Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 18 August 2013

TAKDIR BUAT Q (bab 70)

                                                                     BAB 70
Hari demi hari yang dilalui, Q bahagia. Inilah rahsia yang Allah janjikan buat dirinya. 3 tahun menyulam kasih, hidup bersama Aril menjadikan Q seorang isteri yang cukup-cukup bertuah. Dia dikurniakan anak-anak yang comel. Semakin hari kasih dan sayang Aril buat dirinya tidak pernah luntur, malah semakin meluas. Kini Q dan Aril juga mampu membina Teratak Indah buat mereka sekeluarga. Teringat kembali peristiwa sewaktu Aril membawanya pulang ke teratak, dia sendiri terkejut dengan keputusan Aril. mulanya Mak Long tidak mengizinkan, tetapi apakan daya. Atas alasan untuk berdikari mak long melepaskan anak-anaknya untuk hidup berdikari.

            “kenapa? Rumah mak long tak cukup besar ke untuk Aril dan anak-anak? Kalau Aril pindah mak long duduk seorang lah. Pak long dah lah jarang-jarang balik. Faiz? Budak tu lebih selesa duduk dengan kawan-kawan dari duduk dengan mak long.”
“mak long, Aril nak cuba hidup berdikari. Lagipun, Aril dah lama bincang dengan Q untuk duduk sendiri. Lagipun rumah kita orang bukan jauh manapun dengan rumah mak long. Nanti ada masa kita orang datang lah melawat mak long. Kalau mak long rindukan kami, mak long datanglah. Nak bermalam kat sana pun boleh.” Mak long mencebik. Sedikit sebanyak, hatinya turut terasa. Tetapi apakan dayanya, kehendak Aril tidak dapat untuk dia membantah. Biarlah Aril mencorak keluarganya. Sebagai orang tua dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

3 tahun peristiwa itu berlalu pergi begitu sahaja. Kini Q mampu tersenyum. Teratak indah milik mereka, Qairil Construction juga milik mereka. Empayar hasil titik peluhnya sendiri.

            “Assalammualaikum,…” suara orang memberi salam.
“Waalaikumsalam, masuklah pintu tak kunci..” jawab Q. dengar suara dah kenal. Mestilah suara Aril. Aril suka bergurau dengannya. Kadang-kadang sengaja dia ubah suaranya semata-mata untuk menakut-nakutkan isteri kesayangannya.
“apa sayang abang buat kat sini ni? Termenung aje kerjanya. Anak-anak mana?”
Q senyum.
“mana ada termenung, baru selesai solat asar tadi. Adwa dengan Afham keluar dengan mak long, Faiz. Diorang bawak pergi shopping.” Jawab Q jujur.
“sayang tak ikut?” tanya Aril. Aril melabuhkan punggung disisi isterinya dibirai katil. Q menggeleng.
“malaslah, rasa macam tak sihat badan pula. Abang dah makan?”
“tak sihat? Kenapa tak telefon abang awal-awal tadi. Kalau tak abang boleh balik awal, kita pergi klinik.” Ujar Aril pada Q lagi. Q senyum.
“ala sikitlah. Bukannya sakit apa pun. Sakit perut aje. Sebab tadi tengahari makan lewat.”
“itulah, kan abang dah cakap. Sayang tu ada gastrik janganlah sampai tak makan. Ish, sayang ni abang cubit nanti baru tahu. Abang nak mandi dulu nak solat asar. Belum solat lagi. Lepastu abang nak…….” Sengaja didekatkan wajahnya ke pipi mulus Q. Q bergerak sedikit kebelakang melihat perlakuan suaminya.
“cuba jangan mengada-ngada abang. Pergi mandilah. Bau busyuuukkkk…”
“cium abang dulu.. kalau tak  abang tak nak mandi.”
“abang mandi dulu, wangi-wangi. Lepastu solat, lepas solat abang turun bawah. Nanti Q cium abang banyak-banyak kali tau. Lepastu baru abang boleh makan. Abang, Q masak lauk kegemaran abang tau. Kalau abang lambat, Q habiskan semua lauk.” Aril membulatkan matanya kearah Q.
“sayang….jangan main-main. Nanti abang tangkap sayang, langsung tak boleh buat apa-apa. Cium ketiak masam abang ni.”
“uweeekkkk..” Q mengejek Aril dan terus berlalu pergi.

Aril meneruskan langkah ke bilik air untuk membersihkan badan dan menunaikan tanggungjawab yang masih belum selesai. Senyuman miliknya meleret hingga ke bilik air.
Sementara Q, pantas melakukan kerja-kerja didapur. Lauk-pauk segera dipanaskan. Air minuman buat suaminya, horlick milo kegemaran Aril. 20 minit berlalu….

            “sayang, abang datang. Tadi janji apa dengan abang? Nak cium banyak-banyak kali kan? Now, I’m ready, you can kiss me a lot of times. Cepat sikit” arah Aril. Q terkejut. Ya Allah, ingatkan tadi sahaja nak bergurau tetapi suaminya itu betul-betul memaksudkannya.

            “abang sayang, nampak tak Q tengah buat apa sekarang?” ujar Q.
            “nampak, sayang tengah buat air untuk abang, tapi tadi sayang kata suruh abang mandi, kemudian solat. Lepas solat sayang suruh abang turun bawah, sayang kata nak cium abang banyak kali.” Aril memeluk Q dari arah belakang. Kali ini Q pasti dia tidak dapat lagi untuk melarikan dirinya.
“okey..” Q berpaling, menghadap wajah suaminya. dikucup mesra pipi kanan milik Aril, ikut sunnah segalanya bermula dari sebelah kanan.
            “satu untuk tanda cinta Q pada abang, dua untuk sayang Q pada abang, tiga untuk kasih Q pada abang dan empat untuk…..” Q terhenti..
            “untuk apa?”
“untuk tanda betapa Q bahagia hidup dengan abang. Puas hati?”
thanks sayang. Jom, teman abang makan. Abang dah lapar sangat ni. Tadi abang tak makan pun dekat pejabat.” Q tersenyum.
“ala-ala cian dia..jom..”
“nak suap boleh tak?” tanya Aril. Q tersentak pula dengan permintaan suaminya. tetapi itu semua dia tolak ke tepi. Baginya mungkin itulah caranya Aril inginkan perhatian darinya. Walaupun selama ini Aril tidak pernah meminta untuk disuapkan. Nasi sepinggan, lauk sayur nangka masak lemak, sambal udang dan ikan kering membuatkan Aril berselera untuk makan.
“sedap sayang masak. Kalau satu hari nanti abang dah tiada, pesan dekat anak-anak inilah lauk kegemaran abang tau.” Sekali lagi Q tersentak mendengar ungkapan dari bibir suaminya.
“abang ni kenapa suka cakap macam tu? Tak sukalah dengar.”
Sejak akhir-akhir ini suaminya kerap berkata yang bukan-bukan.


            “ya Allah, lindungilah suamiku dari segala bahaya dan malapetaka. Berikanlah dia kesihatan yang baik, umur yang panjang ya Allah..” doa Q dalam hati. Tangannya masih lagi leka menyuap Aril makan, persis seorang anak kecil.

No comments:

Post a Comment