Andai benar kita suka, pasti kita mengutamakannya.. Andai benar kita kasih, kita takkan biarkan dia tersisih, Jika benar kita sayang, kita takkan benarkan dia hilang...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, 4 July 2012

Takdir buat Q (bab 9)


BAB 9
Pagi itu Q rasa sebak, semalam selepas Aril menghantarnya pulang dari klinik, sehingga pagi tadi dia tidak menerima sebarang panggilan mahupun sms dari Aril. Marah ke dia sebab aku tolak pelawaannya untuk makan tengahari? Q bermonolog sendiri. Apa kata aku cuba call dia? Bisiknya sendiri. Q mencapai telefon bimbitnya, lalu ditekan butang hijau, panggilan dijawab.
           
“Hello Assalammualaikum” kedengaran suara  Aril seperti baru bangun tidur.
           
“Hello, Waalaikumsalam Aril. Q ni, Aril tak bangun  tidur lagi ke? Sorrylah kalau Q kacau Aril pagi-pagi ni..”
           
“eh, mana ada kacau. Haah Aril sambung tidur, lepas solat subuh tadi rasa badan penat sangat. Q tak ada kelas ke?” tanya Aril lagi.
           
“tak ada kelas hari ini. Itu lah Q ingat nak ajak Aril pergi jogging. Boleh?” tanya Q tanpa dirancang. Biarpun tiada rancangan untuk pergi berjogging pagi itu, tetapi entah mengapa mulutnya lancar sangat meminta lelaki itu menemaninya. Adakah dia merindui lelaki itu?
           
“ha? Nak ajak Aril pergi jogging?” tanya Aril minta kepastian.
           
“kenapa? Aril sibuk ke? Kalau macam itu tak mengapalah. Nanti Q ajak Ila temankan Q.” luah Q kecewa.
           
“eh tak, tak. Q tunggu tau. Aril bersiap, kejap lagi Aril sampai. Q bersiaplah. Bye.”
           
“bye Aril..” Q tersenyum. Begitu cepat sangat hatinya berubah. Mustahil hanya kerana Aril menghantarnya ke klinik semalam, dia terus merindui lelaki itu. Kenapa dengan aku ni? Dengan hanya memakai seluar track bewarna biru gelap, baju t-shirt lengan panjang bewarna biru cair dan tudung dari rona yang sama.
           
“hai, morning. Dah lama tunggu? Dah sarapan?” sapa Aril.
           
“tak adalah. Laju  juga Aril bawa kereta. Sekejapnya sampai? Ke.. tak mandi?” seloroh Q.
           
“banyaklah tak mandi. Lagipun rumah Aril dengan rumah sewa Q bukan jauh mana pun? Q teropong Aril eh? sebab tahu Aril tak mandi ni..”
           
“ha?” Q  hairan.
           
“ye lah baju kita boleh sama warna pula.”
           
“eee..tolong eh. Aril tu yang skodeng Q kan? Tak malu ye?” Q menampar lembut Aril. Aril turut perasan dengan perubahan air muka Q. Aril tersenyum sendiri. Mudah-mudahan Q terima diri ini seadanya.. desis hati kecil Aril. sambil berjogging sambil mereka berbual.
           
“malam  tadi Aril tidur awal ke?” tanya Q memulakan bicara.
           
“tak lah. Malam tadi Aril keluar jumpa kawan. Balik lewat jugalah. Sampai rumah terus tidur.”
           
“oh, patutlah” Aril mengangkat keningnya pelik.
           
“patutlah? Kenapa patutlah?” tanya Aril semakin pelik.
           
“tak ada apa-apa. Sahaja je nak cakap patutlah. Tak boleh ke?” gurau Q lagi.
           
“ha.. Aril tahu kenapa. Q tunggu Aril call eh malam  tadi? Sorry lah Aril nak call tapi bila tengok jam dah pukul 2 pagi, tak jadi nak call. Takut-takut Q dah tidur pula.”
           
“eh! tak lah. Q belum tidur lagi pun masa itu.” Jawab Q ringkas.
           
“ye ke? Maaflah, kalau Aril buat Q risau. Sayang juga Q dekat Aril ek? Ha..ha..” Aril ketawa.
Q tahu Aril memang maksudkan dirinya begitu. Dalam hati Q akui dia memang risaukan Aril. Dia khuatir lelaki itu masih marah dengan tindakannya semalam. Ah.. sudah.. Q kau dah jatuh  hati kat dia ke? Bisik satu suara yang kerap mengganggunya sejak kebelakangan ini.
           
“uit! Kenapa diam?” Aril mencuit lengan Q.
           
“oo..bapak kau! Aril ni, suka terkejutkan Q tau.” Marah Q pada Aril.
           
“opss…sorry-sorry. Aril tak sengaja. Lepas ini kita pergi breakfast nak tak?”
            “kat mana?”
           
“alah, kedai mamak pun boleh kan?”
            “up to you lah” jawab Q ringkas.

Roti canai menjadi pilihan Q dan Aril. Sambil mereka berbual sambil makan.
            “Aril, boleh Q cakap sikit?”
           
“cakap apa?”
           
“sebenarnya Q nak minta maaf pasal semalam, sebab tolak pelawaan Aril ajak Q makan.”
           
“la..pasal itu rupanya. Takde hal lah. Lagipun semalamkan Q tak sihat sangat pun. Aril ni pun satu, ajak Q pergi makan, sedangkan Q tak sihat lagi.”
           
“Aril tak marah Q ke? Q rasa bersalah sangat Aril semalam, sampaikan tak boleh nak tidur.”
           
“sampai macam itu sekali. Kuat betul sakit Q ini kan?”
           
“sakit apa pulak?”
           
“sakit angau..”
           
“amboi, kalau bab mengenakan Q suka eh..”

No comments:

Post a Comment