BAB 8
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kangsar
memakan masa hampir 2 jam setengah. First
time Amy Syuhada keluar jauh tanpa papa dan ibunya.
“Awak,
umi awak tahu ke saya ikut awak balik ini?”
“Tahulah,
oh ya..lupa nak cakap. Emmm..makcik ada bawa baju kurung tak? Sebenarnya malam
ini umi ada buat kenduri doa selamat malam ini”
“La..ye
ke? Kenapalah awak tak cakap awal-awal
dekat saya pakcik oi? Dahlah saya bawa baju tak banyak, tapi baju kurung
ada, Cuma saya bawa sepasang aje. Itupun untuk pakai besok balik KL”
“Ala..takpelah.
Baju adik saya Hazirah banyak. Badan awak dengan badan dia lebih kurang aje
kan.”
“Oh
ye ke? Kalau macam itu nanti kita singgahlah mana-mana eh. Cari bahan kuih
sikit. Nanti boleh lah saya buat kuih untuk kenduri malam nanti”
“Ala..tak
payahlah susah-susah”
“Ish,
mana boleh macam itu, nanti umi awak reject
saya. Dahlah saya tidak pandai masak, tolong buat kuih pun malas” bebelnya
pula.
“Hello,
makcik. Umi saya tak macam itu lah”
Amy diam. Lancang sangat mulut itu kalau bercakap.
Macamanalah Huzairi itu tak panggil dia makcik, kalau mulut dia asyik membebel
dua puluh empat jam seminggu. Silap-silap haribulan bosan member
sebelah bila dah kahwin nanti. Sabar ajelah labu.. Kahwin itu kan bersyarat,
tengok ajelah kekal berapa lama? Jangan nanti tahan untuk sebulan dua sudahlah.
Kalau boleh kahwin ini sekali seumur hidup. Tak mahu banyak-banyak kali, penat,
buang masa, buang duit dan yang paling penting menyusahkan orang ramai. Tetapi
ada ke istilah kahwin sekali seumur hidup bagi dia dan Huzairi? Kata orang kita
Cuma ambil masa seminit untuk mengenali seseorang, sejam untuk menyukai
seseorang, sehari untuk menyintai, tetapi kita perlukan seumur hidup untuk
melupakan. Adakah situasi itu yang bakal berlaku padanya?
Proton persona milik Amy meluncur masuk ke halaman
rumah kampung milik ibu Huzairi. Inilah pertama kali Amy Syuhada menjejakkan
kaki ke kampung. Yelah anak orang bandar, mana ada kampung bagai. Betul tak?
“Assalammualaikum..”
Huzairi memberi salam.
“Waalaikumsalam.
Eh, abang Eri dah sampai? Awalnya?” soal Herman pula.
“Haah,
abang ingatkan nak balik petang, tapi bila umi kata kenduri malan ini itu yang
abang ubah rancangan balik pagi-pagi. Nak tolong umi apa yang patut. Umi mana?”
soal Huzairi.
“Umi
ada dekat belakang, tengah perah santan. Kak Ira pun ada dekat belakang juga.
Abang, ini siapa?” soal Herman.
“Ini
Kak Amy, kawan abang” Amy di perkenalkan dengan Herman adik lelaki Huzairi.
“Oh,
Kak Amy. Cantiknya..” puji Herman.
“Jomlah
masuk. Buat apa tercegat dekat situ lagi?”
“Beg?”
soalnya pada Zairi.
“Beg
pula yang di tanya. Nanti saya ambilkan lah beg awak itu makcik. Takut sangat
beg dia hilang. Dekat sini kampung, bukan bandar sayang oi. Orang kampung
memang suka ambil tahu, tapi ambil tahu untuk kebaikan. Bukan kepoh macam orang
dekat bandar itu” Amboi sesedap mulut pakcik ini kutuk-kutuk orang bandarkan?
Macamlah dia itu bagus sangat.
“Assalammualaikum
makcik..” Amy memberi salam.
Tampak masih muda lagi ibu Huzairi. Manis
senyumannya, patutlah Huzairi banyak mewarisi sifat-sifat uminya. Dan yang
paling penting bila uminya cantik anak dia mesti hensem. Hahahahahaha…
“Waalaikumsalam.
Dah sampai pun. macamana dengan perjalanan? Penat tak?” soal Puan Ramlah.
“Alhamdulillah
makcik, okey. Cuma saya tak pernah ke sini itu yang terasa jauh jugaklah”
“Ye
ke? Mesti kamu penat kan? Berehatlah dulu”
“Eh
tak lah makcik, saya okey aje. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
“Takde
apa pun. Semua dah siap, tinggal masak lauk aje”
“Oh
ye ke? Kalau macam itu saya tolong buat koktail dengan kek eh?”
