BAB 3
Hampir jam 11 malam barulah Amy sampai ke rumah.
Kelihatan Puan Amirah masih lagi setia menantinya di ruang tamu. Hati ibu mana
tidak risau kalau-kalau satu-satunya anak tunggal kesayangannya masih lagi belum
pulang.
“Amy
pergi mana? Ibu call Amy banyak kali
Amy tak jawab pun?” soal Puan Amirah sebaik sahaja nampak kelibat Amy Syuhada
melangkah masuk.
“Ibu
ini buat Amy terkejut aje. Maaflah Ibu, handphone
Amy silent mode tadi, memang tak
perasan langsung. Lepas aje Amy habis kelas, Amy jumpa kawan tadi itu yang
memang lupa nak tukar mod telefon. Maaf eh ibu..”
“Inilah
dia, dah buat salah macam-macam alasan dia bagi. Amy, ibu nak minta tolong Amy
boleh tak?”
“Tolong
apa ibu? Ibu tak cakap tolong apa macamana Amy nak tolong?”
“Macam
ini, Ibu ada seorang pelanggan, majlis anak dia Sabtu ini, emmm..besoklah last minute cakap kat ibu nak tempah kek
dengan Amy. Ibu tak cakap okey lagi, sebab ibu kata kena tanya Amy dulu takut
Amy banyak tempahan. Tapi dia dok merayu-rayu kat Ibu, katanya last minute anak dia itu buat keputusan. Hari itu masa Ibu
tanya dia, kata dah tempah dekat tempat lain, sekarang ini lain pulak jadinya”
Amy mempamerkan riak muka bosan. Sebenarnya dia sendiri pantang kalau orang
suka buat kerja last minute. Besok
sahaja dia perlu menyiapkan hampir tujuh tempahan pelanggan. Nasib baik Nora
ada membantu.
“Ibu
cakap tak dekat dia, kalau last minute
tempah kita ada caj tambahan?”
“Ada,
ibu dah cakap dekat dia. dia setuju nak bayar. Berapa pun dia sanggup bayar,
asalkan kek kahwin dia Amy yang buat”
“Kenapa
pula dia nak Amy yang buat kek dia?”
“Katanya
kawan dia yang rekmen, bila dia tengok kedai kek kamu di Facebook. Itulah buat
kerja tak nak tengok-tengok dulu, pilih dulu, bandingkan dulu, sekarang ini dah
sibuk nak tukar itu ini..apalah..” bebel Puan Amirah pada Amy Syuhada.
“Biasalah
ibu, perangai dan sikap orang ini kita tidak boleh nak jangka. Suka sangat
nilai sesuatu dari luarannya sahaja. Okeylah ibu, Amy nak naik dulu. Besok dah nak
kena keluar pagi-pagi” pamit Amy pada ibunya. Letih badannya setelah seharian
tidak berehat. Jikalau tidak disebabkan Huzairi, awal-awal lagi dia sudah
selamat sampai di rumah dan tidur seawalnya.
Usai dia menunaikan solat Fardhu Isya’, Amy
merebahkan badannya di katil. Serta-merta fikirannya melayang mengingatkan
peristiwa yang berlaku padanya petang tadi. Terbit rasa simpati di hatinya
apabila melihatkan wajah tulus Huzairi di dalam kesusahan. Hatinya
tertanya-tanya mengapa Allah swt telah menetapkan mengapa hari ini menjadi hari
pertemuan di antara dia dan Huzairi. Apa rahsia Allah yang dia tidak tahu?
Adakah Allah swt inginkan dia membantu Huzairi? Amy mengeluh lagi, entah yang
ke berapa kalinya. Akhirnya dia terlena
dengan sendirinya. Segala apa yang terbuku di benak fikirannya hilang begitu
sahaja.
