BAB 15
“Cik Asmya, Encik Zaliff tanya, cik sibuk lagi atau
tidak?”
“Kenapa
Anna?”
“Encik
Zaliff nak berbincang sesuatu dengan Cik Mya.”
“Dia
nak saya ke bilik dia ke?”
“Dia
kata, dia datang bilik Cik Mya.”
“Baiklah.
Suruh dia masuk sekarang.”
“Baiklah
Cik Mya.”
Gagang interkom di letak. Kedengaran pintu di ketuk
dari luar.
Tuk..tuk..tuk..
“Masuk.”
Zaliff melangkah masuk. Tidak perlu di pelawa duduk
pun Zaliff sudah melakukannya.
‘Memang tak belajar adab dan sopan dekat sekolah
agaknya.’ Dengus Mya dalam hati.
“Ada
apa?” soal Mya.
“Kontrak
yang Datuk Amri minta itu dah finaliz ke belum? Aku nak proceed ini.”
“Oh,
dah. Ini failnya. Ingat nak hantar ke bilik awak tadi, tetapi memandangkan awak
dah datang ini, sekali jalan ajelah kan.” fail biru di sambut. Zaliff menyeluk
poket seluarnya. Kunci rumah Mya di pulangkan.
“Mana
remote pagar?” soal Mya.
“Oh,
remote itu bagi aku ajelah. Lagi pun
kau ada lagi satu kan?”
“Eh?
Suka-suka aje nak bagi awak. Apa hal?’
“Kalau
ada apa-apa senang aku nak datang. Tak payah nak panjat pagar kau atau
bergendang pintu rumah kau.”
“Sejak
bila pula rumah saya jadi hotel persinggahan awak pula?”
“Sejak
kau jadi isteri aku lah.” Menyinga Mya mendengar jawapan dari mulut Zaliff.
“Hello,
tak bermakna bila aku minta kau kahwin dengan aku, aku kena ikut semua cakap
kau. Hak aku adalah milik aku. Rumah aku tidak ada sesiapa pun boleh masuk
sesuka hati kecuali aku.” Tegang suasana di antara Mya dan Zaliff.
“Aku
suami kau. Walau apa pun jadi, aku masih tetap suami kau, walaupun kita nikah
dekat Song khla tapi pernikahan kita sah. Aku dah daftar pun pernikahan kita
dekat Pejabat Agama. Kau kena ingat Mya, redha aku sebagai suami syurga lah
tempat kau, murka aku sebagai suami, Neraka jahanamlah tempat kau. Kau pilih,
mana yang kau nak check in?’ Amboi,
dah pandai main ugut-ugut pula. Advance
betul, cepat aje belajar kan. Mya membisu, malas dia hendak melawan cakap
dengan Zaliff.
“Ada
apa-apa lagi Encik Zaliff?”
“Tayar
kereta kau aku dah tukar tayar baru. Nanti petang lepas waktu kerja terus balik
rumah, jangan nak menyinggah ke mana-mana. Aku tunggu dekat rumah.”
“Lagi?”
ayat sinis.
“Kau
keluar makan dengan siapa tadi?”
“Dengan
siapa, itu bukan urusan kau kot?”
“Dengan
siapa kau keluar, dengan siapa kau berkawan sudah menjadi urusan aku. Aku tak
nak tanggung dosa-dosa kau. Jadi untuk memudahkan lagi urusan kau dengan aku, simple sangat-sangat. Buat apa yang di
suruh, dan tinggalkan apa yang di larang. Mudah kan?”
“Semudah
ABC kan kalau kau bercakap. Ada apa-apa lagi? aku banyak lagi kerja yang nak
aku siapkan.”
“Buat
masa ini tak ada apa-apa. Tapi kalau ada yang penting aku akan update kemudian.”
“Okey.
Thank you.” ucap Mya. Naik meluat dia
melihat Zaliff berlama di dalam bilik pejabatnya. Kalau boleh dia tak nak
tengok muka Zaliff buat masa ini. Hatinya turut sama terluka. Kali ini
langkahnya betul-betul sumbang. Niat untuk melindungi diri sendiri bertukar
kepada menjahanamkan diri. Kali ini sungguh teruk dari apa yang dia jangka.
