Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 18 August 2013

TAKDIR BUAT Q (bab 71)

                                                                         BAB 71
Seperti hari-hari biasa, Q pastinya akan bangun seawall jam 5 pagi. Menyediakan sarapan pagi buat seisi rumah, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang islam dan yang paling utama dia harus sampai awal ke Qairil Constructions kerana, sebagai isteri kepada seorang majikan dia perlu tunjukkan contoh yang baik.
Jam 6 pagi barulah Q mengejutkan Aril untuk solat subuh.

            “abang, selamat pagi. Dah subuh sayang, bangun..” suara manja Q mendayu-dayu. Aril terpisat-pisat untuk mencelikkan matanya.
morning sayang. Awalnya bangun? Masak breakfast apa hari ini?” terpacul soalan tentang sarapan dari mulut Aril.
“abang ni, bangun pun tak lagi dah tanya masak apa. Abang bangun, mandi kemudian solat lepas tu kita breakfast sama-sama okey? Q nak turun bawah nak tengok kak Shimah dah sampai belum. Nanti dia beri salam Q tak dengar kesian dia tunggu lama kat bawah.” Q mengingatkan Aril. selalunya jika hari bekerja, kak Shimah diminta datang awal. Kak Shimah adalah pembantu rumah yang dilantik hanya untuk melakukan kerja-kerja menjada Adwa dan Afham. Lain-lain kerja hanya Q sahaja yang akan menyelesaikannya sendiri.
“kak, hari ini Q dengan Aril nak keluar awal sikit. Adwa dan Afham pun belum bangun lagi. Sarapan untuk budak-budak Q dah siapkan. Nanti akan tolong saya masak untuk makan tengahari anak-anak saya ya. Q tak sempat hari ini.” Beritahu Q pada kak Shimah.
“tak apa Q, Q pergilah. Akak boleh masakkan. Hati-hati memandu, kalau ada apa-apa jangan lupa telefon akak.”
“InsyaAllah kak” balas Q. Aril turut memberikan pesanan. Q pelik, sebelum ini Aril tidak pernah berpesan apa-apa tentang rumah apatah lagi anak-anak.
“kak, tolong jaga anak-anak saya elok-elok eh kak. Kalau dia salah, akak tegur saya izinkan. Didiklah diorang macam akak didik anak-anak akak sendiri.” Kak Shimah membalas dengan senyuman.
“baiklah Aril. kamu tu hati-hati memandu. Jangan tergesa-gesa sangat.”

Timbul tanda tanya dihati Q. sejak akhir-akhir ini dia sering terlihatkan sikap pelik dan aneh suaminya. Aril kerap menyendiri, Aril juga kerap bangun malam menunaikan solat sunat Tahajud dan Hajat. Sikap Aril yang manja terkadang melebihi perangai anaknya Adwa dan Afham.

            “sayang, pukul 9 pagi ini abang ada meeting dengan Encik Zul dekat Tanjung Enterprise. So, abang kesana berdua sahaja dengan Encik Zul, sayang jaga pejabat elok-elok tau. Tengahari sampai waktu makan, makan tau. Jangan tunggu abang. Ingat satu aje, abang sayang Q dan anak-anak. Abang pergi lama tau, jangan rindu abang…” ujar Aril seraya menarik hidung Q. Q terpinga-pinga.
“abang ini, pesan bagai-bagai ni kenapa? Nak pergi mesyuarat aje kan dengan Encik Zul. Bukan pergi mana-mana pun. Mengarut-ngarutlah abang ni. Q tunggu abang. Nanti tengahari kita makan sama.” Ujar Q pula seakan memberi arahan. Aril hanya membalas dengan senyuman. Kucupan yang Aril berikan buat Q dipipi menambahkan lagi rasa resah dihati Q. Jarang sekali Aril akan mengucup pipinya lebih-lebih lagi dipejabat dihadapan staf-stafnya. Hari ini berlainan benar sikap Aril.

Sudah berkali-kali Q memandang jam dinding dibilik pejabatnya. Acap kali dia menghubungi telefon bimbit milik Aril tetapi hampa. Langsung tiada jawapan. Berkali-kali dia berpesan pada Aril supaya menghubunginya tetapi satu panggilan pun masih belum dia terima. Kemana Aril? intercom di tekan….

            “Aini, tolong saya dapatkan Encik Zul ya, kemudian sambungkan ke bilik saya.” Arahnya pada Zuraini.
“baik puan!”
5 minit kemudian.
            “maaf puan, talian Encik Zul tak dapat dihubungi.”
“tak apelah Aini, awak cuba sampai dapat. Saya cuba call Encik Aril.” arahnya lagi.

Hampir jam 3 petang, langsung tiada apa-apa berita. Tiba-tiba telefon bimbit Q berbunyi…

            “hello, selamat petang..” ucap Q
“hello selamat petang. Ini Puan Quraisyah ke?” tanya seseorang di talian.
“ya saya bercakap. Boleh saya tahu siapa yang bercakap disana?” soalnya pula.
“saya Asp Mahmood, saya ingin membuat pengesahan, adakah Encik Shahril bin Sulaiman suami puan?” tanya Asp Mahmood.
“ya tuan, dia suami saya. Kenapa tuan?” hatinya berdebar.
“begini puan, encik Shahril terlibat didalam satu kemalangan, boleh puan datang ke Hospital Ampang?” Q terpana. Kali ini bukan hanya pembuluh darahnya seakan ingin pecah tetapi dirinya pula yang ingin rebah.
“puan..puan… puan masih di talian?” tanya Asp Mahmood.
“baiklah saya kesana sekarang.” Talian segera dimatikan.

Air mata milik Q mengalir deras. Jarinya kaku, siapa yang ingin diberitahu? Ibu..tolong Q ibu…abah… Q menangis tersedu-sedu. Pintu bilik pejabatnya dikuak pantas..

            “Aini….” Hanya nama itu sahaja yang dapat dia sebutkan.
“eh! Puan kenapa ni?” tanya Aini.
“Aini… suami…saya..kemalangan…” luah Q tersekat-sekat. Mulutnya terasa seakan berpasir. Hatinya pedih, jiwanya meronta ingin segera berada disisi Aril. abang….. sebut Q perlahan….
“Ya Allah..sabar puan. Puan nak ke hospital? Nak saya hantarkan?” tanya Aini. Q menggeleng.
“saya pergi sendiri. Awak tolong hubungi Datin Halimah. Katakan suami saya kemalangan, sekarang berada di Hospital Ampang.”
“baik Puan. Hati-hati ya..” pesan Aini.


Dugaan apakah ini yang harus Q lalui? Lemah kakinya melangkah, begitu juga ibarat seperti sebelah jiwanya pergi. Ya Allah, selamatkan suamiku…desis hatinya.

No comments:

Post a Comment