BAB 14
Mya melangkah masuk ke pejabat setelah jam menginjak
ke pukul 10 pagi. Hampir dua jam dia lewat masuk ke pejabat.
“Beb!”
sergah Sara dari belakang.
“Oh
mak kau terbalik!” latah Mya, pantas lengan Sara jadi sasaran cubitan.
“Aduh,
sakitlah wei..”
“Siapa
suruh usik aku? Datang ini ada apa? Rindu aku eh?”
“Ada
apa kau tanya? Kau tak nak ke dengar cerita panas itu?”
“Cerita
apa?”
“Fazzy
kena tangkap khalwat semalam.”
“Hah?
Khalwat? Dengan siapa?”
“Kau kenal tak budak kontraktor yang kita hirer untuk projek dekat Balakong itu?”
“Si
Rafi itu?”
“Ha
ye lah. Budak itu lah. Dah lah si Rafi itu dah beristeri. Kesian isteri dia
kan?”
“Kena
dekat mana beb?”
“Dekat
rumah dia lah. Jiran-jiran dia yang serbu. Lepas itu aku dengar siap dengan
jabatan agama yang terlibat. Dahsyat betul perempuan itu.”
“Astaghfirullah
hal azim. Patutlah Zaliff nampak ketat gila muka dia.”
“Kau
jumpa dia dekat mana?”
“Ada
dekat rumah itu. Tiba-tiba datang rumah aku, lepas itu siap nak buat baik
dengan aku, tolong tukar tayar.”
“Dia
datang rumah kau? Kau tak takut ke?”
“Takut
juga sebab itu aku cabut cepat-cepat.”
“Senang-senang
kau biar dia lepak rumah kau kan?”
“Habis
itu tak akanlah aku nak buat laporan polis pulak? Iya kantoi nanti. Biarlah dia, lagipun tengahari nanti kan dia masuk
pejabat.”
“Beb,
kau kena hati-hati beb. Jangan sampai terjatuh cinta sudah lah.”
“Ish,
mengarutlah. Asmyaliana tidak akan sesekali terpengaruh dengan cinta. Cinta ini
menyakitkan tahu tak? Cukup-cukuplah aku menyaksikan apa yang Kak Nat alami.
Cuma sampai sekarang ini aku rasa bersalah sangat-sangat dekat Kak Nat. Zalim
ke aku Sara?” ditujukan pula soalan itu pada Sara. Hanya Sara sahaja yang
begitu memahami.
“Mya,
kau kena ingat. Apa yang kau lakukan bersebab. Kau nak protect diri kau. Kau nak elakkan orang fitnah diri kau. Jadi,
adalah lebih baik kau buat macam itu.”
“Tapi
aku rasa berdosa sangat-sangat pada Kak Nat.”
“Aku
tahu. Aku faham perasaan kau. Mya jika satu hari nanti kau berpeluang untuk
berterus-terang dengan Kak Nat, kau lakukanlah. Dan yang pasti aku akan jadi
sahabat yang sentiasa ada di samping kau pada waktu dan ketika itu. Aku juga
saksi bagi membuktikan pada Kak Nat yang kau tak bersalah. Mya, bila kau berani
melangkah terus ke hadapan itu bermakna kau juga berani untuk tampil hadapi
kebenaran. Takut itu cuma mainan perasaan kau sahaja. Dengarlah cakap aku.”
“Sara…”
di peluk erat tubuh Sara ke dalam pelukan. Setakat ini hanya Sara yang mampu
mengerti dan Sara sahaja yang tahu tentang cerita ini. Kalaulah Sara tiada,
tidak mungkin dia masih lagi kuat seperti ini.
“Ssshhh,
dah jangan sedih. Tak cunlah macam ini. Baju dah cun, warna kuning lagi, tapi
gembeng. Aduh…” sengaja Sara mengejek.
“Kau
ini Sara. Dah lah, aku nak siapkan kerja ini. Nanti sales manager itu bising pula sebab contract customer baru tak siap-siap lagi.”
“Sales manager aka suami kau kan?”
seloroh Sara.
“Suami
cuma atas kertas sahaja wei.”
“Iyalah
itu.”
“Itulah
hakikatnya beb.”
“Yelah,
yelah. Dah aku keluar dulu. Pukul 12 nak lunch
sama-sama tak?”
“Boleh
juga, tapi kau belanja aku eh?”
“Aku
lagi?”
“Ala,
kau kan sayang aku.”
“Yelah,
yelah.”
Sara menapak keluar dari bilik Mya. Fail-fail yang
bersusun di atas meja di pandang sekilas. Hendak mengeluh, tidak elok pula
rasanya. Kerja itu kan satu ibadah.
Fail berwarna biru di selak satu-persatu. Kontrak di
telitinya dengan berhati-hati. Leka didalam menyiapkan tugasan hingga tidak di
sedari jam di pergelangan tangannya sudah menginjak ke pukul 12 tengahari.
Interkom di atas meja berdenting.
“Beb,
aku tunggu kau dekat tempat pakir kereta.”
“Dah
pukul berapa ini beb?” soal Mya.
“Beb
kau tidak terasa lapar ke? Dah pukul 12 beb. Cepatlah.”
“Okey-okey,
aku keluar sekarang.”
“Okey
beb.”
Berlari-lari anak Mya menuju ke tempat parkir. Tidak
mahu Sara menunggu lama, pasti wajah sahabatnya itu masam mencuka, lagi pula
terik matahari pastinya membakar sesiapa sahaja yang tidak suka menanti. Buang
masa namanya itu.
“Eh?
Shafiq pun ada?” soal Mya.
“Kebetulan
Fiq lalu sini tadi, itu yang dia singgah ajak aku makan. Aku cakap aku dah
janji dengan kau, dia suruh aku ajak kau sekali.”
“Oh,
boleh sahaja.”
“Oh
ya, Mya, Sara kenalkan ini sepupu Fiq, Lutfi.”
“Oh,
hai saya Mya.” Mya memperkenalkan dirinya.
“Saya
Lutfi.”
“Saya
Sara.”
“Yang
ini dah kenal sangat sebab Fiq selalu cerita pasal Sara.”
“Hah?
Ye ke? Cerita yang buruk-buruk ke yang baik-baik?”
“Mestilah
yang baik-baik. Tak akanlah Fiq nak cerita buruk-buruk pasal you pulak?”
“Oh
really? Okeylah itu. Manalah tahu Fiq
ada kutuk-kutuk i.”
“Tak
adalah.”
Rancak perbualan, hinggakan sepasang mata yang
memerhati mejadi tidak keruan. Tidak tahu bagaimana untuk di tafsir pandangan
itu, sama ada benci, cemburu, menyampah, rindu atau biasa-biasa sahaja.
hmm...apa mksud ayt yg terakhir tu..
ReplyDeletemerujuk pd siapa tu????
ho laa..ho laa..
Hehe...kenalah sambung baca. ;)
ReplyDelete