Nampaknya makin susah lah Mya.
Saat hatinya semakin membengkak melihat perlakuan
Zaliff pada dirinya, Mya masih lagi mampu untuk mengukir senyuman. Bukanlah
kerana dia gagal untuk menyusun langkah seterusnya, tetapi dia nampak riak
wajah Zaliff berubah cemburu apabila dia bertanyakan hal tengahari tadi.
Mungkin dia perlu menyakitkan hati Zaliff dengan cara begitu.
Zaliff, mundar-mandir di ruang tamu. Hampir setengah
jam menanti, tetapi kelibat Mya masih tidak kelihatan. Telefon bimbit di dalam
poket di seluk.
“Kau
dekat mana sekarang? Pukul berapa kau nak sampai rumah?” soal Zaliff.
“Nak
balik lah ini. Saya singgah supermarket
cari lauk, nak masak. Yang awak ini nak marah-marah kenapa? Ada saya suruh awak
tunggu ke?”
“Kau
ingat aku ini tunggul ke, nak kena tunggu kau dekat rumah ini?”
“Kalau
rasa tak nak tunggu, kau balik ajelah. Tayar itu nanti pandailah aku minta
tolong anak Uncle Wong sebelah rumah
itu pasangkan.”
“Kau
tak payah nak gedik sangatlah minta tolong orang. Cepat sikit!” bentak Zaliff.
Sakit hatinya, ada sahaja yang Mya jawabkan.
‘Ingat aku takut dengan kau?’ bebel Mya dalam
kereta.
Setibanya Mya di rumah, vios hitam milik Zaliff
telah di parkir elok ke dalam poc kereta.
‘Amboi, sejak bila pula gajah hitam ini jadi maharaja?
Setahu aku, gajah hitam ini belum sign
Mou lagi.’ bebel Mya. Bengkak hati apabila melihat perlakuan Zaliff yang agak
keterlaluan.
“Sejak
bila pula parking kereta saya ini
jadi tempat letak kereta awak pula ini?” soal Mya. Bibirnya yang mugil di ketap
menahan marah. Zaliff membatu. Malas hendak mendengar bebelan Mya. Zaliff
membuka bicara mengenai hal lain.
“Kau
tolong aku masakkan mi segera boleh? Aku laparlah.” Suka-suka dia aje
memerintah.
“Aku
penatlah.” Ikhlas betul jawapan Mya.
“Cepatlah,
aku lapar ini.”
“Masaklah
sendiri.”
“Kau
ini memang nak check in dekat Neraka
agaknya kan?” mendengarkan perkataan Neraka yang di sebut Zaliff membuatkan Mya
berubah riak. Tak habis-habis nak mengugut. Berkerut seribu dahi Mya. Rasa
macam nak lempang laju-laju muka Zaliff itu.
“Kau
ini tak ada rumah ke? Sibuk sangat nak makan dekat sini?”
“Tak
payah nak banyak soal sangatlah. Cepat sikit!” Mya mencebik. Dengan malas dia
melangkah ke dapur juga.
‘Nak mi maggi lah apa lah. Mengada-ngada lebih.’
Bebel Mya di dapur.
“Mya,
tolong buatkan aku kopi sekali eh?” terjegil mata Mya. Sesedap rasa aje minta
itu ini kan? Mya mencebik.
“Tak
baik buat muka macam itu Mya. Walaupun aku tak nampak kau buat muka, tapi Allah
swt itu melihat apa yang hambaNya lakukan. Ya, aku ini bukan suami rasmi kau,
tapi aku tetap suami dan kau patut hormat aku. Berdosa hukumnya kalau kau buat
macam itu.”
“Hai
lah Encik Zaliff, tak payahlah nak bercerita soal dosa pahala dengan saya. Apa
yang awak buat pada saya itu pun sudah tergolong di antara dosa-dosa yang besar
tau. Kalau awak, saya tak maafkan, sampai bila-bila lah awak tanggung dosa itu
Encik Zaliff. Saya ini tidak pernah rela dan awak itu di kategorikan sebagai
penceroboh tau.”
