Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 20 November 2013

DIALOG CINTA KITA - BAB 1

BAB 1


Panas! Itulah yang Asmyaliana rasakan saat ini apabila telapak tangan lelaki itu menempeleng pipinya. Tidak habis-habis dengan sikap buruk sangkanya, yang akhirnya mengakibatkan orang lain menjadi mangsa. Mya jadi tepu, setepu hatinya. Sudah berkali-kali dia menyatakan bahawa dia tiada kena mengena dengan permasalahan tersebut, tetapi lelaki itu tetap tidak mempercayai kata-katanya. Kalau ikut hati, mahu sahaja di hempuk lelaki tersebut dengan batang mop yang tersandar di tepi tandas. Geram!
            “Berapa kali aku nak cakap dengan kau jangan masuk campur hal rumah tangga aku, tapi kau ini memang degil kan?”
            “Apa masalah abang Zaliff ini? Bila lah pula masa Mya masuk campur urusan rumah tangga abang?”
            “Kau jangan nak berdalih dengan aku lagi boleh tak? Apa yang kau cakap dengan Natrah pasal hal aku?”
            “Cakap apa? Mya tak jumpa pun kak Natrah, bila masa pula Mya nak mengadu yang bukan-bukan hal abang dekat Kak Natrah?”
            “Kau tak payah nak buat muka terkejut sangatlah Mya. Kau ingat, aku nak percaya cakap kau itu? Kau ingat aku tak tahu apa yang kau ngadu tentang aku pada Natrah?”
            “Apa nya yang saya mengadu dekat Kak Natrah ini? Tak pasal-pasal saya pula yang kena lempang. Ingat sikit abang Zaliff, saya boleh dakwa abang dekat mahkamah kalau saya nak. Pertama sekali saya boleh cakap abang pukul saya, sedangkan abang tiada apa-apa hubungan dengan saya. Dan yang kedua saya boleh cakap yang abang ini lakukan gangguang seksual dekat saya. Saya boleh pastikan abang kena saman, ataupun yang lebih dahsyat lagi masuk lokap. Itupun kalau saya mahu lah nak buat macam itu”
            “Kau tak payah nak ugut aku sangatlah. Lagi sekali kalau kau mengadu dengan Natrah pasal hal aku dengan Fazzy, kau aku cari dulu. Sebab kau yang paling rapat dengan dia dan sebab kau aje yang tahu perihal aku dekat sini. mana ada orang lain lagi..” amboi, ini betul-betul amaran ini. tak boleh langgar, nanti kena hukum gantung ini.. apa dia ingat aku kisah sangat ke dengan apa yang dia cakap itu? Hello, Encik Zaliff saya tak pernah lah nak menyibuk hal awak. Saya pun dah lama tak jumpa kak Natrah tau. Saya Cuma berbual dengan dia dekat telefon aje. Itu pun berbual kosong. Lagi pun kak Natrah tak sihat. Kadang-kadang kak Natrah yang telefon Mya, sebabnya si kembar itu sibuk nak bercakap dengan Mya itu sahaja..ujarnya. tapi tak guna juga kalau Mya berbicara dalam hati. Bukannya malaon itu faham pun.
            “Baiklah Encik Zaliff. Berita di terima. Oh ya, ada apa-apa lagi yang Encik Zaliff nak cakap dengan saya?”
            “Kalau kau buat lagi benda yang sama, aku akan pastikan Natrah tak akan dapat jumpa kau lagi termasuk Naqiu, Nasuha dan Najihah. Kau faham itu?”
            “Hek eleh..sampai macam itu sekali abang Zaliff ini kan? Apa hak abang Zaliff nak halang saya dari jumpa kak Natrah? Saya tak sangka abang berubah jadi kejam sampai macam ini sekali. Abang tahu tak, walaupun semua orang tahu cerita abang dengan Fazzy, tapi mulut saya ini bukanlah mulut tempayan nak cerita dekat akak. Tapi saya betul-betul kecewa dengan abang, sebab menduakan kak Nat. abang, apa kurangnya kak Nat sampaikan abang sanggup menduakan kak Nat? Nak kata kak Nat tak boleh bagi abang anak, empat orang dah keluar. Nak kata kak Nat tak pandai masak, apa yang saya tahu semuanya lengkap untuk abang. Dari hujung rambut sampai hujung kaki… abang ini memang tamak kan?”
            “Itu urusan aku, takde kena mengena dengan kau. Kalau kau rasa kau nak jumpa dengan mereka, kau ikut cakap aku. kalau kau memang rasa kau dah tak nak tengok muka mereka lagi kau buatlah sesuka hati kau..” Mya hanya memalingkan wajah dan terus pergi. Tiada guna dia berdiri lama di situ, makin sakit hatinya. Tidak dia menyangka , Zaliff yang dulu dia kenali lemah lembut dan penyayang berubah menjadi seorang yang bengis dan tidak sedar diri.

Sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di kerusinya, telefon bimbitnya berbunyi. Kak Natrah!..bisiknya perlahan.
            “Assalammualaikum As..”
            “Waalaikumsalam kak. ada apa kak?”
            “As, akak nak cakap dengan As sekejap boleh?”
            “Boleh, tapi hal apa kak?” soalnya. Asmyaliana bangun dari tempat duduknya, pintu biliknya di rapatkan. Tidak mahu jika ada yang mendengar perbualannya dengan Kak Nat, haru lagi nanti jadinya. Silap haribulan kena terajang pulak. Dah lah tadi kena tempeleng. Tak pasal-pasal…       
            “Akak tak tahu nak mengadu dengan siapa As. Akak Cuma ada As aje. As, As ada dengar cerita pasal abang Zaliff?”
            “Cerita? Cerita apa kak?”
            “Abang Zaliff ada hubungan dengan kerani tempat dia kerja itu”
            “Entah kak, As takde dengar pun lagi cerita itu kak. akak tahu dari mana ini?”
            “Ada orang cakap dengan akak. Dah banyak kali nampak abang Zaliff keluar makan dengan budak itu. Siap pegang-pegang tangan lagi. As, tolong sah kan cerita ini As. Akak dah tak sanggup nak dengar orang cerita pasal abang Zaliff”
            “InysaAllah kak, As cuba eh? As pun nak kena confirmkan betul-betul. Nanti kalau salah, dah di kira fitnah pulak”
            “Tolong akak ye As..”
            “InsyaAllah kak..”
            “Kalau ada apa-apa telefon akak tau. Okeylah akak nak hantar Nasuha dengan Naqiu pergi mengaji ini”
            “Yelah kak. kirim salam dekat budak berdua itu. Dah lama tak jumpa budak-budak itu. Rindu sangat”
            “Kalau rindu rajin-rajinlah datang sini. ini tidak, nak nampak muka As sebulan sekali pun payah”
            “As sibuklah kak. akak dah makan ubat?” tak jadi pula talian di matikan. Kali ini persoalan kesihatan kakak angkatnya pula yang di utarakan.
            “Macam ini lah akak, As. Entah lama entah tidak akak ini.”

            “Kak, janganlah cakap macam itu kak. akak kenalah kuat, demi anak-anak. Kesian budak-budak itu kak..”
            “As, kalau apa-apa jadi pada akak, As janji dengan akak tolong jagakan anak-anak akak eh? Abang Zaliff itu macam tahu-tahu aje kan dia? akak tengah tunggu masa aje ini, cepat-cepat dia cari lain..”
            “Akak, ini yang As tidak suka ini akak cakap yang merapu-rapu macam ini. Akak, As akan sentiasa dengan akak walau macammana keadaan sekalipun. Akak tahu kan, As sayangkan akak, As  sayangkan anak-anak akak. Diorang itu As anggap dah macam anak-anak As sendiri. As janji kak, kalau apa-apa berlaku pada akak, As akan jaga diorang kak”
            “Terima kasih As. Hanya pada As ajelah tempat akak nak bercerita As. Akak rasa macam nak peluk As aje sekarang ini..”
            “Akak ini, janganlah sedih sangat. Dah..dah pergi hantar kembar itu pergi ngaji dulu. Nanti ada masa As telefon akak eh?”
            “Yelah. As jaga diri baik-baik eh?”
            “InsyaAllah kak. Akak pun sama. Ubat itu makan, jangan skip tau”
            “Alah As, akak makan ke akak tak makan ubat ke sama aje. Memang umur akak dah tak panjang pun kan?”
            “Yang penting kita dah berusaha kak. yang lain-lain kita berserah pada Allah”
            “InsyaAllah As…”
            “Bye kak..”
            “Bye As..”

Asmyaliana mengeluh lagi. Apalah nasib akak angkatnya itu. Lepas satu, satu menimpanya. Setahun yang lepas, dia kehilangan cahaya mata dia yang kedua, dan sekarang dia di uji lagi. suaminya sudah punya pilihan lain. Kak, As tak tahu macam mana nak tolong akak. As tak tahu lagi macam mana nak buat kak. Hari ini aje As dah dapat penampar percuma dari abang Zaliff. Itu As tak buka mulut itu kak.. ujarnya sorang-sorang.

No comments:

Post a Comment