“Tak
menyusahkan kamu ke?” soal Puan Ramlah lagi.
“Eh
tak lah..” Amy menggelengkan kepalanya.
“Umi,
Amy ini pembuat kek profesional tau. Kalau umi nak tahu dia ini ada kedai kek
sendiri. Sebab itu lah kalau kata buat kek aje, serahkan pada yang pakar,
sekejap je dia baking dah siap” usik
Huzairi.
“Oh
ye ke? Banyak sangat yang makcik tak tahu pasal kamu ini Amy”
“Ish
makcik ini, janganlah cakap macam itu. Amy ini biasa-biasa aje orangnya.
Belajar pun setakat degree aje makcik.
Lepas itu minat Amy Cuma buat kuih sahaja makcik, itu yang kerja Amy buat kuih
aje” ujarnya lagi. Tiada niat untuk bercerita tentang kehidupannya tetapi
sekurang-kurangnya umi Huzairi perlu tahu siapa dirinya. Bukanlah untuk
membangga diri tetapi sekadar untuk menjadi seorang insan yang jujur tanpa
berselindung siapa dirinya sebenarnya. Cuma dia tahu niat dia yang lagi satu
itu memang benar-benar salah.
“Ni
Amy nak buat kuih apa ini?”
“Makcik
nak makan kuih apa?”
“Kak
Amy, Zira teringin nak makan kek coklat yang macam dekat kedai kek itu, nampak
macam sedap lah kak. Nak beli tapi mahal” keluhnya pula.
“La…
nak makan kek coklat ke? Okey akak buatkan eh, tapi akak buat yang simple aje tau. Bahan banyak tak cukup.
Kalau Zira nak makan yang dekat kedai punya, nanti Zira ajak abang Zairi pergi
kedai akak eh”
“Kak
Zira aje ke yang dapat kak? Eman?” celah Herman pula.
“Eh..Herman
nak buat request juga ker?”
“Boleh
ke?” soal Herman lagi.
“Boleh,
tapi Eman kena cakap dekat akak Eman nak makan kek apa. Kalau bahan mencukupi
akak buatkan untuk Eman okey?”
“Takpelah
kak, Eman gurau aje..”
“La..betullah..akak
buatkan eh..”
“Kak
Amy, adik suka makan cookies aje kak
dari kek. Pantang kalau jumpa cookies macam nampak apa..” terang Hazirah lagi.
sedikit sebanyak Amy tahu apa yang mereka suka, jadi senanglah untuk dia ambil
hati semua orang. Untuk memuaskan hati memang lah payah, tapi tak salah kalau
dia cuba untuk mengambil hati orang? Betul tak?
“Kamu
berdua ini ada-ada aje kan? Cuba jangan kacau kak Amy kamu itu. Nanti orang dah
sampai, kuih kak Amy kamu yang tak siap-siap sebab kamu berdua kacau. Cuba adik
tengok abang Zairi tu tengah buat apa dekat bawah tu?” arah Puan Ramlah pada
Herman. Puan Ramlah masih lagi meneruskan kerja-kerja mengisar bahan-bahan yang
akan digunakan untuk memasak nanti.
“Emm..Zira
kalau akak tanya boleh?” soal Amy ingin tahu sesuatu.
“Apa
dia kak?”
“Abang Zairi suka makan apa ek?” oh..rupanya dia
juga berminat untuk ambil tahu perihal Zairi. Petanda baik itu..
“Abang
tak cerita ke dia suka makan apa kat akak?” soalan juga yang di balas oleh Zira. Amy hanya menggelengkan
kepalanya.
“Abang
ini simple aje kak. Apa yang umi
masak itulah yang dia akan makan. Tapi setahu Zira, kalau umi masak asam pedas
ayam, abang memang suka makan betul. Kalau akak tak percaya akak cuba masak
,mesti abang akan makan bertambah-tambah”
“Ye
ke? Kalau kuih apa pula yang abang suka makan?”
“Setahu
Zira, abang suka makan cucur badak. Kalau pergi kedai, dia nampak aje ada jual
kuih cucur badak dia mesti beli. Bukan seringgit dua tapi lima ringgit. Lepas
itu dia sorang yang bedal kuih itu sampai habis.” Amy terseyum mendengarkan cerita Hazirah.
Lucu pula kedegarannya. Nampaknya hari ini banyak betul yag dia tahu pasal
Huzairi, lelaki yag tidak sengaja dikenali.