“Tapi
sekurang-kurangnya aku sudah bertanggungjawab.”
“Sebab
awak kena paksa dengan saya. Saya ugut awak. Kalau tidak mesti awak tak akan
cakap pasal tanggungjawab dengan saya kan? oh ya, saya dengar kekasih hati
ayang awak itu kena tangkap khalwat? Betul ke?”
“Mana
kau tahu cerita ini?”
“Bangkai,
mana boleh sorok. Lama-lama bau juga.”
“Kepoh
juga kau ini erk?”
“Saya
tak kepoh, tapi dah orang nak bercerita saya dengar ajelah. Sabar ajelah, nanti
lepas awak dah ceraikan saya, bolehlah awak ambil dia sebagai isteri awak. Itu
pun kalau lelaki yang kena tangkap dengan dia itu tak nak bertanggungjawablah
kan.”
“Tak
ada maknanya aku nak kahwin dengan perempuan macam itu. Perempuan tak pandai
jaga diri. Entah berapa ramai lagi jantan yang bertunggu-tangga dekat rumah dia
itu.” Bebel Zaliff. Keras suara dia.
“Ceh,
tak ada makna konon. Dulu pun awak bertunggu-tangga juga dekat rumah dia kan?
Dulu-dulu pun, dia yang awak kejar separuh nyawa kan? Kak Nat yang dekat rumah
itu pun awak buat tak pandang. Esok-esok kalau Kak Nat dah tiada, janganlah
pula awak menyesal ya Encik Zaliff.”
“Kenapa
kau cakap macam itu?”
“Tidak
selamanya hidup ini menongkat langit Encik Zaliff. Dan tidak selamanya umur
kita ini panjang. Allah, kalau nak cabut nyawa kita tak tunggu sesaat pun.
Sekarang ini pun kalau Allah swt perintahkan Malaikat Izrail cabut nyawa Encik
Zaliff, anytime pun boleh. Jadinya
Encik Zaliff bertaubatlah sebelum terlambat.” Sekadar memberi peringatan buat
dirinya dan Zaliff. Mi segera dan kopi yang masih panas di hidangkan di atas
meja.
“Jemput
makan Encik Zaliff.” Pelawa Mya.
Zaliff mengerling sekilas. Terasa benar dirinya
dengan kata-kata Mya terhadapnya. Tak selamanya hidup kita ini menongkat langit, di ulang kembali
kata-kata Mya yang masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.
Sesudah dia menghabiskan semangkuk mi segera,
kelibat Mya di cari.
“Mya.”
Panggil Zaliff. Sunyi.
‘Mana pula minah ini pergi?’ soal Zaliff.
Pintu bilik Mya di kuak, Mya khusyuk menunaikan
solat Asar. Zaliff melabuhkan punggungnya di birai katil.
“Siapa
beri kebenaran pada awak masuk bilik saya?” soal Mya. Zaliff memang suka benar
cari pasal dengannya.
“Bilik
kau kan bilik aku juga.”
“Suka-suka
hati awak aje nak cakap macam itu.” Rungut Mya.
“Malas
aku nak bertekak dengan kau, kunci kereta kau mana?” soal Zaliff.
“Kau
nak buat apa?”
“Aku
nak balik lah.”
“Awak
nak balik, bawalah kereta awak. Kenapa pula awak nak kena bawa kereta saya?”
“Tayar
kereta kau itu nak kena bawa pergi alignment.
Kau itu bukannya tahu pun bab-bab tayar ini. Besok pagi kau pergi kerja bawa
aje kereta aku.”
“Malaslah.
Nanti orang nampak, mereka semua question
mark dekat saya.”
“Tak
payah nak degil sangatlah. Cepat!” suka-suka aje nak tinggi suara dekat Mya.
Mya terpaksa akur.
pandai betul si Zaliff ni mengugut yek.. bertazkirah
ReplyDeleteyg tak boleh blah ada rase.cemburu gak..
ngekk lah zaliff ni
ok..next..
Cemburu mengada2 namanya. Next nanti malam eh....
ReplyDelete