Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 25 November 2013

DIALOG CINTA KITA - BAB 10

BAB 10

BUKIT KAYU HITAM, KEDAH.
            “Dokumen yang aku pesan kau bawa itu, kau bawa tak?” soal Zaliff pada Mya.
            “Tak payah nak risau sangatlah. Aku bukannya pelupa, dan kau tak perlu nak jadi reminder aku!” tegas Mya. Meluat pula dia melihat Zaliff bersikap angkuh dengannya.
            “Belagak eh kau dengan aku.” Ujar Zaliff sinis. Mya hanya mencebik.
Setelah melepasi sempadan Malaysia-Thailand di bandar Danok, Zaliff dan Mya di bawa terus menuju ke Klong Hae yang terletak di antara bandar Hat yai dan bandar Song khla, di mana Majlis Agama islam Song Khla di tempatkan.
Nasib baik Sara punya kenalan, yang menguruskan perkahwinan di bandar Song Khla ini, jika tidak mahu haru-biru jadinya nanti. Zaliff dan Mya di perkenalkan dengan seseorang yang di panggil sheikh.
            “Zaliff, Mya ini Sheikh Adam Sidqi. Dia ini yang akan nikahkan kamu berdua. Dokumen yang saya minta tadi ada tak?” soal Pak Hamid, kenalan Sara.
Mya menghulurkan segala dokumen yang telah dia sediakan, manakala Zaliff juga begitu. Pak Hamid memandang pelik. Mya seolah-olah dapat menebak apa yang terbuku di fikiran lelaki separuh abad itu.
            “Mya, Zaliff borang untuk kamu ini Pak Hamid dah isikan, jadi kita kena tunggu giliran. Selesai Sheikh nikahkan tiga pasangan pengantin itu, giliran kamu berdua pula ya.” Ujar Pak Hamid. Ramai juga pasangan yang mengambil keputusan bernikah di Song Khla. Adakah sebabnya sama sepertinya atau ?. entahlah tidak elok rasanya jikalau kita berburuk sangka.
Alhamdulillah akhirnya selesai upacara pernikahan di antara Zaliff dan Mya. Terbias wajah sedih Mya tatkala Zaliff melafazkan ijab dan qabul. Salahkah dirinya berbuat begitu? Teringat akan Kak Natrah di rumah. Kalaulah Kak Nat tahu yang sebenarnya dirinya lah yang telah merampas hak mutlak Kak Nat, tentu-tentulah Kak Nat kecewa dengan dirinya. Masakan tidak? Orang yang dia betul-betul percaya akhirnya mengecewakan dirinya. Kak Nat, maafkan As. As tidak ada niat nak buat Kak Nat macam itu. Tapi Mya terpaksa Kak Nat. Mya perlu selamatkan diri Mya, maruah Mya. Mya taknak orang hina Mya kak. Mya malu, Mya rasa jijik dengan diri Mya kak. Mya bermonolog sendiri.
            “Mya, Zaliff sekarang ini kamu berdua sudah sah menjadi suami isteri. Alhamdulillah dan tahniah Pak Hamid ucapkan. Sebentar lagi Pak Hamid hantar kamu berdua ke hotel, esok pagi Pak Hamid datang semula bawa kamu ke Konsulat Malaysia untuk dapatkan surat pengesahan. Surat ini penting untuk kamu daftarkan pernikahan kamu nanti bila balik semula ke Malaysia.”
            “Terima kasih Pak Hamid sebab sudi tolong kami.”
            “Sama-sama Mya. Ingat, Mya itu dah jadi isteri orang jadi pandai-pandailah Mya jaga diri, jaga maruah suami ye nak. Apa yang Pak Hamid boleh ingatkan, In shaa Allah Pak Hamid akan sampaikan. Pak Hamid anggap Mya dengan Zaliff ini macam anak-anak Pak Hamid. Apa sahaja masalah dan kekusutan yang mendatang, kalau boleh bawa bawalah berbincang ye nak. Jangan buat keputusan terburu-buru nanti menyesal di kemudian hari.”
            “Terima kasih Pak Hamid. Mya akan ingat nasihat Pak Hamid.” Pak Hamid mengukir senyuman, manakala Zaliff hanya membatu.
HOTEL
            “Aku nak sewa bilik lain!” tegas Zaliff.
            “Suka hati kau lah!” Mya juga berkeras.
Zaliff menapak keluar bilik. Beg galasnya di pikul sama. Tidak sampai 10 minit Zaliff kembali semula ke bilik di mana Mya berada. Mya memandang pelik.
            “Apa hal? Kata nak sewa bilik lain?”
            “Tiada bilik kosong.” Jawab Zaliff hambar.
            “So?”
            “So what? Nak atau tak kenalah kongsi bilik dengan kau!” herdik Zaliff. Macamlah Mya itu hadap sangat nak duduk sebilik dengan dia.
            “Menyibuk!” ucap Mya perlahan.
            “Kau cakap apa?” soal Zaliff.