“Amboi,
suka sakan nampak? Kutuk abang ke?” tiba-tiba Huzairi datang mencelah.
Serta-merta berubah air muka Amy Syuhada. Terkejut, dengar ke Huzairi apa yang
dibualkan dengan Hazirah? Harap-harap dia tidak dengar, kalau tidak buat malu
sahaja. Sudahlah dia yang melamar Huzairi, kemudian nak korek rahsia pula. Tak
malu betullah minah ini..
“Ish
abang ini mana ada kutuk. Kami tak cakap pasal abang pun. Zira interview Kak Amy aje. Teringin Zira nak
pergi kedai kek kak Amy lah abang”
“La..
ye ke? InsyaAllah nanti cuti sekolah abang bawa Zira, Eman dengan umi pergi KL.
Kita buat lawatan sambil belajar ke kedai kek Kak Amy” seloroh Huzairi.
“Betul
ke abang?” soal Hazirah tidak percaya.
“Betullah,
kenapa tak percayakan abang ke? Selama ini abang pernah tipu Zira dengan Eman
ke?” Hazira tersenyum sendiri. Tidak pernah sekali pun Huzairi menngabaikan
adik-adikya. Kalau boleh semua keperluan adiknya ingin dipenuhi. Biarlah
dirinya susah tetapi tidak adik-adik dan uminya. Amy terasa kerdil bila berada
di dalam kelompok keluarga yang tersangat bahagia baginya itu. dirinya? Nama
sahaja keluarga senang tapi dirinya sendiri kekurangan kasih sayang. Apatah
lagi papanya terlalu memandang harta dari segala-galanya.
Kenduri kesyukuran berjalan dengan lancar dengan
kehadiran jiran tetangga dan saudara mara terdekat.. sesekali merona merah pipi
Amy, bila kuih-muihnya mendapat pujian dan perhatian jiran tetangga.
“Kak
Melah, sedap betul kuih kek coklat ini kak, siapa yang buat?”
“Ni
ha..kawan Zairi, Amy nama dia. Kerja dia memang buat kuih segala, maklumlah
tauke kedai kek”
“La..
ye ke patutlah sedap.. pandai Zairi cari calon isteri. Pandai buat kuih.
Esok-esok kalau kahwin makin gemuklah Zairi makan kuih kek Amy” seloroh makcik
Zainab jiran sebelah rumah Puan Ramlah.
Senang hati Puan Ramlah bila mendengar pujian dari
jiran-jiran tentang Amy, sedangkan dirinya juga berkenan dengan Amy. Tidak
kekok melakukan tugasan rumah. Apatah lagi bab-bab memasak dan sebagainya.
Di dapur Huzairi ralit memerhatikan susuk tubuh milik
Amy yang sedang mencuci pinggan mangkuk di sink. Kenapalah gadis itu terlalu
istimewa buatnya? Terkadang dia terfikir, gadis itu tidak layak mendapat suami
sepertinya.
“Makcik,
dah lah itu, dah malam ini. Kesian awak penat. Berehatlah, biar saya yang sambung
pulak” tegur Huzairi.
“Eh
awak ini buat terkejut saya ajelah. Dah nak siap ini. Tinggal sedikit sahaja
lagi”
“Ish
degil betul makcik ini”
“Betul
itu Amy, dari tadi makcik tengok tak berhenti kamu buat kerja. Sudahlah itu,
pergi berehat. Kesian Amy datang rumah makcik kena buat kerja pula”
“Ish
makcik ini jangan cakap macam itu. Apa yang termampu saya tolong, saya tolong.
Jaganlah cakap macam itu”
“Degillah
dia ini umi, tak nak dengar apa yang bakal suami dia ini cakap!” seloroh Zairi.
Hendak tersedak Amy dibuatnya walaupun pada masa itu dia tidak minum sebarang
air, mahupun mengunyah sebarang makanan. Tersedak air liur namanya, bila Zairi
menyebut bakal suami. Puan Ramlah tersenyum Cuma. Hazirah dan Herman sudah lama
terbongkang tidur.
“Abang,
cuba kamu itu jangan suka mengusik Amy, kesian umi tengok dia. sudahlah datang
rumah kita jadi tetamu, kemudian kena buat kerja pula”
“Ala
umi, kalau nak jadi menantu umi kenalah pandai masak, pandai mengemas kan?”
Amy hanya memerhati dan menjadi pendegar perbualan
diantara dua orang itu dibelakangnya. Malas nak menyampuk.
No comments:
Post a Comment