Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya saya masih lagi bernafas di bumi ini. Masih belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin' untuk kalian semua. Kebelakangan ini saya sibuk dengan MSS saya hinggakan saya tidak diberikan masa dan ruang untuk meng'update' en3 terbaru untuk blog saya yang agak comel juga ini. ekekekekee...
Di harap masih belum terlambat juga untuk saya memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan kepada para sahabat, rakan-rakan, saudara mara dan kalian sama ada saya kenal mahu pun tidak. terima kasih kerana sudi menyokong karya saya, membeli karya saya yang tidak seberapa ini.Menulis adalah kerjaya sampingan saya, dan saya tidak minta untuk menandingi nama-nama besar di dalam dunia penulisan kerana saya masih baru dan saya tahu saya tidak akan dapat menandingi mereka kerana mereka punya pengalaman dan bakat yang sangat -sangat besar di dalam dunia penulisan. Apa yang saya ada, bakat yang ada hanyalah pinjaman dari Allah swt untuk saya. Apa yang saya pelajari dan apa yang saya alami, In shaa Allah ingin sekali saya kongsikan bersama untuk kita sama-sama jadikan tauladan dan pengajaran di hari esok.
Oh ya, sebelum saya terlupa ada di antara rakan-rakan yang IM juga inbox saya di email, facebook dan Skype. Mereka minta saya update cerita Takdir Buat Q, kerana ada di antara mereka yang membeli novel TBQ, mempunyai masalah cetakan. Ada beberapa bab yang tidak di cetak, di ulang cetak dan macam-macam lagi. Untuk memenuhi permintaan rakan-rakan yang saya sayangi, saya akan update beberapa bab yang di katakan punya masalah. Disini juga ingin saya mengingatkan kepada rakan-rakan, sekiranya novel yang di beli mempunyai masalah cetakan, sila lah hubungi pihak penerbit. Novel itu dipulangkan dan akan di gantikan dengan yang baru.
Akhir sekali, doa saya untuk semua semoga kita sama-sama berjaya di dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Saya sayang kamu semua. In Shaa Allah kita akan bertemu lagi di musim yang akan datang. Chewahhhh...
Bye u olls...
P/s : TBQ yang saya update ini versi belum di edit okey. yang ini original...
S.N.Hidayah Haron
No comments:
Post a Comment