BAB 1
Amy masih lagi merenung hujan lebat yang turun.
Seakan memahami hatinya saat ini yang terlalu sakit apabila teringatkan hujah
papanya sebentar tadi.
“papa
tidak kira, papa nak Amy kahwin dalam tahun ini juga. Papa bagi Amy tempoh
hingga akhir tahun, sekiranya Amy masih lagi tidak berjumpa dengan calon yang
Amy sendiri cari, papa tidak akan teragak-agak untuk kahwinkan Amy dengan anak
Dato’ Khalid, Fahmi” marah Encik Abd Manan. Sakit hatinya apabila puteri
tunggalnya itu tidak mahu mendengar kata. Sudahlah selama ini apa sahaja
kehendak puterinya itu diturutkan tanpa banyak soal.
“papa, papa tak boleh paksa Amy buat
keputusan macam itu. Papa ingat, cari calon suami ini macam beli ikan dekat
pasar ke?”
“Itu papa tak mahu tahu, apa yang
penting Amy mesti kahwin dalam tahun ini, itupun kalau betul Amy nak cari jodoh
Amy sendiri. Papa rasa, papa dah banyak kali bagi Amy peluang, tapi sampai
sekarang masih tiada apa-apa pun dari Amy”
“Ibu..tolonglah Amy ibu. Papa buat
keputusan melampau sangat. Amy baru nak bina kerjaya Amy ibu..”
“Iya lah abang ini, kenapa terlalu
memaksa sangat ini? tak bolehlah kalau kita memaksa sangat, kesian Amy. Nampak
sangat kita ini kejam sangat..” tutur Puan Amirah lembut.
“Itu ajelah modal awak Puan Amirah
oii, dah berapa lama saya bagi Amy masa? Umur itu bukannya muda lagi. Kalau
kahwin dah beranak pinak. Tak malu ke? Kawan-kawan sekolah dia dulu dah ramai
yang berumahtangga” bebel Encik Abdul Manan.
“Papa ini, itu diorang.. biarlah
diorang nak kahwin awal ke, lambat ke. Amy ada cara Amy sendiri, Amy ada hidup
Amy sendiri, buat apa nak ikut cara orang? Papa ini mengarutlah..”
“Amboi sedapnya mulut cakap papa ini
mengarut. Nanti tak pasal-pasal papa suruh kamu kahwin dengan Fahmi itu
serta-merta nak?”
“Papa, zaman sekarang ini mana ada
orang kahwin paksa, papa ini….”
“Takde tapi-tapinya lagi faham?
Kalau itu yang papa dah tetapkan Amy kenalah ikut, no argue lagi okey?”
Amy Syuhada
hanya membisu, susah kalau papanya itu benar-benar sudah membuat keputusan.
Hendak atau tidak kenalah terima.
“Amboi..jauhnya anak ibu termenung?”
tegur Puan Amirah apabila terpandangkan anak daranya yang masih setia menanti
hujan di jendela. Kalaulah hidupnya ibarat hujan yang turun membasahi bumi,
sudah tentu dirinya itu dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh manusia. Tanpa hujan,
tumbuh-tumbuhan tidak akan hidup subur.
“Ibu ini buat Amy terkejut ajelah.
Apa yang nak di menungkan lagi Ibu, semuanya dah papa putuskan. Semuanya di
hujung jari papa. Nak atau tidak kenalah ikut”
“Tapi Amy sanggup ke nak kahwin
dengan Fahmi playboy itu?” soalan
Puan Amirah dibiarkan sepi. Siapa yang sanggup? Dah lah kaki perempuan, kaki
botol, memang tak lah kan… memanglah harta dia tujuh keturunan tak habis tapi…
tak sanggup aku dapat suami yang macam itu. Jadi anak dara tua lagi bagus. Tapi
kata orang manusia boleh berubah kan? Fahmi nak berubah ke?