            “Tak ada apa-apa lah. Kau tidur dekat sofa sana. Jangan tidur dekat katil. Ini kawasan aku, sana itu kawasan kau.” Tambah Mya lagi.
            “Suka-suka kau nak buat sempadan. Dah lah menikah dekat sempadan, dalam bilik pun kau nak buat sempadan?” bebel Zaliff.
            “Hei, suka hati akulah. Tadi kau itu belagak sangat nak cari bilik kosongkan, lepas itu patah balik semula ke sini. itulah namanya orang yang tidak reti nak bersyukur.”
            “Kau tak payah nak membebel sangatlah. Buat sakit telinga aku aje.”
            “Suka hati akulah. Mulut ini mulut aku!”
            “Bisinglah. Jangan sampai kaki ku di mulut mu pulak ye.” Ini bagi amaran ke atau ugutan ini.
            “Kau itu yang bising. Menyibuk aje.” Mya tak nak kalah.
            “Diamlah!.” Tengking Zaliff.
            “Suka la..”
Zaliff berang. Ingin sahaja dia melayangkan penampar ke muka Mya tapi…
            “Kenapa? Kau nak pukul aku? Pukul lah kalau kau berani. Kau ingat bila kau jadi suami aku, kau boleh buat apa sahaja yang kau suka? Sorrylah, kau silap orang. Aku tidak akan sesekali tunduk dengan kau. Aku bukan Kak Nat yang boleh kau perkotak-katikkan. Kau faham?” Kali ini ujaran Mya berupa amaran. Tercengang pula Zaliff melihatnya. Mya melangkah menuju ke tandas. Mengalir lagi air matanya sebaik sahaja pintu tandas di katup. Sama ada apa yang dibuat itu betul atau salah dia sendiri tidak pasti. Ya Allah bantulah hambaMu ini, pintanya dalam hati.
Kepala paip di putar, hanya solat sahaja yang mampu menenangkan hatinya. Hanya dengan bertemu yang Maha Esa, hatinya akan jadi tenang.
Zaliff pura-pura tidur. Tidak mahu lagi dia memandang muka Mya, hatinya jadi beku. Mya betul-betul berani melawan cakap-cakapnya. Dia sendiri tidak percaya melihat perubahan Mya. Gerak-geri Mya menjadi perhatiannya. Mya solat, Mya berdoa, Mya mengaji, Mya berteleku hingga tertidur. Terbit pula simpati di dalam dirinya. Mya tak salah, tapi dia seolah-olah berdendam pula dengan Mya.
Telefon bimbit Mya berdering kuat. Terpisat-pisat Mya membuka matanya. Telekung yang di pakai di buka. Jaluran cahaya yang menembusi tingkap menandakan matahari bakal melabuhkan tirainya.
‘Ya Allah aku tertidur rupanya.’ Detik hatinya. Seingatnya tadi, dia baru selesai menunaikan solat asar.
Telefon pintar nya berbunyi buat kali kedua.
            “Assalammualaikum, Sara..”
            “Waalaikumsalam beb, macam mana? Dah selesai semuanya?” soal Sara ingin tahu. Melingas mata Mya mencari kelibat Zaliff. Tiada. Bukan apa, dia mahu memastikan Zaliff tiada di dalam bilik supaya mudah untuk dia bercerita dengan Sara.
            “Selesai dah beb. Tapi kau tahulah dia itu, asyik nak maki hamun aku aje. Apa dia ingat aku ini senang-senang nak telan makian dia? sorrylah, ini Asmyaliana Ariffin.”
            “Beb, aku tahu kau kuat beb. Mana mamat bengkak itu?”
            “Entah, aku bangun tidur, dia dah tiada. Lantaklah dia nak pergi mana pun. bukan urusan aku.”
            “Kau tidur beb? Habis itu dia tak tidur dengan kau sekali ke beb?”
            “Amboi kau, tak payah nak usik sangatlah. Kau ingat aku ini pengantin baru dengan restu ke apa, nak malu-malu bagai, nak tidur sama, lepas itu ada first night? Lupakanlah. Aku ini dah tak dara lagi. Dara aku ini dah kena ragut sebelum sampai waktunya. Itu semua mamat bengkak lagi belagak itu punya hal. Beb aku takutlah. Manalah tahu kan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua beb. Buatnya kantoi dengan Kak Nat, apa aku nak jawab?”
            “Mya tentang hal itu kau jangan fikir dulu. Itu nanti aku tolong fikir untuk kau. Aku kan ada? Yang penting sekarang ini kau kena pastikan mamat bengkak itu tak menyempit dekat sebelah kau. Ataupun jangan sampai kau pula yang tergoda dengan mamat bengkak itu.”
            “Ish, selisih malaikat empat puluh empat. Kau ingat aku ini hadap sangat ke nak berlakikan mamat itu. Minta maaf lah ye..”