Selepas solat subuh, jam 6:30 pagi, Amy sudah
memandu menuju ke Amy Bakery. Misi utamanya adalah untuk menyiapkan tempahan
yang di pinta oleh ibunya. Nasib baik kelengkapan untuk membuat fondant kek
mencukupi. Sudahlah tempahan di buat saat-saat akhir, kemudian itu pula nak
minta dibuatkan kek berbentuk kasut, lebih menyakitkan hatinya hanya sebelah kasut lelaki dan sebelahnya
kasut perempuan.. hendak atau tidak , maka di ikutkan sahaja permintaan pelanggannya
itu. Lagipun pelanggannya itu sudah setuju untuk bayar lebih.
Apabila yang pakar dalam bidang yang diminatinya,
segala yang sukar pun boleh jadi mudah. Jadinya tanpa Nora pun Amy dapat
menyempurnakan tugasnya. Dikerling jam dipergelangan tangannya…huh, dah pukul 8
pagi. Bunyi pintu di kuak…
“Hai
kak, awalnya sampai? Nora ingatkan tadi kedai kena pecah masuk, tak nampak pula
kereta akak parking depan kedai?”
“Haah
lah Nora, pagi-pagi lagi akak dah baking
kek, Ibu akak lah, pelanggan dia last
minute minta akak buat kek, design
yang pelik-pelik pulak itu. Ada ke minta akak sebelah kasut lelaki, sebelah
lagi kasut perempuan, hentam kromo ajelah akak buat. Sanggup pula dia bak bayar
lebih tu..”
“Macam-macam
hal kan akak. Tapi kan akak, first time
kan Amy Bakery buat design yang macam ini. lepas ini Nora gerenti mesti
ada yang minta akak buatkan punya. Almaklumlah, Nora tengok pun akak buat
memang cantik, tip-top..setahu Nora belum ada lagi pengantin request nak kek yang macam ini”
“Pandai
ajelah kamu ini Nora. Tempahan untuk hari ini dah selesai semua?”
“Dah
kak, cuma hari ini Nora nak siapkan tempahan cup cake untuk majlis cukur jambul
yang nak di buat besok malam katanya..”
“Banyak
lagi ke yang tak siap?”
“Bukan
banyak lagi, tapi belum mula lagi pun kak, habis itu semalam siapkan
tempahan..”
“Berapa
banyak dia tempah?”
“500
biji”
“Boleh
siap ke hari ini? atau nak akak tolong?”
“Boleh
kak, jangan risau, sekejap lagi mula, pukul dua atau tiga petang siaplah. Akak
ada nak kemana-mana ke petang nanti?”
“Akak
nak hantar kek ini, kemudian ada kelas dekat rumah kawan akak, tapi tak lama
sebab 3 orang aje yang nak belajar. Lagipun akak dah beritahu dekat kawan akak
itu akak tak boleh lama, ada hal lain nak buat”
“Habis
itu, akak balik kedai semula tak?”
“Tak
sure lagi, kenapa?”
“Nora
ingat hari ini nak tutup awal sikitlah kak, Encik suami ajak celebrate birthday ibu dia”
“Oh..okey..boleh,
tapi pastikan 500 biji itu siap dulu. Kalau tak sempat siap telefon akak
awal-awal nanti akak patah balik kedai sambung siapkan”
“Okey
kak, no problem..”
Sekali lagi rahsia Allah swt tiada siapa terduga.
Sewaktu Amy menghantar tempahan kek hari lahir di sebuah syarikat..
“Assalammualaikum..”ujarnya
memberi salam.
“Waalaikumsalam.
Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal di penyambut tetamu.
“Saya
dari Amy Bakery, saya nak jumpa dengan Puan Latifah. Dia ada?”
“Oh…Madam..
Ada kak, sekejap saya panggilkan”
Hampir 5 minit berlalu…
“Maaflah
Amy, lewat sikit. Akak ada mesyuarat tadi. Dah siap eh kek nya?”
“Haah
kak, maaflah kalau-kalau ada kekurangan dari pihak Amy”
“Ala..Amy
biasalah itu. Lagipun akak percaya kalau dari Amy memang tip top service, macam biasalah kek hari lahir
untuk staff akak, memang Amy Bakery lah pilihan akak”
“Oh…birthday staff akak yang mana? 2 Tahun
saya baking cake untuk staff akak,
boleh kata semuanya saya kenal, tapi yang ini saya tak familiar pulak”
“Huzairi
ini exec baru dekat sini, ha itu pun dia… Zairi..” panggil Kak Latifah
“Ye
puan..”
