BAB 2
Hari ini jadualnya amat padat. Lima tempahan kek
perlu disiapkan sebelum pukul 2 petang dan kemudian jam 3 petang dia perlu
mengajar cara mendeko kek di Shah Alam pula.
Dalam perjalanan menuju ke Shah Alam, dia sempat
singgah ke Butik Qaisara untuk menghantar tempahan kek bagi meraikan majli
ulangtahun Butik Qaisara yang ke lima. Alhamdulillah, semua pelanggannya
berpuas hati dengan hasil kerjanya dan pekerja-pekerjanya. Pada mulanya, bila
Amy menyuarakan pendapatnya untuk membuka kedai kek sendiri, papanya menentang
hebat. Mana tidaknya, pilihannya terlalu berbeza dengan apa yang di pelajari
sewaktu di UPM dahulu. Tetapi dek kerana minat, Encik Abdul Manan ikutkan juga.
Hampir jam 6 petang barulah kelasnya habis. Amy
mengucap syukur, kerana semakin hari kelasnya semakin ramai pelajar yang
berminat untuk mempelajarinya. Bagi Amy, ilmu yang ada haruslah di kongsi
bersama.
Tiba masa untuk mengharungi kesesakan lalu lintas,
detik hatinya tatkala dirinya menerobos masuk ke dalam kereta. Inilah satu
perkara yang paling dibenci oleh semua pemandu, kerana terpaksa mengharungi
kesesakan lalu lintas.
Sampai sahaja di lampu isyarat, Amy mula menguap.
Alunan lagu-lagu di radio membuatkan Amy bertambah mengantuk…
Dari jauh, Huzairi berlari sekuat-kuat hati. Berdebar-debar
jantungnya apabila dia hampir sahaja di terkam oleh sekumpulan ah long yang
memburunya, yang berhutang ayahnya tetapi yang menjadi mangsa, dia dan ibunya.
Nasib baik dari awal lagi dia sudah berjaya menghantar ibunya pindah ke Kuala
Kangsar, rumah peninggalan atuknya. Hanya di situlah tempat yang di rasakan
selamat.
Amy yang masih mengantuk menekan butang tingkap
untuk mengambil angin petang, tetapi matanya yang mengantuk membuatkan
jemarinya menekan butang lock pintu.
Tidak semena-mena seorang lelaki yang berlari tercungap-cungap menerobos masuk
ke dalam keretanya. Terbuntang luas mata Amy apabila keretanya diceroboh masuk
oleh seseorang yang tidak dikenali.
“Tolong
saya” pinta lelaki tersebut.
“Hei..
awak siapa? Kenapa ceroboh masuk kereta saya..” tengking Amy.
“Tolong
selamatkan saya, bawa saya pergi dari sini, ada orang nak bunuh saya” ujarnya
tercungap-cungap. Badannya masih lagi membongkok di tempat duduk belakang. Amy
yang mendengarkan perkataan bunuh menjadikan hatinya tidak enak. Di capai
telefon bimbitnya di tempat duduk sebelah untuk cuba menghubungi seseorang.
“Jangan
cuba untuk menghubungi sesiapa. Saya bukan orang jahat. Saya cuma nak minta
tolong awak aje. Bawa saya pergi dari sini” ujar lelaki itu seraya merampas
telefon bimbit milik Amy.
“Tapi
awak menakutkan saya..” ujar Amy lembut.
“Tidak,
saya bukan macam itu. Awak bawa saya jauh dari sini, saya akan ceritakan pada
awak nanti” tutur lelaki itu lembut.
“Tapi…boleh
ke saya percayakan awak?”
“Hello…makcik.. ikut ajelah apa yang saya
cakapkan. Nanti baik-baik saya tiada niat nak mengapa-apakan awak, jadi lain
pula nanti” ujarnya sedikit keras.
“okey..okey…”
Amy bersetuju. Dalam hatinya menyumpah, sudahlah menceroboh masuk ke dalam keretanya, kemudian
boleh pulak suka-suka memberi arahan. Sekarang ini suka hati dia panggil Amy
makcik. Memang minta kena sepak laju-laju pipi itu.
Jam hampir menunjukkan ke pukul 7.30 malam. Amy
masih lagi memandu tanpa arah tuju.
“Makcik
awak bawa saya ke mana ini?” soal lelaki itu pada Amy.
“Putrajaya.
Saya pun dah tak tahu nak kemana”
“Oh
okey, kalau macam itu kita lepak dulu dekat sini. Lepas solat maghrib nanti
baru saya cerita dengan makcik. Makcik jangan takut dengan saya, saya tak makan
orang” tuturnya lagi. Hati Amy sakit bila lelaki itu memanggilnya makcik.
Nampak tua ke wajahnya?
“Emmmm..
okeylah..” hanya mengiyakan apa sahaja yang dipinta oleh lelaki tersebut.
Usai solat maghrib, Amy menuju ke arah dimana
keretanya di parkir. Ketenangan dapat di rasainya tatkala berada di Putrajaya,
apatah lagi dia berada di hadapan masjid Putrajaya. Kelihatan lelaki yang
menceroboh kereta Amy sudah bersandar di sebelah Persona miliknya.