            “Jangan cakap besar beb. Kalau Allah itu kata jadi, maka jadilah. Tak akanlah kau nak tolak takdir pula masa itu.”
            “Pleaselah Sara, boleh tak jangan nak cerita benda-benda yang menakutkan ini. aku tak akan fikir dululah. Aku dah penat asyik fikir pasal hal Zaliff aje.”
            “Okey-okey Sorry. Bila kau balik Malaysia?”
            “Besok sebab aku dan Zaliff  nak kena tunggu surat dari konsulat Malaysia.
            “Ha yelah. Jaga diri baik-baik.”
            “Kau pun sama. Papa ada cari aku tak?”
            “Tak ada lagi pun papa tak masuk pejabat hari ini. papa pergi Johor. Semalam papa cakap Arman telefon. Dia kata dia nak ke Perth sebab ada program pertukaran pelajar.”
            “Arman tak ada call aku pun?”
            “Dia kata dia call kau tapi tak dapat. Mungkin kau sibut kot uruskan hal itu.”
            “Mungkinlah. Okeylah Sara, mamat bengkak itu dah balik. Bye, Assalammualaikum.”
            “Waalaikumsalam. Hati-hati jangan sampai kena terkam tau. Kali ini kalau buaya terkam, daging dah halal.” Sempat lagi Sara mengusik. Bengkak pula hati dengar.
Pintu bilik di kuak dari luar. Mya pura-pura tidak perasan akan kehadiran Zaliff di situ.
            “Aku ada belikan nasi bungkus. Kalau kau lapar, kau makanlah.” Pelawa Zaliff. Apa angin agaknya, tiba-tiba nak berbaik. Mimpi jatuh basikal, atau kencing atas tilam? Sempat lagi Asmya monolog.
            “Terima kasih.” Ucap Mya sepatah.
            “Tak payah nak fikir sangat. Aku tak letak racun pun dalam makanan kau.” Mya hanya mencebikkan mulutnya.
            “Kalau kau letak racun sekalipun, bukannya aku tahu.” Ujar Mya. Sengaja dia mahu menaikkan darah Zaliff. Lihat wajah merah padam Zaliff membuatkan Mya senang hati.
            “Aku ini taklah zalim sangat pun sampai nak membunuh.” Bekas polistren yang di letakkan di atas meja di capai semula.
            “Aku makan nasi ini, kalau dalam masa 10 minit aku tak sedar, itu maknanya aku dah mati tau.” Ujar Zaliff selamba. Mya hanya tersenyum. Sampai macam itu sekali dia hendak membuktikan bahawasanya dia tidak zalim seperti Mya fikirkan. Ujar Mya, riak wajah Mya yang selamba membuatkan Zaliff sakit hati. Dua sudu nasi berjaya di sudu ke dalam mulutnya. Selebihnya dia biarkan masih berbaki buat Mya.
‘Bukan setakat tidak sedar, tapi terus membangkong.’ Getus Asmya. Konon dalam masa sepuluh minit, ini dah masuk waktu isya’ tidur tak ingat dunia. Siap berdengkur pula itu. Tak tahan telinga dengar, akhirnya Mya turut terlena. Zaliff terjaga apabila jam menginjak ke pukul dua pagi. Bunyi perut Mya betul-betul menganggu lenanya.
‘Minah ini tak makan ke nasi yang aku tapaukan itu?’ soal Zaliff sendiri.
Dijenguk ke atas meja, bungkusan nasi yang masih berbaki di lihat. Memang sah, Mya langsung tidak usik. ‘Sombong tahap cipan betul perempuan ini, perut lapar lagi nak belagak dengan aku. Penyudahnya bunyi perut dia yang berkriuk kriuk itu betul-betul buat sakit telinga.’ Getus Zaliff marah.
            “Oi, oi..” kejut Zaliff. Selimut yang menutup betis Mya di kibas perlahan, dengan harapan Mya akan terjaga.
            “Oi, oi bangunlah.” Sekali lagi Zaliff berbuat demikian.
            “Ada apa lah? Sibuk aje kacau orang malam-malam.” Marah Mya.
            “Wei, naik cair tahi telinga aku dengar perut kau itu bunyi kriuk krak kriuk krak. Lain kali kalau lapar, makan. Janganlah sombong sangat!.” Bebel Zaliff.
            “Suka hati akulah. Perut aku!” Mya masih berdegil.
            “Kau ini kan, memang degil sangat-sangat erk?”
Mya hanya membisu. Malas hendak di layan Zaliff yang sentiasa mencari salahnya.          
            “Aku tengok kau ini kan kecil besar kecil besar aje depan mata aku. Kalau tidak, dah lama aku tanam kau hidup-hidup.” Sengaja pula Zaliff berkata demikian. Sekadar ingin menakutkan Mya.

            “Berani buatlah. Jangan pandai cakap aje.” Makin galak pula Mya mencabar Zaliff.

No comments:

Post a Comment