“Ini
ha..kenalkan kawan akak, Amy Syuhada pembuat kek yang sangat-sangat
perofesional. Kek untuk awak hari ini tempah dekat dia lah..” Bicara Kak
Latifah selamba. Tatkala mata kami bertentang hanya otak kami sahaja yang
mencerna setiap butir perkataan yang ingin kami luahkan. Apa lagi kalau bukan
terkejut tahap cipan.
…Macamana pulaklah makcik ini boleh ke sini
pulak?...
…Dah akak ini tempah kek dengan aku, aku hantarlah.
Sebab itu lah aku ke sini sengal!!...
…Sedapnya mulut makcik ini bercakap erk? Main
sembarangan aje…
…Habis itu aje yang aku rasa otak aku boleh fikir…
Berbicara melalui pandangan mata, otak pula
mencerna, adakalanya hati itu sukar untuk di kata. Jantung pula…degupannya
macam lari keliling dunia.. Formula one
pun kalah der…
“Huzairi…Huzairi..kamu
ini dengar tak apa yang akak cakap?” tepuk Kak Latifah di bahunya.
Ha..ha..ha..berangan pulak dia. padahal aku pun sama..
“Eeerrrkkk…
apa kak? tak dengarlah..”
“Itulah,
jasad dekat sini, fikiran melayang entah ke mana” Bebel Kak Tipah.
“Fikiran
saya ingat umi dekat kampung”
“Yelah
itu..”
Celah mana pula aku nak menyampuk, aku main redah
aje..
“Kak
Tipah, saya balik dululah eh… Nak pergi mengajar ini, takut lambat pulak
sampai” pamit Amy.
“Yelah
Amy, hati-hati memandu..” pesan Kak Tipah lagi.
“Thanks kak.”
Saat kaki Amy melangkah keluar, sempat lagi dia
menoleh ke arah Huzairi seraya menghadiahkan sekuntum senyuman. Ini mungkin
acara menggoda kot? Ha..ha..ha.. apa-apa ajelah kamu ini Amy..
“Wati,
bagi saya resit kedai tadi boleh tak?” pinta Zairi pada Wati, penyambut tetamu.
“Kau
nak buat apa? Aku nak pass pada Kak
Bed ini. Nak buat claimed” Bebel Wati
pula. Mulut dia kalau dapat bercakap memang susah nak berhenti. Hendak atau
tidak tadah ajelah telinga untuk dengar.
“Ala..awak
tolonglah saya photocopykan. Saya nak
tempah kek untuk umi sayalah”
“Macam-macam
lah kau ini Zairi, konon nak tempah kek untuk umi, entah-entah nak mengurat
taukei kek kan?”
“Amboi,
mulut itu memang takde insuran kan? Kenal pun tidak, lagi nak mengurat pulak”
bebel Zairi.
“Mengaku
ajelah, nak malu buat apa?”
“Nak
suruh mengaku pulak, memang tidak lah kan. Dah orang cakap tiada kena-mengena
lagi nak paksa orang mengaku pulak”
“Malu
konon..” giat Wati lagi.
“Hei..cepatlah
tolong photocopykan, membebel pulak
dia”
“Yelah
boss kecik”
“Ha…
boss kecik itu bukan saya okey, boss kecik itu ha…sebelah bilik Puan Latifah”
ujar Huzairi memuncungkan bibirnya ke arah bilik yang dimaksudkan. Kedua-duanya
hampit ketawa, bukan apa-apa masing-masing arif benar dengan sikap adik ipar
Puan Latifah yang digelar boss kecik itu. terlalu cerewet, apa sahaja arahannya
mesti harus dituruti, tidak boleh kata tidak. Kadang-kadang naik lemas
dibuatnya, Puan Latifah pun tak macam itu.



No comments:
Post a Comment