“Pertama
sekali saya minta maaf sebab buat awak takut. Saya tahu saya salah dan saya tak
patut libatkan awak dalam masalah saya” mulanya perlahan.
“Saya
tidak kenal siapa awak dan apa tujuan awak. Cara awak bukan sahaja menakutkan
saya, malah boleh buat saya mati sakit jantung tau!” bebel Amy lagi. Memang
layaklah kalau lelaki itu memanggilnya makcik, kalau bercakap memang susah nak
berhenti. Membebel macam mak nenek.
“Nanti
dulu, jangan tuduh saya macam tu. Biar saya jelaskan pada makcik dulu eh..”
“Awak
boleh tak jangan panggil saya makcik?”
“Tapi
saya suka panggil awak makcik, muka awak nampak cute. Apa kata saya panggil awak makcik cute?” Amy mendengus geram. Sudahlah menumpang keretanya, kini
menggelarkan dirinya makcik cute
pula. Nasib baik ada perkataan cute.
“Apa-apa
ajelah..so.. sekarang ini apa lagi
yang awak nak dari saya?” soal Amy kasar. Sudahlah dia pulang lewat, kali ini
entah apa lagi yang si mangkuk hayun ini nak.
“Okey,
sebelum itu, nama saya Huzairi bin Hassan. Saya bekerja sebagai Operation executive officer di Syarikat
kiriman ekspress. Tadi itu saya tiba-tiba masuk dalam kereta awak sebab saya
lari dari seseorang”
“Awak
lari dari siapa?”
“Ah
long..”
Amy terkejut dan mengucap panjang apabila Zairi
menyebut ah long. Bahaya betul dia ini. muda-muda lagi dah terjebak dengan ah
long..
“Mesti
makcik cute fikir saya kaki hutang
kan? Sebenarnya yang berhutang adalah ayah saya, dan sekarang ini saya,
adik-adik dan umi yang terpaksa tanggung. Macam ini lah hidup kami, macam
pelarian..pindah sana..pindah sini. Gaji saya itu pun bukanlah besar mana, mana
nak bayar sewa rumah, bil api air lagi. nak tanggung adik-adik dekat kampong,
semuanya masih sekolah. Duit untuk umi belanja bulan-bulan lagi, pening saya
dibuatnya..”
Berkerut-kerut dahi Amy mendengar cerita dari Zairi.
Fakta ke auta ini?
“Mesti
makcik tak percayakan? Tak percaya takpe, saya tak paksa makcik untuk percaya
cakap saya”
“Cerita
ini fakta ke auta? Apa buktinya?” soal Amy tidak puas hati.
“Inilah
fakta bukan auta. Kalau makcik tak percaya, boleh call umi saya” ujarnya seraya mengeluarkan telefon bimbit dari
poket seluar.
“Eh…eh..tak
perlu kot, so banyak ke hutang ayah
awak itu?”
“Ayah
cuma berhutang sebanyak dua ribu ringgit sahaja, tapi makcik sendiri boleh agak
dari jumlah dua ribu itu boleh jadi berapa kan?
“Eh,
awak boleh tak jangan panggil saya makcik?” getus Amy marah.
“Tapi
saya suka panggil awak makcik. Nampak comel, lebih-lebih lagi makcik suka
sangat membebel”
“Nama
saya Amy Syuhada okey!” jerit Amy geram.
Nasib baik tiada mata-mata yang memandang. Kalau tidak malu juga dia berbuat
begitu.
“Oh,
Amy Syuhada. Sedap nama itu, tapi saya tetap nak panggil awak makcik”
“Suka
hati awak lah..”
“Kalau
macam itu, terima kasihlah makcik sebab tumpangkan saya, nanti saya boleh balik
sendiri. Makcik jaga diri makcik baik-baik tau, lagipun dah malam ini. Sekali
lagi terima kasih banyak-banyak”
“Habis
itu pakcik balik macam mana?” Tiba-tiba mulutnya pula spontan memanggil Huzairi
pakcik. Memang dah kena sangatlah itu kan, seorang makcik dan seorang lagi
pakcik. Walau bagaimanapun hati Amy tetap bersimpati dengan nasib yang terpaksa
Zairi lalui.
“Uitt?
Pakcik? Betul-betul advance ini… Apa
pun makcik jangan risau, makcik dah selamatkan
nyawa saya dah kira okeylah ini. Lain-lain hal saya tanggung sendiri”
“Tiba-tiba
saya lapar, apakata pakcik temankan saya makan sebagai tanda terima kasih
pakcik pada saya”
Ewah nak tanda terima kasih jugak. Mengada-ngadalah
kau Amy. Tadi bukan main marah, sekarang ini apa cerita? Dah nampak muka mamat
itu hensem jadi cair pulak.
“Takpelah,
menyusahkan makcik pulak nanti. Lagipun dah lewat ini”
“Sebab
sudah lewat lah ini, makcik nak ajak pakcik teman makan. Makcik betul-betul
lapar ini” hendak atau tidak Huzairi hanya memerhati. Kasihan pula melihatkan
Amy Syuhada sedikit merayu. Apa salahnya budi Amy yang menyelamatkan nya dari
ah long di balas baik juga.
No comments:
Post a Comment