandal dengan budak HR itu ke?”
            “Mana kau tahu?”
            “Bangkai, mana boleh sorok. Nanti bau jugak.. kalau dengan aku ini tak payahlah sorok-sorok, cerita apa pun dekat kilang ini aku boleh tahu..”
            “Yelah, kau kan boss”
            “Kau pun boss juga kan..boss kecik”
            “Dah lah, pergi lah balik bilik kau. Jangan kacau aku..”
            “Yelah boss kecik.”

Asmyaliana ketawa melihat kerenah Qaisara. Kadang-kadang dia tak faham dengan mind set kawannya itu. Selamba aje, macam orang yang takde masalah langsung.

No comments:

Post a Comment