BAB 1
Nama aku Zuelaikha Batrisyia binti Haji Zainuddin.
Aku bekerja sebagai Assistant Engineer di
salah sebuah syarikat engineering di
kawasan perindustrian Tampoi. Sudah masuk tahun kelima aku bekerja disitu.
Suasana kerja boleh dikatakan okeylah, kawan-kawan pun ramai juga..Cuma yang
tak okey nya ialah bos aku. Anti betul dengan Engineer perempuan, aku lah tu.. sebab aku seorang aje engineer perempuan kat situ. Aku pun tak
tahu kenapa. Tapi aku layankan aje…
Ada satu pagi itu aku masuk lewat, sebab hantar anak
aku ke klinik.. oh ya lupa nak beritahu. Aku ada seorang anak lelaki, nama dia
Muhammad Aisy Zakuan bin Abdullah. Aku panggil Aisy. Sebenarnya dia ini anak
angkat aku. Aku jaga dia dari umur dia 2 bulan, kira baru lahir jugalah.
Sekarang umur dia dah nak masuk 6 tahun. Bayangkan umur aku 20 tahun, aku dah
jadi ibu. Tapi itu semua tak pelik kot? Sebab orang dulu-dulu pun kahwin awal.
Ada yang umur 16 tahun sudah ada anak. Waktu itu aku masih lagi belajar dekat
UTM Skudai.
Aku dapat Aisy dari seorang senior aku di UTM.
Biasalah anak tidak sah taraf. Ada ke patut dia nak bagi Aisy dekat keluarga
yang bukan islam, gila ke apa? jadi aku buat keputusan untuk ambil dia.
Mula-mula takut juga bonda dengan ayah aku marah, tapi lepas aku bawa balik
Aisy, tunjuk dekat bonda dan ayah aku, diorang semua setuju. Untuk menghalalkan
hubungan aku dengan Aisy, aku tekad untuk menyusukan dia. Bonda setuju. Aku
pergi dapatkan ubat hormon untuk aktifkan kilang susu aku. Nasib baik ayah ada
kenalan yang bekerja sebagai doktor, jadi mudahlah urusan aku. Tak banyak
persoalan yang nak kena aku jawab.
Mula dari situlah aku dan Aisy menjadi muhrim. Nasib
baik waktu aku ke kampus, bonda tolong jaga Aisy. Lagipun kami duduk di BBU,
jadi tiada masalah bagi aku untuk ke kampus. Ayah pula pengetua di Sekolah
Menengah Tun Fatimah. Bonda pula menguruskan taska cahaya ilmu dia dekat Taman
Skudai Kiri.
Berbalik pada cerita aku tu..ada satu pagi aku masuk
lewat. Hantar Aisy ke klinik, bos aku punya marah, dia hamun aku depan staf
lain. Pergghhh… aku rasa macam nak hempuk aje muka dia, tapi aku tetap control cun. Lagipun aku malas nak gaduh
sebenarnya. Kawan-kawan aku semua tahu aku ada anak angkat.
“maaf
Encik Fuad, tapi saya dah inform pada
kak Mon saya masuk lewat, hantar anak saya ke klinik” jawapan yang aku beri
bila dia minta aku masuk ke bilik pejabat dia. Wajah mencuka Encik Fuad
menggambarkan bahawa dia betul-betul sedang marah pada aku.
“I
peduli apa anak you sakit ke apa ke, you takde anak sibuk you nak ambil anak
angkat, lepas itu semua kerja you delay. You ingat company ini bapak you punya ke? Suka-suka nak masuk lambat?”
“sorry Encik Fuad, bapak-bapak jangan mention la..lagipun baru hari ini saya
masuk lambat, itupun kecemasan tau. Bukan suka-suka. Gaji saya pun kena potong
apa. Kira time off. Apa lagi yang
Encik Fuad nak bisingkan?” sahaja aje aku buat dia angin. Apa dia ingat dia
boleh suka-suka buli aku? Tapi aku cakap dalam hati ajelah. Mahunya aku kena
lempang laju-laju dengan dia.
“dah
awak boleh pergi, tapi sebelum itu saya nak awak siapkan drawing yang saya minta semalam. Jangan bagi alasan tak siap pula
tau. Tak nak dengar macam-macam alasan. Bingit telinga.”
“baik
bos..”itu ajelah yang aku cakap. Malas nak cakap banyak-banyak. Tak guna satu
sen pun kalau dengan Encik Fuad ni.
Aku rasalah, kalau aku ini jahat dah lama aku bakar
kereta dia itu. Tapi iman aku masih kuat. Malas nak buat musuh. Tengok aje
nanti, satu hari nanti mesti Allah swt makbulkan doa orang yang teraniaya.
Hari minggu macam ini selalu aku chill dengan Aisy. Kadang-kadang pergi
tengok wayang, kadang-kadang lepak dekat Danga Bay aje. Aisy suka main skateboard kat sana.
“umi..petang
ini kita pergi main skate nak? Aisy dah janji dengan Akmal nak jumpa dekat
sana” Aisy ajak aku ke Danga.
“boleh
sayang, tapi lepas umi teman Aisy, Aisy pula kena teman umi pergi shopping eh?”
“okey
umi..”
Itulah rutin aku kalau hari minggu. Aku tak dapat
bayangkan hidup aku kalau takde Aisy. Walaupun bukan aku yang lahirkan dia,
tapi aku dapat rasakan kasih sayang, chemistry
yang ada pada aku dan Aisy. Biarlah apa orang nak cakap, apa orang nak
kepoh..yang penting bagi aku, aku bahagia dengan Aisy.
Awal pagi selalunya aku yang hantar Aisy ke sekolah
Tadika. Aisy masuk tadika cina, sahaja aku hantar. Kalau boleh aku nak dia tahu
berbahasa cina, tapi itu tidak bermakna aku ketepikan soal agama. Aisy pun
cukup solat lima waktu tau. Puasa pun tak tinggal. Balik sekolah, bonda yang
ambil Aisy. Aisy duduk taska dengan bonda.
“okey
sayang, nanti tengahari nek bonda ambil Aisy tau. Jangan nakal, ingat spelling yang umi ajar tu, kalau salah
umi rotan Aisy tau..”pesanku.
“yes madam!”jawab Aisy.
assalam sis..blh tau tadika cina mana ek sis hantar anak..saya pn tgh mencari2 tadika cina untuk anak n kebetulan nama pn aisy zul hafiy. saya duduk tmn sri skudai. tq
ReplyDelete