BAB 71
Seperti hari-hari
biasa, Q pastinya akan bangun seawall jam 5 pagi. Menyediakan sarapan pagi buat
seisi rumah, menunaikan tanggungjawab sebagai seorang islam dan yang paling
utama dia harus sampai awal ke Qairil Constructions kerana, sebagai isteri kepada
seorang majikan dia perlu tunjukkan contoh yang baik.
Jam 6 pagi barulah Q
mengejutkan Aril untuk solat subuh.
“abang, selamat pagi. Dah subuh
sayang, bangun..” suara manja Q mendayu-dayu. Aril terpisat-pisat untuk
mencelikkan matanya.
“morning sayang. Awalnya bangun? Masak breakfast apa hari ini?” terpacul soalan
tentang sarapan dari mulut Aril.
“abang
ni, bangun pun tak lagi dah tanya masak apa. Abang bangun, mandi kemudian solat
lepas tu kita breakfast sama-sama
okey? Q nak turun bawah nak tengok kak Shimah dah sampai belum. Nanti dia beri
salam Q tak dengar kesian dia tunggu lama kat bawah.” Q mengingatkan Aril.
selalunya jika hari bekerja, kak Shimah diminta datang awal. Kak Shimah adalah
pembantu rumah yang dilantik hanya untuk melakukan kerja-kerja menjada Adwa dan
Afham. Lain-lain kerja hanya Q sahaja yang akan menyelesaikannya sendiri.
“kak,
hari ini Q dengan Aril nak keluar awal sikit. Adwa dan Afham pun belum bangun
lagi. Sarapan untuk budak-budak Q dah siapkan. Nanti akan tolong saya masak
untuk makan tengahari anak-anak saya ya. Q tak sempat hari ini.” Beritahu Q
pada kak Shimah.
“tak
apa Q, Q pergilah. Akak boleh masakkan. Hati-hati memandu, kalau ada apa-apa
jangan lupa telefon akak.”
“InsyaAllah
kak” balas Q. Aril turut memberikan pesanan. Q pelik, sebelum ini Aril tidak
pernah berpesan apa-apa tentang rumah apatah lagi anak-anak.
“kak,
tolong jaga anak-anak saya elok-elok eh kak. Kalau dia salah, akak tegur saya
izinkan. Didiklah diorang macam akak didik anak-anak akak sendiri.” Kak Shimah
membalas dengan senyuman.
“baiklah
Aril. kamu tu hati-hati memandu. Jangan tergesa-gesa sangat.”
Timbul tanda tanya
dihati Q. sejak akhir-akhir ini dia sering terlihatkan sikap pelik dan aneh
suaminya. Aril kerap menyendiri, Aril juga kerap bangun malam menunaikan solat
sunat Tahajud dan Hajat. Sikap Aril yang manja terkadang melebihi perangai
anaknya Adwa dan Afham.
“sayang, pukul 9 pagi ini abang ada meeting dengan Encik Zul dekat Tanjung
Enterprise. So, abang kesana berdua sahaja dengan Encik Zul, sayang jaga
pejabat elok-elok tau. Tengahari sampai waktu makan, makan tau. Jangan tunggu
abang. Ingat satu aje, abang sayang Q dan anak-anak. Abang pergi lama tau,
jangan rindu abang…” ujar Aril seraya menarik hidung Q. Q terpinga-pinga.
“abang
ini, pesan bagai-bagai ni kenapa? Nak pergi mesyuarat aje kan dengan Encik Zul.
Bukan pergi mana-mana pun. Mengarut-ngarutlah abang ni. Q tunggu abang. Nanti
tengahari kita makan sama.” Ujar Q pula seakan memberi arahan. Aril hanya
membalas dengan senyuman. Kucupan yang Aril berikan buat Q dipipi menambahkan
lagi rasa resah dihati Q. Jarang sekali Aril akan mengucup pipinya lebih-lebih
lagi dipejabat dihadapan staf-stafnya. Hari ini berlainan benar sikap Aril.
Sudah berkali-kali Q
memandang jam dinding dibilik pejabatnya. Acap kali dia menghubungi telefon
bimbit milik Aril tetapi hampa. Langsung tiada jawapan. Berkali-kali dia
berpesan pada Aril supaya menghubunginya tetapi satu panggilan pun masih belum
dia terima. Kemana Aril? intercom di tekan….
“Aini, tolong saya dapatkan Encik
Zul ya, kemudian sambungkan ke bilik saya.” Arahnya pada Zuraini.
“baik
puan!”
5 minit kemudian.
“maaf puan, talian Encik Zul tak
dapat dihubungi.”
“tak
apelah Aini, awak cuba sampai dapat. Saya cuba call Encik Aril.” arahnya lagi.
Hampir jam 3 petang,
langsung tiada apa-apa berita. Tiba-tiba telefon bimbit Q berbunyi…
“hello, selamat petang..” ucap Q
“hello
selamat petang. Ini Puan Quraisyah ke?” tanya seseorang di talian.
“ya
saya bercakap. Boleh saya tahu siapa yang bercakap disana?” soalnya pula.
“saya
Asp Mahmood, saya ingin membuat pengesahan, adakah Encik Shahril bin Sulaiman
suami puan?” tanya Asp Mahmood.
“ya
tuan, dia suami saya. Kenapa tuan?” hatinya berdebar.
“begini
puan, encik Shahril terlibat didalam satu kemalangan, boleh puan datang ke
Hospital Ampang?” Q terpana. Kali ini bukan hanya pembuluh darahnya seakan
ingin pecah tetapi dirinya pula yang ingin rebah.
“puan..puan…
puan masih di talian?” tanya Asp Mahmood.
“baiklah
saya kesana sekarang.” Talian segera dimatikan.
Air mata milik Q
mengalir deras. Jarinya kaku, siapa yang ingin diberitahu? Ibu..tolong Q
ibu…abah… Q menangis tersedu-sedu. Pintu bilik pejabatnya dikuak pantas..
“Aini….” Hanya nama itu sahaja yang
dapat dia sebutkan.
“eh!
Puan kenapa ni?” tanya Aini.
“Aini…
suami…saya..kemalangan…” luah Q tersekat-sekat. Mulutnya terasa seakan
berpasir. Hatinya pedih, jiwanya meronta ingin segera berada disisi Aril.
abang….. sebut Q perlahan….
“Ya
Allah..sabar puan. Puan nak ke hospital? Nak saya hantarkan?” tanya Aini. Q
menggeleng.
“saya
pergi sendiri. Awak tolong hubungi Datin Halimah. Katakan suami saya
kemalangan, sekarang berada di Hospital Ampang.”
“baik
Puan. Hati-hati ya..” pesan Aini.
Dugaan apakah ini
yang harus Q lalui? Lemah kakinya melangkah, begitu juga ibarat seperti sebelah
jiwanya pergi. Ya Allah, selamatkan suamiku…desis hatinya.