“Amy? Nak kahwin dengan si playboy itu? Memang tak lah ibu…”
“Baguslah kalau Amy fikir macam itu.
Yang penting ibu nak Amy pandai jaga diri”
“Amy tahu lah ibu. Ibu jangan risau”
ujarnya seraya mengenggam erat jari jemari Puan Amirah. Amy akui ibunya
cukup-cukup memahami.
Seperti biasa
seawal pagi Amy telah keluar untuk ke kedai kek miliknya. Persona warna kelabu
mejadi taman setia. Baginya biarlah episod semalam berlalu begitu sahaja. Malas
nak fikir…detik hatinya.
Amy Syuhada
boleh dikatakan beruntung kerana dilahirkan di dalam keluarga senang. Ibunya
seorang pengusaha katering yang berjaya, manakala papanya pula bekerja sebagai
Yang dipertua Majlis Perbandaran.
Sebaik sahaja
persona miliknya berhenti di hadapan Amy Bakery and Confectionery. Dia
melangkah lemah menuju ke pintu utama kedai. Agak awal juga dia sampai hari
ini, salah seorang pekerjanya sudah sampai, kelihatan pintu utama dibuka.
“Morning
Kak Amy..”
“Morning
Nora, awalnya sampai?”
“haah Kak, pagi-pagi lagi suami Nora
hantar, katanya nak sampai awal ke pejabat ada mesyuarat. Itu yang Nora kena
datang awal” tuturnya lembut. “Kenapa Nora tengok Kak Amy macam bad mood aje?” soalnya lagi. Amy hanya
melemparkan senyuman…keluhan yang terbias dari mulutnya membuatkan Nora
tertanya-tanya akan hal majikannya yang cilik itu.
“Kak Amy, kalau ada masalah
beritahu. Jangan diam aje. Nanti kalau simpan lama-lama boleh jadi barah kak”
“Entahlah Nora, akak pening kepala
kalau fikir pasal hal ini. Apa pendapat Nora, kalau ayah Nora paksa Nora
kahwin?”
“Oh…kira kena kahwin paksa lah ni..”
“Lebih kurang macam itu lah Nora”
“Habis itu akak setuju?”
“Tak lagi, sebab papa akak bagi
tempoh sampai hujung tahun, kalau akak tak kahwin dalam tahun ini akak kena
kahwin dengan pilihan dia”
“Habis akak ada calon tak?”
“Calon apa bendanya? Kawan lelaki
pun takde Nora… siapalah yang nak dekat akak ini..” keluh Amy lagi. Kesian dia,
umur memanglah semakin hari semakin meningkat, tapi kalau tengok fizikal orang
tak tahu umur dia dah tua. Tapi itu semua cuma angka sahajakan. Bukannya tua
sangat pun.
“Alah..Kak, kalau Allah kata jodoh
akak tahun ini, maknanya tahun ini jugalah akak kahwin. Tak payah nak pening
kepala sangat”
“Masalah akak ialah calon yang papa
akak nak kahwinkan itu, playboy lah.
Akak tak nak. Ibu akak pun tak setuju, tapi tahulah papa akak itu, kalau hitam
kata dia maka hitamlah. Kalau putih, putihlah”
“Akak dah buat istikharah?”
“Belum lagi..”
“Jalan terbaik, akak minta petunjuk
dari dia. Mudah-mudahan akak akan dapat jalan penyelesaiannya”
“Itulah Nora…eh ya..lupa akak nak
tanya tempahan kek semalam itu, orangnya dah datang ambil?”
“Yang mana kak?”
“Dari Butik Qaisara itu?”
“Belum lagi kak, sebab tadi Puan
Qaisara itu ada call, dia kata dia
minta akak hantar ke butik dia terus. Dia kata dia cuba telefon akak, tapi akak
tak jawab”
“Itulah tadi akak tengah memandu,
itu yang tak dapat nak jawab call
dia. Takpe nanti akak nak keluar akak hantarkan sekali”
No comments:
Post a Comment